" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, March 04, 2007

Pemuda perlu digerakkan segera
untuk hadapi pilihan raya umum

Ekmal Yusof Fri Mar 02, 07 05:04:33 AM
TAIPING, 2 Mac (Hrkh) -

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub meminta semua Pemuda PAS digerakkan dari sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke 12 nanti.

Jangan tunggu saat-saat akhir baru hendak bergerak dan mengatur gerak kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Air Kuning, Taiping, dekat sini malam tadi, Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan perlu ada sekurang-kurangnya lima pemuda sebagai “hard-core” atau teras kekuatan Pemuda yang boleh di panggil pada bila-bila masa apabila diperlukan oleh parti.

Kalau ini tidak dapat dilaksanakan, adalah malang bagi kita kerana apa yang kita ucapkan selama ini hanya sebagai retrorik sahaja," ujar beliau.

Sehubungan ini para pemuda digesa melakukan gerak kerja secara sistematik dan tersusun rapi umpama satu bangunan yang kukuh dan tidak mudah `digoyah’ oleh serangan musuh Islam .

Beliau turut mengingatkan Pemuda supaya jangan melakukan kerja `ala kadar sahaja’ kerana kerja seumpama itu pasti mengundang kegagalan, sebaliknya gerak kerja yang sistematik pasti membawa kejayaan kepada parti.

Saya tidak mahu melihat Pemuda PAS dalam keadaan berjuang di takuk lama sama seperti 50 tahun lalu, sepatutnya kita bergerak mengikut arus perdana masa kini," ujar beliau

Sehubungan itu beliau melahirkan rasa bangga melihat satu program Himpunan 150,000 Pemuda di Kota Bharu baru-baru ini, yang membuktikan komitmen serta kesepaduan tenaga Pemuda. - mns

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dimana pemuda zon timur semasa khrusus Alipp diPekan Pahang semalam? Nasi yg ditempah 150 bungkus,kehadiran 70 org.Mungkin perlu dibuat khrusus bagaimana nak bagi org mahu dan mampu untuk memperjuangkan islam?

Kalau jawapanya,ini bergantung pada keimanan....Mungkin kena buat khrusus mempertingkatkan keimanan dahulu.

Kalau jawabnya khrusus keimanan yg diadakan pun kurang sambutan,Mungkin kena cari sebabnya...Kenapa kurang sambutan dan bagaimana nak bagi banyak sambutan?

Eh eh ...byk kerja tu...tak larat rasanya.

......biar byk kerja tak perlu byk cakap.....permudahkan kerja...maklumlah kami nih...kemampuan dan keimanan lemah.

8:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

untuk membentuk pemuda oncall ini pula bukan boleh hanya selalu disebut dibibir sahaja. ianya menuntut para pimpinan turun ke akar umbi mendidik dan mengasuh para amilinnya tanpa menghirau hambatan dunia. menjadi peneraju kehidupan sudah tentulah bukan yang dihambat tapi yang menghambat. ...... hambarabb


Sdr hambarabb pukul anak sindir menantu ka?

12:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Perbincangkan perkara pokok, tidak timbul sindiran ataupon kiasan. Yang penting perkara yang baik, niat yang ikhlas diselaraskan dengan perbuatan yang ikhlas. Jangan kita hanya tuding jari sianu kena buat macamni-macamni. Sianu tu pulak perlu buat macamtu-macamtu. Betul kita dalam susunan kolektif, tapi sekiranya ada peringkat yang terhenti prosesnya kenalah pihak yang lebih berautoriti memantaunya secara menyeluruh. Jangan jadi seperti melepas batuk ditangga saja.

Kelemahan yang kita sedari mestilah dibaiki dengan kadar segera dan cara yang betul.

Jangan hanya berpandangan seperti mata kuda lumba. Jadilah pandangan mata burung yang memandang setiap sudut. Yang dapat menganal di mana ada kebaikan dan bagaimana keburukan yang hendak diselesaikan.

WALLAHU a'lam

12:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hamba rabb lu byk falsafa (sampah ) loo.....

zamri

2:43 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home