" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 14, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri kedua belas )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH.
BIDAAH الإضـافيـة DAN BIDAAH الـتركية

و البدعة الإضـافيـة و الـتركية و الإلتـزام فى العـبادات المطلقة خلاف فقهى لكل فيه رأيه و لا بأس بتمحـيص الحقيقة بالدليل و البرهان

“ Bidaah yang dilakukan sebagai tambahan ‘ الإضـافـيـة’ dan sebagai pengurangan ‘ التركية ’ serta iltizam pada ibadat yang mutlak adalah merupakan khilaf fiqhi . Setiap Individu mempunyai pendapat yang tersendiri maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti ”

ULASAN .

1. Contoh bidaah ' الإضـافـية '
[1]

  • Menjelaskan suara dengan selawat dan salam keatas baginda rasul selepas azan .


  • Menjelaskan suara pada bacaan surah Al kahfi pada hari jumaat ,sebelum solat Jumaat seolah olah ia syiar solat jumaat .

  • Berzikir beramai - ramai selepas solat jamaah .

2. Contoh bidaah ' الـتـركية '

  • Tidak kahwin dengan hujjah untuk memperbanyakkan ibadah demi taqarrub kepada Allah .

  • Tidak makan daging merpati kerana memuliakannya .

3. Contoh iltizam pada Ibadah yang mutlak .

  • Iltizam membaza ' قل هو الله أحد ' pada waktu pagi 100 kali

  • Iltizam membaca Al fatihah 10 kali setiap lepas solat .

Ketiga - tiga bidaah ini tergolong dalam masaalah khilafiah maka prinsipnya sebagaimana kita menangani soal - soal khilaf feqh yang dinyatakan dalam usul - usul terdahulu .

Perlu diingatkan , kebijaksanaan mesti dijadikan prinsip dalam menghadapi hal - hal khilafiah ini . Jangan menurut angin muda yang gopoh dan mendadak sehingga keadaan semakin kronik seperti sikap yang hanya menuding jari itu bidaah dan ini bidaah tapi sunyi dari penjelasan dan penyelesaian .

Sering berlakunya pertelingkahan dalam masaalah khilafiah ini bukan kerana cetek ilmu tetapi tandus ‘ bijaksana ’.

لا تقولوا لـمـا تصف السنتكم الكذب هذا حلال و هذا حرام
لتفتروا على الله الكذب إن الدين يفترون على الله الكذب لا يفلحون .

“ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut - sebut oleh lidahmu secara dusta “ ini halal dan ini haram ” untuk mengada - adakan kebohongan terhadap Allah . Sesungguhnya orang - orang yang mengada - adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung .”

( An Nahl 116 )

Ibn Kathir menegaskan bahawa ayat ini merangkumi larangan terhadap mereka yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah menurut pandangannya.

Peringatan dari Al Ustaz Hassan Ismail Al Hudhaibi rahimahullah :

" Kita penda'wah bukan penghukum " . Dalam ertikata lain , kita juga seharusnya bersifat menerang bukan menyerang .

( Tidak bererti kita membiarkan kebathilan atau kemungkaran , tetapi bijak menangani keadaan . Soalnya selesaikah atau tercapaikah maksud da’wah dengan kita menghukum seseorang ? )

Namun menjelaskan sempadan kebenaran dan sempadan kebathilan pula tegas mempertahankan kebenaran dan membasmi kebathilan adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan .

[1] Lihat Nazarat m/s 155

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home