" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, October 31, 2007

Ucapan Tok Guru Nik Aziz di ECER
Tazkirah Mursyidul Am PAS
kepada Presiden Umno

Bismillahir Rahmanir Rahim "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."

(Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia dan isteri;

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang;
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Besar Terengganu;
Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor;
YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet;
Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen
Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;
Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;
Dif-Dif Kehormat;
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini. Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan.

Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.

Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.

Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.

Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tugas pemimpin laksana dasar Allah

Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat. Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat.

Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru.

Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.

Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi

"Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).

Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini.

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui. Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa.

Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian. Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.

Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas. Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar.

Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan. Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama.

Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan.

Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:

Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba .

Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.

Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit. Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi. Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.

Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak.

Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.

Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk. Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi. Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini.

Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.

Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.

Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz". Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan.

Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

"Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya."

(Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40).

Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan.

Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan.

Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian. Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama. Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu.

Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini. Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.

Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman.

Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.

Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.

Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam

Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan.

Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah.

Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.

Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan. Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa.

Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik. Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil.

Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini.

Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.

Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167).

Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran.

Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.

Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan

YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.

Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan. Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.

Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu

Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.

Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN)

Tuesday, October 30, 2007

ECER, NCER dn WPI :
perlu menjadi agenda untuk rakyat.

Perdana Menteri telah melancarkan ECER atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur baru-baru ini. ECER semestinya akan disambut hangat oleh semua rakyat Malaysia yang sememangnya mengimpikan sebuah negara maju dari segi ekonominya secara adil dan saksama.

Hampir keseluruhan rakyat marhain pasti akan tertanya-tanya objektif atau matlamat projek ekonomi yang meliputi daerah agak pendalaman sebegini, kaedah atau cara pembangunan yang akan dilakukan, kesudahan dan implikasinya kepada rakyat setempat.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) memandang serius hal perlaburan besar iaitu sebanyak RM 6 billion untuk suntikan awal bagi ECER.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tersebut akan disediakan melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9 kelak.

“(Peruntukan ini) sebagai menandakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan usaha membawa kemajuan di ECER agar setanding dengan perkembangan arus perdana,” katanya ketika melancarkan ECER peringkat Terengganu di Taman Awam Batu Burok di sini hari ini.

Beliau juga melancarkan ECER secara keseluruhan yang membabitkan kesemua negeri di Pantai Timur — Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang akan dibangunkan juga perlu dilaksanakan secara terancang dan direalisasikan segera. Seperti kenyataan Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, pembangunan universiti di sesebuah daerah akan merancakkan pembangunan infrastruktur di daerah berkenaan dengan beliau memberi Sintok (UUM) sebagai contoh.

DPPP menggesa agar kesemua projek pembangunan pendalaman perlu berorientasikan kestabilan awam, kemakmuran yang adil, pembangunan infrastruktur yang cukup serta aliran kewangan yang serata tanpa ada penyelewengan dan tapisan ‘orang tengah’.

Projek juga perlu dijadikan agenda UNTUK rakyat dan bukannya menjadikan rakyat sebagai agen untuk memasyhurkan negara dan kerajaan pusat semata-mata. Keadilan antara 3 projek utama ekonomi pendalaman ini iaitu WPI, NCER dan ECER perlu diselaraskan secara saksama dan berimpak tinggi sejajar dengan hasrat umum negara kita.

Bidang perlancongan dan industri yang diimpikan subur di pantai timur perlu dilihat faedah dan manfaatnya kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan, kemudahan awam kepada rakyat tempatan dan sebagainya.

Kemajuan ala pantai barat yang telah terbukti menghasilkan masyarakat yang rendah moral perlu dihindarkan.

Di dalam usaha kerajaan membina universiti di Kelantan, atas apa tujuan sekalipun, janganlah menjadikan usaha membina universiti sebagai gula-gula politik. Hal ini kerana universiti adalah suatu taman ilmu yang menjadi ankronim kebudayaan, tradisi tamadun negara dan kesepaduan keilmuan sesebuah negara.

Universiti bukan dihasilkan semata-mata untuk tuntutan industri dan kehendak pasaran sahaja tetapi perlu diperhalusi untuk menghasilkan produk yang laku dan berpotensi disamping membawa nilai akhlak dan nilai sahsiah yang tinggi.

