" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, May 28, 2006

Kertas kerja ( 019 / siri kesepuluh )

USUL KESEPULUH

MAKRIFATULLAH.

معرفة الله تبارك و تعالى و توحيده و تنزيهه أسمى عقائد الإسلام و آيات الصفات و أحاديثها الصحيحة و ما يليق بذلك من التشابه نؤمن بها كما جاءت من غـير تأويل و لا تعطيل و لا نتعرض لما جاء فيها من خلاف بـيـن الـعـلماء و يسعنا ما وسع رسول الله صلى الله عليه و سلم و أصحابه ( والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا )

" Mengenal Allah swt. mentauhidkannya dan menyucikannya dari sebarang kekurangan adalah setinggi - tinggi akidah dalam Islam . Ayat - ayat quran dan hadis - hadis shohih yang berhubung dengan sifat - sifat Allah dan perkara - perkara yang kesamaran hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana yang termaktub tanpa sebarang ta'wil dan merosakkan nas asal jua kita tidak melibatkan diri dengan perselisihan ( khilaf ) dikalangan ulama' dalam masaalah ini dan kita berselesa terhadap apa yang diluaskan oleh Rasulullah saw dan sahabatnya . “ Dan orang yang mendalam ilmunya berkata : kami beriman kepada ayat - ayat yang mutasyabihat , semuanya itu dari sisi tuhan kami ”

( Al Imran 7 )

ULASAN .

Haikal ketinggian aqidah seseorang muslim dibentuk oleh tiga asas utama:
[1]

1. Ma'rifatullah

2. Tauhid ( mengesakan Allah tanpa sebarang keraguan )

3. Tanzih ( menyucikan Allah dari segala kekurangan dan menyabitkan segala kesempurnaan )

Ketiga - tiga asas utama ini bertunjang di atas satu tunjang kukuh sebagai seorang muslim , iaitu لاإلــه إلا اللـه . Sementara لاإلـه إلا اللـه mengandungi nafi dan isbat .
[2]

لاإلـه إلا اللـه menafikan empat perkara .

1. الآلـهـة Tuhan yang dianggap boleh memberi kebaikan dan menolak kemudharatan .

و إلى عاد أخاهم هودا قـال يا قوم اعبدوا الله ما لكم من إله غـيره أفلا تتقون

" Dan kami telah mengutus kepada kaum A'ad saudara mereka Hud . Ia berkata " Hai kaumku sembahlah Allah , sekali - kali tidak ada tuhan bagimu selainnya . Maka mengapa kamu tidak bartaqwa kepadanya "

( Al A'raf 65 )

2. الـطـواغـيـت Suatu yang disembah selain Allah .

و لقد بعثنا فى كل أمـة رسولا أن اعبدوا الله و اجتنبوا الــطـاغـوت

" Sesungguhnya kami telah bangkitkan di setiap kalangan ummat itu akan seorang Rasul supaya menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan thaghut "

( An Nahl 36 )

3. الأنـداد Yang memalingkan diri dari ugama Islam . ( terdiri daripada isteri , anak pinak , harta dan seumpamanya .)

" Dan diantara manusia ada orang - orang yang menyembah tandingan - tandingan selain Allah , mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah . "

( Al Baqarah 165)

4. الأربـاب Mereka yang memberi fatwa bercanggah dengan kitab Allah dan sunnah Rasul dan ditaati sebagai tuhan .

اتخـذوا أحـبارهم و رهبانهم أربـابا من دون الله

"Mereka menjadikan orang - orang alim dan rahib - rahib mereka sebagai tuhan selain Allah ."

( At Taubah 31 )

لاإلـه إلا اللـه mengisbatkan empat perkara pula .

1. الـقصـد Matlamat bagi Allah
2. الـتعـظـيـم Membesarkan Allah
3. الـخـوف Takut kepada Allah
4. الـرجـاء Mengharap hanya kepada Allah

Firman Allah swt .

و إن يـمـسـسـك الله بـضـر فلا كاشـف له إلا هو

" Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu , maka tidak ada yang dapat menghilangkanya kecuali dia . "

( Yunus 107 )

Kejituan aqidah seperti ini wajar dimiliki oleh setiap individu muslim , sebagai benteng kukuh dari ancaman virus murtad dan sambaran api neraka Ilahi . Keiltizaman setiap Individu dalam mengharungi medan amal Islami yang penuh aksi dan cabaran “adventure” bergantung penuh kepada kejituan aqidahnya .

Bertolak dari kejituan aqidah ini , kita dididik supaya mengimani nas - nas Qura'ni dan Sunnah Nabawi yang berkaitan dengan sifat - sifat Allah atau hal - hal kesamaran tanpa ta'wil ( الـتـأويـل ) dan ta'til ( الـتـعـطـيـل )

Nota .
[3]

الـتـأويـل Ertinya menukar lafaz dari makna asal yang rajih ( dekat ) kepada makna rajih ( yang jauh ) tanpa keadaan yang memerlukan demikian .

الـتعـطـيـل Penafian mutlak terhadap pendalilan lafaz yang di sifatkan oleh Allah .

Sikap yang perlu diambil dalam menangani ayat - ayat atau hadis - hadis yang berkaitan dengan sifat - sifat Allah ialah :

1. Beriman terhadap ayat - ayat yang disifatkan oleh Allah .

2. Tidak menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk , sebaliknya mengembalikan sifat - sifat tersebut selayaknya bagai Allah . Dalam hal ini mazhab As - Salaf terlebih selamat .

Sementara golongan yang mengeksploitasi ayat -ayat kesamaran samaada untuk menimbulkan syak terhadap Al quran dan menyesatkan orang awam sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Zindiq dan Qaramith atau mereka beri'tiqad dengan dhohir kesamaran itu sehingga mereka meletakkan Allah itu berjisim , maka tidak syak pada kekufuran mereka.
[4]

[1] Ruju' Nazarat m/s 128
[2] الـولاء و الـبراء فى الإسـلام oleh Muhd bin Said bin Salim Al qahtani .
[3] Ruju' Nazarat m/s 130
[4] Lihat Tafsir Al Munir Juz 3 m/s 157 oleh Dr. Wahbah Az Zuhaili .

Friday, May 26, 2006

Sajak seorang Mayat....

(di petik dari kaset “kelahiran”)

Pada satu hari seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.

Tengah malam,pulang dari sebuah hotel di KL bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol…Dan…

Bangglonya di atas bukit

Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya.Dan sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya,dilambung nazak hempas menghempas,

Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan.

Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku, mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku".

Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala.

Habis apa yang engkau mahu...............................?

Oh! Tuhan panjangkan umurku.

Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahun tidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa…kau mahu panjang umur lagi?

Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.Kau di ambang sakaratul maut ............................

kau nazak sekarang wahai O/B.

Dia makin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan.Panas!, dahaga!, haus!, panas.................. !!!

air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya. dan syaitan datang berbondong- bondong, meninjak-injak dan mengoda mau 'memurtadkannya'.

Neneknya datang.........kau datang nenek? ...............Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum?ini bijana penuh air madu, kalau cucu mau masuk syurga minumlah air ini.

Ibu? kau datang ibu?.................

ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam agama Yahudi.

Ayah? kau juga datang ayah?................

matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya.................Ucaplah................

LAILLAHAILLAH.......................!

Tidak!.....................tidak.!......................tidak......!.
Ucaplah....................

LAILLAHAILLAH.................................!
Tidak.!.....................tidak !................................. tidak......................!

