" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 28, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri AKHIR )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH

TIDAK BOLEH MENGKAFIRKAN MUSLIM

لا نكفر مـســلمـا أقر بـالشـهـادتـيـن و عمل بـمقـتـضـاهـما و أدى الـفـرائض - برأى أو معصية - إلا * أقـر بكلمة الكفر * أو أنكر معلوما من الدين بالضرورة * أو كذب صريح الـقرآن * أو فـســره على وجـه لا تحـتـمله أسـالب اللغة العـربية بـحـال * أو عمل عملا لا يـحـتمـل تـأويـلا غـيـر الكفر

“ Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, malaksanakan tuntutan - tuntutan keduanya dan menunaikan perkara fardhu dengan berdasarkan pendapat dan maksiat yang dilakukannya . Melainkan :

- Ia berikrar dengan mana - mana kalimah kekufuran .

- atau ia menginkari suatu yang pasti dalam ugama .

- atau ia mendustai ayat Al quran yang terang dan jelas .

- atau ia menafsirkan Al quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan dengan uslub bahasa arab .

- atau ia beramal dengan amalan yang tidak ada perkiraan lain kecuali kufur ”.

ULASAN .

Kafir mengkafir adalah fenomena ngeri yang memberi kesan mendalam terhadap kejernihan perpaduan ummah . Melontar tuduhan melulu , sipolan kafir dan sipolan kafir adalah jenayah besar dalam Islam . ( mengkafirkan seorang muslim menyebabkan kufur kepada Allah )

من كفر مؤمنا فقد كفر و من لم يكفر الكافر فقد كفر و من شك فى كفر الكافر فقد كفر

( أو كما قال )

" Barangsiapa mengkufurkan mu'min maka sesungguhnya ia kafir dan barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka sesungguhnya ia kafir dan barangsiapa syak pada kekufuran orang kufur maka ia kafir . "

Seseorang muslim yang melakukan maksiat tidak sepantasnya dituding kafir kepadanya melainkan maksiat itu tiada ta'wil lain melainkan kufur . Seperti sembah berhala. Kerana maksiat , selama mana tidak sampai keperingkat syirik , masih terbuka pintu keampunan buatnya .

Muslim menjadi kufur apabila :

1. Mengaku kafir dan mengutarakan kalimah - kalimah kufur dalam keadaan sedar .

2. Menginkari perkara yang pasti dalam ugama . seperti menginkari wajib solat ,haram zina dan sebagainya .

3. Mendustai lafaz makna qurani yang jelas , seperti menginkari nabi - nabi yang disebut oleh Allah dalam quran secara jelas seperti Nabi Allah Ibrahim , Isa , Musa dan lainnya ( A’laihimus Solatuwassalam )

4. Tafsir yang bhatil .

- menghalalkan yang haram
- mengharamkan yang halal

Firman Allah swt .

و لا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حـلال و هذا حرام لتفـتروا على الله الكذب إن الذين يفـترون على الله الكذب لا يـفـلـحـون

“ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut - sebut oleh lidahmu secara dusta " ini halal dan ini haram " untuk mengada - adakan kebohongan terhadap Allah . Sesungguhnya orang yang mengada - adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung ."

( An Nahl 116 )

5. Beramal dengan amalan yang tiada ta'wil lain melainkan kufur . seperti lari kepada golongan kuffar dan menolong mereka untuk menentang Islam .

Firman Allah swt .

يأ يـها الذين ءامنوا لا تتخـذوا الـيـهود و الـنـصـرى أولـيـاء بعـضـهم أولـيـاء بـعـض ومن يتولهم منكم فإنـه منهم إن الله لا يهـدى الـقـوم الـظـالمـيـن .

" Hai orang - orang beriman , janganlah kamu mengambil orang - orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin - pemimpin mu . Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka . sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang dholim . "

( Al Maidah 51 )

PENUTUP .

