Saturday, June 30, 2007
WAJAH DEMONTRASI
DIKEDUTAAN BRITAIN DAN AMERIKA.
Bush ! Kamu adalah penjenayah !! Kamu syaithan !! Kamu Pengkhianat !! . Ingat ,,, Ummat Islam akan bangkit !!
Ummat Islam tidak akan melupakan kezaliman dan kekejaman kamu !
Mana Parlimen Malaysia ? Mana Pemimpin OIC ? Mana Menteri Luar Malaysia ? Islam telah dihina ! Kamu tidur ker ??
Kalau nak tidur ! lebih baik turun dari takhta !! Biar kami yang naik !!
Allahuakbar !!
Allahuakbar
Allahuakbar
Friday, June 29, 2007
BerjuangLah ...
Saya melihat bahawa perjuangan Islam adalah terlalu suci untuk kita memandang rendah kepadanya justeru Islam adalah agama yang sangat tinggi kedudukannya. Ia juga terlalu mulia untuk kita berasa kerdil dan terbuang tatkala bersama dengan Islam justeru ia adalah agama yang hebat dan pernah menguasai sebahagian besar muka bumi ini.
Bertolak dari nokhtah tersebut , kenapa masih ada dikalangan kita yang teragak - agak malah berfikir ratusan kali untuk mengambil keputusan turun ke medan bagi memperjuang dan mempertahankan Islam yang kini sedang dikepong dari segenap arah dan penjuru.
Benarlah perjuangan ini tidak menjanjikan material sebagai imbuhan berjuang , tetapi saya lihat sebahagian mereka yang menolak perjuangan ini dengan alasan tersebut juga tidak ke mana perolehan material mereka berbanding pihak yang gigih berjuang dan berkorban kepentingan duniawi mereka.
Lebih malang , jika hidup mereka ditimpa derita bersilih sengsara sedang mereka menolak Islam sebagai perjuangan dan cara hidupnya. Dunia mereka hina dan akhirat pasti sahaja binasa.
Sementara penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pejuang yang tekun menggalas tanggungjawab dakwah dan jihad ini meletakkan mereka lebih berwibawa di dunia dan akhirat pula tentu sahaja berdarjat tinggi .
Menginsafi perkembangan semasa yang kini diselubungi mendung musibah angkara maksiat dan mungkar yang kian membarah , sangat wajar bagi setiap individu muslim turun bergelanggang guna menjulang kembali kegemilangan Islam yang pernah ditempa sejak sekian lama. Sama sekali kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berpanjangan melainkan para satria dan perwira Islam mesti segera bangkit menjulang kembali haibah dan himmah agama suci ini.
Kerahkan segala keupayaan dan kemahiran yang dimiliki untuk mempertahankan Islam tercinta , sekurang - kurangnya menjadi tanda syukur kita kehadhrat Ilahi di atas nikmat keupayaan tenaga , kecerdasan minda dan kemahiran teknikal yang dikurniakanNya.
p/s :
Hari ini , harapnya semua sahabat dapat turun beramai - rama ke Kedutaan Britain sejurus selesai solat jamaat untuk kita melahirkan bantahan ekoran isu penganugerahan pingat yang membawa gelaran SIR kepada Salman Rushdie .
Wednesday, June 27, 2007
Surat Pembaca dari Kelab Penyokong
di Perlembahan NiL
ed_diwanie@yahoo.com
Ulasan terhadap artikel Tun Paduka Tuan yang bertajuk :
" Pemuda Pas Perlu Berkerja Bukan Popularkan Diri "
Selepas melalui Muktamar Pas baru-baru ini, syabas saya ucapkan kepada seluruh saf kepemimpinan yang masih thabat dengan dasar perjuangan Politik Islam.
Syabas juga untuk dewan pemuda dengan langkah pembaharuan perjuangan yang boleh dibanggakan. Kalimah " proaktif " dan " engagement " mula bermain di bibir pencinta-pencinta islam sekaligus memberikan bukti bahawa cara tarbiah kita sedang dan akan terus diterima.
Pasti saya tidak akan lupa bibit-bibit ucaptama Yb Salahuddin Ayyub ketika muktamar 2006 yang sangat menyegarkan. Beliau berkata "….Kita tidak ada masa lagi untuk "managing the symbols", tetapi sekarang adalah masa untuk "managing the substances……. Saya telah cuba membawa Pemuda UMNO duduk semeja dalam isu remaja Melayu yang terlibat dengan gegala social yang semakin mencemaskan …… Pemikiran ‘pembangkang’ yang mewujudkan kecenderungan untuk sentiasa berkonfrontasi dengan kerajaan sehingga mematikan keupayaan untuk bekerjasama (cooperative) secara konstraktif dengan pihak kerajaan hendaklah diseimbangkan…………. "
Blog Ustaz Nasrudin Tantawi tidak ketinggalan menyumbang momentum kebangkitan pemuda era kini. Analisis dan bicara ilmiahnya sangat ditunggu-tunggu oleh semua peringkat.
Realitinya, momentum 2006 telah memukul gerak kerja pemuda agar terus segar dan kontemporeri . Ia terbukti selepas itu hingga hari ini. Isu Tun vs Pak Lah, masalah remaja, murtad, mufti Perak dan Perlis, isu selatan Thailand, Palestin dan lain-lain lagi memaparkan keterlibatan dan gerakan secara lansung dari Dewan Pemuda.
Tidak hairan hingga ke saat ini momentum 2006 masih dicemburui oleh pihak luar.Baru-baru ini saya terbaca satu tulisan yang bertajuk Pemuda Pas Perlu Berkerja Bukan Popularkan Diri. Didalamnya sarat dengan kritikan terhadap cara kerja Dewan Pemuda.
Penulis mendakwa apa yang berlaku di dalam agenda pemuda masih gimik, tidak berkesan, menunjuk-nunjuk ilmu dan kerja,berbau kritikan peribadi, sekadar perjuangn peribadi, berceramah sekadar memenuhi kantong jubah dan menjual isu murahan.
