" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, July 24, 2008

Sekali di Uji
Menyerlah Keperluan .

Tutup fail Muzakarah dan ganti dengan fail Muqabalah . Begitulah lebih kurang pelan penyelesaian yang saya kira telah berjaya meredakan perasaan banyak pihak khasnya ahli - ahli PAS .

Muzakarah pada asal perkataan ialah satu pertemuan untuk saling berbincang , berdialog dan ingat mengingat antara dua pihak sementara Muqabalah pula bermaksud pertemuan atau bersemuka juga dari dua pihak tetapi tidak semestinya berbincang dan berdialog .

Dua perkataan yang membawa maksud tindakan yang sama ( iaitu bertemu ) tetapi mungkin berbeza agenda dan aktivitinya. Bergantung bagaimana ia diatur dan disusun oleh 2 pihak yang terlibat .

Sebelum ni , Tok Guru Hj. Hadi kata kita setuju untuk bermuzakarah dengan maksud nak bertemu dengan pihak UMNO dan berbincang banyak isu yang berkait dengan kepentingan Islam dan ummah .

Tapi malang tindakan itu telah disalah tafsir kononnya muzakarah untuk tujuan perkongsian kuasa , menyertai UMNO dan BN .

Persoalannya dari mana datangnya tafsiran sedemikian sehingga timbul pula salah sangka dan pandangan serong terhadap Tok Guru Hj. Hadi . Lebih hairan apabila ada dikalangan pimpinan seperti turut mengulang - ulang perkataan " Muzakarah ke arah Perkongsian Kuasa atau Pergabungan dengan UMNO " sedang perkara tersebut tidak pernah berbangkit .

Kerana tanggapan dan tafsiran sedemikian , mengundang resah dikalangan ahli dan pimpinan sehingga Tok Guru Nik Aziz pula tampil mengeluarkan kenyataan tegas tidak bersetuju dengan Muzakarah sedemikian iaitu muzakarah ke arah perkongsian kuasa .

Adapun pertemuan ( muqabalah ) untuk bincang soal kepentingan Islam dan ummahnya itu tidak mengapa dan Tok Guru Nik Aziz memberikan lampu hijaunya sebagai Mursyid Am kepada Tok Guru Hj. Hadi sebagai Presiden .

Merenung kepada apa yang berlaku ini , saya senyum dan sedikit ketawa sambil berkata , hebat sungguh kedua - dua Tok Guru kesayangan ummah ini.

Tok Guru Nik Aziz kata Muqabalah yang dia cadang ni sama dengan Muzakarah yang Tok Guru Hj. Hadi buat sebelum ni , tidak ada percanggahan . Kenyataan ini setelah mereka bertemu dan berbincang petang kelmarin di Kota Bharu .

Kata Tok Guru Nik Aziz : "Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS. "Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"

Rujuk Kenyataan Tok Guru di Harakah Daily

Apa yang membuatkan saya tersenyum , begini selalunya berlaku . Ulama' dengan segala ilmu dan kesolehan mereka bila bertemu dan menyelesaikan masaalah , tenang , mesra dan penuh tawadhu' . Masaalah segera selesai .

Tapi , orang bawah yang terdiri dari para pengikut ini kadang - kadang berlebihan dalam tindakan. Kononnya merekalah saja yang sayangkan parti . Merekalah yang beria - ia nak jaga parti. Seolah - olah Tok Guru ni tak sayang parti . Tak Tahu nak jaga parti .

Bukanlah tidak boleh tegur pimpinan . Tok Guru jua manusia biasa , tetapi beradablah kita dengan pimpinan . Janganlah kita mengeluarkan kenyataan seolah - olah Tok Guru ni orang yang baru nak belajar abc perjuangan .

Ada yang siap mengugut , " saya sayangkan parti PAS . Saya ni bekas UMNO masuk PAS . Kenapa PAS nak muzakarah dengan UMNO ? kenapa tidak ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz ? jika Tok Guru Hj. Hadi teruskan muzakarah , saya akan keluar dari PAS . Maafkan saya ! "

Begitulah sebahagian nada ugutan yang di smskan kepada saya . Soal saya kepada jadi begini ? sayang ker kita kepada parti ? nak keluar PAS , kemudian kita nak pergi ke mana ?

