" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, December 30, 2005

NOTA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.

Kita renung antara fakta-fakta berikut :- · COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL; · Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL; · COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini; · Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand); · Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam; · Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL. · Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...? · Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli; · Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam. BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama. Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab. “BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA” PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN

PEMUDA PAS GESA PIHAK BERKUASA AGAMA BERTINDAK

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) menggesa pihak berkuasa agama disemua peringkat pusat hi8nggalah negeri membuat pemantauan dan menyekat sebarang aktiviti dan majlis liar yang akan diadakan sempena sambutan tahun baru 2006 ini.
Pihak DPP mendapat maklumat bahawa beberapa lokasi seperti Port Dickson, Langkawi, Tioman, Pulau Pinang, Danga Bay, Teluk Cempedak dan sekitar Lembah Kelang akan dijadikan 'venue' kepada pesta-pesta liar sambutan tahun baru, kata Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman.
Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abdullah Mohd Zin), Suhaimi Rafii di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini. Turut hadir dalam pertemuan selama setengah jam itu ialah, Pengerusi Jabatan Pembangunan Pelajar DPP, Abdullah Abdul Karim dan wakil Pemuda PAS Gombak, Mohammad Ibrahim. Bagaimanapun Abdullah tidak dapat hadir dalam pertemuan itu atas alasan mempunyai komitmen yang lain. Pertemuan itu diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Abdullah berhubung beberapa isu termasuk isu sambutan tahun baru 2006, Black Metal dan kes Pendaki Gunung Everest, Mohammad Abdullah.
Mengulas lanjut isu sambutan tahun baru 2006, Mazlan berkata, pihaknya ada membuat cadangan kepada Jakim dan pihak berkuasa agam supaya membuat satu pasukan pemantau dan pencegah maksiat pada malam 31 Disember dimana kemungkinan besar banyak pesta maksiat akan dianjurkan pihak tidak bertanggungjawab. Begitupun jawapan yang diperolehi dari setiausaha sulit Abdullah amat mengecewakan kerana pihak Jakim sendiri katanya tidak ada satu pelan khusus bagi sambutan tahun baru 2006, kata Mazlan. "Kami amat kecewa atas sikap Jakim yang dilihat tidak bersedia dan tidak bersungguh-sungguh menghalang atau memantau sambutan tahun baru 2006," katanya.
Bagaimanapun diperingkat Pemuda PAS, pihaknya telah mengarahkan seluruh jentera pemuda negeri turun padang pada 31 Disember ini bagi membuat pemantauan dan mengedar risalah kesedaran sempena sambutan tahun baru 2006.

Disediakan Oleh :
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At tantawi

KOD ETIKA MUSLIM CEMERLANG

MENGHIASI DIRI DENGAN AKHLAK AL-HAMIDAH.

  • · MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN · BERSEGERA MELAKUKAN KEBAIKAN · HIKMAH DALAM TINDAKAN · ISLAH DIANTARA MANUSIA · BERCAKAP BENAR · ISTIQAMAH · HATI YANG SEJAHTERA · PEMAAF DAN BERLAPANG DADA · BERKASIH SAYANG · BERTOLONG BANTU · AL-IHSAN · AL-ISAAR · MEMULIAKAN TETAMU · TUNDUKKAN PANDANGAN & PELIHARA KEMALUAN · TENANG · SEDERHANA DALAM URUSAN · MENSYUKURI NIKMAT · SABAR · MENUTUP AIB ORANG LAIN · MERENDAH DIRI · MENUNAI JANJI

MENGHINDARI DIRI DARI AKHLAK AZ-ZAMIMAH

· BANGGA DIRI & TAKABBUR · GELOJOH · SERING BERTIKAM LIDAH · CAKAP TAK SERUPA BIKIN · MERUNTUNI SYAHWAT · BERBOHONG · BURUK SANGKA · MENGAWASI PERIBADI ORANG · MENCURI DENGAR · ADU DOMBA & MENGUMPAT · MENYEBAR BERITA BURUK DAN PALSU · PEMARAH · MEMBANGKITKAN JASA-JASA LALU · CEMBURU BUTA & DENGKI · PENAKUT · BAKHIL & TAMAK · MEMBAZIR · KHIANAT & MERANCANG KEJAHATAN · MUNGKIR JANJI, RIAK & UJUB · MENAHAN ORANG BUAT BAIK · LALAI & ASYIK · BIADAB DAN KURANG AJAR Nota : Akhlak Al-Hamidah dan Az- Zamimah yang disusun adalah merujuk kepada pendedahan Wahyu Ilahi. PERUBAHAN SIKAP POSITIF. PERUBAHAN SIKAP DENGAN MENGGERAKKAN SELURUH POTENSI & KEUPAYAAN YANG ADA AKAN MAMPU MENAIKKAN IMEJ DIRI. (Ar Ra’du 11) NEGATIF. MEMBENTANGI USAHA DENGAN SESUATU YANG NEGATIF SERTA BERSIKAP PASIF AKAN MENCAMPAKKAN DIRI KE LEMBAH KEMUNDURAN. (AL-ANFAL 53) OBJEKTIF PERUBAHAN SIKAP YANG POSITIF A. KEYAKINAN DIRI. 1 SAYA YAKIN 2 SAYA BOLEH 3 SAYA BERKESANGGUPAN (KERAGUAN ADALAH BUNGA KEGAGALAN) (AL-HUJURAT 15) B. HAPUSKAN KEBIMBANGAN. 1 ISLAM BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN 2 TIDAK TERLALU TAKUT UNTUK MENERIMA KENYATAAN. MODUL UNTUK MENGATASI… 1) TANAMKAN PRINSIP: TINDAKAN MENGUBATI KEBIMBANGAN 2) TINDAKAN SUSULAN UNTUK MEMENANGI KEJAYAAN 3) HADAPI SETIAP MASAALAH DENGAN RASIONAL 4) JAYAKAN SESUATU DENGAN RANCANGAN DAN PELAKSANAAN 5) BERDOA DAN BERHARAP. C. PEROLEHI KEBIASAAN BERTINDAK 1) HARGAILAH IDEA ANDA & MELAKSANAKANNYA 2) ORANG YANG BERJAYA TIDAK MENUNGGU KESEMPURNAAN UNTUK BERTINDAK.