Ucaplah!
LAILLAHAILLAH................................!Tidak......................!
tidak .................................!tidak....................!

(Semuanya ini menahan lidahnya),

"rumahku, mercedesku, wangku dalam bank, saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku".

Sakaratul-maut semakin hampir tiba datang, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit bangloku dijemput oleh pemanduku dengan kereta mercedesku, memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin.

Tetapi lidahku sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudian manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang,

katanya " marilah ikut kami" Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya merah,Apa ini................................?

apa ini...................................................?

"AKULAH SAKARATUL-MAUT.................................................
"Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadku di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di 'tenggurukkan'ku, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH...................................

"Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............

LALU................:

'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN' Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya.

"TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIJJIN' PADA BUMI YANG TERBAWAH!!!!"

Rohku lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasad, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di 'duduknya' aku.SIAPA TUHAN MU?.

..........................A.............A
Aku tidak tahu...........................APA AGAMAMU?
..................................A..............A.............
Aku tidak tahu...........................
SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU..............................................

A...........A.........Aku tidak tahu..................................

Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya.........

siapakah engkau?

" Akulah amalanmu yang keji..............................

"Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakku seorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?.........................................

"MANA?..........................................

MANA? ........................................

MANA?...................................???

(Orang yang bertanya mana?mana?mana? tu adalah seorang mayat)

ANTARA MAWI, SOPHIA,
ADI PUTRA DAN NOR AMIRA

Ayu Shahiza Saad <
ayu@leaderuniversal.com> wrote:

U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya...

dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan...

tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli...

bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung),

tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan: Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan. Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... so boleh di sokong. Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej Islam... so mesti di beri sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini.. apa pandangan anda?...

Wednesday, May 24, 2006

Salur kewangan melalui Fatah:
Malaysia sama dengan Amerika

Tue May 23, 06 12:55:12 PM Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Tindakan Malaysia menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin melalui wakil Fatah, iaitu Presiden Mahmoud Abbas adalah menyamai pendirian politik Amerika dan sekutunya ke atas Palestin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu tidak kena pada tempatnya.

"Apabila kita beri bantuan kepada Fatah, maka kita samalah dengan Amerika. Negara itu sendiri tidak memberi mandat kepada kerajaan Hamas, biarpun Hamas diberi mandat oleh rakyat Palestin melalui pilihan raya mereka baru-baru ini.

"Kalau kita beri duit itu kepada Fatah, ini bermakna seolah-olah Malaysia termasuk dalam rangkaian Amerika di sini. Negara itu juga tidak menyokong Hamas, tetapi menyokong Fatah," kata beliau kepada Harakahdaily di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM57.6 juta (AS$16 juta) kepada kerajaan Palestin akibat sekatan kemasukan bantuan antarabangsa, khususnya sekatan kewangan yang dikenakan oleh Amerika dan Israel.

"Pemuda PAS mengutuk tindakan ini. Inilah sikap pemimpin Umno yang secara tidak langsung memperlihatkan ketidakprihatinan mereka terhadap perjuangan kumpulan Hamas selama ini," kata Salahuddin. -

Tahniah Buat Ustaz Haji Anhar Bin Opir

Saya mengambil kesempatan untuk mengalungkan penghargaan tinggi buat seorang "anak buah" dan juga seorang sahabat ( yang akrab dengan saya satu ketika dulu dan kini masih di Mesir ) atas kejayaannya.

Akhirnya setelah berhempas-pulas memerah keringat, seorang tokoh pelajar yang tidak asing lagi di perlembahan Nil , Ustaz Anhar bin Opir yang berjaya mendapat pangkat Al-Imtiyaz (Cemerlang) di dalam Ijazah Sarjana (M.A) beliau.

Ustaz Anhar bin Opir adalah merupakan lulusan Ijazah Sarjana Cairo University, Fakulti Darul Ulum di dalam jurusan Falsafah Islamiah. Tesis beliau yang bertajuk “Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi Abu Bakr Ibn Al-`Arabi (Political Thinking Comparison Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakr Ibnu El- Arabi) telah dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 bertempat di Darul Ulum, Cairo University.

Ustaz Anhar adalah bekas pelajar jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam berpersatuan. Beliau telah dipilih untuk menjadi Badan Pengurus PMRAM dari tahun 1997 dan menjawat jawatan Timbalan Presiden PMRAM pada tahun 1998 sehingga tahun 1999.

Semoga kejayaan beliau akan menjadi perangsang kepada mahasiswa Al-Azhar yang lain dalam memburu kejayaan yang gemilang di dalam akademik dan aktif berorganisasi.

Saya sekali lagi mengucapkan SYABAS buat Ustaz Anhar Opir dan mengharapkan agar kelak , apabila kembali ke Tanahair , dapat memberi sumbangan terbaik buat Islam dan gerakannya.

Kejayaannya menimbulkan rasa cemburu dihati saya yang kini sering sahaja terhalang untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya . Mudah - mudahan sedikit masa lagi , kejayaan itu jua menjadi milikiku . Amin Ya Rabbal A'lamin .

Apa pun , menceritakan perihal Ustaz Anhar ini , mengingatkan saya kepada nostalgia silam ketika kami berada di Mesir bersama dulu . Saya dan dengan beberapa rakan karib ( seperti ( sekadar menyebut beberapa nama ) Ustaz Mansur kini sedang mengambil Phd di UM , Najah ( abang Anhar ) , Adnan Fadhil , Ramizu , Ainul Helmi , Zahid Yusuf , Radhi Ibrahim khabarnya sedang menyiapkan Phd di UK , Khairi Zainudin , Nik Syaikhan , Rosli Othman ( al Marhum ) , Zulqarnain Hassan , Musthafa Saari , Azman Syafawi , Fatah Awang , Wan Shukairi , Wan Sukri , Ghani Abdullah , Hasbullah Mohamad (MA ) , Aminur Rasyid ( sedang menyiapkan MA di UK ) , Anhar ( MA Cairo Univ. )dan lain - lain ) sering bersama mengharungi suka duka hidup menuntut ilmu dan menggerakkan perjuangan Islam diperingkat Kampus .

Ya Rabbi ... rindu aku pada kalian semua . Al Fatihah buat ustaz Rosli Othman . Semoga ruh Al marhum dicucuri rahmat Ilahi .

Sahabat ! bilakah kita akan bertemu kembali seperti dulu ?

Tuesday, May 23, 2006

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK
RAKYAT DERITA

PEMBAZIRAN KEUNTUNGAN PETRONAS .DUIT RAKYAT HASIL DARIPADA KEUNTUNGAN PETRONAS TELAH DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK MEGA . MENGAPA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MENGEKANG KENAIKAN MINYAK ?

APA RAKYAT DAPAT ?

PUTRAJAYA
RM 19,000,000,000
( RM 19 BILLION )

MENARA BERKEMBARPETRONAS
RM 10,000,000,000
( RM 10 BILLION )

PEMBIAYAAN - 2006 FORMULA ONE SEPANG
RM . 2,400,000,000
( RM 2.4 BILLION )

PENAJAAN PETRONAS - SAUBER
RM . 1,000,000,000
( RM 1 BILLION )

TREK FORMULA ONESEPANG.
RM 286,000,000
( 286 JUTA )

PROMOSI FORMULA ONE SEPANG
RM 98,000,000
( RM 98 JUTA )

KEMANA PERGINYA HASIL NEGARA ?