Tuduhan liar yang mengatakan pelajar Kelantan tidak berpeluang meningkat ekonomi sendiri kerana ketiadaan universiti di Kelantan adalah suatu tuduhan yang tidak berasas. Terlalu ramai pelajar Kelantan di luar negara terutama Timur Tengah dan kebanjiran mereka di kampus Lembah Kelang juga tidak boleh dinafikan.

Justeru usaha ECER dan hasrat pembinaan Universiti di Kelantan perlu dikotakan secara jujur dan adil jika kerajaan ingin merealisasikan masyarakat yang membangun tanpa mengira daerah atau fahaman kerana ECER dan pembinaan universiti adalah HAK rakyat.

Haji Nasruddin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Monday, October 29, 2007

ISTANA ZAKARIA MD DEROS

Saya tertarik dengan kenyataan suatu sumber dari Pejabat Badan Pencegah Rasuah BPR ketika mengulas kes siasatan seorang pegawai kanan polis yang dilaporkan telah mengumpul kekayaan sebanyak RM27juta. Menurut akhbar NST semalam, pegawai tersebut berkata:

We want to know if it is possible for a police officer to accumulate RM10 million based on his income and years of service.

Kami mahu tahu adakah mungkin seorang pegawai polis boleh menghimpun sehingga RM10juta berdasarkan pendapatan dan tempoh perkhidmatannya.

Kalau begitu cubalah anak-anak Selangor khasnya tidak kiralah yang pernah mengundi BN atau pembangkang (terutama pengundi di Pelabuhan Kelang) memikirkan apakah Zakaria Md Deros seorang Ahli Dewan Undangan Negeri boleh mengumpulkan harta sehingga mampu membina ISTANA yang penuh kontroversi ini yang dipercayai menelan belanja lebih RM10 juta.

Akhbar THE STAR Jumaat lepas melaporkan yang Zakaria dengan bangganya membuka istananya kepada orang-ramai termasuk para pemberita baru-baru ini.Menurut laporan ISTANA ini mempunyai 16 bilik tidur dan 21 bilik air! Bilik tidur Zakaria menurut akhbar tersebut:

His master bedroom, which has a changing room and a jacuzzi, is bigger than a low cost house.

Bilik tidur utamanya, mempunyai bilik persalinan disamping jacuzzi, dan ianya lebih besar dari sebuah rumah kos rendah.

Saya yang tidak ada kena mengena dengan Zakaria ini pun berasa begitu sedih dan malu melihatkan seorang pemimpin Melayu Islam boleh dengan bangga tanpa sedikit pun rasa bersalah atau peduli pada masyarakat, memperagakan ISTANA nya disaat ramai rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, ramai rakyat sedang mengeluh akan kenaikkan kos hidup yang membebankan. Tetapi Zakaria boleh dengan megah membuka pintu ISTANA nya untuk ditonton oleh masyarakat.

Inikah jenis pemimpin yang kita mahu untuk terus memimpin kita? Elok sangatlah menjelang tamat tempuh Parlimen dan DUN penggal ke 11 ini kita semua mengkaji dan memikirkan perkara ini. Zakaria satu contoh hidup seorang pemimpin, wakil rakyat Umno/BN.

Kalau kita merasakan perkara ini sebagai biasa, tak mengapa, tidak menjejaskan maruah dan hidup kita teruskanlah memilih pemimpin yang seperti Zakaria ini, jika tidak ! bangun dan beranilah membuat perubahan apabila tiba masanya nanti

Roslan SMS

Kenyataan Media .

BAJU KALIS PELURU :
ALASAN LAPUK YANG TIADA PENYELESAIAN.

Malaysia digemparkan dengan kematian dua orang anggota polis yang meninggal dunia akibat ditembak pengedar dadah apabila kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa. Peristiwa hitam itu berlaku pada pukul 7.30 pagi 26 Oktober 2007 di sebuah rumah di kampong Seda Aman Sungai Buloh.

Tindakan berani ala mafia yang dilakukan oleh ‘pengganas’ itu dilakukan apabila menyedari hukuman gantung akan dikenakan ke atas mereka sebaik sahaja pihak polis cawangan narkotik itu berjaya mengumpul bukti di rumah mereka.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) merasa kesal apabila alasan lapuk diberikan oleh pihak kerajaan apabila isu baju kalis peluru diajukan. Ketua Polis Negara sendiri dalam komentarnya menyatakan peruntukan untuk baju kalis peluru jauh daripada mencukupi untuk PDRM menjalankan tugas rutin mereka.