Walaubagaimanapun, bila membaca kritikan tersebut, ia bukanlah diolah atas bukti yang kukuh apalagi kononnya ingin menterjemah realiti jenayah moral atau pecah amanah Dewan Pemuda Pas. Asas kritikannya masih bias kerana isu yang dimainkan sangat tidak releven.
Akhirnya tersingkap suatu reality lain bahawasanya mereka ' sangat terdesak dan kontang idea dan isu ' untuk mengekang arus perubahan kontemporeri yang dijanjikan oleh peneraju pemuda.
Penulis cuba menjadikan projek MyTeam dan Mat Rempit sebagai projek mithali yang sangat menterjemah budaya turun padang atau cara berkesan mendekati masyarakat atau budaya kerja yang berwibawa. Apa terminologi wibawa yang mereka amalkan ?.
Saya ketawa sendirian melihat gelagat penulis itu. Kerangka dasar perjuangnya hanya bercorak keseronokan, material, enjoy dan hiburan. Ini bukan prinsip wibawa sebenar.
Saya ingin bertanya kepada pembaca adakah wibawa itu hanya apabila isteri kepada si menantu itu tidak bertudung ?, wibawa itu dengan fikrah si isteri yang sarat dengan idea liberelisme dan wibawa itu dengan mencabut dan menghunus keris ?. Ahh ! , malas hendak berleter pajang. Biarkan sahaja rakyat yang mengadilinya.
Teringat pesanan Ummar al Khattab ketika kejayaannya menawan kota Palestin. Ia juga berkaitan tentang wibawa. Terminologi wibawa yang sebenar yang terungkap di bibir pemimpin soleh ini :
"…Kita adalah bangsa yang di izzahkan oleh islam….".
Dalam bahasa hari ini boleh , ia boleh diterjemahkan seperti berikut : " kita adalah bangsa yang maju kerana islam atau bangsa yang bertamadun kerana islam atau bangsa yang berwibawa kerana islam ".
Cuma benarkah peneraju MyTeam dan Mat Rempit punya dasar unggul islam di atas ??..Saya sering berdoa agar ada perubahan buat mereka yang jahil.
Kata penulis itu lagi, Ustaz Nasrudin Tantawi di dalam blognya begitu mengecam peribadi si " wanita gondol " itu ( maaf ini bukan kalam hinaan, memang sudah gondol,itukan keinginannya. ) .
Saya membaca artikel blog beliau, saya dapati ilmu baru dalam hukum menggondol kepala bagi wanita menurut syara'. Dengan dalil yang diberi, jelas islam menyatakan ia adalah haram.
Saya menunggu-nunggu kenyataan rasmi atau nasihat pemuda Umno berkenaan budaya " si wanita gondol " . Macam biasa, gerakan mereka gagal dan tidak bersungguh dalam isu yang berkaitan tentang halal dan haram yang mengelilingi rentak kehidupan remaja masa kini. Nak kata tiada ustaz dalam barisan pemimpin mereka, itu mustahil.
Seringkali disebut, kemunculan gerakan politik islam bukanlah dengan matlamat mencari pangkat atau jawatan. Tetapi mereka menawarkan pakej kepemimpinan yang syar'i dan adil Mereka akan terus menongkah arus kepemimpinan fasiq hingga pakej fasiq itu benar-benar soleh atau pemimpin soleh lain akan mendesak agar si fasiq itu turun kerusi.
Saya suka kata, Dewan pemuda pas akan bubar kalau Pemuda Umno bersunguh dalam persoalan hukum halal dan haram dalam alam remaja .
Surah Hud :
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
113 . Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Bila di katakan Dewan pemuda menunjuk-nunjuk kerja, apa yang boleh saya kata fahami semula konsep itu di dalam kitab-kitab yang ada, fahami konsep thawaabit dan mutaghayiraat, fahami konsep seni di dalam berdakwah khususnya di zaman yang penuh dengan putar-belit dan fahami konsep Fiqh Muwazaanah yang menjadi tunjang akhlak politik islam.
Saya lontarkan satu sifir fiqh yang digunapakai untuk memperhalusi taknikal strategi dakwah :
ان الشريعة تعطى الوسيلة حكم الغاية
Maknanya : sesungguhnya syari'at itu memberi hukum ( halal haram ) kepada wasilah ( cara teknikal penyelesaian ) berpandukan hukum matlamat ( kesudahan atau natijah wasilah yang diguna pakai ).
Maknanya kalau kesudahannya cara itu memberi manfaat kepada ummat dan islam. Maka cara itu halal. Jika cara itu mengundang kerosakan besar kepada ummat dan islam maka cara itu haram.
Pun begitu ia masih punya perbahasan panjang dan syarat yang sangat ketat agar manusia tidak bermudah-mudah meletakkan semata-mata " manfaat " untuk menghalalkan caranya. Islam menyungguhkan manfaat umum bukan manfaat peribadi atau tembolok kemaruk manusia.
Asasnya jelas, kita mesti membina kekuatan sendiri, menarik keyakinan rakyat dan mempertingkatkan seni dakwah melalui media massa. Hari ini manusia kerap terpengaruh dengan paparan yang terlihat di hadapan mata. Pihak musuh sering memperkukuh dan memanipulasi cara ini untuk memusnahkan islam. Sebagai sebuah gerakan yang ingin melestarikan cara kerjanya, paparan-paparan positif mesti memenuhi ruang minda ummat.
Ini bukanlah suatu yang menyanggahi syara'. Paparan perilaku murni Baginda saw di hadapan ummatnya sangat mempengaruhi kecemerlangan method dakwahnya. Ini asas gerakan media harakah islam dalam dakwah. Punya syarat dan etikanya tersendiri.
و قل اعملوا فسيرى الله عملكم
dan katakanlah : beramallah oleh mu justeru Allah mahu melihat akan amalan kamu
Surah at Taubah 105
وأما بنعمة ربك فحدث
maka adapun segala nikmat tuhanmu hendak diberitahu .( khabarkan )
Surah Adh -Dhuha : ayat 11
Saya teringat ungkapan Yb Salahuddin dalam ucaptama pemuda 2006. Beliau berkata lebih kurang maksudnya : "….bukan sahaja hebat tapi mesti kelihatan hebat……" .