(MEREKA PERCAYA KESEMPURNAAN ITU
AKAN TERHASIL APABILA MEREKA BERTINDAK)

D. BERANI BERTINDAK.

(MUSTAHIL ANDA DAPAT BETULKAN LALUAN KERETA ANDA
TANPA ANDA MEMULAKAN PERJALANAN)

1) SEDIA MENGHADAPI & MENGATASI MASAALAH.

(KEMENANGAN BAGI SESEORANG BUKANLAH TERLETAK PADA KEBOLEHANNYA UNTUK MENAFIKAN MASAALAH TETAPI TERLETAK DI ATAS KEBOLEHANNYA MENCARI JALAN MENYELESAIKAN MASAALAH)

2) JANGAN TUNGGU JIWA ANDA DIGERAK KAN UNTUK BERTINDAK
SEBALIKNYA ANDA TERLEBIH DAHULU MENGGERAK KANNYA. E. MENCONTOHI KEJAYAAN ORANG LAIN. 1 1) MENGUKUR KETABAHAN MEREKA 2 2) MENGANALISA SEMANGAT MEREKA 3 3) BAGAIMANA MEREKA MENEMPOH KEGAGALAN.

JANGAN RAGU TENTANG HARI SEMALAM & ESOK SEBALIKNYA FIKIRKAN TENTANG HARI INI.

F. PERSONALITI YANG BERJAYA. 1) MAMPU MENENTUKAN ARAH TUJU 2) SANGGUP MENERIMA KENYATAAN 3) BERANI BERTINDAK 4) MEMILIKI HARGA DIRI 5) BERJIWA KENDIRI 6) BERWATAK KEPIMPINAN.

(TERSILAP DALAM TINDAKAN LEBIH BAIK DARIPADA DIAM.)

TIDAK ADA YANG SUSAH BAGI ORANG BERANI TIDAK ADA KEJAYAAN BAGI YANG RAGU-RAGU.. LIYOD GEORGE !!

KONSEP KENDIRI 1) KENDIRI POSITIF. BERKEYAKINAN KEMAS BERDISIPLIN MESRA RAJIN BERTANGGUNGJAWAB OPTIMISTIK SANGGUP DI KRITIK MATANG EMOSI STABIL 2) KENDIRI NEGATIF RESAH GELISAH DEPRES PESIMISTIK MALAS TARIK DIRI TIADA KEYAKINAN SELEKEH RENDAH DIRI TIDAK GEMBIRA CEPAT MERAJUK MUDAH TERSINGGUNG. WATAK KEPIMPINAN FUNGSI KEPIMPINAN BENTUK DAN BIMBING AHLI MENYATUKAN AHLI MENJANA SUASANA MENYELIA PRESTASI PAKAR RUJUK, PENASIHAT, KAWAN DAN ORANG TENGAH. NOTA : Fungsi ini untuk organisasi . (kecil) CIRI-CIRI KEPIMPINAN BERILMU, ADIL & MEMPUNYAI KEMAMPUAN MEMILIKI SYAKHSIYYAH PEMIMPIN USWAH HASANAH BERNAR PERKATAAN & PERBUATAN KESABARAN & MERENDAH DIRI MENJAGA MASA & BERTANGGUNGJAWAB DISIPLIN & KEUNGGULAN PERIBADI PATUH, BERPUAS HATI & BERSYUKUR IKHLAS. FAKTOR TAMBAHAN 1) PEMIMPIN BERWIBAWA. AGRESIF KECERGASAN PENGARUH KETEGASAN BERANI KEYAKINAN DIRI PANDAI MENYESUAIKAN DIRI 2) CIRI-CIRI SOSIAL. KEJUJURAN & SEMANGAT KERJASAMA KEPOPULARAN SEMANGAT SEPASUKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI KEBIJAKSANAAN. STRATEGI PEMIMPIN. MEMAHAMI PEMIKIRAN DAN KEMAHUAN ORANG YANG DIPIMPIN. KENDALI SESUATU KEADAAN DENGAN “KEMANUSIAAN” BERSIKAP & BERFIKIRAN PROGRESIF

EXTRA MODUL !!

1) ISTIKHARAH - SOLAT 2) ISTISYARAH - MESYUARAT 3) TAFAKKUR - SAINS 4) TASYAKKUR - TEKNOLOGI STRATEGI NEGATIF. 1) PENGAMPU 2) PUTUS ASA 3) EGO 4) ANGKAT PUAK 5) KRITIK BUTA 6) REDHO MANUSIA. modul khas… MELAHIRKAN PEMIKIRAN KREATIF. AKSI 1 SAMAD BERHUTANG DENGAN SALLEH SEBANYAK RM50. (Tamat tempoh perjanjian, samad gagal menjelaskannya.) (UNDANG-UNDANG ZAMAN ITU, TIDAK MENJELASKAN HUTANG AKAN DIHUKUM PASUNG.) AKSI 2 KEBETULAN SALLEH “JATUH HATI” TERHADAP MIDAH ANAK GADIS SAMAD, LALU SALLEH MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENGGENAKAN SYARAT UNTUK MANSUHKAN HUTANG DAN PASUNG (SYARAT ITU IALAH KAHWINKAN MIDAH DENGANNYA.) AKSI 3 SAMAD RISAU LALU MERAYU, LANTAS SALLEH BUAT CADANGAN CABUT BATU (HITAM/PUTIH) DARIPADA UNCANGNYA DAN MIDAH SEBAGAI ‘PENCABUT’NYA. (HITAM-KAHWIN) (PUTIH-HUTANG DAN PASUNG MANSUH) AKSI 4 SALLEH MELETAKKAN BATU DALAM UNCANG YANG KEDUA-DUANYA BATU HITAM . (Midah menyedari hal tersebut) TETAPI MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN AKAN MEMBAHAYAKAN ORANG TUANYA. AKSI 5: ?! KELEMAHAN BERFIKIR. SAMBUNGAN DARI 4 AKSI YANG LALU: KELEMAHAN KETARA: (PENYELESAIAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA LANGKAH AMBIL BATU DARI UNCANG) PEMIKIRAN KREATIF: AKSI 5: MIDAH DENGAN BANTUAN SUDIN TELAH DAPAT MENYELESAIKAN MASAALAH:- MIDAH AMBIL BATU LALU BUAT-BUAT TERJATUH LALU BERKATA: “ MAAFKAN SAYA DI ATAS KELALAIAN SAYA ! LIHATLAH DALAM UNCANG ITU, KALAU YANG MASIH TINGGAL ITU BATU HITAM, ERTINYA SAYA TELAH MENGAMBIL BATU PUTIH. 2 MASAALAH SELESAI