Kenapa tidak taruh sedikit kepercayaan kepada Tok Guru Hj. Hadi ? kenapa marahkan sangat muzakarah yang Tok Guru Hj. Hadi nak buat ? kita tahu ker bentuk muzakarah yang Tok Guru Hj. Hadi nak buat tu ? kita dah dapat maklumat sohih ker ? sehingga kita buat ugutan sedemikian rupa .

...... tu saya tidak paparkan lagi kata - kata keji dan nista kepada Tok Guru yang saya sendiri hilang gamak untuk menulisnya disini .

Menuduh Tok Guru Hj. Hadi khianat dll . Mereka belasah Tok Guru macam dah tak kenal siapa Tok Guru Hj. Hadi . Hah ! sekarang apabila Tok Guru Nik Aziz kata dia tidak bercanggah dengan Tok Guru Hj. Hadi , lagu mana pulak kita ?

Tak kan nak bantai kedua - dua Tok Guru ni pulak ? akhirnya semua orang salah , hanya pandangan kita sahaja yang benar .

Sebab tu lah , apabila timbul isu yang seperti ini kita jangan cepat melatah sehingga hilang thiqah kita kepada pimpinan . Buruk adab kita terhadap mereka . Beri mereka peluang untuk memimpin dengan baik dan kita jadi pengikut yang baik . Kalu nak tegur pimpinan jika dirasakan mereka silap , jangan sampai mengeluarkan perkataan yang pada saya cukup biadab.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ni , apa yang berlaku ini adalah satu ujian .( lihat posting saya yang bertajuk : Muzakarah PAS - UMNO : Kembali kepada Prinsip Amal Islami )

Apabila kita diuji , kini terserlah kepada kita apa yang menjadi keperluan kita hari ini. Keperluan ertinya suatu asas dan diperlukan oleh kita sebagai anggota gerakan Islam ini.

Ternyata apa yang kita perlu hari ini ialah term - term seperti berikut : Ukhuwwah , thiqah , disiplin , syura , taat , sabar , wala' , sirriyatut tanzim ( kerahsian tanzim ) , safhas sudur ( lapang dada ) , husnu dzan ( berbaik sangka ) dan banyak lagi .

Dari mana kita nak dapatkan semua perkara ini. Inilah nilai yang semakin hakis dari kita dan jamaah kita . Buktinya jelas , apabila berlaku ujian seperti ini ( isu Muzakarah ) kita seperti bertelagah dingin antara satu sama lain .

Kita macam sudah lupa atau buat - buat lupa apa yang kita pelajari selama ini melalui usrah dan tamrin . Atau mungkin juga kerana telah lama tidak ada tamrin dan usrah . Atau tamrin dan usrah ada tapi kita tidak ikut menyertainya.

Apa sahaja lah , tapi pastinya inilah keperluan kita sekarang dan ianya diserlahkan oleh ujian yang kita hadapi .

Justeru itu sahabat yang budiman , saya kira ujian ini telah selesai dengan penyelesaian penuh hikmah dari 2 Tok Guru hebat ini . Tapi ingat , kita akan berhadapan pula dengan ujian lain yang akan menduga demi menepati janji Allah swt. bahawa pejuang Islam pasti akan diuji .

Apakah nanti jika datang ujian berikutnya , maka kita bergolak lagi ? Tok Guru buat kesekian kali akan menjadi mangsa sikap tidak sabar kita ? atau ada pimpinan lain pula yang akan menjadi mangsa .

saya tidak mahu menulis panjang kerana saya kebetulannya menemui beberapa tulisan sahabat - sahabat saya yang membawa maksud yang sama . Saudara boleh rujuk di sini untuk mengambil iktibar : http://www.tukulbesi.blogspot.com di bawah tajuk : Golongan Cepat Melatah , Tahalluf dan Muzakarah .

Boleh juga saudara merujuk di : http://abuamirahphg.blogspot.com di bawah tajuk : Membelah Isu Politik dari Jiwa Tarbawi.

Cuma saya mengharapkan grakan tarbiyah kembali diperkasakan untuk memenuhi keperluan asasi sebagai seorang anggota gerakan Islam . Ya ... pastinya ia bermula dengan diri saya masih perlu bimbingan dalam banyak perkara .