LEMBAGA HASILDALAM NEGERI ( LHDN )

HASIL DARIPADA CUKAI PENDAPATAN , CUKAI SYARIKAT , DUTI STEM , CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH DLL . ( BERITA HARIAN 11/2/2006 )

RM 56.8 BILLION

JABATAN KASTAM & EKSAIS .

HASIL DARIPADA CUKAI IMPORT , CUKAI EKSPORT , LEVI PEKERJA ASING DLL. ( UTUSAN MALAYSIA 11/ 3 / 2006 )

RM 17 BILLION

KEUNTUNGAN BERSIH PETRONAS 2005

DATO’ HUSAM MUSA . ( HARAKAH 1 – 15 APRIL 06’ )

RM 35 BILLION

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN ( JPJ )

HASIL DARIPADA CUKAI KENDERAAN , SAMAN , PROSES PENDAFTARAN KENDERAAN DLL. ( ANGGARAN : ( 200 X 12 JUTA KENDERAAN )

RM 2.4 BILLION

POLIS DIRAJA MALAYSIA( PDRM )

HASIL DARIPADA SAMAN KESALAHAN TRAFIK ( ANGGARAN DRPD SUMBER Berita Harian 1/3/06 BERTAJUK “BAYARAN SAMAN RM 2 JUTA SEHARI )

RM 0.1 BILLION

KADAR KENAIKAN MINYAK

HARGA SEBELUM 1990 : RM 0.89
1990 : RM 1.10 ( NAIK 21 SEN )
01 – 10 – 00 : RM 1.20 ( NAIK 10 SEN )
21 – 10 – 01 : RM 1.30 ( NAIK 10 SEN )
01 – 05 – 02 : RM 1.32 ( NAIK 2 SEN )
31 – 10 – 02 : RM 1.33 ( NAIK 1 SEN )
01 – 03 – 03 : RM 1.35 ( NAIK 2 SEN )
01 – 05 – 04 : RM 1.37 ( NAIK 2 SEN )
01 – 10 – 04 : RM 1.30 ( NAIK 5 SEN )
05 – 05 – 05 : RM 1.52 ( NAIK 10 SEN )
31 – 07 – 05 : RM 1.62 ( NAIK 10 SEN )
28 – 02 – 06 : RM 1.92 ( NAIK 30 SEN )

PERATUS KENAIKAN PETROL 1990 – 2006 : 115.73 %

KADAR KENAIKAN MINYAK DIESEL

01 – 05 – 04 : RM 0.78 ( NAIK 12.1 SEN )
01 – 10 – 04 : RM 0.98 ( NAIK 20 SEN )
01 – 03 – 05 : RM 1.03 ( NAIK 0.5 SEN )
05 – 05 – 05 : RM 1.08 ( NAIK 0.5 SEN )
31 – 07 – 05 : RM 1.28 ( NAIK 20 SEN )
28 – 02 – 06 : RM 1.58 ( NAIK 30 SEN )

PERATUS KENAIKAN DIESEL 2002 – 2006 : 139.75 %

KENAIKAN GAS LPG

14 KG NAIK DARI RM 21.00 KE RM 25.20
12 KG NAIK DARI RM 19.50 KE RM 23.10

NAIK RM 3 – RM 5

KALAU ANDA TERTEKAN DENGAN KENAIKAN INI , MAKA GUNAKAN UNDI ANDA SEBAIKNYA DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG .

Friday, May 19, 2006

Sketsa Kehidupan .

KISAH AIR BATU CAMPUR ( ABC )

Sepetang saya singgah di gerai Air Batu Campur ( ABC ) di Simpang Tiga Chini bersebelahan stesen Petronas . Sedang saya order ABC , tiba – tiba singgah seorang sahabat di gerai yang sama , lalu saya mempersilakannya agar duduk minum bersama .

Selepas kami menerima order , tanpa lengah kami terus menikmati kemanisan dan kelazatan ABC yang sememang dikenali sebagai gerai yang sedap ABC nya. Tak banyak topic yang kami bincang semasa menikmati ABC di situ kecuali beberapa perkara .

Saya berulang kali memaklumkan kepada sahabat betapa sedapnya ABC itu . Sebagaimana lazimnya ABC adalah sejenis minuman yang agak banyak bahan campurannya termasuklah kacang , jagung , buah kabung , selasih , cincau disamping campuran wajibnya susu lemak cair dan manisan sirap yang cukup menyelerakan .

Sahabat saya mengangguk tanda setuju dan terus menghirup dan menikmati ABCnya. Kami diam seketika tanpa bersuara .

Tiba – tiba , sahabat saya kembali memecah kesunyian suasana dengan mengatakan bahawa ABC ni memang sedap dan kesedapannya adalah banyak bergantung kepada bahan – bahan campurannya .

Lalu katanya , beginilah manis dan lazatnya ummah centric , apabila semua jamaah dapat bersama seperti segala bahan yang bersatu dalam mangkuk ABC ini .

Saya tersentak dengan ungkapan itu sambil berfikir , apakah sahabat saya ni sedang bergurau atau mahu menguji saya . Kenapa sejauh itu perbandingannya dan apa yang membuatkan saya terdiam seketika , kenapa tiba – tiba dia timbulkan isu ummah centric ? Tak habis - habis lagi ke isu Ummah Centric ni ?

Saya berfikir seketika untuk mencari idea , apa ulasan terbaik yang boleh saya berikan kepada sahabat ini terhadap ungkapannya sebentar tadi .

Sedang saya berfikir , beliau menambah bahawa kalau semua jamaah bersatu seperti Abim , JIM , Hizbut Tahrir , Tabligh , Nida’ , Haluan , PAS , UMNO dan mana – mana jamaah lagi seperti bersatunya jagung , kacang , selasih , buah kabung , cincau , susu lemak cair , sirap tentu sahaja kemanisan dan kelazatan ini akan dirasai oleh semua ummah .

Saya hanya senyum sambil melarutkan air batu kisar dengan segala bahan campuran ABC apabila mendengar ulasan lanjut beliau .

Akhirnya saya kata , ya akhi : saya setuju ABC ini sungguh lazat dengan gabungan Jamaah jagung , jamaah kacang , jamaah buah kabung , jamaah selasih , jamaah susu dan jamaah sirap malah jamaah air batu sendiri turut menyumbang kepada nyamannya kelazatan yang dinikmati .

Tapi akhi kena ingat , biarpun konsep ABC ni bercampur banyak bahan namun tidak semua bahan boleh dicampur untuk menjadikan ABC ini sedap dan lazat .

Sebagai contoh , kalau ABC ini dicampur dengan ”jamaah” tahi ayam maka tiada lagi nikmat dan kelazatan jamaah jagung , jamaah kacang dan lain – lain ”jamaah” yang bergabung dalam ABC ini .

Maksud saya ya akhi , saya setuju betapa indahnya ummah ini andai semua jamaah dapat bergabung tetapi dengan 2 peringatan penting .

1. Tidak semua jamaah boleh kita senaraikan dalam gabungan ummah atau dalam erti kata lain tidak semua jamaah boleh kita tajammu’kan untuk membentuk sebuah ummah yang solehah dan ummah yang Raashidah .

Terutamanya jamaah yang saya sifatkan sebagai jamaah tahi ayam , yang pastinya merosakkan ummah dan masa depannya .

Akhi menyenaraikan UMNO sebagai jamaah yang akan menambahkan lagi kelazatan dan kemanisan ummah ini adalah suatu sikap salah dan tidak betul. Justeru UMNO sehingga hari ini tidak menjadikan dasar malah hala tuju partinya berlandaskan Islam .