Buat mereka yang berhasrat melestarikan gerakan politik syar'i di zaman ini, selamilah ungkapan tersebut.
Walau bagaimanapun ucapan terima kasih kepada pengkritik tersebut kerana ia menjana idea saya dalam tulisan ini. Apa yang baik dalam kritikannya akan sama-sama kita perbaiki. Perkara lain yang saya tidak ulas bukan bermakna saya merestuinya bahkan kritikan nakal itu sebenarnya memaparkan kredibiliti penulis tersebut. Apa yang berbaki, biarlah pembaca yang mengadilinya.
Moga-moga Allah memberikan kesabaran dan pertolongan buat sekelian pemuda –pemuda Allah yang sentiasa mengungguli pergolakan massa dan tuntuan islam. Moga islam bertapak kukuh di tanah air tercinta.
Selamat berjuang…………………….
Tuesday, June 26, 2007
AKHLAK 10
MERAJAH KAREKTOR PEMUDA.
sambungan .....( siri kedua )
AKHLAK PERTAMA :
1.1 : FAHAM
Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang parah mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.
Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.
Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat di atasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redho daripada Allah swt.
Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :
تفقهوا قبل أن تسودوا
Fahamilah oleh mu ( akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan ) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Pertama : Memahami Ghayah .
Ghayah adalah matlamat akhir yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu , ghayah atau matlamat akhir kita Allah Jalla wa A’la . Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.
و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله
“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.”
Surah al Ana'am : 153
Apabila kita benar – benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt. , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.
Allah swt. sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh kepada Allah swt.
Saat itu , tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana hubbur riyaasah atau gila jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini .
Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini , sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt. yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.
Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :
الله غايتنا
Allah Matlamat kita
الرسول قدوتنا
Ar Rasul Ikutan Kita
القرآن دستورنا
Al Quran Perlembagaan Kita
الجهاد سبيلنا
Al Jihad Jalan Perjuangan Kita
الموت في سبيل الله أسمى أماننا.
Mati Syahid di atas Jalan Allah setinggi – tinggi cita – cita Kita .
Kedua : Memahami Hadaf .
Hadaf ialah matlamat semasa atau objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.
Sebagai contoh , antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya daulah islamiyyah di atas tanahair kita.
Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.
Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf , kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai . Sebagai contoh tadi , Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai , maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.
Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu
Malang , andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri – ciri daulah islamiyyah bahkan tidak menunjukkan syakhsiyyah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah .
Manakan tidak , semangat berkobar – kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita “hancur” , tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar . Tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan .
Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati criteria ad daaei atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai methodology dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap madu’u .
Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemic dan kontraversi . Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah , akhirnya menjauhkan madu’u dari perjuangan kita .
Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati madu’u .
Firman Allah swt :
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك
Maka dengan rahmat Allah , engkau ( Muhammad saw ) berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.
Surah Aali Imran : 159
Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa , berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam – dalamnya .
Kita bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti , apalagi laba duniawi . Kita berdakwah untuk membawa mesej perjuangan kita kepada masyarakat agar mereka menerima Islam.
Bertolak dari keinsafan ini , sampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah kita menembusi jiwa madu’u.
Firman Allah swt :
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى احسن .
Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.
Surah an Nahl : 125
Ketiga : Memahami Manhaj .
Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya diami secara jelasfah sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi .
Al Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita . Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .
Firman Allah swt :
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع اهواء الذين لا يعلمون .
Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.
Surah al Jaathiyah : 18
Secara organisasinya , jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah .
Ianya mesti difahami dan dihayati . Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah . Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan.
Sebagai contoh , Jamaah kita mengambil pendekatan Muwaajahah bissilmi sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia . Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.
Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syara’ kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi . malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri .
Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang , namun ianya satu reality .
Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya.
Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kebodohan dan kejahilan mereka. Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas.
Ketidakfahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah .
Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata – mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran , sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah.
Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideology barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia yang digelar mereka sebagai syaithanul akbar.
Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideology barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat .
Lantaran itu , membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah . Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dikalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideology asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.
Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jamaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama’ dengan tanggapan serong bahawa ulama’ tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi.
Semuanya adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri .
Keempat : Memahami Bia’h . ( reality )
Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar , pula penampilan dan method yang tepat dan sesuai .
Perkara ini memerlukan kita memahami bia’h atau reality yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat sampaikan dengan baik kesetiap hati sanubari masyarakat , sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.
Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.
Tidak memahami bia’h menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula.
Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadhiran perjuangan kita serta keperluan jamaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bia’h.
Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum ?
Kelima : Memahami Isti’dad . ( persediaan )
Allah berfirman :
و اعدوا لهم ما استطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu .
Surah al Anfaal : 60
Kita tidak boleh berjuang semborono tanpa persiapan . Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya , kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia.
Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita .
Saidina Omar al Khattab menyatakan :
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية
Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah.( musuh )
Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan .
Faktor pertama ialah Faktor Penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil.
Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru ia lah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita .
Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah swt. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar .
يا ايها المزمل قم اليل إلا قليل نصفه او انقص منه قليلا او زد عليه و رتل القرآن ترتيلا إنا سنلقى عليك قولا ثقيلا
Wahai orang yang sedang berselimut ! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil , Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.
Surah al Muzammil : 1 - 5
Faktor kedua ialah Faktor Membantu .
Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap factor - factor ini sekalipun ia hanyalah factor yang membantu . Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita .
Faktor ini dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh , organisasi dan jentera penggerak yang mantap , anggota yang ramai , pengaruh yang lebar dan sebagainya.
1.2 : TULUS IKHLAS.
bersambung......
Monday, June 25, 2007
Cadangan Bernas dari Forumer al-ahkam.net
Semalam saya menerima satu e - mail dari seorang rakan yang saya tidak mengenali personaliti pengirim e- mail tersebut , melampirkan satu salinan artikel berbentuk cadangan dan pandangan dari warga al-ahkam.net kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, pun begitu saya telah mendapatkan pengesahan dari Tuan Hj. Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai kertas cadangan berbentuk satu proposal untuk dinilai oleh PAS .
