PERJUANGAN
PASCA MUKTAMAR kali ke 54
17 ogos 2008 menyaksi detik perpisahan para pejuang setelah berkumpul hampir 5 hari di bumi Perak yang cukup nostalgis sebagai bumi kelahiran Gerakan Islam ini .
Suasana perpisahan cukup sentimental , terutama salam berpisah dengan sahabat - sahabat lama yang masih kental dan thabat dengan perjuangan suci ini. Kesibukan harian berisi aktiviti rutin sebagai seorang pejuang menjadikan kita sukar membelah sempadan geografi biarpun ia bukanlah terlalu jauh . Muktamar sebegini , selain ia adalah medan bermuhasabah juga menepati jejak kasih antara kita .
Bertemu mata , bersentuh pipi dan bersilang bahu meruntun ukhuwwah fillah antara kita , tentu sahaja menggamit rasa penuh syahdu menginsafi erti persahabatan di pentas perjuangan ini meskipun kita jarang bertemu .
Muktamar adalah himpunan tahunan yang mementaskan kembali nilai ukhuwwah dan persahabatan agar terus mekar tanpa layu dan luput walau dilanda badai perbedaan pandangan dan silang maklumat antara kita .
Semangat juang demi menegakkan agama Allah dan rasa cinta kasih terhadap wadah perjuangan ini membuatkan kita tidak peduli lagi berapa lebar jurang khilaf antara kita , ianya tetap diharungi untuk menggapai kedua tangan agar kembali bersilang penuh makna , mendokong nilai persaudaraan Islam .
Saya sendiri dapat menyaksikan dengan jelas wujudnya jurang perbedaan pandangan yang mungkin bertolak dari berbeza maklumat , tidak sama cara memahami dan berlainan persepsi dalam menanggapi isu yang dihadapi namun saya juga dapat melihat dengan lebih jelas bahawa segala perbezaan itu bertemu di atas nokhtah yang sama iaitu kasih dan sayang kepada wadah perjuangan Islam ini .
Realiti ini membuatkan saya menitis air mata , menginsafi kebesaran Ilahi dan rahmatNya yang cukup unik . Semoga perjuangan ini semakin mantap dan perkasa setelah ia melalui satu proses muhasabah yang telus , berani , ikhlas dan kritikal .
Saya percaya semua anggota jamaah mempunyai perasaan dan sikap yang sama . Tiada makna lagi untuk terus kita bertikaian antara satu sama lain setelah melalui proses muhasabah ini . Malah kita telah pun mengambil kata sepakat untuk terus mendokong kepimpinan ulamak serta memartabatkan majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh al Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat .
Inilah masa kita mengorak langkah penuh satria mendepani apa jua bentuk tribulasi . Noktah Tasbih Kaffarah di hari akhir muktamar adalah merupakan Noktah Bismillah bagi hari mula untuk terus berjuang di sessi ini ( 08/09 ) .
Saya pada awalnya terasa juga ingin berehat seketika . Sejurus pulang dari muktamar , saya terus bergegas ke Kota Bharu untuk bersama keluarga . Dalam kepala muncul pelbagai plan lokasi untuk isterehat sehari dua sebelum kembali aktif bersama aktiviti rutin jamaah ini .
Tetapi apa yang membuatkan saya cukup terharu , pada malam itu hadhir dalam mimpi saya seorang tokoh ulama' yang sangat saya segani . Lengkap berpakaian rasmi seorang ulama' terbilang , beliau menghampiri sedang saya mendekam di tikar sejadah seraya mengusap kepala saya lalu berkata , terima kasih dan bangunlah , banyak lagi kerja jamaah yang belum selesai , siiru a'la barakatillah !
Serentak itu saya tersedar dan jam sudah hampir 5 pagi . Sukar pula saya ingin melelapkan mata selepas itu . Lagi pun waktu subuh sudah hampir dan hati saya tetiba menjadi sayu . Saya menangis semahu - mahunya . Tapi hairannya , saya sendiri tidak pasti benar untuk apa saya menangis , namun hati saya cukup sayu .
