" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, December 30, 2006

BERSEDIAKAH UNTUK TSUNAMI KEDUA ?

Perutusan Aidil Adha dan Tahun Baru
Hj.Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua DPP Negeri Pahang .

Saudara dan saudari yang dihormati sekelian .

Lazimnya sambutan tahun baru di negara kita akan dicemari oleh pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar . Saya masih ingat bagaimana hampir setiap tahun, majlis keraian , tari menari , konsert para artis , tembakan bunga api , pergaulan bebas lelaki dan perempuan , sorak sorai dan hilai tawa akan menghiasi sambutan tahun baru.

Hanyalah 2 tahun lalu , sambutan tahun baru tenang tanpa segala aktiviti yang menjolok mata . Apabila Perdana Menteri mengarahkan agar segala majlis keraian menyambut tahun baru dihentikan bagi ”berkabung” mengenang mangsa Tragedi Tsunami .

Biarpun berkali para ulama’ menegur agar sambutan yang bukan sahaja melahirkan gejala sosial yang negatif , tetapi juga sangat membazirkan harta negara serta mensia – siakan masa depan remaja itu dihentikan , sebaliknya digantikan dengan aktiviti bermoral yang boleh melahirkan keinsafan dan jati diri dikalangan rakyat atau masyarakat.

Malangnya teguran dan anjuran itu tidak pernah dipeduli oleh kerajaan mahupun pihak penganjur , sehingga Allah sendiri memberi tegurannya dengan gerak gempa bumi serta Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa .

Kelihatan hanya Tsunami yang boleh menginsafkan mereka yang keras kepala ini biarpun buat seketika .

Persoalannya , apakah kedegilan berulang ini telah bersedia untuk menerima kehadhiran Tsunami kedua ?

Selatan negara kita diuji Allah beberapa hari lalu dengan Tsunami Kecil yang turut mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda .

Kebetulan saya sempat menyaksikan sendiri dari jarak dekat bagaimana kemusnahan harta benda dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat yang dilanda banjir besar di negeri Johor.

Tiada siapa yang bersedia menghadapinya . Apatah lagi untuk menghadapi kedatangan Tsunami kedua . Justeru itu saya menyeru dan merayu kepada pihak berwajib agar sambutan tahun baru pada kali ini , yang secara kebetulannya pula berlangsung serentak dengan hari kebesaran ummat Islam Aidil Adha tidak dicemari lagi oleh pelbagai aktiviti yang tidak bermoral .

Renungilah satu peringatan baginda Rasul saw. :

عن علي بن أبي طالب كرم الله وجهة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء : قيل و ما هن يا رسول الله : قال إذا كان :

المَغنمُ دوَلاً , و الأمانةُ مَغنماً , والزكاةُ مَغرماً , و أطاعَ الرجُلُ زوجتَهُ , و عَقَّ أُمَّهُ , و بَرَّ صديقَه , و جَفا أباه , و ارتفعتْ الأصواتُ في المساجد , و كان زعيمُ القومِ اَرْذَلَهُمْ , و أُكرمَ الرَجُلُ مخافةَ شَرّه , وشربت الخمور , و لبس الحرير , و اتخذت القينات , و المعازف , و لعن آخر هذه الأمة أولَها فليرتقبوا عندك ذلك ريحا حمراء أو خسْفاً أو مسْخاً .

رواه إمام الترمذي

Dari Saidina A’li bin Abi Talib Karramallahuwajhah : Rasulullah saw telah bersabda : Apabila ummatku melakukan 15 perkara ini maka layaklah ke atasnya bala bencana ( musibah ) .

Lalu sahabat bertanya : Apakah 15 perkara itu ya Rasulullah ?

Rasulullah saw. menjawab : Apabila berlaku .

Harta khazanah kekayaan negara hanya berlegar dikalangan orang- orang tertentu .

Amanah menjadi batu loncatan untuk mengumpul kekayaan .
Zakat dianggap sebagai hutang yang menyusahkan mereka .
Lelaki tunduk kepada isterinya.
Derhaka kepada ibunya .
Sedang ia terlalu menurut kemahuan kawannya.
Sering menjauhi bapanya .
Meninggikan suara ( bising ) di dalam Masjid .
Pemimpin yang dilantik adalah yang paling hina ( jahat ) dikalangan mereka.
Dimuliakan seseorang ( bukan kerana mulia tetapi ) kerana takut akan kejahatannya.
Meminum Khamar ( arak )
( Lelaki ) memakai sutera .
Menyanjung para artis ( penyanyi )
( Menyanjung para artis ) pemuzik .
Dan mengutuk golongan ( ummat/ulama’ ) terdahulu

Maka layaklah mereka ditimpa Angin Ahmar ( yang melumpuhkan ) atau gempa bumi ( yang menghancurkan ) atau mereka ditukar wajah menjadi makhluk lain ( beruk atau lainnya ) .

ٍSunan at - Tarmizi .
Jilid 4 / Muka surat 494 . Cetakan Dar Ihya at Turath Beirut .

Pesan buat sahabat .

Sementara buat semua pencinta Islam , kedatangan tahun bersulam Aidil Adha ini harapnya meningkatkan komitmen kita terhadap tanggungjawab dan amanah perjuangan untuk mendaulatkan Syariat Allah di bumi tercinta ini.

Pelajarilah semangat pengorbanan nabi Allah Ibrahim as. dan keluarganya yang saya pasti kisahnya akan kita dengar serba ringkas dari khatib yang menyampaikan khutbah Aidil Adha nanti.

Demikian juga kehadhiran tahun baru yang meninggalkan diary perjuangan kita setahun yang lalu . Muhasabahlah dan pertingkatkan prestasi dan kualiti perjuangan bersama diary perjuangan kita yang baru .

Biarpun hari muka terus menjanjikan cabaran yang kian getir , namun kita tidak punya pilihan melainkan terus memacu perjuangan ini demi memartabatkan kembali maruah ummah dan keagungan Islam .

Abaikan persoalan remeh temeh .

Usahlah kelemahan dan ketidak upayaan kita selama ini dalam menyaingi cabaran , ditambah parah dengan sikap kita yang tidak mengenal priority dalam tindakan lalu kita bergelumang dengan persoalan khilafiah dan isu yang remeh.

Segalanya hanya meletakkan kita makin berpecah , lemah dan melambatkan masa pergerakkan kita .

Saya percaya , kita mempunyai hadaf yang mahu dicapai dan tentunya pula hadaf kita ialah untuk menegakkan agama Allah di mayapada ini . Lantaran itu , saya tidak nampak ruang untuk kita terus melayani persoalan ”tengek bengek” yang hanya menambah sukar perjalanan kita .

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan petunjuk untuk menunaikan tanggungjawab besar ini .

Jumpa sahabat semua di Batu Talam nanti . Salam perjuangan dari saya buat semua.