Setelah disahkan penerimaan proposal tersebut oleh Hj. Mahfuz ( dalam satu majlis ceramah ) saya menarik nafas lega dan syukur atas perkembangan terbaru ini. Malah Tuan Hj. Mahfuz juga akan fotostat satu salinan untuk diberikan kepada saya agar sama - sama dapat diteliti .
Kalau tidak berbeza versi e-mail yang saya terima dengan versi yang Hj. Mahfuz terima , saya ingin merakamkan sekalung tahniah buat al-ahkam.net dan seluruh warganya yang ikhlas mahu melihat Islam ini tegak merentasi sempadan perbedaan pendapat dikalangan kita.
Bernas , Berani dan Jujur
Sepintas lalu saya membaca kandungan cadangan dan pandangan tersebut , saya sifatkan ianya bernas , berani dan jujur.
Insyaallah , biarpun tiada versi rasmi yang dihantar untuk Dewan Pemuda PAS Pusat , saya atas sifat Timbalan Ketua DPPP akan panjangkan ke bilik mesyuarat DPPP akan datang untuk diteliti dan muhasabah bersama. Saya melihatnya secara positif biarpun disana ada ditimbulkan satu dua perkara yang perlu kepada perincian dari pihak yang mencadang agar maksudnya jelas dan mudah - mudahan kelak perlaksanaannya juga baik .
Ekoran dari perkembangan ini , saya bercadang untuk bertemu dengan pihak al - ahkam.net dalam satu majlis muzakarah atau perbincangan meja bulat , agar segala cadangan tersebut dapat diperhalusi dan dimanafaatkan semaksimum mungkin .
Perkembangan ini sangat baik untuk masa depan perjuangan Islam yang kian getir dan sengit berdepan cabaran dari segenap arah . Mungkin sebelum ini sikap sebahagian warga al ahkam.net agak keras dan kontra terhadap PAS dan method perjuangan PAS . Alhamdulillah , dengan hadhirnya cadangan dan pandangan ini , saya kira ia adalah satu nokhtah bermula yang positif ke arah pemerkasaan Islam dan perjuangannya di atas Tanahair ini.
Sebagai sebuah parti atau Gerakan Islam , kita sangat mengalu - alukan segala pandangan dan cadangan jua kita positif dengan segala teguran dan kritikan yang membina biar siapa pun yang memberi . Bak kata saidina Ali Karramallahuwajhah :
أنظر إلى ما قال و لا تنظر إلى من قال
Lihat kepada apa yang ia kata dan janganlah engkau lihat kepada orang yang berkata .
dengan maksud , kita lihatlah kepada kandungan ucapan dan pandangan yang baik meskipun ia datang dari mereka yang mempunyai perbedaan pendapat , method dan manhaj dengan kita.
Terima Kasih
Apa yang boleh saya ucapkan , selain Jazakumullah Khairan Jazaa' atau usaha kalian . Namun untuk melaksanakannya , kami sangat memerlukan kekuatan dan petunjuk Ilahi kerana pasti sahaja ia tidak semudah mengungkap cadang dan mendongak pandang.
Inilah yang kami alu - alukan . Saya selalu menyebut , daripada kita mengarang kesilapan dan kelemahan parti ini yang pastinya boleh kita karang berjilid - jilid tebalnya , justeru kelemahan pasti wujud dan banyak , alangkah baiknya kita mengarang sehelai kertas kajang cuma , tetapi sarat dengan cadangan dan pandangan untuk mengatasi kelemahan - kelemahan yang dialami .
Sebahagian dari kandungan cadangan tersebut telah pun dirancang dan dilaksanakan oleh PAS dan ada juga yang sememangnya menjadi dasar dan prinsip perjuangan PAS . Pun begitu , kertas tersebut boleh menjadi bahan muhasabah terhadap apa yang telah dilaksanakan , sementara yang belum akan dikaji dan diteliti.
Saya mengambil kaedah sebagaimana yang diajar oleh syara' :
الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة
أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الالباب
orang - orang yang mendengar pandangan ( menerima cadangan ) maka ia mengikut ( melaksana ) apa yang terbaik . Merekalah orang - orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah swt. dan mereka lah golongan intelektual ( ulil albab )
Surah az Zumar : Ayat 18
Kalau semuanya baik , kenapa tidak boleh kita melaksanakan semua . Allahua'lam bissowab
Akhirnya , saya yakin sahabat - sahabat perjuangan dalam Pemuda PAS sangat matang dan positif dalam persoalan seperti ini , malah mereka juga mampu berfikir dengan apa yang disebut sebagai berfikir di luar kotak , tambah - tambah dari dalam kotak .
Sunday, June 24, 2007
AKHLAK 10
MERAJAH KAREKTOR PEMUDA
Muqaddimah :
يقول الشاعر النيل: إنما الأمم الأخلاق ما بقيت
فإن هم ذهبت أخلاقهم ذهبوا
الشوقي
Sesungguhnya ummat yang berhias akhlak adalah ummat yang unggul lagi mantap mendepani apa jua bentuk krisis moral dan konflik jati diri sementara ummat yang luntur dan hakis akhlak mereka adalah ummat yang lemah tersungkur dan hilang kewibawaan .
Pemuda sekelian !
Akhlak menjadi asas penting pembentukan ummah bersyakhsiyyah tinggi dan mulia . Kerananya nabi kita Muhammad saw. diutus .
Sabda Rasulullah saw :
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
" Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak "
Riwayat Imam Malik di dalam al Muwatta'
Akhlak 10 akan saya gariskan bersama ulasan bagi setiap akhlak yang dikemukakan untuk difahami dan dihayati oleh seluruh saf pemuda guna menterjemah penglibatan ( intima' ) dan perjuangan Islam bersama Jamaah ini .
Akhlak 10 yang saya maksudkan itu ialah :
Akhlak Berjamaah ( berorganisasi )
Akhlak Beribadah
Akhlak Memimpin
Akhlak Berkomunikasi ( berinteraksi )
Akhlak Ikhtilaf ( berbeza pendapat )
Akhlak Bersahabat
Akhlak Bermusuh
Akhlak Menegur ( mengkritik )
Akhlak Bertugas
Akhlak Berpidato ( berceramah )
Saya juga insyaallah menyediakan perbahasannya dalam bentuk power point untuk dibentang dalam pelbagai peringkat program pemuda kelak .
bersambung ......