Usul dua puluh adalah tasawwur menyeluruh mengenai Islam yang perlu difahami oleh setiap Individu Muslim. Memahami Islam secara menyeluruh adalah suatu tuntutan yang mesti ditunaikan oleh setiap anggota gerakan Islam supaya mereka benar - benar mampu menggerakkan jentera Jamaah Islam tanpa mengalami kepincangan ketara samaada peribadi atau Jamai'e .

Sentuhan usul dua puluh .

-Kesyumulan Islam
-Sumber asasi bagi hukum - hukum Islam
-Hakikat iman
-Siasah Syari'yyah
-Masaalah khilafiah
-Perkara - perkara bidaah
-Martabat orang - orang soleh atau alim ulama'
-Bagaimana berinteraksi dengan quran dan sunnah
-Asas amal
-Memartabat ilmu dan fungsi aqal
-Isu kafir mengkafir .

Memahami secara mendalam usul dua puluh ini , akan merungkai kekusutan dalam Jamaah , menyelesaikan masaalah dan meredakan ketegangan .

Pengamatan.

Agar kita dapat membina kefahaman yang jelas dan shohih terhadap Islam Justeru ia asas yang paling penting dalam penglibatan kita dengan Jamaah Islam . Waspadalah dengan satu peringatan tegas dari tuhan Qadhi Rabbul Jalil .

Segolongan manusia mendapat petunjuk dan segolongan lagi lebih berhak menerima kesesatan .

( فـريـقـا هـدى و فـريـقـا حـق عـلـيـهم الـضـلالـة )

Manusia terbahagi kepada dua golongan :

Yang dapat Petunjuk

و الذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع الـمحسنيـن

“ Dan orang yang bermujahadah di jalan kami nescaya kami akan menunjukkan jalan - jalan kami dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang berbuat baik”

( Al Ankabut 69 )

Yang Sesat .

إنـهم اتـخذوا الشـياطيـن أولـيـاء من دون الله ويحسبون أنهم مهتدون

“ Sesungguhnya mereka mengambil syaitan - syaitan sebagai pemimpin selain Allah dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk”

( Al A’raf 30 )

Demi memastikan kita dapat mengenderai ‘ kefahaman ’ ini , secara objektif Al Imam Hassan Al Banna turut meletakkan matlamat yang ingin dicapai .
[1]

1. Pemulihan ( pembersihan) Jiwa ( اصلاح النفس)

2. Pembentukan rumahtangga muslim ( تكوين البيت المسلم )

3. Membimbing masyarakat ( ارشـاد المجتمع )

4. Menyeru pemerintah supaya melaksanakan syariat Allah dengan segala kebijaksanaan dan adab susila Islam . ( دعوة الحكومة لتطبيق شرع الله )

5. Daawah kearah kesatuan Islam . ( الدعوة إلى الوحدة الإسلامية )

[1] Lihat Fahmul Islam oleh Jumuah Amin Abd. Aziz .

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kadang-kadang saya musykil, layakkah kelompok Sister In Islam dipanggil muslim ( @ muslimat, dalam keadaan mereka terang-terangan menafikan HUKUM SYARAK yang qot'ie. Kalaulah ada khalifah @ daulah Islam, agaknya dah lama mereka ditangkap dan di kenakan "hudud".

Benarlah spt yang imam al Ghazali kata, pemerintah adalah penjaga agama. Kalau tiada "negara' , tiada lagi penjaganya.

3:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Semua masalah kena ada pemerintahan secara islam baru boleh settle dengan adil ,Man....bukan takat SIS aje.

12:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz...ana cuma ada sedikit persoalan mengenai hukum mengkafirkan sesebuah pertubuhan.Adakah ia dibolehkan kepada umat islam biasa seperti ana ataupun adakah hukum mengkafirkan sesuatu pertubuhan hanya dibenarkan kepada ulama' mujtahid.Ini kerana ana ada terdengar syarahan drpd seorang ustaz mengenai hukum mengkafirkan pertubuhan ini yang sebnarnya dibolehkan utk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil berdasarkan USUL 20 yang ana pelajari.Boleh ustaz terangkan?

11:20 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home