(HUTANG, PASUNG MANSUH DAN BEBAS DARI PERANGKAP
)

Kuliah Haraki ( siri 2 ) Oleh : Us. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
RUKUN BAIAH : AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH
YANG EFEKTIF

Keenam : TAAT الطاعة

أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة فإن تأمر عليكم عبد

Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi . ( Al Hadis , Matan Al Arbai’n ) Ketujuh : THABAT الثبات

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Surah Al Ahzaab . Ayat : 23 Kelapan : TAJARRUD التجرد (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". Surah Al Baqarah . Ayat : 138 Kesembilan : UKHUWWAH الأخوة Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Surah Al Hujurat . Ayat : 15 Kesepuluh : THIQAH الثقة Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. Surah An Nisa’ . Ayat : 65 Saudara ku sekelian : Sedemikian antara Nas yang sempat ana kemukakan sekadar untuk gambaran asas bahawa kita bukan ta’asub kepada ikhwan kerana mengkaji Arkanul baiah dan beramal dengannya . ( Segalanya adalah kerana sabit nas. ) Kita sedar dan selayaknya kita memahami bahawa menerima pakai teori perlaksanaan amal Islami yang dikemukakan oleh siapa saja tokoh gerakan Islam termasuk Al Imam Hassan Al Banna , mestilah terlebih dahulu mengambil kira natijah qiraat Al Zuruf . Justeru itu , membaca zuruf perjuangan kita di Malaysia , kita amat perlu kepada pemimpin dan pejuangnya yang menghayati Arkanul baiah . Kita masih menghadapi 1001 kepincangan dalaman untuk menangani konspirasi musuh . Bagaimana masih ada anggota jamaah PAS yang tidak memahami Islam dengan sejelas – jelasnya yang akhirnya mencacatkan dakwah dan perjuangannya .

Maka rukun baiah yang pertama iaitu Al Fahmu dengan usul 20 nya , boleh membantu untuk kita mengatasi masaalah tasawwur atau kefahaman yang masih kabur . Usul 20 mengemukakan sekurang – kurangnya 11 asas kefahaman mengenai Islam . 1. Kesyumulan Islam 2. Sumber asas hukum – hukum Islam 3. Hakikat Iman 4. Siasah Syari’yyah 5. Masaalah Khilafiyyah 6. Bagaimana menangani perkara – perkara bida’ah 7. Martabat orang – orang soleh / alim ulama’ 8. Bagaimana berinteraksi dengan quran dan sunnah 9. Asas Amal 10. Martabat ilmu dan fungsi aqal 11. Isu kafir mengkafir . Begitulah juga rukun – rukun baiah yang lain . Antara yang paling ketara masaalah yang kita hadapi dalam jamaah kita di Malaysia , sehingga Arkanul baiah amat relevan untuk dihayati atau diamali , ialah persoalan ukhuwwah taat, pengorbanan , tajarrud , thiqah sehingga persoalan ikhlas kadangkala turut mengkronikkan masaalah dalaman jamaah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Arkanul baiah melalui rukunnya yang pertama Al Fahmu , akan menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman tentang Islam yang mana ianya satu ruang yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan terseleweng dari hadaf perjuangan . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kedua Al Ikhlas , akan menamatkan krisis ego dan maslahah peribadi serta politik cantas sekaligus melengkapkan syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah . Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketiga Al Amal , akan mengatasi masaalah overlap dan krisis tenaga dalam jamaah . Ianya turut mengatifkan jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami . Al Amal melahirkan individu pejuang dan jamaah haraki yang hakiki melalui maratibnya yang tujuh : · إصلاح النفس Pengislahan jiwa .
  • · قوي الجسد Jasad yang kuat · متين الخلق Akhlak yang kontan · مثقف الفكر Fikrah yang intelek · قادرا على الكسب Mampu berdikari · سليم العقيدة Aqidah yang sejahtera · صحيح العبادة Ibadah yang sah · مجاهدا لنفسه Mujahadatun nafs · حريصا على وقته Memelihara waktu · منظما في شئونه Kerja yang bertanzim · نافعا لغيره Bermanafaat untuk orang lain .

  • · تكوين البيت المسلم · إرشــاد المجتمع · تحرير الوطن · إصلاح الحكومة · إعادة الكيان الدولي للأمة الإسلامية بتحرير أوطانها و إحياء مجدها و تقريب ثقافتها و جمع كلمتها حتى يؤدى ذلك كله إلى إعادة الخلافة المفقودة و الوحدة المنشــــدة · أستاذية العالم بنشر دعوة الإسلام في ربوعه حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله Arkanul baiah melalui rukunnya yang keempat , Al Jihad , melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain , serta bermati – matian mempertahankan kesucian Islam sehingga musuh tidak boleh memandang ringan terhadap perjuangan Islam . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelima , At Tadhiyyah , menguatkan jamaah dengan kesediaan pejuang – pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan gerakkerja dan menyelesaikan masaalah “ main alasan ” yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan strategi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang keenam , At Thoa’h , menghidupkan jentera jamaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat . Segala arahan dan peraturan jamaah dapat direalisasikan sebagai mana yang dirancang . Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketujuh , As Thabat , memanjangkan hayat perjuangan sehingga tahkik ghayah dapat dicapai , sekalipun perjuangan itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi – tubi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelapan , At Tajarrud , membawa pejuang – pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan dilema fikrah , mereka akan selamat dari lambaian دعاة على أبواب جهنم . Sehingga seluruh minda , fizikal dan roh mereka semata – mata untuk Islam . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesembilan , Al Ukhuwwah , menyelamatkan perjuangan dari binasa angkara tanazu’ dan krisis peribadi anggota jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’uz Zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi . Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesepuluh , Ath Thiqah , menutup ruang musuh untuk memporak - perandakan jamaah , serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jamaah terpelihara dan gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan pengarahan tanggung jawab dapat dilansungkan dengan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman . PENUTUP Jelasnya , Arkanul baiah adalah unsur positif ke arah kesempurnaan syakhsiyyah Islamiyyah dan Jamaah Harakiyyah .