Saturday, June 23, 2007
SIAPA YANG TIDAK RETI ?
Hari ini di muka depan surat khabar Berita Harian memaparkan pertemuan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Mufti Bosnia Herzegivina Mustafa Ceric sambil diperhatikan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah di university of Sarajevo bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Pembangunan Negara dalam Masyarakat berbilang Kaum di Sarajevo . Turut hadhir dalam pertemua itu ialah Isteri Ketua Mufti Aera Ceric .
Saya percaya ramai pihak tersenyum menyaksikan gambar yang terpapar di muka akhbar tersebut. Barangkali inilah kali pertama penampilan isteri baru Perdana Menteri di pentas antarabangsa dalam menyertai lawatan rasmi perdana menteri .
Respon awal saya ialah sepatutnya Ketua Mufti Bosnia Mustafa Ceric yang menyampaikan ceramah kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi OIC .
Saya rasa , kuliah awal yang boleh disampaikan oleh Mustafa Ceric ialah mengenai batas - batas aurat dan tanggungjawab seorang suami terhadap isteri sebelum masuk tajuk kuliah dasar yang lain seperti tanggungjawab seorang pemerintah terhadap negara dan rakyatnya.
Apa pun doa saya , pertemuan itu akan memberi erti yang amat bermakna buat Perdana Menteri kita , itupun kalau ia mahu mengerti . Jika tidak , tiada sebarang erti untuk dimengertikan . Pun begitu , saya harap rakyat pun reti - reti lah dalam menilai mana pemimpin yang mengerti dan mana pula pemimpin yang tidak mengerti .
Ermmm... tak kan itu pun tak reti ?
ULASAN BUKU.
ULAMA' DALAM SOROTAN
PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Antara buku menarik dan cukup bermanafaat untuk dibaca dan dikaji oleh ummat Islam mutaakhir ini ialah sebuah buku yang bertajuk : "ULAMA' dalam sorotan Perjuangan Kemerdekaan." karangan bersama al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Nor ( B.A UM dan M.A UKM ) dan Saudara Mohd Fadli Ghani ( B.A UPM dan M.A UKM )
Buku ini melakar kembali sejarah agung para ulama' yang memperjuangkan kemerdekaan negara ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair . Sejarah yang kini di'gelap'kan dari pengetahuan umum malah tidak pula di'ajar' kepada pelajar - pelajar sekolah apabila membicarakan soal kemerdekaan negara .
Sebuah buku yang sarat dengan nota dan fakta sejarah yang sangat bernilai untuk dimiliki oleh setiap individu ummat Islam sebagai langkah membina kembali semangat juang yang kian luntur sekaligus menyempurnakan pengisian pasca merdeka melandasi roh perjuangan para ulama' silam .
Membaca buku ini , pasti sahaja mencetus semangat juang mendepani penjajahan kuffar yang masih berlangsung di era modern ini demi memerdekakan ummah berasaskan takrif atau definisi kemerdekaan menurut perspektif Islam .
Buku ini juga menjelaskan maksud sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan oleh para ulama' serta dalam masa yang sama menjawab kenapa sejarah agung mereka di'gelap'kan dalam satu agenda besar pihak boneka penjajah untuk mengekalkan ideologi mereka.
Sementara negara sedang rancak mengatur aktiviti menyambut ulangtahun kemerdekaan negara bagi kali ke 50 dengan pelbagai aktiviti hiburan yang meleka dan melalaikan , sejarah ini wajib di fahami dan dihayati .
Dapatkan buku ini daripada al fadhil Ust. Riduan ( 019 372 8844 ) dengan harga RM 18 satu naskhah .
Friday, June 22, 2007
BINASA SALMAN RUSHDIE
Sejurus selesai solat jumaat hari ini , sekitar 1000 orang ummat Islam berhimpun dalam satu himpunan aman untuk membantah Kerajaan Britain yang menghina ummat Islam dengan penganugerahan "sir" kepada Salman Rushdie di Perkarangan Masjid Al Fatah Batu 3 Kuantan Pahang .
Turut hadhir dalam himpunan ini ialah al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan sebahagian besar exco DPP negeri Pahang .
Al fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah menggesa supaya :
Kerajaan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Britain sebagai tanda protes .
Menghantar pulang Pesuruhjaya Tinggi Britain ke negaranya .
Memboikot segala barangan keluaran Britain .
Friday, June 15, 2007
WANITA
MEMBOTAKKAN KEPALA
Untuk Berlakon : Satu Kemungkaran
Untuk Berlakon : Satu Kemungkaran
Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid .
Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" )
Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .
Kali ini , beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf .
Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan . Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda .
Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini . Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari ? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt .
Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah .
UMNO dan BN bertanggungjawab dalam hal yang seperti ini. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya.
Program reality tv seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam .
Akademi fantasia melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak . Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama.
Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan bagaimanakah UMNO dan BN mahu melahirkan masyarakat yang menepati rukun atau prinsip pertama Islam Hadhari iaitu manusia beriman dan bertaqwa ?
Apakah aktiviti seperti ini dianggap mampu melahirkan insan beriman dan bertaqwa menurut acuan Islam Hadhari ? Hari ini lahir pula Anugerah Ikon Malaysia sebagai satu lagi aktiviti atau produk Islam Hadhari selain dari program Gang Starz yang kian rancak di kaca tv.
Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :
نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها .
Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I
Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya
2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas Rhma :
قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير
Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya
Bab al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .
أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال
Maksudnya :
Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .
Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :
و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب
Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?
Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .
Kerajaan Mesti Peka
Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat.
Al Fatihah
Pelajar kita di al-Azhar mati ditikam rakan sendiri
Pelajar kita di al-Azhar mati ditikam rakan sendiri
14-06-2007 10:09:55 PM
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia di Universiti al-Azhar dari kampus Mansurah, Mesir mati ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara yang turut belajar di kampus berkenaan, di sebuah rumah di sana semalam.
Dalam kejadian 12.30 malam (waktu tempatan), Mohammad Ishak, 22, yang berasal dari Kampung Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa as-Salam akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya.
Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Kaherah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian pembunuhan itu dan memaklumkan suspek sudah ditahan polis Mesir dan siasatan sedang dijalankan.
"Laporan hospital mendapati Mohammad kehilangan banyak darah akibat dipukul teruk di kepala, selain ditikam bertubi-tubi di bahagian leher menyebabkannya gagal diselamatkan, " katanya.
Lelaki yang menyerang Mohammad, berasal dari Dengkil, Selangor, tidak sempat melarikan diri dan ditahan di tempat kejadian oleh jiran mangsa sebelum diserahkan kepada polis, katanya.
Lelaki itu, pelajar Tahun Dua Pengajian Islam, Universiti al-Azhar (Kampus Mansurah), ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan, kata jurucakap itu.
"Ibu bapa mangsa dan suspek sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Kita juga sedang menunggu perkembangan siasatan kes bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, abang Mohammad, Hussein Ishak, 28, berkata beliau mendapat berita tentang kejadian yang menimpa adiknya itu kira-kira 9.15 pagi tadi daripada salah seorang abangnya yang berada di Kuala Lumpur.
"Saya terus menghubungi Kedutaan Malaysia di Mesir untuk bertanyakan kesahihan cerita tersebut dan pegawai berkenaan memberitahu adik saya meninggal dunia akibat ditikam oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Selangor di rumah sewanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya.
Hussein berkata beliau dimaklumkan bahawa ketika kejadian, adiknya bersendirian di rumah sewanya itu apabila didatangi oleh pelajar terbabit yang datang mencari salah seorang daripada temah serumah adiknya.
Bagaimanapun, katanya teman serumah adiknya itu telah keluar dari rumah menyebabkan pelajar terbabit menjadi berang.
"Ketika itu adik saya keseorangan dan mungkin kerana ingin melepaskan geram, dia pergi ke dapur dan mengambil pisau lalu menetak adik saya. Adik saya cuba melawan tetapi dia terus mengejar dan menetak adik saya sehingga mengalami luka parah," katanya.
Beliau berkata ketika adiknya melarikan diri ke bilik air dan cuba mendapatkan pertolongan, pelajar terbabit terus menetak adiknya sehingga pengsan.
Beliau berkata adiknya akan dikebumikan di Mesir oleh pihak kedutaan Malaysia di sana kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos sebanyak RM10,000 bagi urusan membawa pulang jenazah.
Thursday, June 14, 2007
Setelit baru Zionis
pelengkap pakatan Yahudi-US
untuk menghancurkan Islam.
Umat Islam negara ini menerima berita pelancaran setelit berkemampuan tinggi Israel yang bernama Ofek-7 dengan penuh kerisauan dan memandang bahawa gencatan senjata antara Israel dengan beberapa negara timur tengah akan terhenti.
Pelancaran setelit yang mampu memantau serta menyelidik kekuatan Syiria dan Iran yang sebenarnya mengiringi setelit lamanya iaitu D3 Eros B1 pada tahun lepas itu akan meningkatkan kewaspadaan Syiria dan Iran sekaligus menegangkan kembali hubungan yang sebenarnya telah hambar.
Amir Peretz Menteri Pertahanan Israel menyatakan pelancaran ini membuktikan bahawa Israel mempunyai keupayaan petahanan yang tinggi disamping menguasai kuasa teknologi.
Hari ini Yahudi dan Amerika Syarikat sudah tidak lagi menyembunyikan kolaborasi erat mereka sebaiknya semakin ghairah berkokok menampilkan kejasama mereka menghancurkan umat Islam. DPPP kesal jika masih ada insan-insan muslim yang masih buta dengan suasana sebegini apatah lagi sanggup bekerja sama dengan badan-badan NGO Amerika Syarikat tertentu untuk menghancurkan aqidah belia-beliawanis muslim negara ini.
DPPP sebagai sayap kanan parti Islam tunggal negara ini yang jelas berprinsip non-compromise dengan regim Yahudi menyeru umat Islam negara ini agar sentiasa sedar dan peka dengan tindakan Zionis sedunia yang tidak leka dan saban waktu berusaha untuk menghancurkan Islam.
لتجدن أشد الناس عداة للذين ءامنوا اليهود و الذين أشركوا
Kamu akan dapati segolongan manusia yang sangat dahsyat kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan mereka yang menyengutukan Allah swt.
Surah al Maaidah : Ayat 82
Umat Islam Malaysia tidak seharusnya leka dengan suasana aman kerana serangan di Malaysia sengaja direncanakan oleh musuh-musuh Islam dalam bentuk serangan perundangan dan serangan secara ‘ghuzwah Al Fikri’ dan memerlukan gemblengan tenaga melalui pilihanraya untuk mendaulatkan Islam di negara ini.
Sebagaimana yang didedahkan oleh Muhammad al Khalifa at Tunisi dalam bukunya yang bertajuk بروتكولات حكماء الصهيوني : bahawa antara perancangan jangka panjang yahudi untuk menghancurkan Islam dan ummatnya ialah dengan menyogok budaya hedonisme kepada ummat Islam.
Ini merupakan perancangan halus untuk melemahkan minda, spiritual bahkan semangat jihad dikalangan ummat Islam dengan meletakkan mereka lalai dan leka dibuai hiburan yang berpanjangan. Rancangan mereka ternyata berjaya apabila benar – benar ummat Islam kini berada dalam kealpaan yang teruk.
Firman Allah swt :
ود الذين كفروا لو تغفلون أسلحتكم و أمتعتكم فيميلون عليكم ميلة واحدة .
Orang – orang kafir sangat gemar menanti saat kamu leka lalai dari senjata kamu dan barangan kamu maka mereka menyerang kamu dengan serangan yang satu ( secara gerila dan akhirnya kamu kalah tergadah )
Surah an Nisaa' : Ayat 102
Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa agar mereka peka dalam perkara ini dengan tidak lagi menyogok rakyat dengan pelbagai aktiviti yang melekakan dan menjadikan rakyat banyak menghabiskan masa kepada perkara yang tidak mendatang manafaat untuk agama , diri dan Negara mereka.