Malah UMNO telah menyumbang maksiat dan mungkar yang sangat banyak di dalam negara ini . Lihat sahaja arak yang membuih , judi yang melata , kelab malam yang tumbuh bagai cendawan , pesta hiburan melampau yang kian meningkat malah UMNO hanya diam membisu apabila pihak SIS hina Islam , IFC hina Islam malah kelihatan bagaikan turut melindungi mereka .

Bagaimana UMNO boleh menambah kemanisan dan kelazatan ummah ini kerana UMNO tidak lebih sebagai Jamaah Tahi Ayam sebagaimana yang tegaskan tadi.

2. Jamaah atau organisasi itu boleh bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah perjuangan islam ini dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkarnya . Tetapi individu atau anggota jamaah masing – masing tidak boleh dibiarkan melangkah atau membawa diri tanpa intima tanzimi dengan jamaah yang ia sertai .

Maksud saya ya akhi , kita tidak boleh jadi ahli banyak jamaah dalam satu masa tanpa intima tanzimi . Kerana apalah erti penyertaan kita terhadap satu satu jamaah tanpa intima’ dan komitmen kita kepada jamaah tersebut .

Anggota jamaah sewajarnya memberi intima’ kepada jamaah yang sertai tetapi dalam masa yang sama kita boleh bertolong bantu dan bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab mengimarahkan bumi ini dengan agama Allah swt.

Macam bahan – bahan dalam mangkuk ABC kita ini , Jagung datang dari Tin jagung , dia tidak datang dari Tin kacang demikian juga Kacang datang dari Tin Kacang , dia tidak datang dari Tin Jagung .

Tak boleh ya akhi , jagung nak jadi kacang , nak jadi buah kabung , nak jadi selasih , nak jadi susu , nak jadi sirap dan sebagainya . jagung tetap jagung dan kacang tetap kacang dan begitulah yang lainnya .

Namun segala bahan tadi boleh bersatu dalam mangkuk ini untuk memberi kelazatan kepada kita . Tapi ingat yang ya akhi , jangan campur tahi ayam dalam ABC ini , jika tidak ”tobat” saya tak minum ABC ini . Akhi nak minum ? saya nasihatkan jangan .

Demikianlah kita boleh bersatu dan bekerja untuk islam bersama , dengan mengekalkan intima’ tanzimi kita terhadap jamaah yang kita dokong sebagai platform , tetapi apabila kita keluar ke tengah medan , kita boleh bersama untuk Islam dan inilah memberi kemanisan dan kelazatan kepada ummah seluruhnya , tapi ingat ya akhi ! tanpa kehadhiran Jamaah Tahi Ayam .

” Taukeh !! , berapa ABC nih ? mari kira !

Thursday, May 18, 2006

Arahan kepada semua
Jentera Pemuda PAS Kawasan
SERINGGIT SETIAP ORANG
UNTUK HAMAS

Kepada semua Pemuda agar dapat gerakkan jentera untuk mengumpul Dana bagi membantu HAMAS di setiap Masjid daerah masing - masing pada 19 Mei 2006 ini ( Jumaat ).

Dana yang berjaya dikumpulkan hendaklah diserahkan kepada seketariat DPPNPhg seberapa segera untuk disalurkan kepada Tabong HAMAS .

Kepada muslimin harap dapat menyumbang seberapa banyak yang mampu untuk saudara kita di Palestin yang kini di kepung oleh Yahudi dan Amerika.

Khutbah Jumaat khas mengenai Palestin boleh dapatkan di : http://shoutulmimbar.blogspot.com

Kenyataan Akhi Khairil Faizi
Ketua DPPN Johor.

FENDA PELAJAR PASTI ?

Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah.

Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!

Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.

Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI diseluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya

Wednesday, May 17, 2006

KEGILAAN BOLASEPAK PIALA DUNIA
MENCEMAR MARUAH UMMAT ISLAM .

Demam piala dunia datang lagi. Walapun pasukan Malaysia tidak menyertai kejohanan kali ini, namun bahang kehangatan piala dunia semakin dirasai. Dalam media elektronik, media cetak heboh diperkatakan mengenai piala dunia. Iklan juga apa kurangnya, dengan makan bola, tidur bola, semuanya bola.

Siapa yang tidak minat bola, dari kanak-kanak pra sekolah sehinggalah imam-imam masjid. Namum dalam keghairahan kita meraikan kemeriahan Piala Dunia 2006 ada pihak yang terlepas pandang, tindakan mereka mempromosi iklan piala dunia tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di Malaysia ini.

Apa yang diperkatakan di sini ialah iklan syarikat telekomunikasi Maxis yang mengiklankan di media cetak dan di papan-papan pengiklanan gambar penyokong-penyokong bolasepak England.

Dalam iklan ini penyokong-penyokong bolasepak England ini mencontengkan muka mereka dengan lambang bendera England iaitu salib berwarna merah dan berlatarbelakangkan warna putih. Salah satu iklan tersebut terpampang dengan besarnya di tengah-tengah bandar Seremban berhampiran dengan perhentian bas dan teksi Terminal 1 dan berhampiran juga dengan Bangunan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Agak pelik sedangkan di England sendiri orang Kristian di sana begitu berhati-hati apabila menggunakan lambang bendera mereka sendiri apabila berinteraksi dengan umat Islam di sana untuk menjaga sensitiviti umat Islam negara mereka.

Ini adalah kerana asal usul bendera England ini ialah sempena kejayaan tentera mereka menewaskan tentera Islam dalam perang salib pada kurun ke 12. Dalam sebuah laporan media World Net Daily yang diterbitkan pada Oktober 2005, pegawai-pegawai penjara di Wakefield sebuah bandar di utara England yang memakai pin bendera England telah diarahkan menanggalkan pin tersebut oleh pihak pengurusan penjara kerana untuk menjaga hati banduan yang beragama Islam.

Sedangkan pegawai-pegawai penjara memakai pin bendera England tadi bukannya bertujuan untuk menghina umat Islam tetapi untuk tujuan tabung kebajikan barah yang dikendalikan oleh Persatuan Palang Merah di sana. (Sila ke link ini untuk artikel lanjuthttp://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=46663)

Jika di England sebuah negara bukan Islam mereka begitu menjaga sensitiviti umat Islam di sana termasuk banduan-banduan Islam, mengapa kita di Malaysia sebuah negara Islam yang mempromosikan konsep Islam Hadhari golongan-golongan bukan Islamnya ini tidak dapat menjaga sensitiviti umat Islam di sini ?

Mengapa harus di agung-agungkan bendera England walhal Malaysia terletak dalam Asia, sepatutnya meyokong pasukan-pasukan bolasepak dari Asia iaitu Iran dan Arab Saudi yang menyertai kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2006. ( kalaupun nak sokong bola )

Lebih teruk lagi tidak mustahil ada penyokong-peyokong bolasepak England di Malaysia ini yang beragama Islam akan terikut-ikut promosi iklan Maxis tersebut lalu mencontengkan muka mereka dengan lambang salib merah.

Satu persoalan timbul, bagaimana pihak berkuasa tempatan serta pihak kementerian dalam negeri yang majoriti kakitangannya beragama Islam boleh meluluskan permit pengiklanan tersebut yang jelas menyentuh sensitiviti umat Islam.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia ini tidak sensitif lagi, umat Islam di Malaysia ini sudah buta sejarah, hanyalah orang Kristian di England yang sensitif terhadap umat Islam ?