Menjawab soalan pemberita, Musa menjelaskan, serbuan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang selalunya boleh melibatkan pelbagai unit dalam pasukan polis.

Ditanya kenapa anggota terbabit tidak memakai baju kalis peluru, beliau berkata, polis menghadapi masalah kekurangan baju kalis peluru ketika ini.

Tambah Musa, pada masa ini hanya anggota serta pegawai yang menjalankan tugas berbahaya sahaja dibekalkan baju itu.

Menurutnya, polis tidak mampu menyediakan baju kalis peluru bagi setiap pegawai dan anggota yang bertugas pada ketika ini kerana ia memerlukan belanja besar.

Musa berkata, polis bagaimanapun akan memohon kepada kerajaan untuk menambah jumlah baju kalis peluru bagi kegunaan pasukan itu terutama yang bertugas di bahagian rondaan.

“Kita akan memohon kepada kerajaan supaya pasukan polis dapat dibekalkan baju kalis peluru terutama untuk anggota yang menjalankan tugas-tugas berbahaya,” katanya.

Mengapakah perkataan AKAN masih dikeluarkan apabila sesuatu insiden telah berlaku. Isu seperti ini juga berlaku dalam kes helikopter Nuri yang mengorbankan beberapa tentera udara Malaysia . Seolah-olah kelihatan nyawa perajurit dan anggota keselamatan Negara menjadi ukuran bagi suatu perubahan dalam strategi dan teknologi keselamatan.

Bagaimanakah kerajaan mengawal aliran kewangannya dan meletakkan belanjawan KENA pada tempatnya kalau tidak pada agenda keselamatan.

DPPP juga kesal kerana salah laku anggota keselamatan di Batu Buruk sehingga kecederaan dua orang awam akibat penggunaan peluru hidup berlaku. Salah letak tugas anggota keselamatan, penyelewengan wang untuk penataran (upgrade) teknologi keselamatan dan rasuah adalah antara sebab malapetaka dan bencana berlaku hari demi hari dalam negara yang diakui ramai sebagai aman ini.

Isu kekurangan baju kalis peluru pernah dibangkitkan pada 2004 berikutan kejadian seorang koperal polis, Manja Manaf, 42, mati ditembak perompak di sebuah rumah di Taman Maharani, Jalan Haji Taib, Muar, Johor.

Sementara itu, ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di ibu negara, Musa yang diminta mengulas komen Perdana Menteri bahawa kejadian itu boleh dielakkan jika polis mengambil strategi yang lebih berkesan berkata:

“Itu komen Perdana Menteri, biarkanlah... Saya tak mahu masuk campur dalam hal-hal politik,” katanya.

Apakah peranan Pak Lah? Beliau hanya memberi komentar secara responsif, segala tindakan penguatkuasa atau anggota keselamatan negara hanya bergantung kepada ‘kemarahan’ dan ‘emosi’ pemimpin tertinggi.

Justeru penyelesaian kes berprofil tinggi seperti Altantuya hanya dihakimi sekadarnya bergantung kepada keseriusan eksekutif. Kes rogol-bunuh adik Nurul Huda di Gelang Patah, kes adik Nurin Jazlin dan kes dua anggota polis terbunuh ini pun hanya dilakukan dan akan diselesaikan segera apabila mendapat arahan tegas daripada pemimpin.

DPPP menggesa kerajaan meletakkan anggota keselamatan adil pada tempatnya, bukan sekadar menjadi alat politik terutama dalam menguatkuasakan akta ISA dan mengawal ceramah parti pembangkang.

Kerajaan juga harus mengutamakan bajet negara untuk penataran teknologi keselamatan negara kerana ianya adalah selari dengan tuntutan agama Islam.

DPPP menganggap retorik Islam Hadhari hanya suatu yang sia-sia jika usaha kecil seperti baju kalis peluru ini tidak diselesaikan sewajarnya.

Hj. Nasrudin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda DPPP

Sunday, October 28, 2007

KEBANGKITAN 10 NOV.

Satu Surat Terbuka buat
Semua Pemimpin Utama
Parti Islam Semalaysia PAS .
Menjelang Himpunan 10 Nov.