Kuliah Haraki ( siri 1 )
Oleh: Ustaz Nasrudin bin Hj. Hassan At tantawi

RUKUN BAIAH : AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH
YANG EFEKTIF

أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها : الفهم و الإخلاص و العمل و الجهاد و التضحية و الطاعة و الثبات و التجرد و الأخوة و الثقة

MUQADDIMAH Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini ( 2005 ) adalah tahun yang menggenapkan usia 57 th. Kesyahidan beliau . Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt. Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt . Saudaraku yang dihormati sekelian : Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu reality yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Surah Al Anfaal . Ayat : 60

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka . Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق

Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran. Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah . ARKANUL BAIAH . Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat yang memaksa dan mendesak . Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah . Kejituan intima’ dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya. Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir . Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif . Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .

Pertama : FAHAM الفهم

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين

متفق عليه

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .

تفقهوا قبل أن تسودوا

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.

Kedua : IKHLAS الإخلاص Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al Ana’am . Ayat : 162 - 163

Ketiga : AMAL العمل Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Surah At Taubah . Ayat : 105

Keempat : JIHAD الجهاد

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Surah An Nisa’ . Ayat : 95

من مات و لم يغز و لم ينو الغزو مات ميتة جاهلية

Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah . ( Al hadis ) Kelima : PENGORBANAN التضحية