Saya seperti tidak puas untuk terus bersama dengan tokoh ulama' terbilang yang sebentar tadi hadhir dalam mimpi saya . Saya terus memanggil memanggil namanya dalam esakan di awal pagi itu . Ayah Chik .... Ayah Chik !
Benar mimpi bukan penentu hukum dan saya bukanlah menetapkan apa - apa hukum dari mimpi tersebut , tetapi saya cukup terharu mengenang beratnya beban amanah yang terpaksa dipikul oleh Ayah Chik , berdepan pula dengan pelbagai mehnah dan ibtila' yang tidak sudah - sudah menerjah kepimpinan beliau .
Ayah Chik ....selagi kedua telapak kakimu melandasi perjuangan suci warisan nabi ini , aku yang kerdil tetap mengerah apa yang terdaya untuk bersama mendokong cita - cita perjuangan ini .
10 Comments:
Assalamualaikum...
Terima kasih Ustaz. Artikel ini menyuntik semangat yang bukan sedikit pada saya. saya menangis dan menangis mengenangkan tarbiah yang saya terima di terengganu dahulu sekitar tahun 2001 - 2004 tidak saya gunakan sepenuhnya.
Saya mula mengingati saat saya berulang alik ke Masjid Rusila, Kubang Lembik dan sekitarnya.
Perkataan yang sering terpacul dari mulut tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah "Siruu 'ala barakatillah"
Terima kasih Ustaz....
7:27 AM
Artikel yang menusuk jiwa, tambah2 lagi dipenghujung artikel. Allahu Akbar!
11:02 AM
takbir!!!!!!!!!!!!
3:50 PM
Salam Muqabalah..!!!
terima kasih Ustaz.....
Semoga ianya menjadi pedoman dan teladang buat perjuangan kita semua.
TAKBIR....TAKBIR...TAKBIR..!!!!
4:24 PM
ana tak berapa setuju pada ayat yang terakhir...
ustaz Din kata;
"Ayah Chik ....selagi kedua telapak kakimu melandasi perjuangan suci warisan nabi ini , aku yang kerdil tetap mengerah apa yang terdaya untuk bersama mendokong cita - cita perjuangan ini . "
komen ana;
kalau ngaji mantiq, ayat ini dipanggil "qadiyyah syartiyyah munfasilah"
qadiyyah ini mengandungi maksud, dokongan cita-cita bergantung kepada kedua tapak kaki ayah chik berada dalam landasan perjuangan suci. bermakna, jika kaki ayah chik tidak berada dalam landasan, sudah pasti dokongan cita-cita akan terbantut...
ianya menyalahi dengan perjuangan Islam, sebab Abu bakar berkata selepas kewafatan Nabi SAW;
"barangsiapa yang menyembah muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati. barangsiapa yang sembah Allah, maka Allah hidup tak akan mati"
sekian
Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com
2:38 AM
assalamualaikum. Apa lah one G ni , tu la ana cadang anta tukar Three G ( 3G ) sbb one G tak power :)
Kan ana dah sebut perkataan ".............bersama mendokong cita - cita perjuangan ..." ertinya kalau ayah chik menyeleweng ( waliyazubillah ) maka ana tidaklah bersama lagi tetapi terus berjuang walau sorang sorang.
1:02 PM
Salam ...
Di Permatang Pauh ni, Ustaz berkampung kat MTD mana?
3:00 PM
cadangan itu menarik.. boleh di"bulan"kan (sebab timbang dah karat)....
4:54 PM
Assalamualaikum
Ana nak minta maaf banyak -banyak dengan sahabat semua terutama dari AMK kerana tidak dapat bersama untuk turun membantu kempen PRK kerana keadaan mak saudara saya yang kini terlantar sakit di hospital .
Sejurus selesai muktamar baru ni , program terlalu padat , kemudian hari ni pula seharian PAS pahang berijtimak untuk bersiap menghadapi pilihanraya yang akan datang dan esok ke hospital pula .
Apa pun saya doakan agar kalian semua diberikan kekuatan oleh Allah dan kemenangan berpihak kepada kita .
11:13 PM
subhanallah...
10:29 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home