Dalam isu muzakarah ni , apa yang boleh kita insaf maka segeralah kita perbetulkan. Betulkan semula sangkaan kita terhadap pimpinan dan sahabat seperjuangan , jernihkan kembali suasana kita dalam jamaah , harmonikan hubungan antara kita .

Kepada Allah kita mohon ampun atas salah silap kita dan mohon maaf atas ketelanjuran dan salah ungkap dikalangan kita.

Jom kita atur kembali langkah perjuangan kita . Masih banyak perkara yang perlu kita Muqabalah nih .

11 Comments:

Blogger gopenghagen said...

ust,

penjelasan dari ust saya rasa cukup jelas dan boleh diterima terutamanya oleh ahli2 yg mengikuti marhalah tarbiyah yg betul.

bagaimana pula hendak diterangkan kepada ahli biasa?yang menjadi ahli semata-mata kerana percaya bahwa PAS adalah parti yang meletakkan al-quran dan as-sunnah sebagai dasar perjuangan dan menentang mereka yg menolak agama, khususnya umno. kenapa perlu berbincang, muqabalah, atau muzakarah tentang masa depan Islam pada orang yg selama ini menentang Islam? Ust, tolong berikan jawapan dalam ayat yg boleh difahami oleh orang kebanyakan seperti ana. terima kasih.

3:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam Ustaz,

Ana tengok komen dan tulisan dalam blog Faisal Tehrani semakin lama semakin menjengkelkan. pelbagai kata-kata yang diutarakan dalam blog tersebut semuanya tidak sefahaman dengan apa yang PAS buat. keputusan majlis Syura pun macam diperlekeh...

3:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Wednesday, July 23, 2008
Muqabalah ganti muzakarah: belum selesai
Dari muzakarah jadi muqabalah. Itu perubahan dari sudut istilah. Tujuannya untuk hentikan cerita-cerita muzakarah PAS-UMNO yang meletup selepas Pak Lah dedahkan bahawa ada tiga pertemuan yang telah dilaksanakan.

Dijelaskan lagi bahawa PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat. Baguslah begitu. Rakyat tak lah pening takut-takut ada mainan politik opurtunis dari pihak PAS. Jika kemenangan yang diberikan rakyat dalam PRU12 baru-baru ni dibuat atas platform janji PR dan atas semangat membara untuk menghukum BN, maka amanah rakyat itu jangan dikhianati. Sekali mengkhianati, susah untuk dipercaya kembali.

Tapi masih ada beberapa persoalan yang belum terjawab. Selagi belum jelas, selagi itu rakyat belum yakin 100%. Pak Lah kata ada 3 kali pertemuan- bila pertemuan tu diadakan? Yang didedahkan pertemuan pertama yang melibatkan Timbalan Presiden, Pengarah Pilihanraya dan YB Khalid. Yang dua lagi, siapa yang terlibat dan siapa pula wakil UMNO?

Khabarnya pertemuan pertama dihadiri untuk melengahkan UMNO dari menghalang penubuhan kerajaan PR Selangor. Dan PAS hadir sekadar untuk mendengar. Jadi, apa pula tujuan pertemuan kedua serta ketiga? Apa tujuan ia diteruskan?

Khabarnya juga dalam pertemuan pertama, UMNO menawarkan PAS untuk tubuh kerajaan bersama dan mengkhianati rakyat dan rakan sekutu. Jika betul, kenapa tidak tolak dengan tegas dan tutup pintu rundingan. Buat apa lagi berunding jika itu tujuan UMNO ajak berunding? Kenapa masih sedia penuhi jemputan rundingan kedua dan ketiga?

Jika pertemuan pertama itu berbentuk tawar menawar politik, bukan untuk kebaikan rakyat secara langsung, serta bukan untuk survival Islam dan juga bukan untuk melancarkan kerjasama antara kerajaan-kerajaan negeri PR dan kerajaan persekutuan, kenapa PAS perlu melayan UMNO untuk hadir pertemuan kedua dan ketiga?