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah At Taubah . Ayat : 111

Tuesday, December 27, 2005

Khutbah Jumaat ( siri 2 )
Oleh : Ustaz Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
KETEGASAN BERSAMA HUJJAH SYARIA’H ( KETERBUKAAN & KETEGASAN DI DALAM MENGHADAPI IDEALISME MASA KINI )
Saudara Muslimin Sidang Jumaat Sekelian : Saya berpesan kepada diri saya dan seluruh sidang jamaah agar bertaqwa kepada Allah swt dengan pengertian taqwa yang sebenarnya dan marilah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam agama yang kita anut. Justeru Islam adalah Minhajul Hayah . Ia juga adalah Deen As Samawi yang diutus turun oleh Allah swt. Sebagai agama yang benar , maka ia diutus bersama “ Dustur ” , yang mengandungi enakmen atau akta wajib patuh . Firman Allah swt : Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad ) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) ( Surah Al Jathiyah . Ayat : 18 ). Tiada satu bangsa pun di atas muka bumi ini hidup tanpa dustur , malah binatang juga mempunyai dustur dan tabiat tersendiri . Lembu tempatnya didalam kampung sementara Harimau pula tempatnya di dalam hutan. Seorang Muslim , dusturnya dinamakan Syariat . Saudara Muslimin yang dirahmati Allah : Islam telah menempa sejarah keagongannya . Suatu keagongan yang telah meninggalkan “ dendam kesumat ” di dalam dada musuh – musuhnya . Allah swt. telah mendedahkan : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. ( Surah Al Baqarah . Ayat : 120 ) Bermula di sinilah , “ mata telinga ” musuh tak pernah lalai , bahkan senantiasa memasang jerangkap serta mengarahkan “ algojonya ” untuk memusnahkan insan yang menganut ajaran Islam setelah mereka tak pernah mampu untuk memusnahkan Syariat Allah swt . Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). ( Surah As Saaf . Ayat : 8 ) Justeru itu , untuk memastikan Ummat Islam selamat , maka muslimin dan muslimat mesti “ berpegang kejap ” dengan Syariat Allah swt . APAKAH SYARIAH ? Definisi Syariah dapat difahami dengan mudah dan jelas melalui dialog rasmi seorang Ketua Negara bertaraf Rasul dengan Gabenornya Saiyidina Muaz ibnu Jabal rha. sebelum dihantar bertugas ke negara Yaman .
قال بِماَ تَقْضِى قال بِكِتَابِ اللهِ قال فإنْ لَمْ تَجِدْ قال بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ قال فإنْ لم تجدْ قال أَجْتَهِدُ رَأْيِى وَ لاَ آلوُ ( أي لا أقصر ) فَضَرَبَ في صَدْرِهِ وَ قال الْحَمْدُ للهِ الذِّي وَفَقَ رَسُوْلَ رَسُوْلِ الله لما يرَضى رسولُ الله .
Rasulullah saw. bertanya : Dengan apakah kelak kamu akan berhukum , maka jawabnya : Aku berhukum dengan kitab Allah swt .Rasulullah saw. bertanya lagi : Jika sekiranya kamu tidak dapati nasnya di dalam Al Quraan ? Lalu Muaz menjawab: Aku berhukum dengan Sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw. bertanya lagi : Jika tidak juga kamu dapati nasnya di dalam Sunnah ? Lalu Muaz menjawab : Aku akan berijtihad berasaskan ilmu tanpa menyeleweng . Maka Rasulullah saw. menepuk dadanya lalu berkata : Segala puji bagi Allah yang memberi taufiq kepada utusan Rasulullah saw. dengan apa yang diredhoi oleh Rasulullah saw. Sidang Jumaat sekelian : Jelas kepada kita , bahawa Syaria’t Islam ialah Kitab Allah , Sunnah Rasulullah saw. , Ijma’ dan Qias . Inilah Hujjah Syari’e . Lain dari empat perkara ini , ia bukan hujjah Syari’e . Suatu hal yang harus kita sedar , bahawa kini kita ditaqdirkan hidup di suatu zaman yang banyak perselisihan atau penyelewengan . Suatu zaman berlakunya huru – hara ideology . Zaman yang perlu kepada kod penyelesaian yang agong sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasul saw. :
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فإَنِهَّ ُمَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِييِّنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا باِلنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ .
Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba . Sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu suatu masa kelak, ia akan menyaksikan perselisihan yang begitu ketara , maka wajib ke atas kamu di kala itu berpegang kepada Sunnah ku dan Sunnah Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk , genggamlah seerat-eratnya dengan geraham kamu . Waspadalah terhadap perkara baru yang direka maka sesungguhnya perkara baru yang direka ( bida’ah ) adalah sesat . ( Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi ) Wahai Muslimin saudaraku sekelian : Inilah zamannya . Zaman yang tersepit antara dua keadaan . Antara ummat yang jahil dan ulama yang lesu . Syariat Allah swt. dijadikan bahan persendaan dan mainan , akhirnya ummat menderita menghidap penyakit “ kurang daya tahan Aqidah ” . Aqidah ummah kian tipis , senipis kulit bawang . Aqidah mereka boleh diperjual beli dipasaran gelap dan terbuka dengan harga yang murah . Kabus kejahilan terus meliputi mereka . Kini mereka kehilangan arah dan keliru antara “ Tindakan lawan dan Rayuan kawan.” Dunia mempamerkan nasib ummat kini , Saudara mara kita di Pattani dihalau ke hutan belantara , dinafikan hak mereka sebagai seorang muslim . Saudara mara kita di Moro , menerima nasib yang sama . Masjid Babri dirobohkan di hadapan mata ummat Islam . maruah ibu , kakak dan adik kita di Bosnia dicabul ganas . Ya Rabbi Ya Allah . Inilah yang berlaku ke atas ummat Islam !! Ummat Islam di Kashmir , turut menderita . Kaum lelaki disembelih disiksa , kuku mereka dicabut kejam , tubuh badan mereka dikelar , kemaluan mereka dikenakan kejutan elektrik dan mereka dikurung tanpa makanan . kaum wanita diperkosa beramai – ramai , pula mereka mengajar anjing – anjing garang untuk merogol wanita – wanita muslimah . Mereka dimandikan dengan air dingin diwaktu subuh yang dingin di musim dingin . Ummat Islam di Palestin tidak kurang penderitaan yang mereka hadapi , angkara tindakan zalim dan kejam regim Yahudi Alaihi Laknatullah . Aktivis Islam ditangkap dan dikurung dalam bilik yang sangat sempit . Tidak boleh bangun dan tidak pula boleh duduk . Dalam ruang sedemikian mereka dikurung belasan tahun malah puluhan tahun lamanya . Kanak – kanak yang tidak berdosa dibedil tanpa simpati . Ummat Islam yang sedang khusyu’ sujud kepada Allah turut menjadi sasaran peluru liar mereka.Tanah ummat Islam dirampas dan dijajah . Ummat Islam di Afghanistan jua berhadapan dengan situasi yang sama . Mereka menjadi mangsa kerakusan dan kebuasan nafsu kuasa besar dunia . Rumah kediaman mereka diletupkan dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Mereka dibunuh tanpa belas kasihan . Demikian jua nasib ummat Islam di Bumi Iraq dan di beberapa bumi ummat Islam yang lain. Mereka melalui penderitaan yang perit untuk hidup sebagai seorang muslim. Negara kita turut menjadi saksi ke atas penderitaan yang di alami oleh ummat Islam . Apabila Ummat Islam yang menggabungkan diri mereka dengan gerakan Islam diburu , diugut , difitnah , ditangkap malah ada yang telah dibunuh seperti peristiwa yang berlaku di Lubuk Merbau dan Memali Kedah . Saudara Ku sidang jumaat sekelian : Ummat Islam kini sedang tenat lantaran syariat Allah di “tongsampah”kan oleh ummat Islam sendiri . Mereka menjadi lemah dalam jumlah mereka yang ramai , mereka menjadi bangsat di tanahair sendiri dan mereka menjadi hina ditengah kaum bangsa sendiri . Mereka termakan sumpah Saiyidina Omar Al Khattab rha. Apabila Omar pernah berkata :
نحنُ قومٌ أَعزَّنا اللهُ بالإسلامِ فَمَهْمَا نَبْتَغِ عِزَّ بِغَيْرِ ما أَعَزَّنا اللهُ أَذَلَّنا الله
Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt . Kita tidak mempunyai pilihan lain untuk mengangkat semula martabat ummah melainkan bertindak pantas mengembalikan perlaksanaan Syariat Islam dikalangan Ummat Islam . Mereka mesti dibangkitkan dari tidur yang terlalu lama . Bawalah ummah kembali menghayati Syariah Islam justeru syariatlah satu - satunya jalan keluar dari belenggu yang berpanjangan . Syariatlah menjadi petunjuk agar ummah menemui jalan keagongan yang pernah diraih oleh golongan terdahulu . Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. ( Surah An Nahl . Ayat : 89 ) Demikianlah syariat diturunkan untuk menyelamatkan manusia dan memandu mereka ke jalan yang benar . Saudara Sidang Jumaat yang dirahmati Allah : Ketegasan berpandukan hujjah syariah antara usaha untuk memastikan ummah kembali menatang syariah sebagai pedoman hidup mereka. Setiap tindak tanduk , lagak gaya hidup seharian mestilah dirujuk kepada hujjah – hujjah syari’e demi keberkesan tindakan kita sebagai hamba Allah swt . Penggunaan nafsu atau aqal yang terpisah dari hujjah – hujjah syari’e , menjadi nokhtah bermulanya rosak binasa ummah didunia ini . Firman Allah swt.
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; ( Surah Al Mukminun . Ayat : 71 ) Dunia hancur dan manusia menjadi bangsa yang sesat tanpa pegangan . Firman Allah swt :