Apakah orang Kristian di England dianggap kolot dan tidak mengamalkan konsep kebebasan beragama kerana menghormati umat Islam di sana ?

Sudahlah dengan hadirnya pestabola seperti ini menjadikan ramai ummat Islam lupa agama dan ibadat yang sewajibnya mereka tunaikan , ditambah pula dengan perkara seperti ini yang boleh menodai kesucian aqidah ummat Islam .

Semua pihak harus peka dan sensitif terutama pihak berkuasa agar tidak membenarkan perkara ini ( perlecehan terhadap agama dan maruah ummat Islam ) tidak dibenarkan sewenang - wenangnya.

Perutusan Sempena Hari IBU :

IBU :<br>
DIKAU KUNCI SYURGA
DIKAU KUNCI NERAKA

VOL : 2

FAKTA PENYELIDIKAN 2003-2004

Responden seramai 18,805 berusia antara 12 hingga 60 tahun dengan majoriti berbangsa melayu.

PENEMUAN :

Daripada 13,691 responden sudah berkahwin, 1,361 pernah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.

Daripada 5,114 responden belum berkahwin, 448 mengaku pernah melakukan seks.

Daripada 448 responden belum berkahwin tetapi pernah melakukan seks:

38 melakukannya ketika berumur 12 -15 tahun
155 melakukannya ketika berumur 16 -18 tahun
295 melakukannya ketika berumur 19 – 20 tahun

JENAYAH INDEKS : 2004 (Januari - Julai)

JENAYAH KEGANASAN

Bunuh = 339 orang
Cuba Bunuh = 56 orang
Samun Berkawan Bersenjatapi = 27 orang
Samun Berkawan Tanpa Senjatapi = 1019 orang
Samun Bersenjatapi = 223 orang
Samun Tanpa Senjatapi = 8,163 orang
Rogol = 1,019 orang
Mencederakan Manusia = 2,507 orang

JUMLAH = 13,353 orang .

JENAYAH HARTA BENDA :

Pecah Rumah & Curi (Siang) = 3,992 kes
Pecah Rumah & Curi (Malam) = 10,813 kes
Curi Lori/Van = 2,833 kes
Curi Motokar = 4,937 kes
Curi Motosikal = 29,540 kes
*Curi Ragut = 7,618 kes
Lain-Lain Curi = 19,263 kes

JUMLAH = 78 , 996 kes

*JUMLAH JENAYAH INDEKS = 92,349

STATISTIK AGENSI DADAH KEBANGSAAN ( ADK )

Dalam tempoh 7 tahun : ( 1998 – 2004 )

283,987 Penagih dadah .
73,750 Penagih tegar . ( 2000 – 2004 )

Dalam tempoh setahun ( Jan – Dec : 2003 )

20,194 Penagih dadah baru ( 1 th. )
1,683 Penagih dadah baru ( 1 bln )
56 Penagih dadah baru ( sehari )
1 Penagih dadah baru ( 31 minit )

Dalam tahun 2005 . ( Jan – June )

14,563 Penagih dadah ditangkap
268 drpdnya adalah wanita

UTUSAN MALAYSIA : 24 SEPT. 2005

672 Gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang 7 bulan pertama tahun 2005 .

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman : Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata :

Dari jumlah itu :
491 = gadis bawah 15 tahun
181 = 16 hingga 17 tahun .

STATISTIK PDRM
Laporan Harian Metro 24 Sept 2005

Bagi tempoh 24 tahun yang lalu , peningkatan jenayah sangat membimbangkan . Timb. Perdana Menteri mendedahkan :

70,823 kes pada tahun 1980
156,455 kes pada tahun 2004

APA YANG LEBIH MENGGERUNKAN KITA !!

PENDEDAHAN Oleh Sohibus Samahah Pengerusi Majlis Mufti Negara Dato’ Seri Harussani Zakaria :

250 RIBU ummat Islam = MURTAD

WAHAI IBU :

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG HEBAT DAN BERJAYA.

JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG MENDIDIK DAN MENYAYANGI.

WAHAI IBU :

DIDIKLAH ANAKMU ,
AGAR MANTAP ISLAM DAN IMAN MEREKA.

DIDIKLAH ANAKMU ,
BIAR BERILMU DAN BERMARUAH.

DIDIKLAH ANAKMU ,
SEMOGA MEREKA MAMPU BERDIKARI DAN MEMILIKI JATI DIRI

Bagaimana Mendidik !!

Sabda Rasulullah saw :

مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَ هُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ وَاضْرِبُوْا هُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَ فَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu supaya bersembahyang sedang mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka ( jika enggan solat ) sedang usia mereka 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka . ( antara anak lelaki dan anak perempuan .

Riwayat Al Hakim dan Abu Daud A'mr bin Ash rha.

Sabda Rasulullah saw. lagi :

مُرُوْا أوْلاَدَكُمْ بِامْتِثَالِ اْلأَوَامِرِ وَ اجْتِنَابِ النَّوَاهِي فَذَالِكَ وِقَايَةٌ لَهُمْ وَ لَكُمْ مِنَ النَّارِ

Maksudnya : Suruhlah anak - anak kamu supaya menjunjung tinggi titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Allah swt. sedemikian itu adalah perisai bagi mereka dan juga bagi kamu dari api neraka .

Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari Ibnu Abbas rha.

اْلأَوَامِرِ

antaranya :

MENUNAIKAN SOLAT ( PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH )
MENUTUP AURAT
TAATI IBUBAPA
MENUNTUT ILMU
BERDAKWAH DAN BERJIHAD

النَّوَاهِي

MENSYIRIKKAN ALLAH
ARAK , JUDI DAN ZINA ( FREE SEKS )
PERGAULAN BEBAS
MENDEDAHKAN AURAT
DERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN GURU
KEKAL DALAM KEJAHILAN
MENENTANG AGAMA ALLAH DAN USAHA MENDAULATKANNYA.

IBU yang dihormati sekelian :

Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu yang bukan sahaja gigih membesarkan anak - anak tetapi juga penuh pengorbanan untuk membrkalkan didikan dan bimbingan buat anak - anak tersayang .

Agar usahamu ibu , melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt .

Justeru itu , jangan lah mengalah dalam menghadapi cabaran peradaban moden hari ini yang pastinya menanti saat ibu terlalai dan terleka untuk merosakan peribadi , mental dan aqidah anak - anak kita . Waspadalah ibu !!

Tuesday, May 16, 2006

Perutusan Sempena Hari IBU.

IBU :
DIKAU KUNCI SYURGA
DIKAU KUNCI NERAKA

Kata Hukama' : Tangan yang menghayun Buaian mampu menggongcang Dunia . Demikianlah manzilah atau kedudukan ibu dimata dunia , malah bagi setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini , "syurga" mereka berada di bawah telapak kaki ibu .

Ibu boleh menjadi kunci neraka dan juga boleh menjadi kunci syurga . Ianya bergantung kepada posisi yang diambil oleh seorang ibu yang sememangnya digalaskan pelbagai tanggungjawab dan amanah .

Ibu Boleh Jadi Kunci Neraka !

Lihat sabda Rasulullah saw.

كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلى اْلفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Hadith Riwayat Imam Al Bukhari dari Abi Hurairah Rha.

Maksudnya : Setiap ( anak ) yang dilahirkan , ianya lahir dalam keadaan fitrah ( suci bersih ) maka kedua - dua orang tuanya lah yang menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .

Ibu juga boleh menjadi Kunci Syurga !

Lihat Firman Allah swt :

يا أيها الذين آمنوا قُوْا أَنْفُسَكُمْ وَ أَهْلِيْكُمْ نَارًا

Maksudnya : Wahai orang - orang yang beriman , Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka .

Surah At Tahrim . Ayat : 6

Apabila ibu berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranannya bagi menghindarkan diri dan ahli keluarganya dari Api neraka , iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah swt. pastinya ia telah memiliki kunci syurga . Insyaallah .

Ibu yang dihormati sekelian .

Topik yang saya bawa ini sangat penting dan wajar diteliti malah direnungi. lantaran terlalu ramai ibu dewasa kini lupa manzilah mereka malah lupa tanggungjawab mereka .

Mereka abaikan anak - anak mereka semata - mata mengejar material dan mereka tidak memperdulikan anak - anak mereka kerana pentingkan kerjaya mereka .

Saya cuba paparkan beberapa statistik penting disini , agar ianya mampu menimbulkan keinsafan , biarpun jauh dilubuk hati sanubari para ibu sekelian .

STATISTIK PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH
( 1999-2003 ) = 30,978 dari 70,430 = anak orang Islam

1. SELANGOR = 12, 836 orang
2. PERAK = 9, 788 orang

3. KUALA LUMPUR = 9, 439 orang

4. JOHOR = 8, 920 orang

5. SABAH = 8, 435 orang
6. NEGERI SEMBILAN = 4, 108 orang
7. PAHANG = 3, 677 orang
8. KEDAH = 3, 496 orang
9. PULAU PINANG = 3, 412 orang
10. MELAKA = 2, 707 orang
11. KELANTAN = 1,730 orang
12. PERLIS = 691 orang
13. SARAWAK = 617 orang
14. TERENGGANU = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang .

Statistik dari jabatan Pendaftaran Negara .

Ibu ! Apabila Nafsu tidak dipandu wahyu , akhirnya manusia akan hilang perikemanusiaan . Justeru itu , didiklah diri dan anak - anak berpandukan wahyu Ilahi , agar kelak diri diredhoi .


bersambung ....

Kertas kerja ke ( 019 / siri kesembilan )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH .

USUL KESEMBILAN

و كل مسـالة لا ينبنى عليها عمل فالخوض فيها من التكلف الذي نهينا عنه شـرعا و من ذلك كثرة التفريعات للأحكام التى لم تقع و الخوض فى معانى الآيات القرآنية التى لم يصل إليها العلم بعد و الكلام فى المفاضلة بـين الأصحاب رضـوان الله عليهم و ما شجـر بينهم من خلاف و لكل منهم فضل صحبته و جزاء نيته و فى الــتـأول منـدوحـة

" Pengendalian masaalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara yang memberat - beratkan sementara syara' melarang kita berbuat demikian . Sebagai contoh : Membincang cabang - cabang hukum yang tidak realiti dan membincangkan penafsiran ayat - ayat suci Al quran yang tidak tercapai oleh ilmu dan membicara banding keistemewaan dikalangan para sahabat rhm. dan pendapat - pendapat mereka . Sedang setiap mereka mempunyai kelebihan sebagai sahabat dan mereka diganjari menurut niatnya sementara masaalah taawil adalah suatu keluasan ."

ULASAN .

Pengendalian masaalah feqah seringkali dihadapkan persoalan التيسير و التشديد iaitu sikap meringan dan memberatkan dalam sesuatu masaalah . Sememangnya prinsip umum syariat Islamiyyah ialah التيسير iaitu tidak memberatkan penganutnya untuk mengamalkan tuntutan ugama .

Antara wasiat baginda Rasul saw kepada Muaz ibnu Jabal dan Abu Musa Al Asyaari ketika dihantar ke Yaman :

يـســرا و لا تـعـســرا رواه البخارى فى المغازى

“ Ringankan dan jangan memayahkan ”

Namun fenomena yang berlaku hari ini menyaksikan sebahagian manusia yang silap mengambil kesempatan diatas peruntukkan syariat .Mereka terlalu bermudah - mudah sehingga tanpa segan silu mereka menghalalkan yang haram dan sebagainya .Sementara segolongan yang lain pula terlalu keras tindakan mereka sehingga menyempitkan keluasan Islam .

Soalnya bagaimana kita mahu menangani peruntukkan syariat ( التيسير ) ini ?

Antara contoh “ ringan ” yang dikehendaki oleh syara’ :
[1]

1. Berikan keluasan kepada ummat Islam terhadap apa yang telah diluaskan oleh Allah swt ke atas mereka .

2. Meringankan beban mereka yang telah terlanjur melakukan maksiat dengan mengingatkan mereka keluasan rahmat Allah , pintu taubat sentiasa terbuka dan sebagainya .

3. Memudahkan penyampaian maklumat ( ilmu ) kepada masyarakat . Sebagaimana sabda Rasulullah saw. :

عـلـموا و يـســروا و لا تـعـســروا

( و قـال صـاحب الحاشيه : و رواه البخارى فى الأدب و أحمد فى المسند )

“ Ajarlah dan permudahkan , jangan kamu memayahkan ”

Kesilapan nyata apabila persoalan yang tidak diwajibkan penelitiannya oleh syara' diambil berat sementara perkara - perkara pokok dalam ugama dibiarkan berlalu begitu saja . Sebagai contoh nyata diketengahkan sikap sebahagian mereka yang sibuk membuat kajian tentang hal - hal yang tidak membuahkan amal , seperti menilai dan mengkategorikan jenis - jenis permata yang menjadi binaan syurga dan sebagainya .

Mereka pula tidak mengambil pusing persoalan yang melanda ummat hari ini , seperti gejala murtad dan keruntuhan moral dan 1001 jenis penyakit sosial yang memerlukan penyelesaian secara menyeluruh .

Negara kita hari ini begitu jelas kita lihat , kedapatan sebahagian mereka yang berstatus intelek , tetapi malang aksi mereka hanya terhad pada pengkajian - pengkajian yang lampau seperti aliran mu'tazilah , qadariah dan sebagainya dengan tidak pula mereka mendedahkan bahaya aliran pemikiran semasa seperti sekularisme , kapitalisme , hedonisme dan sebagainya .

Lebih menyedihkan lagi , disaat ummat berhempas pulas menyelamatkan aqidah mereka dari ancaman musuh , kedengaran suara - suara yang membincangkan perihal sahabat Rasulullah rhm. dengan meletak nilai sahabat ini lebih mulia dari sahabat itu dan sebagainya .

Sehingga ada pihak tergamak menjadi hakim kepada peristiwa lampau yang melibatkan Saiyidina Ali dan Saiyidina Mua'awiyah , juga tragedi perang Siffin dan mereka menyalahkan sebahagian dan membenarkan sebahagian yang lain . Persoalannya siapa mereka untuk menjadi hakim terhadap peristiwa lampau itu .

Sabda Rasulullah saw .
[2]

خـيـر الـنـاس قـرنى ثم الـذين يـلونـهم ثم الذين يلونهم

" Sebaik baik manusia qurunku kemudian yang berikutnya kemudian berikutnya ."

Zaman ummat Islam mengalami kekusutan dan kecelaruan terhadap ugama mereka , ahli ilmu dan jamaah Islam mesti memainkan peranan mengobjektifkan jalan keluar supaya komitmen mereka terhadap ugama tetap utuh dan bersemi . Mengheret mereka kegelanggang khilafiah dan pengkajian hal - hal yang rumit dalam Islam hanyalah menambah kebingungan mereka .