Thursday, December 28, 2006

Tatacara di Perbaiki , Perkasa Mahkamah
Elak tindakan dipertikai

Penulis:Zainul Rijal Abu Bakar
(Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia)
Dipetik dari:Ruangan agama,
Berita Harian Tarikh: 27 Disember 2006

Tatacara diperbaiki perkasa mahkamah, elak tindakan dipertikai

KENYATAAN Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan Jabatan Agama Islam menghentikan perbuatan mengintip, mengintai dan mencari pasangan untuk ditahan atas kesalahan khalwat dianggap kontemporari oleh sesetengah golongan.

Namun kenyataan sebegini haruslah diteliti dari segi amalan dan pelaksanaan jenayah syariah di Malaysia. Pelaksanaan atau penguatkuasaan jenayah syariah dikodifikasikan sebagai undang-undang di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri.

Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, setiap serbuan penguat kuasa agama dibuat berdasarkan aduan atau syak yang munasabah ada jenayah syariah dilakukan. Bukannya serbuan secara membuta-tuli atau mengintip secara sembrono.

Bila menerima aduan, penguat kuasa agama akan menyiasat. Aduan pula perlu dibuat dalam bentuk tulisan dengan menggunakan borang tertentu. Bagaimana siasatan dibuat ia termasuk serbuan dan penggeledahan. Pokoknya, bukan sengaja ketuk pintu hotel atau rumah orang. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini memperincikan dengan jelas prosedur tertentu, malah dalam beberapa hal ia lebih lengkap lagi dengan apa yang ada dalam Kanun Prosedur Jenayah di mahkamah sivil.

Bagi Selangor umpamanya arahan tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor yang dikeluarkan bagi tujuan melaksanakan tindakan oleh penguat kuasa agama.

Menurut Arahan Bil 1/2003 terdapat beberapa perlakuan yang boleh diambil tindakan seperti berikut:-

a) Nasihat dan arah beredar
b) Arah hadir kursus
c) Tindakan mahkamah

Sebelum penguat kuasa agama ini membuat serbuan, sudah tentu menjadi kewajipan baginya menyiasat kesahihan aduan yang diterima itu. Selepas dipastikan ada asas kebenaran mengenai aduan itu barulah penguat kuasa agama memulakan langkah mereka mengikut peruntukan undang-undang.

Adalah tidak benar penguat kuasa agama pergi dari satu bilik ke satu bilik yang lain di dalam hotel atau dari satu rumah ke rumah yang lain mengintip dan mengintai pasangan yang melakukan khalwat. Juga tersasar daripada realiti sebenar jika kita katakan penguat kuasa agama hanya menumpukan perhatian kepada tangkapan khalwat saja.

Banyak tangkapan lain dilakukan penguat kuasa agama seperti tangkapan ajaran sesat, merobohkan tempat yang boleh memesongkan aqidah dan banyak lagi. Jika ada kesilapan dalam melaksanakan tugas, itu adalah kesilapan manusia. Tindakan perlu diambil kepada pihak yang melakukan kesilapan.

Berilah latihan yang bersepadu kepada pegawai penguat kuasa agama. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Pihak berkuasa agama juga perlu jujur mengaku kesilapannya jika berlaku kesilapan oleh kakitangannya. Tidak rendah keIslaman kita jika mengakui kesilapan kita sendiri.

Menghentikan tangkapan khalwat ini seolah-olah menggalakkan umat Islam melakukan maksiat kerana tidak ada tindakan pencegahan yang tegas. Inilah juga apa yang diperjuangkan oleh golongan Islam liberal. Bersorak gembiralah golongan yang suka melakukan maksiat ini.

Tinggallah golongan yang komited terhadap Islam keresahan kerana maksiat yang dilakukan di sebelah rumah mereka, mereka hanya boleh memerhati dari luar saja. Ada juga yang berpendapat bahawa tangkapan khalwat ini memalukan orang yang ditangkap dan yang demikian itu menceroboh hak persendirian dan melanggar hukum syarak.

Perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi kerana hak asasi umat Islam bukanlah hak yang mutlak. Hak ini ada batasannya sebagaimana kebebasan lain yang mempunyai batasannya tersendiri. Bukankah ada hadis menyatakan bagaimana kita ingin menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar kita perlu berpegang kepada hadis Rasulullah antara lain maksudnya,

“Apabila kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu menegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan kata-kata dan jika tidak mampu dengan hati. Itulah selemah-lemah iman”

(Riwayat Bukhari).


Persoalannya, kita ada kuasa di tangan kita mengapa kita mahu memilih kaedah mereka yang selemah-lemah iman. Ada juga pandangan yang mengatakan hadis itu hanya terpakai kepada orang yang melihat kemungkaran dengan mata kepalanya sendiri saja.

Tafsiran ini adalah tafsiran yang sempit kerana pada zaman Rasulullah juga kesaksian seorang sahabat yang mengesyaki ada seorang yang akan melakukan pembunuhan sedang menyorok di sebalik sebatang pokok telah diterima oleh Rasulullah. Sahabat ini tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Salah satu tujuan hukuman dalam Islam juga adalah sebagai pencegahan. Dalam Islam pesalah dirotan dikhalayak awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah dan juga orang yang melihat.

Oleh hal yang demikian tidak timbul isu memalukan orang yang ditangkap itu kerana aduan yang munasabah sudah dibuat. Memanglah benar banyak perkara yang lebih besar lagi yang perlu diberi penumpuan oleh penguat kuasa agama, tetapi hal yang demikian tidaklah memberi lesen kepada penguat kuasa agama menghentikan penguatkuasaan tangkapan khalwat.

Penguat kuasa agama perlu melakukan semua perkara dalam bidang kuasanya. Pihak kerajaan perlu menyokong dengan melantik lebih ramai pegawai tetap dan terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Mohd Asri juga dipetik berkata, isu yang lebih besar daripada menangkap pasangan berkhalwat di bilik iaitu perlakuan dosa secara terbuka seperti rasuah, mencuri, rompakan dan dadah yang mendatangkan masalah kepada orang lain perlu diberi penumpuan oleh pihak berkuasa agama.

Persoalannya ialah adakah perlakuan itu berada di bawah bidang kuasa penguat kuasa agama atau mahkamah syariah? Perkara besar yang dikatakan itu semuanya berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil dan dikuat kuasakan melalui Kanun Prosedur Jenayah.

Ia dikuatkuasa oleh polis dan badan kerajaan tertentu. Sudah tentu apabila penguat kuasa agama ingin berperanan di dalam perkara besar ini orang akan mengatakan mereka sebagai penyibuk saja. Kita juga tidak boleh mengatakan begitu banyak tangkapan dibuat, khalwat masih berleluasa.

