" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, December 01, 2008

BANTAH
SPEAKER TOLAK USUL
BELA NASIB PALESTIN

Memorandum membantah penolakan usul membincangkan nasib rakyat Gaza telah dihantar ke pejabat Ketua Speaker Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Hj Mulia pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Rombongan menghantar memorandum tersebut diketuai oleh Pengerusi Teras, Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid. Ia turut disertai exco Dewan Pemuda PAS iaitu Kamaruzaman Mohamad dan Dr Rosli Alany. Antara intipati memorandum tersebut mengecam tindakan Datuk Ronald menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Alasan yang diberikan menunjukkan Timbalan Speaker itu tidak peka dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Palestin . Penolakan usul dikatakan turut bertentangan dengan sentimen dan hasrat rakyat Malaysia yang telah menggesa komuniti antarabangsa supaya mengambil langkah-langkah segera menarik balik pengepungan oleh Israel di Gaza dan menamatkan bencana kemanusiaan.

Memorandum juga turut menggesa YB Tan Sri Datuk Speaker segera menimbang semula usul tersebut dan menerimanya untuk dibahaskan.Ketua pegawai parlimen Datuk Kamarudin menerima memorandum itu dan berjanji akan menyampaikan sendiri kepada YB Tan Sri Datuk Speaker. Memorandum itu di tandatangani oleh lebih daripada 15 NGO.

Cikgu Azmi juga sempat berjumpa dan berbincang dengan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim. Selepas daripada itu, Cikgu Azmi dan rombongan bergegas menghantar memorandum ke Kedutaan Mesir bagi menggesa Kerajaan Mesir menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara di Gaza.

Di dalam memorandum itu, turut mendesak supaya membenarkan bantuan daripada mana-mana negara masuk bagi menyelamatkan rakyat di Gaza.Duta Mesir, Hani Abdel Kader Ahmed Shash menerima dengan baik memorandum yang disampaikan dan beliau menyatakan komitmen dan kprihatinan beliau untuk membantu penduduk di Gaza.

Beliau turut menyatakan harapan supaya Hamas dan Fatah dapat bersatu menghadapi Israel dan tidak bertelagah sesama sendiri. Hanya penyatuan semua umat Islam seluruh dunia dapat menyelamatkan saudara-saudara di Palestin.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

...."Hanya penyatuan semua umat Islam seluruh dunia dapat menyelamatkan saudara-saudara di Palestin".....

Saya setuju dgn ungkapan di atas. Dan saya ingin menambah, persatuan itu tidak akan pernah selamanya akan terwujud selagi tiadanya KHILAFAH.

Oleh kerana, spt yg dikatakan penulis, hanya dgn penyatuan umat Islam sedunia baru kita dapat menyelamatkan saudara kita tersebut, maka marilah kita semua berusaha ke arah PENYATUAN UMAT ISLAM SE DUNIA itu !!

Tak kira PAS, ABIM, JIM, TABLIGH, HAMAS, Hizbut Tahrir, Fatah, UMNO, Jamaah Islamiyah dan sebagainya,kita ketepikan fanatik kesukuan masing-masing, lalu kita bergerak dan bersatu untuk mewujudkan sebuah institusi yg terpenting bagi eksistensi Islam dan kaum muslimin iaitu KHILAFAH ISLAMIYAH.

Tidakkah Salahuddin al Ayubi dalam usahanya merampas kembali Baitul Maqdis memulainya dgn menyatukan kaum muslimin di bawah satu kepimpinan terlebih dahulu.

Bersatu teguh...bercerai roboh.

bersatulah wahai ummat,
bersatulah wahai saudaraku,
bersatulah demi Islam dan ummat,
bersatulah UMNO dan PAS,
bersatulah
bersatulah
bersatulah

RIRK

11:59 PM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Hidup penuh dengan percubaan dan yang penting percubaan yang kita ambil menghala kepada matlamat yang paling penting dalam konteks cabaran semasa yang kita hadapi. Jangan ditakuti oleh bisikan-bisikan syaitan yang mahu mengalahkan tawakkal kita kepada pertolongan Allah subhanahu wata'ala. Akibat kalahnya kita kepada bisikan syaitan yang tidak nampak itu kini syaitan telah berbisik kepada penolong-penolongnya dari kaum munafiqin dan kuffar agar meneruskan penampakan kekalahan tawakkal kita.

Adakah kita dapat menjamin apa yang akan kita berbuat pada esok hari ?

Lihatlah kejatuhan orang-tua yang sedang uzur Imperialis Barat adakah sesiapa yang menyangkanya ?

Jadi kita kena pasang betul-betul niat kita untuk hanya bertawakkal kepadaNya barulah kita berteguh hati dan istiqamah. Kita buat kerja yang disuruhNya kita berbuat sebagaimana kerja-kerja Nabi dan Sahabat; akibat kita serah kepadaNya.

Kita berjalan ke arahNya, Dia berlari ke arah kita. Apa lagi yang kita nak kalau itulah keadaan yang Dia taqdirkan kepada kita.

Itu dah lebih dari syurga....





Jadi, tumpukanlah kepada penyatuan dalam syari'atNya kerana itu pasti disukai Allah subhanhu wata'ala.

9:24 AM

 
Blogger ANAK BAPAK said...

hizbut tahrir punya suara la tu..nak suruh UMNO dgn pas besatu...UMNO tu dah jenis sekular tak boleh buat kawan..nak tasamuh pun tak ada..nak tahalluf siyasi macam mana..owh..lupa..hizbut tahrir tak pakai kaedah fekah ni..dia pakai akai dia saja,,seerah pun pakai akai..mana dia hizbut tahrir kata itulah satu2nya cara nak bina kerajaan khilafah..tak dak pun..bila debat pasal gagal molalah kata kami bukan nak merintah..dah tu..nak jadi abdullah bin ubai???

12:13 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home