[1] Lihat ضـوابط للدراسات الفقهية oleh : Salman bin Fahd Al U’ddah
[2] فـتـح الـبـارى 11 / 248 رقم 6429

Sunday, May 14, 2006

SEKITAR MUKTAMAR
DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI PAHANG

Alhamdulillah , saya rafa'kan ke hadhrat ilahi di atas inayah dan taufiqNya , DPPNP berjaya melangsungkan Muktamar Tahunannya bagi kali yang ke 24 .

Pastinya 13 Mei 2006 menjadi detik bersejarah bagi DPPNP bersama lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati yang melangsungkan Muktamar dengan jayanya.

Saya selaku Ketua DPPNP merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Muktamar Tahunan DPPNP tahun ini terutamanya kepada Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik ( AJK PAS Pusat ) yang sudi merasmikan Muktamar Tahunan DPPNP bagi kali yang ke 24 ini .

Segala amanah dan wasiat beliau pasti sahaja akan menjadi bekalan berguna buat semua Pimpinan DPPNP malah juga perwakilan dan pemerhati dikalangan pemuda - pemuda PAS Pahang .

Tahniah jua tidak saya abaikan buat semua perwakilan dan pemerhati dari pemuda - pemuda PAS Kawasan terhadap komitmen mereka yang sangat baik malah memuaskan hati saya . Semoga semangat dan komitmen demikian terus kekal menjadi prestasi pemuda mendepani cabaran yang mendatang .

Saya mengambil kesempatan pada kali ini untuk turut memohon maaf dari semua pihak andainya banyak kesilapan dan kekurangan dalam Muktamar Tahunan DPPNP kali 24 ini . Saya mengambil tanggungjawab tersebut dengan penuh insaf dan sedar . Insyaallah akan dipelajari dari segala kesilapan dan kekurangan yang berlaku .

Akhirnya buat semua sahabat seperjuangan , samaada dari kalangan exco DPPNP mahupun perwakilan dan pemerhati sekelian , ternyata saya masih memerlukan tunjuk ajar , pandangan dan nasihat dari semua untuk terus memikul beban amanah yang sangat berat ini .

Saya juga , sejak dulu senantiasa menanti peluang terbaik untuk memindahkan pula amanah suci ini kepada pihak yang lebih berhak dan layak , saya hanya pemegang amanah sementara tiada yang mahu memikulnya .

Apapun , bantulah saya sahabatku sekelian . Tidak mungkin saya dapat memimpin dengan baik tanpa sokongan dan support dari kalian semua .

Sehingga kita bertemu lagi .

Friday, May 12, 2006

UMNO : MALU LAGI MEMALUKAN

Sejarah penubuhan UMNO bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Perhimpunan yang berdasarkan kepada penolakkan terhadap gagasan Malayan Union tajaan British itu di pengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor yang akhirnya telah bersetuju dan sepakat terhadap 3 usul utama iaitu:

Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Membantah penubuhan Malayan Union dan,
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Kongres tersebut juga telah bersepakat melantik Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad ( Zaaba ) bagi menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mendrafkan satu piagam datu perlembagaan UMNO.

Piagam inilah yang akhirnya dibentang dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang bersidang di Istana Besar Johor Bahru yang mana kongres itu juga dianggap sebagai perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR ) yang juga secara rasminya pada tarikh itu tertubuhlah UMNO.

Ini adalah sejarah ringkas penubuhan UMNO, sejarah yang berlatarkan kepada perjuangan menolak gagasan Malayan Union cadangan British yang kembali ke Tanah Melayu selepas dengan pengecutnya meninggalkan bumi bertuah Tanah Melayu kerana kemasukkan Jepun yang tidak terbendung lagi.

Sejarah awal UMNO atau PEKEMBAR sedikit cacat kerana gagasannya yang tidak langsung menyebut tentang usaha untuk membawa Tanah Melayu serta seluruh rakyat yang bernaung dibawahnya kepada kemerdekaan. Sedangkan pada ketika itu gerakan kiri yang dipelopori mereka yang cukup kritikal dengan penjajahan telah lama melaungkan slogan merdeka sebagai dasar perjuangan mereka.

UMNO ketika itu sebenarnya dipandang oleh kebanyakkan rakyat sebagai satu lagi projek British bagi meredakan kemarahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Gerakan kiri seperti Angkatan Pemuda Insaf ( API ), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ), Hizbul Muslimin dan pelbagai lagi parti politik yang ditubuhkan lebih awal daripada UMNO lebih dekat dihati rakyat.

Nama-nama seperti Dr. Burhanuden al-Helmi, Ahmad Boestaman, Shamsiah Sutan Fatah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi sering menjadi sebutan kerana pendirian tegas mereka terhadap penjajahan. Sememangnya ada kebenaran rasa keraguan orang Melayu terhadap penubuhan UMNO ketika itu yang dilihat begitu rapat dengan British ini dapat dilihat apabila hampir keseluruhan parti-parti politik yang ditubuhkan sebelum merdeka dan mempunyai pandangan kritikal terhadap British telah diharamkan pada 1948 selepas beberapa tahun sebelum UMNO ditubuhkan.

Ironinya semuanya diharamkan atas alasan keterlibatan mereka dengan gerakan komunisme ! Satu label yang menjerut gerakan kiri parti-parti politik sebelum merdeka ke satu zon yang amat perit dimana kesan daripada itu segelintir daripada mereka memilih untuk menghuni hutan dan mengangkat senjata.

Rintisan kembali sejarah ini bukanlah untuk menyelongkar kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara tapi ianya adalah satu perbandingan terhadap persoalan sebenar yang akan dibangkitkan. Kesilapan sejarah menghukum dan menilai penubuhan sebuah parti politik yang bernama UMNO telah meletakkan negara ini pada kedudukan yang ada kini.

Penulisan ini tidak menafikan segala bentuk sumbangan dan kejayaan yang telah dikecapi rakyat negara ini dibawah naungan pemerintahan UMNO. Apa yang dikecapi oleh rakyat negara ini adalah satu kebanggaan kepada semua. Tetapi kita juga perlu berlaku adil bahawa disana terdapat fakta yang tidak boleh ditolak bahawa diketika kita mengecapi kegemilangan ini beberapa perkara yang menjadi titik begik kepada kelangsungan orang Melayu masih tidak mampu diusaikan.

Malah selepas tahun demi tahun persoalan itu menjadi lebih parah dan kian menghumban orang Melayu ke satu daerah yang terpencil. Inilah antara tujuan penulisan ini dan penulisan ini dilandaskan kepada uar-uar yang gempita tentang sambutan ulang tahun UMNO ke yang 60 tahun. Kerana apa ? Kerana asas kesilapan inilah yang melontar orang Melayu ke lembah yang cukup mengerikan.

Penulisan ini mengajak semua pihak berfikir tentang kesilapan-kesilapan fakta yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sehingga meletakkan ahli UMNO dan rakyat seluruhnya ditapak sejarah yang celaru dan silap. Dengan kesilapan ini lonjakan terhadap kelangsungan perjuangan orang Melayu menjadi kalut.

Sanggahan yang akan diutarakan dalam perbincangan ini ialah untuk menyedarkan orang Melayu daripada hembusan lamunan yang cukup mengasyikkan sehingga mereka terbuai dan terlena dalam satu tidur yang amat panjang dan kerana itu buaian itulah orang Melayu menjadi sebagaimana mereka menjadi hari ini.