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). ( Surah Al Qasas . Ayat : 50 ) MADRASAH AQLANIYYAH VS HUJJAH – HUJJAH SYARIYYAH Saudara Sidang Jumaat sekelian : Antara tugas utama kita ialah merobohkan “Madrasah Aqlaniyyah” yang wujud dikalangan ummat Islam hari ini , khasnya di negara kita. Kita dapat mengesan wujudnya “buruh kasar” yang sedang giat membina ‘madrasah aqlaniyyah’ ini . Sebuah ‘madrasah’ yang mendidik ‘pelajar’nya menganut ideology ciptaan manusia dan membebaskan diri dari ikatan hujjah – hujjah syari’e yang diturunkan oleh Allah swt . ‘Madrasah’ ini melahirkan mereka yang berjiwa nasionalis , pragmatis, sosialis , sekularis dan sebagainya yang bercakap mengikut rentak Islam dan kadangkala ber‘irama’ gerakan Islam . Sebagaimana yang berlaku sekarang , gerakan yang ‘perdu’nya dipelopori oleh sebahagian mereka yang pulang dari barat . Mereka memperkenalkan Islam kononnya Islam baru . cara baru dan sebagainya , padahal segalanya tidak lebih dari putar belit yang memualkan dari pihak orientalis untuk memesongkan hujjah dan fakta syariah . Mereka memperkenalkan projek Islamisasi dan medernis Islam . Perlu diperingatkan , walau apa pun yang diperkenalkan oleh mereka , yang menjadi lampu ‘fluorescence’ untuk mengesan kepalsuannya ialah Hujjah – hujjah Syariah yang termaktub di dalam Al Quranul Karim dan Sunnah Nabinya saw. Kita sewajarnya bertindak teliti kerana di sana ada orang yang sedap bercakap dengan menggunakan istilah – istilah Islam dan mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka . Saudara sekelian : Pelbagai ideology yang timbul adalah implikasi daripada tiadanya ketegasan berpandukan hujjah – hujjah syariah . Ideology ini adalah merupakan bidaah yang paling keji disisi Allah swt . Sebab berlakunya bidaah ini . Jahil mengenai sumber hukum syariah Istinbat ( mengambil ) hukum berasaskan nafsu . Mendahului aqal dalam mengambil syariat. Justeru itu , dalam menangani perkembangan ideology yang bercanggah ini , kita mesti tegas memeranginya . Kita terbuka dalam menerima pandangan dan apa jua corak idea yang dikemukakan , tetapi kita mesti insaf bahawa prinsip kita ialah hujjah – hujjah syariah dalam menilai semua bentuk pemikiran yang dikemukakan . Kita jangan terpedaya dengan pandangan individu atau kelompok sehingga membelakangkan syariah Allah swt . Ingatlah utusan rasmi dari hadhrat ilahi :

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. ( Surah Al Ahzaab . Ayat 36 )

SEMINAR KE ARAH MEMAHAMI PARADIGMA
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Tema: "Kembali Kepada Pemikiran / Pendirian Intelektual
Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Agenda Buat Ummah" Tarikh: 4 Februari 2006 / 5 Muharram 1427H Lokasi: Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak Penganjur: Excellent Management & Skill 0815 - 0900 Perasmian dan Ucap Utama -
Profesor Madya Saleh bin Haji Ahmad 0900 - 1000 Pembentangan Kertas Kerja I -
Ustaz Zulkifli Ismail (Pengerusi Baitul Qurra' Melaka) "Kembali Kepada Pemikiran / Pendirian Intelektual
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: Agenda Buat Ummah" 1020 - 1135 Pembentangan Kertas Kerja II -
Ustaz Azmil Zainal Abidin
(Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor - KUIS) "Memahami Kemunculan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Sebagai
Gerakan Jihad Intelektual: Satu Kronologi Kritis" 1135 - 1250 Pembentangan Kertas Kerja III -
Dr. Zulkifli bin Mohammad al-Bakri
(Pensyarah Kanan Kolej Uniti - Port Dickson) "Pertumbuhan Mazhab-mazhab Fekah Sebagai Mercu / Manifestasi Kematangan Ilmu Ulama Silam: Pengajaran Buat Ummah Kini" 1400 - 1515 Pembentangan Kertas Kerja IV -
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Perunding Motivasi dan Pengkaji Sejarah Turki Othmaniyyah) "Sumbangan al-Syeikh Mustafa Sabri Dalam Memelihara Kemurnian Tauhid Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Era Pasca Keruntuhan Othmaniyyah: Satu Analisa" 1515 - 1730 Wacana Ilmiah "Pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Sebagai Wadah Perpaduan Ummah Dan Benteng Serangan Ideologi Moden:
Permasalahan Dan Penyelesaiannya Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi: EXCELLENT MANAGEMENT AND SKILL No. 26, Jalan 9, Taman Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Hotline: 019-2637282

Monday, December 26, 2005

Isu Allahyarham Muhammad bin Abdullah @ S. Moorthy

Esok pastinya menjadi detik yang penuh mendebarkan , apabila kes perebutan jenazah Allahyarham Muhammad bin Abdullah ( yang juga merupakan orang pertama dari kalangan rakyat Malaysia yang berjaya menawan Puncak Gunung Everest ) disebut di Mahkamah Tinggi KL setelah pihak keluarga Allahyarham yang masih beragama hindu menfailkan rayuan mereka ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang sebelumnya telahpun membuat keputusan agar Jenazah Allahyarham diuruskan mengikut hukum syarak.

Perebutan antara Islam dan Hindu melakar sejarah negara yang akan turut menyaksikan bagaimana kewibawaan Mahkamah Syariah sekali lagi tercalar.

Bagaimanapun , ummat Islam diminta mengadakan solat hajat untuk memenangi kes ini bagi segera mengurus Jenazah Allahyarham yang telah lebih seminggu berada di bilik mayat HKL .

Untuk sahabat mengetahui lebih lanjut pergolakkan isu ini , boleh melayari laman web blog roslan sms.

Tuesday, December 20, 2005

Majlis Meraikan Petugas dan Penyokong
Pilihanraya N.12 Pangkalan Pasir.
26 Dec 2005 / Isnin
Badan Perhubungan PAS Pahang akan mengadakan Majlis Keraian untuk meraikan Petugas dan Penyokong/penyumbang Pilihanraya kecil Pangkalan Pasir pada 26 Dec 2005 bersamaan hari isnin di Masjid Al Fatah Bt 3 Kuantan. Majlis tersebut akan bermula jam 11 am .
Kepada semua sahabat - sahabat , petugas PAS dan para penyumbang serta penyokong PAS dijemput hadhir .
Pada sebelah Malamnya insyaallah , satu ceramah umum akan diadakan di tempat yang sama dengan menampilkan Yb. Tuan Hj.Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku penceramah utama.
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat juang yang berterusan biarpun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada PAS. Sementara agenda di sebelah paginya pula adalah Kenduri Kesyukuran yang diterjemah sebagai satu kemenangan biarpun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita. Justeru mereka setelah menggunakan segala keupayaan menentang PAS , hanya mampu meraih majoriti tipis 134 undi.

"STAR OF DAVID berkibar megah di bumi ISLAM HADHARI.
Umat Islam di negara lain bakar bendera ini kerana protes pada kezaliman regim zionis Israel terhadap rakyat Palestin, Umno pula dengan megah mengibarkannya di Ibupejabatnya!
BERKIBAR MEGAH DI ATAS BANGUNAN UMNO... Tidak sensitif atau sudah hilang sensitiviti. Inilah yang berlaku kepada parti yang kononnya memperjuangkan Melayu dan agama Islam ini.
Walaupun dalam pasport Malaysia jelas ditandakan Israel sebagai sebuah negara yang tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini, tetapi kini bendera Israel berkibar megah di atas bangunan Umno sendiri. Gambar ini diambil oleh jurugambar Harakah jam 3.30 petang 15 Disember di atas bangunan Umno yang terletaknya PWTC.

Wednesday, December 14, 2005

Tahniah dan Syabas
Kepada Semua Petugas Pemuda Pahang
di Pangkalan Pasir.

Saya selaku Ketua DPPN Pahang , merakamkan sekalong penghargaan kepada semua petugas pemuda Pahang yang sanggup berkorban menyumbang harta dan tenaga bagi menghadapi Pilihanraya N.12 Pangkalan Pasir .

Biarpun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita , tetapi pengorbanan yang diberikan telah mencerminkan bahawa perjuangan Islam terus bernafas dengan sayap pemudanya menjadi pemangkin yang istiqamah.

Ceramah Politik ( Siri 1 ) Oleh : Ustaz Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi di Felda Keratong 4
Isu Pilihanraya Kecil Pangkalan Pasir
PAS memilih sistem demokrasi berpilihanraya sebagai pendekatan dan saluran rasmi perjuangannya untuk menyampaikan Islam serta mendaulatkannya.
Biarpun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendekatan ini justeru pilihanraya dilihat tidak membantu kemenangan Islam secara total . Namun suasana dan latar belakang rakyat jua latar belakang negara menjadi antara faktor PAS memilih ( ijtihad ) pendekatan yang dikenali sebagai Muwaajahah bis Silmy. ( berdepan secara aman )
Andainya demokrasi benar benar telus dan dilaksana secara jujur oleh kerajaan UMNO dan BN , saya percaya PAS akan beroleh kemenangan yang besar dalam pilihanraya.
Realitinya UMNO dan BN sering mengamalkan politik wang , ugutan , pengundi hantu dan penyalahgunaan hak dan jentera kerajaan dalam menghadapi pilihanraya.
Malah SPR turut dijadikan kompenan BN untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya .
Biarpun begitu , kita masih bersabar dan waras dalam menentu wasilah perjuangan agar perpaduan rakyat , kesejahteraan negara dan keharmonian masyarakat terus terpelihara. namun , kita mengharapkan UMNO dan BN menghormati kesabaran kita dan jangan sekali kali kewarasan ini dicabar !!
Demokrasi negara di Negara kita telah tercemar angkara UMNO dan BN. Mereka tak ubah seperti barat yang menaja demokrasi , tetapi apabila demokrasi dilihat boleh memberi kemenangan kepada parti lawannya lalu mereka menyempitkan ruang demokrasi .
Negara kita turut menyaksikan bagaimana demokrasi kian sempit dan UMNO lah bertanggungjawab atas segalanya. ( Tiadalah bangsa yang paling jahat di atas muka bumi melainkan suatu bangsa yang mencipta peraturan dan undang - undang , lalu mereka sendiri yang melanggar peraturan yang mereka cipta . Inilah UMNO )
Saudara lihatlah bagaimana perlecehan demokrasi dilakukan oleh UMNO di Pangkalan Pasir baru baru ini . Antaranya :
  • Stesen TV dengan segala chanelnya dijadikan tempat berkempen dan ianya dilakukan secara berat sebelah dengan TIDAK membenarkan PAS menggunakan saluran yang sama .
  • Media cetak dengan segala cetakannya turut menjadi medan terbuka bagi mereka menghentam PAS sedang PAS tidak diberi ruang sekadar satu kolum pun oleh pihak mereka .
  • Kenyataan dan penglibatan Pengerusi SPR yang sering memihak atau cenderung kepada parti memerintah sedangkan parti itu menyertai pertandingan dalam pilihanraya yang sedang berlansung .
  • Menganggap sah senarai nama 70 orang pengundi yang didaftarkan pada satu alamat dalam daftar pemilih sedang tuan rumah empunya alamat tersebut tidak mengenali kesemua 70 orang tersebut .
  • Tidak dinyahsenaraikan nama pengundi yang telah mati dari senarai daftar pemilih . Biarpun telah dibuat aduan atau bantahan , pihak SPR pula mempertahankan nama nama tersebut .
  • Undi Pos melebihi jumlah pengundi pos yang berdaftar . Dalam kes N.12 Pangkalan Pasir . Undi Pos , yang berdaftar ialah 195 tetapi yang keluar mengundi ialah 212 . Apakah undi Pos pun berhantu !?
UMNO tiada sebarang kekuatan untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya yang hanya turun berbekalkan mesej perjuangan Islam yang jelas bersama hujjah guna meyakinkan rakyat .
Kemenangan tipis dengan majoriti 134 undi setelah segala menteri turun berkampung di Pangkalan Pasir , jutaan ringgit ditabur kepada pengundi , pelbagai janji disogok kepada rakyat dan dibantu pula oleh pengundi hantu dan pos menjadi bukti jelas bahawa UMNO menang dalam kalah .
Pilihanraya umum yang akan datang , saya cukup yakin UMNO terpaksa menghadapi saingan yang lebih sengit untuk memenangi kerusi Pangkalan Pasir .
Sungguhpun begitu , pesan saya kepada PAS kelantan dan jua pimpinannya agar tidak leka dan mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpin . Justeru Rakyat pasti akan menghukum kerajaan yang lalai dan leka terhadap tanggungjawab dan amanah yang mereka berikan.
Rakyat Kelantan adalah rakyat yang unik . Mereka berani membuat perubahan dan mereka bijak membuat pilihan .
Sampai masanya pimpinan PAS Kelantan membuat postmortem lebih terperinci dan mengadakan introspection yang lebih telus untuk batang tubuh sendiri agar insyaallah , dilihat lebih efektif dan lebih efisyen untuk terus mengungguli kepimpinan Kerajaan Kelantan di masa yang akan datang .

Tuesday, December 13, 2005

THAQAFAH NUQABA'
oleh Habbat Nasim
Tulisan diubah suai daripada kertas kerja Ustaz Zulkifli Yusoff

PENDAHULUAN

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.
Tajuk ini merupakan salah satu daripada beberapa tajuk yang amat penting apabila kita membicarakan perihal penguasaan para naqib terhadap ilmu pengetahuan.

Tajuk ini amat berkaitan dengan beberapa topik yang lain seperti penguasaan watak dan keterampilan, penguasaan sahsiah dan penguasaan kepimpinan.

Kekuatan Nuqaba'

  • Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
  • Mereka mesti mempunyai kekuatan, bahawa dalam apa jua perbincangan. Selaku naqib mereka memiliki kata pemutus.
  • Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Oleh itu, kita selaku para naqib mestilah mempunyai teknik mencatat maklumat yang baik. Setiap ceramah yang kita dengar, kias ibarat yang kita terima, hendaklah disimpan di dalam fail maklumat yang baik dan tersusun. (Di sini Al Fadhil Ustaz telah memberi ulasan panjang lebar berkenaan sistem pemfailan, dan sebagai contoh, menyusun maklumat yang berkaitan di dalam satu folder dalam komputer atau di dalam fail yang tersendiri.
  • Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

THAQAFAH NUQABA' YANG PALING MINIMUM

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah. Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum.

Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun. Buku yang dicadangkan untuk menguasai hukum tajwid al-Qur'an yang minimum ialah Al-Mulakhas al-Mufid fi Ilm al-Tajwid karangan Al ustaz Muhammad Ahmad Ma'bad.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ... Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.

Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang.
Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Buku rujukan untuk sejarah perkembangan hukum dalam Islam ialah The Evolution of Fiqh oleh Dr. Abu Aminah Bilal Philips dan juga Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid. Buku rujukan untuk pengantar kepada ilmu fiqh ialah buku Usul Fiqh oleh Ustaz Yaakob Ismail atau juga Principles of Islamic Jurisprudence oleh Dr. Mohammad Hashim Kamali. Buku fiqh yang ringkas dan terbaik ialah Fiqh al-Manhaji oleh Dr. Mustafa al-Khin, tetapi jika mampu, adalah lebih afdal buku Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Tazkirah ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan.

Kesimpulan

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan komputer.

TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB
Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian) daripada tulisan Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.
Panduan 1: Kenali Ahli Usrah. Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai dengan peribadi tertentu.
Panduan 2: Rancang Program Pengisian. Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan. Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.
Panduan 4: Bertindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung. Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.
Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli. Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan naqib.
Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan. Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:
  • 6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

  • 6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
  • 6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
  • 6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.
Panduan 7: Sediakan Laporan Penilaian. Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.
Catatan :
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam. Janji Allah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya."

AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIAH Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus, konsep ‘amal jama’i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).
Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.
USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH
Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
  • Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
  • Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
  • Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba’ dan ahli.
Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:
  • Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam? Sejauh mana konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam? Sejauh mana ikatan dibentuk? Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?
Akhirnya marilah kita sama-sama membaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.
Dipetik dan diubah suai daripada risalah "Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiah Islamiah" oleh Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Pusat.

Sulaimin menulis dari Jordan
BANYAKKAN PROGRAM TARBIAH
Ketahuilah bahawa tarbiah merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah gerakan Islamiah. Proses pentarbiahan yang berkesan akan melahirkan jundullah yang tabah, kental hati, sabar dalam perjuangan serta kuat berjuang.
Jika kita melihat proses pentarbiahan yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam liku-liku perjuangannya, kita dapati pentarbiahannya yang cukup berkesan dapat melahirkan sahabat-sahabat yang sanggup menggadaikan jiwa serta harta benda untuk fi sabilillah. Kita lihat sahaja sahabat baginda Bilal bin Rabah yang mati dihukum oleh tuannya dengan hukuman yang cukup sengsara di kawasan lapang yang panas, hanya mempertahankan keesaan Allah S.W.T. Kita lihat juga Abdul Rahman bin Auf, ketika puak muhajirin berhijrah ke Madinah Abdul Rahman berkata, “Saya ada dua orang isteri. Pilihlah yang tercantik daripada keduanya. Saya akan talakkan dan kamu akan kahwin dengannya.”
Inilah pengorbanan sahabat Rasulullah yang lahir daripada pentarbiahan yang cukup kuat.
Kalau kita bandingkan dengan kita hari ini, sudah semestinya sangat berbeza. Sedangkan harta benda pun kita tak dapat menginfakkan untuk Islam, apatah lagi isteri kesayangan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
Oleh hal yang demikian, kita seharusnya dan semestinya sentiasa dan lebih menekankan soal pentarbiahan kerana kelemahan mana-mana jemaah Islamiah bertitik tolak daripada proses pentarbiahan yang begitu lemah dan tidak diambil berat. Sebab itulah kita lihat oraganisasi Islam lebih menekankan tarbiah demi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
Kita sebenarnya tidak mementingkan sangat soal kuantiti untuk masa terdekat ini, tetapi walaupun jumlah kita sedikit, apabila disertakan dengan proses pentarbiahan yang kuat, insya-Allah yang sedikit inilah akan melahirkan generasi pelapis yang banyak untuk masa hadapan. Oleh yang demikian banyakkan program yang berbentuk tarbiah demi masa depan yang cerah.
USRAH TUNJANG JEMAAH
Usrah merupakan tunjang sesuatu jemaah. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya jemaah itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembab dan tak bermaya, akan lahirnya jemaah yang lemah dan tak berkembang.
Kepentingan usrah ini tidak dinafikan lagi kerana apabila kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.
Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan usrah.
Dengan sebab itulah kita jangan sekali-kali menjadikan usrah sebagai usaha sampingan sahaja, tetapi anggaplah usrah sebagai aset yang terpenting dalam jemaah kita—kerana usrah yang berjaya itu melahirkan jemaah yang kuat dan berkualiti, insya-Allah.Oleh hal yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri dan muhasabah selalu. Di manakah kerja-kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini? Siapakah diri kita yang sebenarnya? Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah.
Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita bilamana kita membantunya. Janganlah berasa ragu-ragu lagi dalam perjuangan suci ini, kerana dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua prinsip sama ada kita menang atau syahid!