Oleh itu, tangkapan khalwat ini tidak berkesan dan mesti diberhentikan. Hal ini sebenarnya tidak boleh dijadikan hujah kerana jika kita membuat analogi kepada masalah dadah, kerajaan melakukan ribuan tangkapan dan membelanjakan jutaan ringgit memerangi dadah serta mengadakan pusat pemulihan dadah tetapi masih tidak berjaya lagi. Adakah kita menghentikan tindakan ini?

Jika kita menghentikan tindakan maka masyarakat tentulah menjadi kucar kacir. Apa yang perlu dilakukan ialah melipatgandakan usaha dan mencari kaedah yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini bukan menghentikannya. Memang terdapat beberapa kelemahan dalam tatacara melaksanakan tangkapan khalwat ini dan aspek inilah yang sepatutnya diberi penekanan untuk diperbaiki lagi.

Tidak ada salahnya jika pakar perundangan syariah dipanggil untuk memberi pandangan berhubung pelaksanaan tangkapan khalwat ini agar tidak kedengaran lain suara sumbang yang mempertikaikannya. Persoalan kenapa kita masih tidak dapat membendung gejala maksiat yang semakin berleluasa ini juga perlu diberi perhatian yang mendalam.

Pada masa ini mahkamah syariah dalam bidang kuasa jenayahnya hanya diberikan bidang kuasa menjatuhkan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan rotan enam kali sebatan. Hukuman yang terlalu kecil ini gagal bertindak sebagai pencegah kepada perlakuan maksiat.

Sudah tiba masanya bidang kuasa jenayah yang lebih luas diberikan kepada mahkamah syariah. Oleh itu, kita perlu melihat kepada permasalahan pokok sebelum kita boleh mencari penyelesaian kepada sesuatu perkara.

Tuesday, December 26, 2006

MUNGKAR TERBUKA
YANG WAJIB DICEGAH

( Gambar Kiri )
Datin Seri Rosmah Mansor ( isteri Timbalan Perdana Menteri ) yang juga merupakan penaung Festival sempena Anugerah Filem India ( GIFA 06' ) kelihatan "bercium pipi" dengan seorang aktor Bollywood terkenal Salman Khan pada 9 December yang lalu .

Sebelum ini , saya masih ingat bagaimana di awal musim tika mempromosikan Islam Hadhari , Datuk Najib pernah menegur perbuatan berpeluk di khalayak ramai adalah haram dan bertentangan adab ketimuran .

Sementara gambar kanan pula adalah aksi Imamul Akbar Lil Islamul Hadhari Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi . Kelihatan beliau "mengusap" manja bahu telanjang seorang Pelakon terkenal yang pernah membintangi filem James Bond Dato' Michelle Yeoh .

Gambar itu dirakamkan secara terbuka ( bukan mengintip ) dalam satu majlis sempena Monsoon Cup di Terengganu baru - baru ini .

TIADA MUFTI YANG MENEGUR

Sehingga saat saya menulis , saya belum menerima sebarang maklumat dan saya telah meneliti akhbar utama seperti NST dan lainnya , tiada seorang pun dikalangan Mufti di negara Islam hadhari ini menegur secara terbuka ( justeru itu adalah maksiat terbuka ) sebagaimana teguran terbuka terhadap Jabatan Agama yang terpencil kesilapannya semasa menjalankan operasi mencegah maksiat.

Saya mohon teguran jika pengamatan saya lemah dan leka dari meneliti kalau - kalau ada teguran yang telah dikemukakan di dada akhbar oleh para mufti , khasnya mufti - mufti yang muda bersemangat dan tinggi pula ilmunya .

Mungkin nanti ada pula yang mengatakan saya tidak beradab dalam menegur maksiat sehingga mendedahkan aib Datin Seri Rosmah dan Dato' Seri Abdullah .

Pertama ingin saya tegaskan , bahawa kedua - dua gambar itu bukan hasil karya pengintip dan pengintai dari Jabatan Agama , tetapi entah dari paparazzi mana yang mengambilnya secara terbuka dan ianya berlaku dalam majlis terbuka. Ianya diketahui dan disaksikan umum .

Kedua , saya tidak tahu apakah mereka berdua ( Rosmah dan Abdullah ) memahami erti aib sehingga ia berasa aib kalau gambar ini disiarkan justeru mereka kelihatan sangat selesa untuk melakukannya dihadapan umum biarpun hukum sangat jelas mengundang murka Ilahi.

Ketiga , mereka adalah pemimpin negara . Maksiat yang mereka lakukan ini adalah maksiat terbuka yang pastinya akan dicontohi oleh pengikutnya @ sebahagian rakyatnya , sementara ulama' - ulama' rasmi tidak pula berani menegur secara terbuka .

TEGURLAH MEREKA.

Saya tidak berhajat untuk mengemuka hujjah secara ilmiyyah disini , lantaran ini adalah suatu yang sangat maklum . Persoalan yang timbul , bukan tidak memahami hukum atau kaedah secara ilmiyyah tetapi tidak bertindak berasaskan ilmu yang dimiliki .

Selayaknya para mufti , ulama' - ulama' rasmi kerajaan cepat mendahului dan menegur mereka yang melakukan maksiat terbuka ini . Saya percaya , biarpun saya tidak mengemukakan hujjah ilmiyyah bersandarkan hadis dan ayat quran sebagai dalil hukum , mereka sangat mengetahui apakah hukum berdiam diri berhadapan maksiat terbuka sebegini sedang mereka adalah ulama' rasmi lantikan kerajaan .

Pastinya kerajaan melantik para ulama' - ulama' rasmi ini menduduki kerusi yang hampir menyama taraf kedudukan menteri , agar mereka dapat menasihati dan membimbing ketua - ketua kerajaan mereka dari hanyut dibawa arus mungkar dan maksiat.

atau ulama' - ulama' rasmi ini lebih selesa "menyeringai" kepada pihak yang kerdil sementara mengampu ketuanya untuk menjamin kedudukan yang lebih selesa . Semoga telahan dan tanggapan ini silap dan tidak benar.

Saya harap , ketua - ketua kerajaan ini dididik , dinasihati dan ditegur oleh para mufti agar kehidupan mereka terhindar jauh dari maksiat dan akhirnya memimpin rakyat dengan agama Allah swt.

Kalaulah saya dikurniakan doa yang mustajab , nescaya saya mendoakan agar para mufti berani dan terbuka hati untuk mengkritik dan menegur pemimpin - pemimpin seperti ini agar mereka selamat serta pemimpin pula , agar mendapat hidayah ilahi .

PENGORBANAN MEMARTABATKAN ISLAM

Oleh :
Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat .

KHUTBAH IDUL ADHA 1427 H

الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر,
اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً.

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله
فلا مضلل له، ومن يضلله فلا هادي له.

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، الذى بلَّغ الرسالة وأَدَّ الأمانة ونصح الأمة وكشف الله به الغمة وتركَنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها ولا يزيغ عنها الا هالك. صلاةً وسلاما على نبينا المصطفى وعلى آله وصحبه أجمعين ،ثم أمــا بعد؛

فيا عباد الله، اتقوا الله, أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون،

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مسلمون

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Taala sekalian.

Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam. Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah:

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك


merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.

Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang di mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allahlah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر


Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .

Generasi penggerak kebangkitan Islam akan datang

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ * إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

bermaksud:

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Bayangkan wahai kaum muslimin suasana ketika Allah memerintahkan nabi ini untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihimassalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

وَا حَسْرَةً للْفَتَى ساعَــ ـةً يَعِيشُها بعد أحِبَّائـهِ
عُمْرُ الفَتى لو كان في كَفِّــه رَمَى به بعد أوِدَّائـهِ


· alangkah sedihnya bagi seorang yang menemui satu ketika,
· dia hidup tanpa kekasihnya di sisinya,
· kalaulah nyawa itu berada di tapak tangan,
· pasti kan dilemparkan apabila kekasih sudah tiada.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.

Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.

Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ من الصابرين


Yang bermaksud:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononya . Kemudahan teknologi dan tamaddun modern yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Filem-filem lucah yang mempamirkan aksi berahi sudah jadi sebati dengan jiwa rakyat Malaysia ala Islam Hadhari. Budaya melihat aurat wanita dalam rancangan televisyen seakan tiada mengapa. Kita semakin lupa bahawa mata dan panca indera yang lain merupakan amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah. Malah rumah Allah semakin mudah untuk disembamkan ke bumi sebagaimana yang berlaku di Kampung Bkt. Berembang baru-baru ini sedangkan lokasi-lokasi maksiat tetap tersenyum bongkak meratah akhlak dan jiwa seorang muslim.

Apakah ini hasil tarbiah atau didikan yang kita timba dalam setiap lembaran 10 Zulhijjah yang menjelma. Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

فَوَاللَّهِ ‏ ‏مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا ‏‏ ‏‏ تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

yang bermaksud:

Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Allah berfirman:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Lata dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme: دع ما للقيصر للقيصر وما لله لله

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah .

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Apakah umat seperti ini yang diharapkan bakal memartabatkan Islam? Adakah golongan ilmuan Islam yang tergamak mengkhianati ilmunya ini yang diharap-harapkan bakal memimpin tangan masyarakat untuk kembali mencari redha dan kasih ilahi?

Demi tuhan Kaabah! Mereka bukan harapan yang ditunggu-tunggu. Mereka bukan pewaris perjuangan para anbia dan para mursalin. Allah melaknat golongan yang cuba untuk memutarbelitkan Islam dengan akal dan nafsu dangkal mereka sebagaimana Allah melaknat golongan ulamak jahat Bani Israil yang sanggup untuk menokok tambah Al-Taurah dan Al-Injil semata-mata mengharapkan secebis nikmat dunia yang sementara.

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ * كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ * تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ

Yang bermaksud:

78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

[79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

[80] Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka)


Demi tuhan Kaabah! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud:

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

Kata pujangga:

إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ
ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,

· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,

· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,

· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.


Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah. Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ * أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ * أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Yang bermaksud :

[97] Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Insafilah duhai teman yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

بارك الله لي ولكم فى القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم إنه هو السميع العليم


Khutbah kedua

الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر,
اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً

أشـهد أن لا إلـه إلا اللـه وحـده لا شـريك لـه وأشـهد أن محـمداً عـبده ورسـوله والصـلاة والسـلام على رسـول اللـه وعلى ألـه وصـحبه أجـمعين ثم أمــا بعـد,

فيا عباد اللـه اتقـوا اللـه أوصـيكم وإياي بتقوى اللـه فقـد فـاز المتقـون .


Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama berselawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.,

قـال الله تعالى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تسليما

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد،

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعاً مرحوماً، وتفرقنا من بعده تفرقاً معصوماً، ولا تجعل فينا ولا معنا ولا حولنا شقيا ولا مطرودا ًً،

اللهم إنا نسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اجعلنا من الذاكرين لك فى الليل والنهار، والمستغفرين لك بالعشى والأسحار

اللهم انصر الاسلام والمسلمين،
اللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل مكان,
أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل زمان,
أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى فلســـــــــــــــــــــــطين وفي العراق (3)
أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى شيشان, وفى كشمير , وفى أفغانستان ، وفى أوطاننا ياألله يا رحمــن، يا رحيــم,

اللهم إنا نجعلك فى نحور أعدائنا, ونعوذبك من شرورهم , اللهم بدد شملهم , وفرق جمعهم , وشتت كلمتهم , وزلزل أقدامهم , وسلط عليهم كلبا من كلابك, ياقهار, ياجبار, يا منتقم ياأللـــــــــــــــــــــــه

أللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم

أللهم يا ودود , يا ودود , يا ودود , يا ذا العرش المجيد , يا مبدئ يا معيد , يا فعالا لما يريد ,

نسئلك بنور وجهك الذى ملأ أركان عرشك , وبقدرتك التى قدرت بها على جميع خلقك, ورحمتك التى وسعت كل شيء , يا حى يا قيوم , لآإله إلا أنت , يا غياث المستغيثين أغثنا , يا مغيث , يا مغيث , يا مغيـث ,

أللهم حرر الأقصى على رايات الإيــــــــمان وصيحة التكبيـــــــــــــــــــــر ,

أللهم أهلك الظالمين بالظالمين , وأخرجنا من بينهم سالمين,

أللهم أهلك اليـــــــهود ومن والاهم , رحمـك يا ربنا بالمسلمين المستضعفين فى فلســـــــــــــــــطين وفي العراق وفي مل بلدة ظُلِم المسلمون فيها يا قوى يا متين , ونحن يا ربنا لا نملك للمسلمين المستضعفين إلا الدعاء .

أللهم هذا الدعــــــــــــــــــــاء وعليك الإجـــــــــــــــــــــــــــــابة .
اللهم اجعل هذا البلد آمناً مطمئناً سخاءً رخاءً وسائر بلاد المسلمين اللهم اغفر المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات إنك سميع مجيب الدعاء.

عباد الله.......... إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون.

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Monday, December 25, 2006

Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu A’nil Mungkar
Tugas Yang Wajib di Kuatkuasa

Kenyataan Rasmi Lajnah Tarbiyyah Dan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat Berhubung Kenyataan Mufti Perlis

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kenyataan Mufti Perlis berhubung isu serbuan khalwat di hotel supaya dihentikan oleh pihak berkuasa agama. Beliau menyatakan tujuannya agar dapat membersihkan imej Islam daripada perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menegaskan bahawa cadangan ini akan menimbulkan implikasi yang lebih negatif. Ini kerana jika cadangan beliau dipersetujui, ia akan menggalakkan lebih banyak pasangan yang bukan mahram berkhalwat di hotel dan rumah tumpangan tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa agama.

Pihak Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat yakin pihak berkuasa agama akan menangkap pasangan yang berkhalwat berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil risikan yang mengambil masa yang agak lama.

Kami meyakini pihak berkuasa agama tidak akan mengambil langkah yang semberono kerana ia akan mencemarkan imej jabatan agama dan Islam itu sendiri. Walaupun ada tangkapan yang salah dilakukan, ia hanyalah kes terpencil dan Mufti Perlis tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk memburukkan penguatkuasa jabatan agama dalam menangkap pasangan yang berkhalwat.

Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa cadangan beliau seolah-olah mengambil langkah berundur ke belakang. Di manakah konsep saddu al-zarai' yang semestinya diambil oleh pihak berwajib jika serbuan kepada pasangan berkhalwat diabaikan.

Adakah Mufti Perlis sanggup memejamkan mata apabila menerima aduan masyarakat setempat mengenai perbuatan sumbang yang dilaporkan di rumah jiran beliau, hanya kerana memegang prinsip dosa khalwat hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Allah. Apa tanggungjawab kita sebagai seorang jiran yang perlu merealisasikan hadith Nabi saw yang bermaksud

“Apabila seseorang kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lidahnya (nasihat) dan jika tidak mampu hendaklah membencinya di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman”.

Adakah Mufti Perlis hanya akan membenci kemungkaran tersebut di dalam hati sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk menegahnya.

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengingatkan Mufti Perlis bahawa bala Allah tidak hanya akan menimpa orang yang zalim di sesuatu tempat semata-mata, bahkan ia akan juga menimpa kepada golongan alim ulama yang hanya sibuk beribadat tetapi mengabaikan usaha untuk memperbaiki masyarakatnya yang rosak.

Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa gejala zina mutakhir ini semakin berleluasa di kalangan remaja, belia, dewasa, tua bahkan VIP yang mengaku dirinya seorang Muslim.

Justeru, tindakan proaktif sebagaimana yang dilakukan oleh JAWI perlu diberikan kredit kerana berjaya membongkarkan kemaksiatan yang berlaku di kalangan golongan VIP Melayu Islam yang menggunakan kondominium sebagai tempat mereka menikmati belaian gundik-gundik mereka kerana khuatir dihidu oleh isteri mereka.

Menjawab Kenyataan MUFTI PERLIS .

Kenyataan yang mengelirukan dan akan menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap nama baik Jabatan Agama dan pegawai-pegawai agama. Seolah-olah mereka merupakan orang-orang yang suka mengintai dan mengendap untuk mencari salah dan aib orang lain.

Walhal mereka melakukan tugas atas nama jawatan dan tanggungjawab rasmi yang diperakui oleh undang-undang. Sepatutnya, jika ada kesilapan yang berlaku, beliau sepatutnya mengemukakan teguran mengikut saluran yang betul, bukan membuat kenyataan di dada akhbar yang dibaca oleh khalayak ramai dan akan menimbulkan salah-tanggapan orang ramai.

Kenyataan di dalam akhbar tersebut jelas berniat jahat kepada pegawai-pegawai agama yang bertugas membenteras maksiat. Penggunaan bahasa mengintip, mengendap dan mencari-cari pasangan, jelas merupakan suatu penghinaan yang ditujukan kepada mereka. Amat mengecewakan jika bahasa sebegitu keluar dari mulut seorang mufti. Bahasa yang sepatutnya ialah menyiasat, membuat tinjauan, menyelidik.

Adakah apabila pegawai-pegawai agama tersebut memperolehi maklumat atau mendapat laporan tentang sesuatu kes di mana dua orang ( lelaki dan wanita ) yang meragukan di dalam sebuah bilik ( di mana orang yang melapor mengkhuatiri mereka berdua bukan pasangan suami-isteri ), lalu pegawai agama datang untuk menyiasat, ia mengetuk pintu bilik, apabila dibuka ia meminta dari mereka berdua surat atau sijil pengesahan perkahwinan, maka apakah perbuatannya itu dapat dikatakan sebagai mengintip atau mengendap.

Jika hendak dikatakan aib, apa yang aibnya bagi kedua pasangan tersebut untuk mengemukakan surat atau sijil pengesahan nikah jika mereka benar-benar pasangan suami isteri. Apabila polis meminta kad pengenalan dari kita, kemudian kita memberinya, adakah itu suatu yang mendatangka aib bagi kita ?

Jika memberi surat/sijil pengesahan nikah apabila diminta merupakan suatu yang aib, maka tidak ada gunanya undang-undang memperkenalkan sijil tersebut, begitu juga tiada guna masing-masing ada kad pengenalan kerana ia mengaibkan orang dan melanggar hak individu.

Begitu juga, apabila pihak jabatan agama mendapat laporan ada tempat-tempat awam ( taman-taman, kawasan-kawasan reakreasi ) yang menjadi sarang maksiat dari orang ramai, lalu mereka melakukan operasi tinjauan dengan pergi menyiasat tempat-tempat tersebut, maka apakah mereka dapat kita katakan mengintai dan mengintip.

Kemudian, dalam siasatan tersebut mereka menangkap pasangan yang sedang bercumbu-cumbuan ( beromen ), apakah tangkapan tersebut salah di sisi Syarak. Apa yang ingin kita tegaskan, sekalipun suami-isteri, bercumbu-cumbuan di tempat terbuka yang terdedah kepada khalayak ramai atau ada kemungkinan besar akan dilihat oleh orang lain merupakan suatu dosa di sisi Syarak.

Di dalam hadis Rasulullah menegah si suami menceritakan kisah hubungan ( seks ) antaranya dengan isterinya kepada orang lain, begitu juga ditegah si isteri menceritakan kisah hubungannya dengan suaminya. Jika menceritakan sudah dilarang, maka lebih-lebih lagilah dilarang jika hubungan itu dilakukan di hadapan orang lain.

Beberapa kenyataan beliau sebagaimana tulisan akhbar tersebut- bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam yang sebenar;

Pertama:

Menyalah-tafsirkan makna hak peribadi menurut Islam.

Kenyataan akhbar tersebut menyebutkan; Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengatakan amalan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip hak peribadi menurut ajaran Islam dan juga terjumlah kepada suatu tindakan pencerobohan.

Penjelasan:

Di dalam Islam, hak peribadi diiktiraf selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Tidak ada di dalam Islam apa yang dinamakan hak atau kebebasan untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Seorang muslim tidak hanya diseru menjauhi munkar dan maksiat, malah diseru agar mengelak dari tempat-tempat yang meragukan, yakni menimbulkan salah tanggap orang lain terhadap dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Elakkanlah dari yang meragukan kepada yang tidak meragukan.

(Riwayat Imam at-Tirmizi dan an-Nasai.
Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh)

Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah ( Hukum-Hakam Pemerintahan ) dalam bab berkenaan al-Hisbah ( Tugas menjalan amar makruf nahi munkar );

Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar ( yakni al-Muhtasib ) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedududukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut ), maka hendaklah ia menegah mereka, namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.

Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut; Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.

Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu; Takutlah kepada Allah dari bersunyian ( dengan wanita yang bukan mahram ) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah. Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya.

(Halaman 376)

Jika berada di satu jalan yang sunyi sudah dianggap meragukan, maka bagaimana jika seorang lelaki dan wanita yang diketahui bukan muhrim dilihat oleh orang yang mengenali mereka telah menyewa bilik yang sama, tidakkah itu lebih meragukan? Adakah hal sedemikian perlu dibiarkan dengan alasan menjaga hak peribadi?

Kedua:

Terdapat kenyataan beliau di dalam akhbar tersebut; Islam tidak menggalakkan manusia untuk pergi mendedahkan perbuatan maksiat.

Penjelasan :

Sememangnya Islam tidak menggalakkan pendedahan maksiat, namun harus diingat bahawa Islam juga mewajibkan maksiat dicegah apabila ia berlaku atau diketahui akan berlaku. Pencegahan terhadap munkar menjadi tanggungjawab yang amat besar di dalam Islam.

Ini dibukti dengan banyaknya ayat di dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam melaksanakan tugas al-Amru Bil-Makruf Wa an-Nahyu Anil-Munkar ( Mengajak kepada makruf dan mencegah dari Munkar ). Mengikut banciannya, sebanyak sembilan kali perintah tersebut diulang oleh Allah di dalam al-Quran.

Apabila dua orang yang bukan mahram dilihat atau diketahui berada dalam satu bilik yang tertutup, adakah mereka tidak perlu diselidiki atau dicegah dengan alasan Islam tidak membenarkan pendedahan maksiat atau munkar? Apakah apabila telah berlakunya zina dan perempuan yang terlibat dilihat mengandungkan anak haram, ketika itu barulah pencegahan boleh dibuat?

Kita meyakini bahawa para pegawai agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, niat dan tujuan mereka pergi ke sarang maksiat atau ke tempat-tempat yang dikhuatiri berlaku maksiat bukan untuk mendedah maksiat tetapi untuk menyelidik dan melakukan pencegahan jika didapati maksiat/munkar benar-benar berlaku.

Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulamak-ulamak Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulamak, peranan Hisbah ini merupakan salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam. Huraian lebih terperinci tentang Hisbah ini akan kita kemukakan di depan nanti.

Ketiga:

Antara kenyataan beliau dalam akhbar tersebut; Prinsip amr makruf nahi munkar hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu perbuatan maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka.

Penjelasan:

Kenyataan tersebut pada amnya benar, namun ia memerlukan penjelasan lanjut untuk mengelak kekeliruan.

Dalam Sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan dengan al-Muhtasib. Jawatan Hisbah tersebut berperanan secara rasmi bagi menangani tugas dalam negara untuk mengajak orang ramai kepada makruf (melaksana perintah Allah) dan mencegah munkar dan maksiat.

Menurut ulamak, antaranya Imam al-Mawardi; Al-Muhtasib (orang yang menjawat jawatan Hisbah tersebut) hendaklah benar-benar menjalankan peranannya tersebut. Tidak harus ia meninggalkan peranan tersebut kerana urusan-urusan yang lain.

Atas dirinya tugas amar makruf nahi munkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikannya. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak.

(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)

Dalam hal berkaitan dengan perbahasan kita, Imam al-Mawardi menjelaskan; Harus al-Muhtasib untuk menyelidik kemungkaran-kemungkaran yang diketahui secara zahir dengan tujuan untuk mencegahnya dan juga menyemak jika ada perkara makruf (perintah Allah) yang diabaikan dengan tujuan untuk mengajak orang ramai melaksanakannya.

Sememangnya munkar yang menjadi tanggungjawab al-Muhtasib menurut ulamak ialah munkar yang dzahir. Lebih jelas, para ulamak meletakkan tiga syarat bagi munkar yang hendak dicegah oleh al-Muhtasib;

Munkar itu adalah munkar yang zahir.

Munkar itu ialah munkar yang sedang berlaku atau dikhuatiri berlaku, yakni bukan munkar yang telah berlalu (kerana munkar yang telah berlalu menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengenakan hukuman).

Munkar itu bukanlah yang diiktilafkan terhadap hukum munkarnya.

Namun demikian, perlu difahami bahawa syarat pertama ( iaitu Hendaklah munkar itu zahir ), bukan bermaksud hanya munkar yang berlaku terang-terangan atau di depan mata sahaja yang perlu diselidiki dan dicegah.

Secara tepatnya, syarat tersebut bermaksud; Hendaklah munkar itu terdedah kepada al-Muhtasib atau sampai ke pengetahuannya, bukan melalui intipannya.

Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan; Termasuk dalam pengertian munkar yang zahir (nyata) ialah mana-mana tempat yang dirasai oleh al-Muhtasib dengan sangkaan yang ghalib bahawa terjadi munkar di situ, maka wajib atasnya untuk keluar ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan serta pencegahan. Tidak harus ia mengabaikan perkara tersebut dengan duduk di rumahnya dengan alasan munkar itu belum berlaku atau belum diketahui.

(Usul ad-Dakwah, hlm. 190).

Berhubung dengan hukum melakukan intipan oleh al-Muhtasib, menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah; larangan-larangan Allah ( maksiat atau munkar ) yang tidak zahir (yakni yang tidak terdedah atau tidak sampai ke pengetahuan al-Muhtasib ), tidak harus ia membuat intipan terhadapnya.

Oleh demikian, tidak harus al-Muhtasib mengintai-ngintai ke dalam rumah seseorang untuk melihat ada berlaku munkar atau tidak.

Namun dalam pada itu, beliau ( yakni Imam al-Mawardi ) menegaskan; jika al-Muhtasib merasai dengan sangkaan yang ghalib bahawa ada kumpulan atau pasangan sedang merancang secara rahsia untuk melakukan munkar berdasarkan tanda-tanda atau kesan-kesan yang dapat dilihat atau menjadi petunjuk, maka dalam hal ini, hendaklah diperhatikan jenis munkar tersebut;

Pertama:

Munkar dari jenis yang boleh membawa kepada rosaknya kehormatan jika dibiarkan seperti pembunuhan atau penzinaan.

Contohnya; al-Muhtasib telah diberi tahu oleh seorang yang siqah (dapat dipercayai) bahawa seorang lelaki sedang bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahram) untuk berzina dengannya. Dalam kes ini menurut Imam al-Mawardi, harus al-Muhtasib membuat intipan dan melakukan tinjauan atau siasatan.

Kedua:

Munkar dari jenis yang tidak sampai pada tahap tersebut, maka tidaklah harus dilakukan intipan oleh al-Muhtasib.

(Rujuk; Halaman 379-380)

Itu adalah ulasan Imam al-Mawardi tentang munkar yang berlaku secara tertutup.

Adapun munkar atau maksiat yang dilakukan di tempat terbuka (di taman, di tepi jalan, tempat-tempat reakreasi dan sebagainya), apa yang dapat kita fahami dari tulisan beliau dalam kitab tersebut ialah; munkar-munkar yang berlaku secara terang-terangan tidak harus dibiarkan sama sekali.

Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertangjawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan; Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.

Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahaan meminumnya).

(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377).

Yang Benar .

Nasrudin bin Hj. Hassan
Pengerusi
Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat.

Saturday, December 23, 2006

Respon Terhadap Pandangan Mufti Perlis
Dr. Asri Zainal Abidin
Mengenai Serbuan Khalwat di Hotel


oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Tutor jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM
Presiden Nadwah Ilmuwan Muslim (NAIM)
013 3621236


Isu pencegahan khalwat berkait rapat dengan hukum mencegah maksiat dan kemungkaran dalam Islam. Ulama sepakat bahawa mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam dan juga pihak berkuasa.


Malah dalam banyak ayat Allah menyifatkan orang yang benar-benar beriman hanyalah yang melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Kewajipan ini adalah berdasarkan beberapa firman Allah antaranya:


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ


Maksudnya: Hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan makruf dan mencegah melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang yang berjaya.


(Ali `Imran; 104)

Ayat ini mewajibkan umat Islam membentuk kumpulan yang berusaha menyuruh masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah masyarakat melakukan kemungkaran.

Perintah ini lebih utama dilaksanakan oleh pemerintah. Dan ia terlaksana dengan terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai "penguatkuasa agama" hari ini walaupun bidang kuasa penguatkuasa ini agak terbatas dalam beberapa perkara sahaja.


Tugas penguatkuasaan ini dibincang oleh para sarjana Islam dalam bab khusus yang dikenali sebagai "hisbah". Masyarakat awam juga tidak terlepas daripada kewajipan mencegah kemungkaran berdasarkan hadis sahih :


مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ وَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُاْلإِيْمَانِ


Maksudnya: sesiapa yang melihat satu perkara mungkar hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasa). sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.


(Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi,
Nasa’I dan Ibn Majah serta Ibn Hibban.)

Hadis ini menjelaskan kewajipan masyarakat secara umum apabila berdepan dengan maksiat. Kewajipan ini pula berperingkat berdasarkan kemampuan. Bagi yang mempunyai kuasa atau kemampuan mencegah dengan tangan hendaklah menggunakan kuasa dan kemampuan tangannya.


Jika tidak hendaklah digunakan lidah dengan memberi nasihat dan peringatan. JIka tidak mampu juga, sekurang-kurangnya mesti membenci perlakuan maksiat di dalam hatinya. Namun apa yang perlu difahami ialah etika dalam menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Menyuruh melakukan kebaikan ialah apabila ternyata sesuatu kebaikan itu ditinggalkan. Mencegah kemungkaran pula ialah apabila ternyata kemungkaran itu dilakukan.


Dari sinilah sarjana Islam membahagikan perkara mungkar yang perlu dicegah kepada 2 iaitu perkara mungkar yang dilakukan secara terang-terangan di khalayak awam dan perkara mungkar yang dilakukan secara tersembunyi.


Perkara mungkar yang dilakukan secara terang-terangan wajib dicegah dengan sepakat ulama. manakala perkara mungkar yang dilakukan secara bersembunyi pula dibahas lebih terperinci oleh sarjana Islam.


Satu riwayat daripada Imam Ahmad menyebut ia tidak perlu di selidik dan dicari. Satu lagi riwayat daripada Ahmad pula menyebut bahawa yang tersembunyi sekira dapat dipastikan perlakuannya ia boleh dibongkar dan dicari.


Perbahasan ini timbul kerana terdapat hadis yang melarang dilakukan pengintipan iaitu hadis riwayat Abi Dawud, Baihaqi, Abd Razzaq dan Tabrani dengan sanad yang sahih.


Dalam mencegah kemungkaran yang tersembunyi, perlu dibezakan antara tindakan orang awam dan tindakan penguatkuasa. Orang awam tidak dibenarkan mengintip perlakuan maksiat yang cuba disembunyikan. tetapi berbeza dengan penguatkuasa (Hisbah), dia mempunyai hak dalam keadaan tertentu antaranya seperti yang disebut oleh al-Qadi Abu Ya`la dalam karyanya tentang pemerintahan Islam iaitu "al-Ahkam al-Sultaniyyah" .


Beliau menyebut tentang kemungkaran yang cuba disembunyikan oleh pelakunya. Ia terbahagi kepada dua.


Pertamanya Sekiranya perkara mungkar yang cuba disembunyikan itu melibatkan pencemaran terhadap maruah/ kehormatan yang mungkin terlepas daripada dihalang (tak sempat dihalang) seperti zina dan pembunuhan, maka boleh dilakukan pengintipan dan dilakukan usaha membongkarnya dan menyelidiknya kerana bimbang akan terlepas daripada menghalang sesuatu yang bersifat pencemaran terhadap maruah/ kehormatan.


Contohnya - kata Abu Ya`la - orang yang dipercayai memberitahu kepada penguatkuasa bahawa seorang lelaki berada bersendirian dengan seorang lelaki untuk membunuhnya atau seorang lelaki berdua -duaan (berkhalwat) dengan seorang perempuan untuk berzina.


Pengintipan dan pendedahan boleh dilakukan demi untuk menjaga maruah dan kehormatan manusia.


Dalilnya ialah kisah al-Mughirah bin Syu`bah. Seorang perempuan daripada suku Bani Hilal bernama Ummu Jamil binti Mihjan sentiasa datang bertemunya. Perempuan itu pula telah bersuami iaitu Hajjaj bin `Ahid daripada suku Thaqif.


Apabila keadaan ini sampai ke maklumat Abi Bakrah, Sahl bin Ma`bad, Nafi` bin Harith dan Ziyad bin `Abid, mereka lalu mengintipnya. Apabila perempuan tersebut masuk bertemu dengan al-Mughirah, mereka lantas menyerbu mereka berdua. Tindakan serbuan mereka ini tidak dipersalahkan oleh Umar.


Kedua: Sekiranya martabat kemungkaran itu lebih rendah daripada itu, maka tak perlulah dilakukan pengintipan dan pendedahan. (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 296).


Apa yang disebut oleh Abu Ya`la ini boleh diaplikasikan dalam isu pengintipan khalwat di hotel-hotel atau dirumah.


Sekiranya dengan maklumat orang yang dipercayai, perlakuan zina dibimbangi berlaku di bilik hotel tertentu atau di rumah tertentu, maka pengintipan dan pencegahan oleh penguatkuasa boleh dilakukan.