Saya percaya tawar menawar politik dengan UMNO buat masa ini bukan satu pilihan bijak. Jika PAS lakukan sekarang PAS akan dianggap pengkhianat rakyat dan rakan. Tapi tawar menawar politik dengan UMNO bukan selama-lamanya tidak boleh. Ia akan kelihatan baik dan wajar jika berlaku sesuatu yang besar dalam landskap politik negara contohnya:

1. Jika kerajaan BN meninggalkan semua kejahatannya secara jujur dan nyata dengan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan segala macam kebobrokannya sehingga diyakini sekalian rakyat yang selama ini menentangnya. (Andaian ini kelihatan hampir mustahil)

2. Jika rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP berubah menjadi jahat: rasuah, salah guna harta rakyat, menindas, menipu dan sejuta kejahatan sebagaimana kerajaan BN sekarang atau lebih jahat sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada mereka. (Andaian ini sukar untuk berlaku jika komunikasi dalam PR berjalan baik)

3. Jika kerajaan PR bertindak mengenepikan Islam dan Muslimin di dalam negara secara nyata sehinggakan kedudukan Islam di bawah PR lebih teruk dari kedudukan Islam di bawah BN. (Andaian ini dijadikan alasan sesetengah pihak--hakikatnya ia sukar untuk berlaku)

Maka, jika andaian diatas berlaku, ketika itu barulah rundingan tawar menawar politik dengan UMNO kelihatan wajar dan boleh diterima.

Buat masa ini. Semua di atas tidak berlaku dan kelihatan belum ada tanda-tanda ia akan berlaku. Maka rundingan politik PAS-UMNO untuk membuat pakatan adalah suatu yang hina dan memualkan.

Perubahan istilah muzakarah kepada muqabalah belum cukup. Perlu ada ketelusan dan komitmen yang jitu bahawa sebarang rundingan politik tidak akan berlaku lagi. Lebih baik jika mereka yang terlibat mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu. Biar terang dan bersuluh.

Jika muqabalah mahu diadakan, perlu detailkan apa terma perbincangan. Apa pula terma yang tidak boleh dibincangkan. Perlu nyatakan dengan tegas bahawa terma berbentuk pakatan politik yang membelakangkan rakyat dan rakan tidak akan dibenarkan.

Saya amat setuju dengan pendapat pemimpin PAS yang mengatakan bahawa rundingan politik ini adalah perangkap UMNO ke atas PAS. Tapi, yang menghairankan, kenapa ada yang tidak boleh membaca ancaman ini sehingga terjebak dalam semua masalah yang tidak sepatutnya berlaku ini. Saya fikir, ada seseorang yang perlu meminta maaf bagi merungkaikan kekeliruan ini.

6:40 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Firman Allah swt :

“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”

Surah al Anfaal : 61 - 61

Kalau boleh saudara gopenghagen baca sekali dengan ayat 60 dari surah yang sama .

Saya hairan kenapa ramai orang takut untuk muzakarah dengan UMNO .

Takut terpedaya ? hebat sangat kah UMNO tu ? atau kita tak yakin kepada aqidah perjuangan Tok Guru Presiden kita ?

Pasal rakyat yang tidak memahami , mmg tugas kita memberi mrk faham . bila - bila pun mmg kita kena bersedia memberi faham kpd masyarakat tentang apa yang kita buat.

Bukankah Allah juga suruh Musa as. mendatangi Firaun ( yang saya kira berjuta kali lebih zalim dari UMNO ) dengan perkataan yang lembut .

Banyak perkara kita boleh bincang , bukan shj pasal Islam tapi semua perkara untuk kepentingan ummah Islam .

Jika semata - mata kerana mrk menentang Islam maka tiada perbincangan dan perdamaian dgn mereka , bagaimana pula dengan sikap yang diambil oleh Nabi saw. membuat perjanjian yg dilihat berat sebelah dan merugikan ummah dalam perjanjian hudaibiah .

Masa perjanjian hudaibiah tu , ramai yg tak setuju dan bantah nabi saw. sehingga Nabi suruh sembelih kambing ( untuk dam krn mrk tidak mengerjakan umrah sdg mrk telah ihram masa tu ) , tidak diikuti oleh sahabat .

Sehinggalah nabi sendiri sembelih barulah sahabat insaf dgn ketegasan nabi lalu mrk mohon ampun dan menyembelih kambing sbg mana ia disuruh oleh Nabi .