Sambutan ulang tahun 60 tahun penubuhan UMNO adalah satu bentuk penipuan terhadap fakta sejarah kerana umum menyedari, tahu dan sedar UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah lama mati dan dikuburkan oleh mahkamah kerana keegoan pimpinannya sendiri.

UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad ( Zaaba ) perlembagaannya telah lama dikapankan dan tahlilnya pun tidak diingati lagi.

UMNO yang ada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan pada 1988 dan pengasasnya adalah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ( sekarang TUN ). UMNO sekarang walau apa pun hujahnya samada sama namanya, sama perlembangaannya atau sama pemimpinnya tetap tidak akan menolak hujah bahawa ianya bukanlah UMNO yang diasaskan daripada Kongres Melayu Se-Malaya di Istana Besar Johor Bahru. Katakanlah apa saja. Hujahkanlah apa saja. Kenyataannya UMNO telah lama mati !

Malah jika kita nilaikan dasar perjuangan antara UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn dengan UMNO yang ada ketika ini jelas dan sememangnya amat jelas ianya bagaikan langit dan bumi. Perjuangan UMNO yang ada hari ini langsung tidak sedikit menghampiri perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn.

Jika UMNO yang ada pada hari ini adalah kelangsungan perjuangan UMNO yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn maka mengapa dari ke hari orang Melayu semakin teruk dihimpit akibat perlaksanaan dasar yang cukup menghimpit orang Melayu.

UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn tidak akan mungkin meletakkan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu agenda perjuangan UMNO ke tempat yang paling hina. UMNO yang diasaskan Dato’ Onn tidak akan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kelas bawahan yang hanya layak diucapkan dipasar-pasar.

UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn mengangkat individu-individu seperti Zaaba untuk merencanakan dasarnya. Tetapi UMNO yang ada hari ini meletakkan mereka yang beriltizam meneruskan perjuangan Pendita Zaaba ditempat paling hina dan dimusihi.

Kerana mereka menentang kaedah pembelajaran Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris mereka dihina dan digelar sebagai cauvinis Melayu yang emosi dan menolak kemajuan. Maka jika begitu keadaannya maka apa kelayakkan yang ada untuk UMNO yang ada pada hari ini untuk mengaku sebagai sinambungan daripada UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn melalui Kongres Melayu Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman dan Istana Besar Johor Bahru. Jauh panggang daripada api.

Jika UMNO yang ada pada hari ini adalah sinambungan daripada UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn mereka tidak akan terus-terus menghina orang Melayu dengan pelbagai label yang cukup menusuk hati. Tidak ada orang yang mengaku berjuang untuk bangsanya tetapi didalam masa yang sama menghinanya sedemikian rupa.

UMNO yang ada hari ini mewajahkan orang Melayu sebagai Melayu yang haprak, Melayu yang berminda kelas ketiga, Melayu yang pemalas, Melayu yang selalu bermungkir janji dan pelbagai lagi gelaran yang menjadikan orang Melayu itu dipandang hina. Dengan pelbagai hinaan itu masih lagikah UMNO yang ada hari ini hendak mendabik dada sebagai waris kepada perjuangan Dato’ Onn. Hentikanlah !

Layakkah UMNO yang mengaku pada hari ini sebagai pewaris kepada perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn jika ditangan mereka yang berhasil hanyalah sejuta orang penagih ! Jika ditangan mereka yang berhasil hanyalah 250 000 orang Melayu Islam yang murtad ! Jika ditangan mereka yang berhasil hanyalah deretan jutawan kroni hasil daripada sistem korupsi ! Jika ditangan mereka yang berhasil hanyalah kekecewaan demi kekecewaan yang melukakan hati orang Melayu ! Fikirkan layakkan mereka untuk mengaku sebagai pewaris kepada perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn.

Jika UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn yang kemudiannya diteruskan oleh Tun Abdul Razak dengan hati emasnya menyerahkan begitu banyak tanah kepada orang Melayu melalui DEB dan FELDA maka apa yang dilakukan oleh UMNO hari ini yang kononnya mengaku sebagai sinambungan perjuangan tersebut.

Layakkah mereka untuk mendabik dada sebegitu jika orang-orang Melayu di FELDA dari hari ke hari kian dihimpit dengan pelbagai sekatan dan perjanjian yang berat sebelah. Yang kaya hanyalah kapitalis lintah darat yang kerjanya hanya menghisap sebanyak mungkin kudrat dan keringat orang Melayu.

Layakkah mereka untuk mengaku jika dari hari ke hari mereka robohkan rumah-rumah orang Melayu yang tidak mampu untuk membelinya dengan alasan itu adalah rumah setinggan haram ! Jika kerja mereka adalah merampas tanah orang Melayu diatas nama kemajuan ! Fikirkan !

Bagaimana dengan dasar perjuangan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu yang menjadi asas penubuhan UMNO tajaan Dato’ Onn adakah mereka meneruskannya sehingga mereka berani untuk mengaku sebagai pewaris kepada perjuangan UMNO Dato’ Onn.

Jika biasiswa yang diperuntukkan oleh perlembagaan negara kepada setiap orang Melayu itu pun dihapuskan maka mengapa mereka dengan muka yang tidak malu berani mengaku sebagai pewaris kepada Dato’ Onn. Cerminkan wajah mereka dulu kemudian tanyakan ke dalam diri mereka layakkan mereka untuk mengaku sebagai pewaris kepada perjuangan Dato’ Onn jika hanya yang mampu mereka lakukan ialah dengan mencicirkan ribuan anak-anak Melayu daripada mendapatkan pendidikan yang lebih baik kerana tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.

Maka tidak jelaskah lagi bahawa dari segenap segi dan dari segenap sudut UMNO yang ada hari ini langsung tidak menyerupai UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn. UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn melihat orang Melayu sebagai aset yang perlu digilap bagi menyerlahkan potensi mereka ke mata dunia, tapi UMNO yang ada hari ini melihat orang-orang Melayu sebagai sampah, sebagai hamba yang perlu dikerah kudrat dan tenaga mereka untuk mencapai cita-cita tinggi politik mereka.

Maka kerana cita-cita politik mereka itulah akhirnya orang-orang Melayu lahir sebagai sebuah bangsa yang menjadi pengemis dibumi mereka sendiri.

Fikir-fikirkanlah, layakkah mereka untuk berdiri di Istana Besar Johor Bahru kemudian berteriak histeria sambil mungkin menghunuskan keris ke langit kemudian mendabik dada mengaku kami adalah pewaris kepada perjuangan UMNO yang diasaskan oleh orang-orang Melayu melalui Kongres Melayu Se-Tanah Melayu bagi menentang penjajahan British. Jauh panggang daripada api. Mereka tidak layak walau sekelumit pun untuk berbuat demikian.

Tidak sekelumit pun mereka layak walaupun mereka masih lagi menggunakan akronim UMNO dalam pertubuhan mereka ! Tidak sekelumit pun mereka layak walaupun mereka menjunjung gambar Dato’ Onn di kepala ! Tidak sekelumit pun mereka layak walaupun mereka berkobar-kobar menyanyikan Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat ! Tidak sekelumit pun mereka layak meskipun mereka tempel dan tumpangkan sejarah UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn ke dalam sejarah mereka ? Kerana apa..?

Kerana UMNO telah lama mati 18 tahun yang lalu dan orang Melayu telah kekeringan air mata untuk menangisinya.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor