BERJUANG BIAR IKHLAS
MENEGUR BIAR BENAR
MENEGUR BIAR BENAR
Semalam , visi kemanusiaan Unit AMAL dan Pemuda PAS Pahang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kluang dan Yong Peng Johor.
Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang , merakamkan tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan bagi melunaskan tanggungjawab sesama insan dan berbakti buat mereka yang memerlukan , sementara ia adalah sebahagian daripada amanah perjuangan suci yang kita dokong selama ini.
Semoga segala amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi amal yang diterima Ilahi sebagai amal yang soleh . Kepada seluruh rakyat negeri Johor pula , saya harapkan mereka bersabar menerima musibah ini dengan penuh keinsafan .
قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا
“ Katakanlah Wahai Muhammad , tidaklah sesuatu musibah yang menimpa kita melainkan ia adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
At - Taubah : 51
Misi Kemanusiaan .
Dewasa kini , PAS kian lengkap dan mantap menterjemah risalah perjuangannya di medan. Bukan sahaja PAS mendokumenkan segala teori kearah pembentukan sebuah Negara Islam yang terlaksana di dalamnya segala bentuk keadilan dan kesejahteraan berasaskan wahyu Ilahi , tetapi PAS juga turun bergelumang Lumpur untuk memimpin ummah dan merasai penderitaan mereka .
Fenomena positif ini sekaligus menjadi jawapan yang jelas buat sebarang tohmahan dan fitnah kononnya PAS adalah parti primitif dan konsevertif serta ekstrimis dan terroris .
Terlalu banyak aktiviti yang dilakukan oleh PAS guna menterjemahkan dasar perjuangannya yang benar dan tulus. Terutama aktiviti berbentuk misi kemanusiaan tanpa batas sempadan geografi dan juga sempadan ideologi , bahkan sempadan sosial dan politik .
Bergerak dalam serba kekurangan dan kelemahan , PAS mengagah diri menunaikan amanah perjuangan yang berat dan sukar ini. Suatu realiti yang meletakkan seluruh aktivisnya ( pemimpin dan anggota ) melepaskan segala kepentingan peribadi dengan tahap pengorbanan yang cukup mengharukan.
Biarpun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan , namun apa yang telah dilakukan adalah suatu yang tidak mudah untuk diselesaikan oleh Gerakan Islam yang dikepung dari segenap arah dan ditindas sepanjang masa.
Berjuang biarlah Ikhlas.
Perjuangan yang telah mengorbankan masa , harta , darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islami . Kelak , segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :
23. Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
Surah al Furqan . Ayat : 23
Ingin saya tegaskan di sini bahawa , perjuangan kita hendaklah seindah islam yang diperjuangkan . Sementara keindahan Islam ini pula terletak pada Khaliq tuhan pencipta. Justeru itu , janganlah berjuang selain daripada usaha mendapatkan redho dan restu dari-Nya.
Awaslah , ramai yang berjuang dan mengaku berjuang ( biarpun tidak memenuhi piawaian standard sebagai seorang pejuang ) tetapi mereka bukan berjuang kerana Allah dan agamaNya .
Sebaliknya mereka hanya berjuang dengan mengatas namakan perjuangan Islam , sedang apa yang mereka mahu capai ialah kemasyhuran , kehebatan dan kedudukan . Sabda rasulullah saw :
حدثنا أبو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أتى النبي
فقال يا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ في سَبِيلِ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ
من قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ في سَبِيلِ اللَّهِ
“ Hadis Abi Asy`ari Rha. : bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berjuang supaya namanya disebut – sebut , ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya , maka siapakah yang benar – benar berjuang dijalan Allah ? maka Nabi saw menjawab : Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dial ah pejuang di jalan Allah swt.
Sohih Muslim . Hadis No : 1904
Juzuk 3 Muka surat 1512
Pejuang yang ikhlas
Meletakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya , Inilah asas penting bagi seorang pejuang Islam bagi membuktikan keikhlasannya berjuang . Bertindak menjadikan puak atau kumpulan lebih penting berbanding Islam dan perjuangannya adalah satu tindakan salah dan menyeleweng dari manhaj an Nabawi .
Demikian juga sikap berdolak dalih dengan kebenaran demi memburu kepentingan duniawi bahkan sanggup pula mengampu untuk mencari tempat selesa dalam perjuangan kononnya , adalah suatu langkah yang tidak benar serta menyalahi sunnah perjuangan Islam .
Apa yang pasti , pejuang – pejuang Islam mesti mendepani segala cabaran tanpa ragu untuk mengorbankan segalanya andai itulah yang diperlukan. Sekalipun disaat berhadapan dengan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt.
Mengambil sikap hanya bercakap dan mengemuka pandangan tidak melebihi dan melampaui pandangan pemerintah merupakan sikap tidak telus dan tidak wajar buat seorang pejuang apalagi seorang muslim bertaraf sarjana .
Tentu sahaja etika kesarjanaan meletakkan kita berani berkata benar dan tiada siapa boleh menghalang kebenaran untuk mengemukakan pandangan atau pendapat berasaskan hujjah syariah yang dipelajarinya.
Pejuang Islam selayaknya Menjuarai dan Mendepani Isu – Isu Ummah
Jangan lengah ! malah jangan sekali kali meletakkan ummah dalam keadaan terpinga – pinga berhadapan dengan isu – isu penting membabitkan kepentingan mereka . Apatah lagi mengeruhkan suasana dengan polemik yang tidak berkesudahan .
Atasi konflik dalaman yang mungkin hanya berpunca dari persoalan yang remeh temeh dikalangan sesama pejuang justeru ia akan menghela kearah suasana yang lebih membingungkan ummah sedang rata – ratanya tidaklah begitu arif ( secara mendalam ) dalam perkara agama dan usul – usulnya.
Tangani isu dengan dada lapang dan positif dalam tindakan . Biarpun ada pihak kita kritik dan tegur tetapi mestilah dengan teguran dan kritikan yang benar . Benar berhujjah , tidak menegakkan benang yang basah . Benar mensasar , yang salah kita kata salah dan yang benar kita kata benar walau datang dari pihak yang sama .
Menegur biar Benar .
Saya pernah mengkritik dan membantah pihak Jabatan Agama kerana beberapa tindakan seperti membabitkan diri dalam isu meroboh surau , menghalang penceramah agama semata – mata kerana ia tidak mempunyai tauliah sedang penceramah tersebut adalah graduan Universiti yang diiktiraf ilmu dan sijilnya.
Tetapi saya membelanya apabila ada pihak yang mempertikai tindakan pihak Jabatan Agama menangkap orang yang berkhalwat di hotel – hotel sehingga menganggap mereka suka mengintip semacam “mat skodeng” . ( dan saya telah berhujjah panjang dalam pembelaan saya terhadap pihak Jabatan Agama ) .
( Maksud yang tersirat disebalik pembelaan itu , adalah saya tidak mahu dilihat kelak bahawa tindakan menangkap orang berkhalwat itu adalah salah dengan saya tidak menafikan ada kelemahan dalam prosuder yang diambil , namun itu boleh diperbaiki .
Malah satu satunya pihak yang mempunyai authoriti untuk mencegah maksiat seumpama itu ialah pihak Jabatan Agama . Jika pihak Jabatan Agama dinafikan tugas mereka , saya bimbang ada pihak rasa lebih selesa untuk terus kekal melakukan maksiat tertutup itu . )
Pembelaan itu bukan kerana saya bermusuh dengan pihak yang mempertikai Jabatan Agama ( Sohibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin ) tetapi untuk tidak membuka ruang kepada pelaku maksiat agar mereka tidak berasa selesa untuk terus melakukan maksiat, sementelah pula negara kita tidak meletakkan Syariat Islam sebagai peraturan yang berdaulat pula membuka ruang terlalu lebar untuk maksiat dan mungkar bertapak .
Adapun kelemahan dan kekurangan pihak Jabatan Agama dalam melaksanakan tugas mereka , saya sangat percaya bahawa Sohibus Samahah mengetahui apakah saluran yang tepat untuk memperbetulkannya kerana beliau kini menjadi “ orang dalam ” setelah menjawat jawatan mufti , tidak lagi seperti saya sebagai “ orang luar ” .
Sikap saya terhadap Sohibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin .
Akhir – akhir ini , ramai orang menghubungi saya lalu bertanya apa pandangan saya terhadap Dr. Asri Zainal Abidin . Saya percaya ini semua bermula dari artikel saya yang mengkritik Dr. Asri disiarkan oleh Harakah tempohari .
( Sebetulnya bukan saya sahaja yang melahirkan rasa tidak bersetuju dengan Dr. Asri tetapi juga Ustaz Zaharudin bin Abd Rahman , Ustaz Khairudin Aman Razali dan ramai lagi . )
Saya tidak pernah memutuskan persahabatan yang saya bina antara saya dengan Dr. Asri dan saya harap beliau juga begitu .
Sebenarnya tidak banyak pun perkara yang saya bercanggah pendapat dengannya kecuali dalam beberapa perkara seperti isu serban , menganggap PAS dikuasai oleh fahaman syiah tanpa mengemukakan bukti dan mengintip pasangan khalwat oleh Jabatan Agama , berbanding perkara yang saya bersetuju pendapat dengannya seperti isu ayat Al Quran dijadikan ring tone , karenah birokrasi di Jabatan Agama yang menyulitkan pengadu , pengurusan masjid yang dilihat tidak mesra remaja dan banyak lagi .
Ketika saya mengkritik beliau , saya tidak pernah menghilangkan penghormatan saya terhadap beliau dan sehemat saya dan saya harap begitu , bahawa saya masih berada dalam batas etika mengkritik . saya sememangnya mengharapkan saya benar bersama benarnya agama indah ini , namun mungkin pandangan saya tidak tepat maka saya bersedia menerima pembetulannya atau kritikan balas.
Namun , andainya saya benar – benar berada dalam keadaan yang benar bersama hujjah yang saya kemukakan , maka tiada sebab ia tidak diterima . Itulah etika kesarjanaan yang saya faham .
7 Comments:
Adalah jelas bahawa pemerintahan saat ini adalah pemerintahan yang bertentangan dengan AQIDAH dan SYARIAT Islam. Pemerintahan yg menguasai ummah hari ini menjadikan manusia sebagai sumber hukum padahal aqidah Islam menegaskan HAK membuat hukum hanya HAK ALLAH sahaja. Pemerintahan hari ini terang-terangan melaksanakan hukum-hukum kufur bersumber dari hawa nafsu orang-orang kafir. Mereka bermati-matian mempertahankan kepentingan barat dan bersengkongkol dengan Barat memerangi Islam dan ummatnya.
Lalu, bagaimana mungkin kita memberikan loyaliti @ ketaatan kepada penguasa yang menghina dan membenci Islam. Sedang Allah dan Rasul mencela orang yang dengan sengaja BERMAKSIAT kepadanya. Tidakkah bersengkongkol dengan orang-orang kafir menghalang tegaknya hukum syarak dan berdirinya KHILAFAH ISLAMIYAH suatu dosa yg sangat besar?
Orang yang bertaqwa adalah orang yang suka apa yang ALLAH dan RASUL suka serta membenci apa yang ALLAH dan RASUL benci.
8:37 AM
Semalam saya menonton wawancara TV1 bersama MAZA yang dihoskan oleh Dato Johan Jaafar Al Tembak (laqab yang saya beri sendiri).
Selesai di donlod dari ahkam.net. Kami ahli bait semua pakat nonton dan terus syarah matan2 yang disebut oleh MAZA. Kami terdiri dari student Dirasat, Syariah, Lughah, Usuluddin dan MA syariah. Agak2 cukup lengkap ke "kesarjaan" untuk syarah matan mAZA?
Bagaimanapun alhamdulillah. MAZA telah menyampaikan dengan baik tanpa membuang masa terlalu banyak untuk menjawab setiap soalan bocor mahupun spontan. Bagaimanapun setiap matannya seperti biasa akan menjadikan sesetengah pihak akan terasa. Bagaimanapun tidak kami, hanya sekadar pelajar belum dapat PhD hadis pun.
Kami dapat menilai secara kasar apa yang tersurat, bahawa MAZA adalah salah seorang yang mahu melakukan tajdid. Tajdid yang bagaimana masih lagi sukar untuk kami memahaminya. Kaum Tua, konservertif atau orang lama tetap menjadi topik hangat dalam perbincangan.
Ada kebenaran dengan sebahagian yang disampaikan. Bagaimanapun kebenaran yang disampaikan itu telah berbuih2 pihak ulama sebenarnya melaung2kan kepada pihak pemerintah. Seperti suara-suara jumud, hanya menghukum, tiada sediakan alernatif, itu ini dan sebgainya adalah kesinambungan dakwah yang disampaikan oleh para ulama dahulunya mahupun terdiri dari Kaum Tua atau Muda.
Dalam peluang dan kesempatan yang diberikan oleh RTM kepada MAZA, merupakan peluang yang terbaik untuk beliau untuk menyatakan pendirian ulama dalam hal-hal pentadbiran negara. Tanpa mengambil kira jurang perbezaan pendapat yang besar untuk di ketengahkan, dgn alternatif-alternatif yang perlu dibincangkan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Sepatutnya, MAZA perlu menghormati institusi ulama yang menjadi rujukan rakyat iaitu Majlis Mufti bukan pendapat peribadi yang perlu atau lebih ditonjolkan. Penjelesan yang diketengahkan adalah rata2 dari perselisihan yang disalahertikan dari pentafisiran pribadi tanpa merujuk kepada "kesarjaan" yang disebut2 oleh beliau sendiri.
Di antara kenyataan yang paling menyakitkan hati kami ialah berkenaan dengan murtad sehinggakan dia ketawa kecil seperti meyindir. Ia lebih merujuk kepada kenyataan Mufti Perak yang mewarwarkan jumlah iaitu bilangan muslim di Malaysia yang telah murtad. Beliau merujuk kepada sebab bagaimana murtad itu boleh berlaku, dan sepatutnya kita mengkaji masalah ini terlebih dahulu bukan disibukkan dengan jumlah murtad.
Bila ditanya kenapa? Jawabnya sambil ketawa kecil (sakitnya hati masatu) "mungkin ianya tidak glamour" (merujuk kepada penyelesaian atau kajian sebab berlaku murtad yang disebut beliau) mafhum mukhalfahnya, "orang yang sebut2 jumlah murtad ni nak cari glamour". Dalam masalah yang begitu serius ini pun, dalam keadaan dikhalayak ramai pun, sempat sekali beliau memerli pihak yang mukhalafah dengan beliau.
Tiada pun alternatif yang dicadangkan untuk menangani masalah murtad. Terus menyalahkan pihak-pihak konservertif yang suka melabel dan tidak dapat mnyediakan alternatif dan terus berkempen kepada siapa yang terus ingin sama2 menggerakkan proses prubahan ini, berilah apa sahaja bantuan.
Sekali lagi dalam rancangan ini, beliau mengaitkan Gerakan islam dalam keadaan beliau tersepit dalam isu tangkap khalwat. Inilah yang berlaku dan doktrin UMMAH CENTRIC sekali lagi disuntik kepada minda masyarakat. Apabila melihat gerakan Islam sendiri yang menentang beliau "seorang ulama" yang ber"sarjana", maka akan ada orang yang akan memalingkan tumpuan mereka kepada "apa" yang mahu diketengahkan oleh MAZA.
Institusi Mufti juga menjadi point penting untuk MAZA menjadi jaguh. Dengan sikap yang kurang tawadhuk dengan jawatan yang diberi, lalu terus melebarkan jurang "dia" dengan mufti2 lain di Malaysia. Katanya perlu ada sorang, dua, tiga mufti yang perlu menjadi agen perubahan, dalam masa yang sama Johan Jaafar menambah perlu ada 11,12hingga 13 mufti seperti MAZA supaya perubahan boleh dilakukan. Dpuji sekali lagi bahwa perlu ada ramai orang seprti MAZA di Malaysia ini, tersengih2 dia susah nak jawab..
Secara keselruhannya, MAZA sendiri terkeliru di antara peranan akidah, iman, akhlak Islam. Apabila mengaitkan persoalan kopiah, jubah, serban dan sebgainya. Ini jelas menunjukkan beliau amat jauh dengan apa yang dikatakan dengan akhlak. Tidak perlu mempertikai pakai orang sebenarnya, akhirnya membuat tuduhan sembrono kepada golongan ini dengan dakwaan2 yang hanya menyedapkan penyampaian.
Bagi kami, inilah secara kasar yang dapat diulas dari sesi wawancara yang dibuat. Ternyata bahawa MAZA yang ada "kesarjanaan" telah menambah lagi retak yang berlaku ke atas institusi agama Negara di bawah Negara Sekular Malaysia.
8:37 AM
Salah satu aspek yg boleh dikomen mengenai dr Asri pd malam tu menurut pandangan saya ialah Pertama : beliau tidak secara tegas menekankan aspek pelaksanaan hukum syarak secara kaffah / syumul dalam kehidupan umat. Kedua : Tidak "mencela' pelaksanaan hukum kufur oleh kerajaan malaysia. Walhal, inilah permasalahan utama kaum muslimin hari ini. Seluruh masalah umat hari ini berpunca daripada :
1. Umat tidak menggunakan sistem islam
2. Sebaliknya menggunakan sistem kapitalis / kufur
Inilah isu yg wajib menjadi fokus setiap orang mukmin pada hari ini, bukan memberi fokus perbezaan pandangan KAUM MUDA - KAUM TUA.
Oleh yg demikian, para ulama seharusnya menjadi "JAGUH' kepada umat dalam perjuangan :
1. mengembalikan semula kehidupan islam @ tegaknya hukum syarak 100%
2. Menegakkan sebuah negara khilafah islamiyah (yg akan melaksanakan hukum syarak)
3. menghancurkan sistem kufur Barat ( demokrasi, pasaran bebas, HAM dsbgnya.)
Sabda Nabi saw ; Akan datang pada hari kiamat seseorang, lalu dia dicampakkan ke dalam neraka jahannam, lalu berhamburanlah isi perutnya dan dia berputar-putar sebagaimana kaldai memutari kincir. Maka datanglah penghuni neraka jahannam dan bertanya kepadanya, " Wahai Fulan, apakah yg telah terjadi atas dirimu ? Bukankah kamu dulu menyuruh yang makruf dan mencegah munkar ? Dia berkata," memang aku dahulu menyuruh yang makruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya dan aku mencegah perbuatan munkar, tetapi aku sendiri melakukannya." HR Bukhari & Muslim.
1:50 PM
assalamualaikum ustaz,
saya seorang guru MRSM. Bercerita tentang perjuangan, saya rasa di mana2 pun perjuangan menentang kemungkaran pasti ada.
Saya tak pandai berpolitik ustaz, cuma saya juga merasakan perit getir berjuang di sekolah. Saya baru bekerja dan saya selalu tolong seorang ustazah yang dah lama bekerja dis itu, setiap kali teguran yang dia buat, pasti mendapat celaan dan makian orang, sehingga ada yang menuduhnya gila. Saya menangis bila dengar cerita dia kerana kenapa kemungkaran terus bermaharaja lela sehingga orang tak tahu yang mana hak dan yang mana batil.
Fitnah menfitnah, mengadu domba merupakan perkara biasa di sekolah. Yang amat menyedihkan saya, ustaz dan ustazah tidak mahu berdakwah sebaliknya duduk berbincang tentang hiburan dan gossip.
Saya betul2 bergantung harap pada Allah s.w.t kerana seolah-olah tiada siapa di sekolah yang tidak berminat kerja dakwah.
Saya kasihan kan students yang sangat2 perlukan bimbingan. Mereke pelajar yang bijak2 tetapi guru tidak berminat memberi tarbiyyah.
Semoga Allah s.w.t berikan kita semua petunjuk untuk hidup di jalan yang benar dan menjadi mukmin yang sejati. Islam sekarang kembali menjadi dagang seperti zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pernh dituduh gila kerana membawa ajaran baru. Begitu juga dengan ustazah di sekolah saya yang dituduh gila kerana cuba menegakkan syiar Islam. Ya Allah berikanlah kami kelapangan hati dan fikiran. Kuatkanlah semangat kami untuk berjihad ke jalanMu ya Allah...
Ustaz, kalau ada nasihat boleh tak tolong kami supaya anak2 didik kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Nurul Husna
11:19 PM
Waalaikumussalam
Berjuang memang perit dan sukar . Penuh tentangan dan cabaran .
Namun mesti diingat , bahawa dakwah yg berjaya ialah setelah ia melalui segala kegetiran itu dgn sabar dan tabah .
Kuatkan semangat kalian menghadapi realiti hidup masyarakat akhir zaman yg kian jauh dari agama Allah .
.... dan jangan sekali kali putus asa terhadap rahmat dan petunjuk ilahi .
Ingat Nurul sejarah perjuangan nabi - nabi as.
Nabi zakaria dan Nabi yahya as dibunuh kejam , Nabi Nuh hampir 1000 th berdakwah namun jumlah yang menyertai dakwah nabi Nuh hanya jumlah yg sangat kecil . ( ada riwayat menyebut hanya 80 org )
Semoga Allah memberkati kerja dakwah kalian secara berterusan dan sabar .
Tawakkal dan munajatlah sebagai motivasi diri menghadapi cabaran getir tersebut.
Saya doakan kalian berjaya . Amin
3:50 AM
Assalamualaikum ustaz,
terima kasih atas nasihat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar. Saya sekali lagi teruji apabila ustazah tu akan bertukar ke MRSM yang baru. Beliau menangis tinggalkan saya tetapi mungkin Allah mahu menguji lagi kesabaran saya.
Walaupun saya sangat2 sedih, saya yakin ada hikmahNya. Mudah-mudahan Allah kuatkan hati saya yang sangat lemah ini untuk teruskan perjuangan.
Terima kasih atas nasihat ustaz.
3:15 PM
salam..
antara kebaikan mereka yg punya ilmu adalah kesederhanaan dalam dalam berselisih pendapat,saling menghormati dan berbaik sangka.
namun cara pas mendepani umno sbg seteru utama sedangkan bersikap lunak terhadap dap buat masyarakat muslim jadi sangsi tentang fikrah pas dalam perjuangan daulatkan islam.
4:59 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home