Melihat kepada statistic yang dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negara Dr. Halim Shafie dalam kertas kerjanya yang dibentang kepada IKIM bertajuk : TV Malaysia antara Pengetahuan , hiburan dan keuntungan jelas menunjukkan secara puratanya hiburan dalam semua rangkaian televisyen yang terdapat dalam Negara kita mengatasi tahap 70% .
Kepada ummat Islam pula , jangan biarkan diri kita terjebak dalam perangkap musuh untuk melemahkan daya perjuangan kita , melunturkan aqidah kita dan menghakis nilai moral atau akhlak dikalangan generasi kita.
Sebaliknya kembali bangkit dengan penuh kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim yang soleh .
Tuesday, June 12, 2007
Banjir Kilat :
Peringatan Allah sebelum Pilihanraya.
Banjir kilat yang melanda ibu kota baru – baru ini adalah sangat memalukan Negara , dimana sebelum ini pemerintah dan pentadbirnya sangat angkuh dengan tahap pembangunan dan kemajuan yang dicapai .
Tanpa pernah memperdulikan syariat dan hukum Ilahi , mereka bangunkan negara bersendi material dan nafsu rakus .
Bangunan yang mereka dirikan dan kemajuan yang mereka cipta seolah – olah menjadi lambang betapa mereka tidak memerlukan Allah swt dalam hidup mereka di dunia ini.
Manakan tidak ! Andai Allah swt. diperlukan dalam hidup mereka , tentu sahaja mereka tidak mempersendakan syariat dan memperlekehkan agama Allah swt. Sebaliknya segera melaksanakan syariat sebagai peraturan yang berdaulat dalam Negara ini.
Lihat sahaja bagaimana keangkuhan sang pemerintah dan pentadbir Negara yang berbangga dengan kemajuan dan tamaddun mempersenda agama suci ini apabila Negara dibanjiri pelbagai aktiviti hiburan yang merosakkan akhlak dan maruah ummah serta perlakuan pemimpin yang membelakangkan hukum.
Konsert Jom Heboh yang kian rancak dengan road shownya ke seluruh Negara tanpa memperduli fatwa mufti , Karaoke 50 jam tanpa henti yang tidak lagi mengenal waktu sujud kepada Ilahi , program reality tv yang sarat dengan hiburan melampau dan melunturkan jati diri dan gaya hidup kelompok berkuasa yang rakus dan hanya mementingkan diri sendiri.
Saat seperti inilah , banjir kilat melanda ibu kota. Biarpun kerajaan berbangga dengan terowong SMART , tetapi ternyata Allah lebih smart dalam memberi peringatan kepada hambanya.
Firman Allah swt :
ظهر الفساد في البر و البحر بما كسبت أيدي الناس
ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون
Telah zahir kerosakkan di darat dan dilautan angkara perbuatan tangan manusia. Bagi merasakan mereka ( azab ) terhadap sebahagian apa yg mereka lakukan , mudah – mudahan mereka kembali kepangkuan Ilahi.
Surah ar Ruum : 41
Peringatan Allah dalam bentuk banjir kilat ini , biarpun antara yang terburuk pernah melanda ibu kota , adalah satu bentuk peringatan yang masih kecil dan ringan . Memberi kesempatan kepada seluruh penghuninya untuk insaf dan bersyukur kepada Allah swt.
Allah masih ada tsunami yang belum dilepaskan ke tengah ibu kota , Allah masih ada taufan yang belum ditiup ke tengah ibu kota , Allah masih ada gempa bumi yang masih belum bergegar di tengah ibu kota. Allah masih ada segalanya yang belum ditaqdirkan dengan kalamNya Kun Fa yakuun .
Peluang yang diberi oleh Allah swt. ini adalah untuk hambanya kembali melaksanakan cara dan gaya hidup berasaskan wahyu Ilahi dan mendaulatkan syariatNya.
Kini rakyat umum dapat menyaksikan sendiri , biapun UMNO dan BN menang besar dengan mandat rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu , mereka masih degil dan enggan untuk melaksanakan syariat Ilahi. Sedang kedegilan ini punca kemusnahan dan kehancuran .
Justeru itu , rakyat mesti bijak dalam menentu dan mencorak masa depan yang gemilang dengan membangun berasaskan wahyu dan maju berlandaskan syariat bukan lagi membangun bertunjangkan nafsu dan maju berpaksikan material yang bebas dari unsur spiritual.
Jika UMNO dan BN enggan dan degil melaksanakan syariat , kenapa tidak kali ini rakyat memberi peluang kepada PAS dengan seluruh saff kepimpinannya sangat komited untuk membentuk sebuah Negara yang adil dan berkebajikan berteraskan syariat .
Kelak negara ini dilindungi rahmat Ilahi dan membangun dengan penuh keberkatan.
Firman Allah :
ولو أن أهل القرى ءامنوا و اتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء و الأرض و لكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون
Jika penghuni sesebuah Negara beriman dan bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah membuka pintu keberkatan dari langit dan bumi , akan tetapi mereka telah mendusta ( Allah ) maka kami timpakan ke atas mereka ( sebagai balasan ) terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Surah al A'araaf : 96
Apa yang di Tanam itulah yang di Tuai:
Firman Allah swt
فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره و من يعمل مثقال ذرة شرا يره
Barang sesiapa yang melakukan amal kebajikan biarpun sebesar zarrah , nescaya ia akan memperolehi ganjarannya dan barangsiapa yang melakukan amal kejahatan biarpun Cuma sebesar zarrah , nescaya ia akan menerima balasannya.
Surah az - Zalzalah : Ayat 7 – 8
Lantaran itu , kalau kita hendak menanam , pastikan tanaman yang menghasilkan pulangan yang baik dan lumayan atau lebih tepat kalau kita mahu hasil yang baik untuk kita dan generasi selepas kita , kita mesti mesti tanam suatu yang baik pula hari ini .
Kalau kita nak makan nasi , kita kena tanam padi , tidak boleh tanam ubi dan kalau kita nak makan bubur kacang , kita kena tanam kacang , tidak boleh tanam lalang .