Tetapi sekiranya tanpa sebarang maklumat, tetapi hanya dilakukan pemeriksaan secara sembarangan dengan tujuan mencari dan menyelidik secara umum ia termasuk dalam pengintipan yang dilarang.


Kenyataan Abu Ya`la juga membezakan antara kemungkaran yang melibatkan maruah dan kehormatan dengan maksiat-maksiat lain. Maksiat melibatkan maruah dan kehormatan ialah seperti zina dan mukaddimah zina serta pembunuhan. Ia boleh dibongkar sekiranya terdapat maklumat orang yang diyakini.


Maksiat lain seperti minum arak, nyanyian yang diharamkan sekiranya dilakukan secara bersembunyi tidak perlu dibongkar. Tetapi sekiranya dengan nyata dan terang-terangan dimaklumi oleh masyarakat ia boleh dicegah dan dihalang. Wallahu A`lam.

Nota Kuliah Maghrib

MANUSIA ANTARA AIR HUJAN DAN BANJIR

Sekarang kita di musim tengkujuh. Hujan dan ribut saling mendahului untuk melanda bumi . Ada yang mengeluh dan ada juga yang bersyukur . Ada yang ditimpa musibah lalu kampung dan rumahnya ditenggelami air , namun mereka sabar menghadapinya . Tidak kurang juga yang menyumpah seranah dan memaki hamun lalu menyalahkan pelbagai pihak kerana kegagalan membina parit , longkang dan benteng yang boleh menghalang banjir.

Musim begini , banyak tugas harian tergendala. Pekebun getah pastinya bercuti panjang demikian juga nelayan di laut , pastinya mereka jua terpaksa menggantung pukat buat tempoh yang agak panjang .

Pendek kata , banyak urusan terpaksa ditunda ke satu tempoh yang lain . Namun di sana ada satu urusan dan tugas kita sebagai manusia yang tidak boleh ditunda atau ditangguhkan , biarpun musim tengkujuh ini kian buruk keadaannya.

TUGAS MANUSIA

Tugas yang saya maksudkan tersebut ialah tugas ibadah atau pengabdian diri kepada Allah swt. Ianya tidak terhenti setakat sembahyang dan membaca al quran semata – mata , tetapi merangkumi semua tanggungjawab yang mendekatkan diri kita selaku makhluk ( manusia ) kepada Khaliq ( Allah swt. )

Antara tugas utama kita ialah meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Ianya tidak mungkin boleh ditangguhkan biarpun seketika. Apalah sangat hujan air sehingga kita menghentikan tugas – tugas perjuangan sedang sebahagian dari saudara seaqidah kita , sedang bergelut dan bertempur di bawah hujan peluru demi mendaulatkan Islam.

Malah , suatu yang menarik , hujan yang turun ini adalah antara bukti keagungan Ilahi , tuhan yang selayaknya disembah oleh kita manusia.

Wahai sekalian manusia! Abdikanlah dirimu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Al-Baqarah : 21 – 22

HIDUP DAN MATI ADALAH UJIAN ALLAH

Air adalah sumber kehidupan . Tanpa air , tiada satu pun makhluk bernyawa mampu hidup di muka bumi ini. Kehidupan menjadi sempurna dengan air yang diturunkan Ilahi.

Namun kehidupan itu pula bukanlah segalanya , sebaliknya ia adalah satu ujian pula dari Ilahi untuk melihat siapakah yang mengabdikan diri kepada Allah swt. tuhan yang menghidupkan mereka dengan air sebagai alat bantu kehidupan.

Firman Allah swt :

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

al-Mulk : 1 – 2

PELBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH

Kehidupan adalah sebuah perjuangan . Sebagaimana pentas perjuangan dihiasi pelbagai ujian Ilahi , selayaknya kehidupan ini jua dihiasi dengan pelbagai ujian dari Allah , menepati system nilai guna menyaring siapakah yang sabar dalah meredah pelbagai ujian tersebut.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

al-Baqarah : 155

Ujian Senang dan Susah

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan ( kejahatan ) dan kesenangan ( kebaikan ) sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

al-Anbiya’ : 35

ALLAH PEMBERI RAHMAT

Sungguhpun ujian Ilahi dalam bentuk hujan dan banjir ini amat getir untuk dihadapi , namun ia adalah rahmat dari Allah Jalla wa A’la.

Sebagai insan beriman , kita sangat yakin , segalanya tersimpan dalam ilmu Allah swt. Bahawa apa yang berlaku tidak sia – sia melainkan terlalu banyak iktibar yang perlu dilihat oleh kita .

Firman Allah swt :

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

Al-Ahzab : 17

AIR HUJAN ADALAH RAHMAT DAN NIQMAT

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyiksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha (rumah Umar bin al-Khattab).

Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata: Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah dan jalan-jalan menjadi terputus (iaitu mereka tidak lagi dapat menggunakan unta kerana bimbang unta mereka mati malah boleh mengurangkan binatang ternakan mereka disebabkan cuaca pada ketika itu), oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita.

Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami.

Kata Anas: Tidak, demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Di antara kami dengan gunung tidak ada satu pun rumah atau perkampungan (yang menghalangi pandangan kami untuk melihat tanda-tanda akan turunnya hujan).

Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. Tidak, demi Allah! Kami tidak melihat matahari sedikit pun.

Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus. (Kali ini kerana terlampau banyak hujan). Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami.

Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa:

اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.


Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari *

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Jahal berdoa: Wahai tuhanku sekiranya al-Quran ini betul datang dari sisiMu, maka turunkanlah hujan batu dari langit atau timpakan kepada kami siksaan yang pedih.

Lalu turunlah ayat

( وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيْهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ وَمَا لَهُمْ أَلا يُعَذِّبَهُمُ اللَّهُ وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ )


Yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedangkan ‘engkau wahai Muhammad ada di antara mereka dan mengapa mereka tidak patut disiksakan oleh Allah sedangkan mereka menyekat orang2 Islam daripada Masjidil Haram sehingga ke akhir ayat *

BANJIR MENJADI BALA UMAT TERDAHULU

Antara rahmat Ilahi melalui air hujan dan banjir yang melanda ini ialah sebagaimana yang pernah Allah timpakan kepada ummat terdahulu sebagai balasan terhadap keangkuhan dan kesombongan mereka dihadapan Allah swt.

Ianya menjadi rahmat buat insan yang taat dan bala buat mereka yang derhaka .

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.


Saba’ : 15 – 16


Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

Surah Nuh . Ayat 25

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".


Hud : 44


BALA TUHAN MERATA KEPADA ORANG JAHAT DAN BAIK

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Al-Anfaal : 25

BANJIR DI AKHIRAT

Satu penegasan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak , ialah banjir di akhirat kelak .

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) قَالَ يَقُومُ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ *

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda mengenai firman Allah ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) Yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan Semesta Alam. Baginda bersabda: Seorang daripada mereka tenggelam dalam peluhnya sehingga paras telinga *


والله أعلم