Kadang - kadang kita baca Nas quran dan hadis , tapi knp kita berat hati nak ikut cara nabi .

Bukankah PAS parti Islam .

Bagi Tok Guru , muzakarah tu untuk bincang mengenai islam dan ummatnya , bagi kita menyebut perkara Islam yang sebenar kpd mrk dalam majlis yg tertutup selain kita guna pentas terbuka seperti ceramah .

Siapa yg kata Tok Guru nak heret PAS masuk UMNO ? Astaghfirullah

Ini punca salah faham .bimbang takut PAS masuk BN .Tak betul tu...

Orang kata kenapa PAS jumpa secara rahsia .

Sebenarnya Syura telah setuju muzakarah , so bukan rahsia kpd syura , cuma tidak didedah kepada umum ini termasuk dalam salah satu strategi yang perlu dilaksanakan secara teliti .

Masaalahnya apabila ada yg membocorkan rahsia pimpinan . ( sebelum Pak Lah dedah , sudah ada org PAS yg dedah )

Dalam Gerakan Islam , malah dalam apa jua organisasi , tanzim dan strategi mmg sifatnya rahsia .

Apa pun perkara ni dah selesai dgn lahirnya Istilah baru iaitu Muqabalah .

Sekarang Syura sudah solid setuju Muqabalah ( bertemu UMNO ) dan bertemu ni bukan untuk saling mengenyet mata tetapi bincang soal masa depan negara dan Islam .

Kalau ada yg tak setuju jugak muqabalah nih , saya tak tahu nak kata apa lagi . Sedang Allah sebut dlm al quran : Urusan mrk ialah syura dikalangan mereka .

Berilah kepercayaan kepada Pimpinan kita untuk bertindak . Tidak rugi org yang bermesyuarat . Bimbang UMNO nak tipu , Allah bersama kita .

Dalam pilihanraya , UMNO tipu kita berkebuk saban kali kita masuk pilihanraya , tapi kenapa kita masuk jugak ? dah tahu UMNO tipu , pasal apa masuk jugak ?

soalan ini menjawab pertanyaan org kata dah tahu UMNO menipu kenapa nak bincang jugak ?

saya juga ingat kata - kata Arwah Ust Fadhil dulu :

Berunding dgn org yang kita tidak percaya ni lebih selamat dari org yang kita percayai .

Kerana manusia sering kena tipu oleh org yang dia percayai sebelumnya , berbanding ia berhadapan dgn org yang dia tidak percaya , dia senantiasa berhati hati dan risiko kena tipu tu kurang .

4:05 AM

 
Blogger Elbaritii said...

Assalamualaikum wrt.

Ustaz, ana nak guna hujah dan nama ustaz di ruangan komen ini untuk masukkan di blog ana.

Nampaknya, Umno galak nak jumpa juga, maka ahli PAS makinlah galak kebimbangannya. Syukran..

7:56 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ust,
saya juga menghadapi masalah seperti ust,ditanya pelbagai pertanyaaan ttg muzakarah. saya juga sama juga jawapan dgn ust. buat apa kita riuh,kalut ,ribut dll.kita mesti percayalah dengan pemimpin yang kita pilih.semua org ingat peristiwa lalu PAS-UMNO T.G Nik Aziz berpesan berkali2.
kita tahu semua yang di buat oleh pemimpin kenalah bersangka baik, apa lagi kata-kata yang tak sedap didengar di tuju juga pada YB.ust. Nasarudin Mat Isa,sabar je ini di sebabkan ahli terlalu sayangkan PARTI PAS.saya rasa pemimpin lebih lagi
Salamm

10:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ramai bertanya apa beza muzakarah dan muqabalah? Keputusan Majlis Syura semalam dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz di Kota Bharu semalam masih cuba dikelirukan oleh media. Pada hal ia cukup jelas.

Perbincangan atas dasar parti antara PAS-UMNO atau lebih dikenali sebagai muzakarah tidak dipersetujui. Ini bermakna, tidak ada lagi isu muzakarah.