Kalau kita mahu Negara kita aman dan sejahtera , adil dan diberkati maka kita kena lahirkan :
Pemimpin yang adil dan amanah
Rakyat yang beriman dan soleh
Undang – undang dan peraturan hidup yang berlandaskan syariat .
Kalau hari ini kita memilih pemimpin yang korup dan rakus , kita membentuk rakyat yang leka dan lalai dan kita mengagungkan undang – undang dan peraturan hidup ciptaan manusia , lihatlah apa yang telah kita tuai hari ini :
Pemimpin yang ada hari ini bergelumang dengan rasuah dan jenayah .
Rakyat hanyut dalam hiburan dan fatamorgana dunia dengan tidak lagi memperdulikan halal dan haram .
Kelab – kelab malam dan pusat hiburan lebih ramai dikunjungi berbanding rumah – rumah Allah yang sunyi dan sepi .
Konsert – konsert hiburan seperti Akademi Fantasia lebih ramai dikunjungi berbanding kuliah – kuliah agama di masjid dan surau .
Pusat – pusat serenti semakin ramai dihuni dan hampir menyamai penghuni kampus – kampus universiti .
Operasi pelacuran makin diiktiraf sehingga promosinya boleh mendapat tempat dalam buku panduan melancong Negara sempena TMM 07'
Kumpulan – kumpulan sesat yang tidak lagi mempercayai tuhan seperti skin head , punk , black metal , ayah pin dan tidak kurang juga kumpulan yang menganut faham secular yang memisahkan agama dengan politik semakin hari semakin bercambah .
Akhirnya bagaimana Negara boleh terlepas dari murka Allah swt ?
فكلا أخذنا بذنبه فمنهم من أرسلنا عليه حاصبا و منهم من أخذته الصيحة و منهم من خسفنا به الأرض و منهم من أغرقنا و ما كان الله ليظلمهم و لكن كانوا انفسهم يظلمون
Maka masing – masing ( mereka itu ) kami azabkan kerana dosa – dosanya , diantara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil , ada yang ditimpa suara yang keras yang memecahkan , ada yang kami benamkan ke dalam bumi , dan pula yang kami tenggelamkan ( dalam banjir besar ) Allah sama sekali tidak mahu menzalimi mereka akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri .
Surah al Ankabut : 40
Menginsafi penegasan ini , maka buatlah pilihan yang tepat . Kuasa memilih ditangan kita semua . Semoga Allah memberkati kita semua.
Monday, June 11, 2007
ISLAM MEANS PEACE
Islam adalah keadilan dan kesejahteraan , namun ia sering menjadi mangsa penjajahan modern yang sarat dengan kezaliman , penindasan dan kekejaman.
Lihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh Amerika dan sekutunya ke atas ummat Islam di Afghanistan , Palestine , Pulau Cyprus , Bosnia , Selantan Mindanao , Kashmir , Iraq dan Selatan Thailand .
Mereka meletakkan ummat Islam sebagai sasaran dan mangsa penghapusan ethnic yang sekian lama dilancarkan oleh mereka. Semangat dendam Salibiyyah ternyata tidak pernah padam . Benarlah apa yang telah difirmankan Allah :
لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود و الذين أشركوا
Kamu akan dapati segolongan manusia yang sangat dahsyat semangat permusuhan terhadap orang - orang yang beriman ialah orang - orang Yahudi dan mereka yang mengutukan Allah swt.
Pemimpin OIC Masih Tidur .
Tambah malang derita yang dialami oleh ummat Islam kini apabila mereka terus menjadi mangsa pembantaian kuffar tanpa sebarang simpati sementara pemimpin – pemimpin mereka terus lena dibuai kemewahan harta dan takhta.
Lebih menyedihkan ummah apabila ulama' – ulama' mereka pula hanya mampu menyeringai dan garang dalam mempertahankan hukum membaca qunut dan menyapu muka selepas solat tetapi diam menikus apabila berhadapan dengan keganasan dan kekejaman kuffar alaihi Laknatullah.
Penguasaan kuffar di era ini dengan semangat permusuhan yang kental telah menghampiri sempadan Negara kita dari utara dan selatan nya.
Penguasaan ekonomi dan politik licik kuasa asing juga telah berjaya menyelinap masuk ke dalam tanahair kita . Terbaru melalui Wilayah Pembangunan Iskandar yang sangat mengancam Negara bukan sahaja melalui ekonomi , juga politik dan sosio budaya masyarakat Islam dalam Negara kita.
Perkembangan ini tidak mungkin membenarkan kita lengah dan alpa sehingga kelak tiada apa lagi yang mampu kita lakukan setelah keadaan benar – benar terlambat untuk diselamatkan .
Ingatlah pesan nabi saw.
لتأمرن بالمعروف و لتنهون عن المنكر أو ليسلطن الله عليكم شراركم فيدعوا خياركم فلا يستجاب لكم .
Hendaklah kamu menegakkan yang makruf ( syariat ) dan hendaklah mencegah kemungkaran atau ( jika tidak kamu melaksanakannya ) kelak Allah menjadikan orang – orang yang jahat dikalangan kamu berkuasa dan bermaharaja lela ke atas kamu , lalu kamu mengajak orang yang baik dikalangan kamu ( untuk berdoa menolak musibah ) maka segalanya tidak mustajab lagi . ( sudah terlambat. )
Sementara ruang dan peluang masih ada untuk kita bertindak , sekurang – kurang kita bangkit menyatakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh mereka serta menggerakkan kesedaran dikalangan ummah agar mereka mempertahankan syakhsiyyah dan aqidah mereka sebagai seorang muslim.
Sekaligus mengembalikan semangat jihad memperjuang dan mempertahankan Islam yang kini dikepong dari segenap arah .
Pemuda disemua peringkat tidak layak berpeluk tubuh dan memandang sepi fenomena ini. Laksanakan tanggungjawab kalian terhadap agama dan tunjukkan keperwiraan kalian guna mempertahankan Islam agama suci ini .
أنتم ثغرة من ثغور الإسلام فلا يأتين من قبلك
Kamu adalah satu sudut dari sudut Islam ini , maka pastikan Islam tidak diceroboh dari arah ( sudut ) mana kamu berada .