Pertemuan atas dasar peribadi pemimpin PAS dengan pemimpin tertinggi UMNO di bolehkan. Namun Majlis Syura berperanan memberi pandangan hukum. Pertimbangan politik samada hendak izinkan atau tidak adalah semata-mata pertimbangan politik, kecuali yang terserempak di mana-mana sudah tentu tidak menasabah untuk diambil kira.

Jawatankuasa PAS Pusat harus dirujuk samada perjumpaan peribadi seperti itu boleh diteruskan kerana pertemuan peribadi tidak perlu dikaitkan dengan parti.

Oleh itu saya berharap, ahli dan semua penyokong parti termasuk pengedar harakah dari kaum India yang bertindak berhenti menyebarkan harakah sehari dua ini dapat menarik nafas lega.

Tiada sebarang perjanjian, samada terbuka atau secara tertutup. Jadi mengapa perlu ada pertemuan

- Dipetik dari Harakahdaily

12:10 PM

 
Blogger shamil said...

Asm Ustaz,

Ana perhatikan masalah ini berkaitan dgn wala' kpd pemimpin yg tak ada dikalangan ahli2. Ahli2 ini pula terdiri drp mereka yg jarang2 atau tak pernah pergi usrah. mengaku ahli PAs tapi ahklaknya masyallah. Masih lagi menghisap rokok dan bersembang kosong di kedai2 kopi dan jarang ataupun tak pernah berjemaah ke surau2 dan masjid. Ini sebenarnya masalah besar yg dihadapi PAS skrg ini!

7:37 AM

 
Blogger syphoon said...

Salam...

Ana nampak dalam hal ni, yang paling penting bagi kita sebagai kader bawahan, adalah thiqah & wala' pada pimpinan.

Dua elemen yang digabung jalin, insyaAllah dapat mengelakkan diri kita daripada terus dihantui buruk sangka yang akan mengakibatkan perpecahan.

Elakkan daripada dipengaruhi oleh media & sumber luar. PERCAYA atau THIQAH lah pada pimpinan yang kita telah baiah untuk sama-sama berjuang bersama mereka.

Mehnah & cabaran itu sudah tentu banyak, tapi andai nakhoda diragui & dimungkari, lautan yang tenang sekalipun kapal tetap akan tenggelam.

Wallahua3lam.

4:31 AM

 
Blogger Mohd Nazri Amir Hamezah said...

Assalamualaikum...

Maha Suci Allah yang telah mengatur semua ini dengan penuh hikmah.Isu yang berlaku skrg memang seolah-olah mengusutkan ramai dikalangan ahli-ahli.Apa yang ditulis oleh al fadhil ustaz tepat dan saya menyokong penuh,namun berapa ramai yang faham dengan rukun-rukun haraki?Cuma apa yang saya nampak dalam isu muzakarah dan muqobalah ini,memberi kelebihan kepada ahli pas di Muktamar nanti.Mungkin ramai yang akan turun dan di situlah kita akan lihat kehebatan 2 orang "TOK GURU" menyelesaikan kekusutan ini.Ya Allah tak dapat saya bayangkan andai itu berlaku nanti.Ramai yang akan melafazkan syukur dan jentera pas makin padu dan jitu.Seronok andai kita semua ditarbiyah dengan rukun-rukun haraki.Kemanisan dan kepahitan itu pasti kita akan lalui dengan tenang.

7:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Perjuangan Islam era Haji Hadi memberi pengaruh besar kepada pelajar Malaysia di Amerika Utara dan UK awal 80an sehingga 90an.
Perjuangan Islam yang diajar beliau kekal dan nampak kesannya sehingga kini.
Bagi kami yang memahami ISlam dari penulisan dan ceramah Hj Hadi, tidak nampak sebarang tanda beliau termakan atau boleh dibeli oleh UMNO.
Jadi hentikan komen dan kritik yang membuang masa ini. Selama ini Hj Hadi dilihat keras TETAPI masih mudah difahami oleh kami yang berpendidikan sekular ini.
Jadi kenapa mereka yang berpendidikan Islam di Timur Tengah pulak yang nampak terkeliru dan perlu bersuah payah menerangkan komen TG Nik Aziz dan Hj Hadi?
Hentikan dari terperangkap kepada
cakap-cakap golongan yang tak solat di mesjid dan membuang masa di kedai kopi sambil menghisap rokok.

4:50 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home