Count down ke Dataran Merdeka dan seterusnya ke Istana Negara dengan satu perarakan dan himpunan raksasa bertemakan warna dan sirna kuning kian mendesak dan bahangnya kian membara.

Dewan Pemuda PAS sebagai sayap parti , seawalnya telah memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan himpunan yang pastinya melakar sejarah baru Negara .

Himpunan 100 ribu rakyat , begitulah namanya atau disebut juga Himpunan 10 November bukan himpunan biasa sebagaimana rutinnya demontrasi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS selama ini. Tetapi himpunan ini adalah Himpunan Rakyat , bagi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat .

Kebangkitan rakyat sebenarnya jarang sekali berlaku dalam sesebuah Negara terutama Negara seperti Malaysia bahkan sukar sekali untuk membangkitkan mereka biarpun berhadapan dengan isu – isu yang menghimpit kehidupan mereka seperti kenaikan harga barang , harga tol , harga minyak , penyelewengan harta Negara , rasuah , jenayah dan sebagainya .

Kebangkitan rakyat sememangnya sangat tinggi nilai dan mahal harganya. Justeru kebangkitannya pasti membawa perubahan kepada landskap politik malah peradaban Negara .

Setelah Negara kita dirundung malang bertimpa , ekoran iklim politik Negara yang tidak menentu malah sering membawa bencana kepada rakyat ……

Setelah Negara kita dicengkam resah berdarah , ekoran jenayah kejam dan sadis mula dihitung statisticnya mengikut perkiraan minit dan jam dalam tempoh sehari …..

Setelah Negara kita dipalit maruah bercalar , ekoran rasuah yang berlaku dalam negara kini sedang memanjat tangga indek ke tahap tertinggi diperingkat antarabangsa …….

Setelah Negara kita dihimpit sedih bertindih , ekoran pencemaran akhlak dan keruntuhan nilai social dikalangan anggota masyarakat , terutamanya golongan muda – mudi yang terhoyong – haying dalam kebingitan muzik dan hiburan melampau …….

Negara kita memerlukan perubahan dan perubahan bermula dengan kebangkitan rakyat sementara kebangkitan itu pula mesti dipandu oleh pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa .

( Sekadar menyebut beberapa peristiwa kebangkitan besar yang pernah berlaku dalam Negara kita ……. )

Peristiwa Baling menyaksikan satu kebangkitan rakyat marhain , menuntut dan memperjuangkan hak mereka yang dinafi . Kebangkitan itu berjaya merubah landskap politik tanahair pada waktu itu dan ia dipimpin oleh Anwar Ibrahim ( Datuk seri ) .

Kebangkitan Gerakan Islam era 80'an yang turut membawa arus perubahan dalam pucuk pimpinan PAS dengan tema Kepimpinan Ulama'nya serta kembalinya seorang pejuang dan pemimpin agung Tuan Guru Hj. Abdul Hadi yang memimpin gerakan meredah kesesatan dan kebathilan secular , akhirnya merubah pemikiran rakyat sehingga UMNO sendiri pada hari ini mulai segan dan malu untuk mengatakan politik suku agama suku .

Kemenangan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) pada tahun 90' menawan negeri Kelantan daripada terus didominasi oleh UMNO dan Barisan Nasional juga memberi impak besar dalam perubahan pemikiran dan politik negara . Ianya menyerlahkan kepimpinan hebat Tuan guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peristiwa Reformasi 98' sekali lagi merubah iklim dan cuaca politik Negara dengan menyaksikan gandingan mantap al Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudiannya dilangsungkan dengan jayanya oleh al Marhum Ustaz Fadhil Noor setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara .

Kebangkitan 10 Nov. ini ( pasca millennium ) dijangka sekali lagi merubah peta dan garis politik tanahair , menuntut pemulihan demokrasi dan keadilan dalam pengendalian dan pentadbirannya.

Apa yang menarik Kebangkitan 10 Nov. ini menyaksikan 3 pemimpin besar sedang berada di persada politik Negara dan gelombang kebangkitan rakyat . Pemimpin yang saya maksudkan ialah al Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim .

Bayangkan Kebangkitan 10 Nov. yang bakal menghimpunkan 100 ribu rakyat dipimpin serentak secara bergandingan oleh 3 pemimpin besar itu , saya percaya sekali lagi Negara akan menyaksikan perubahan ketara berlaku .

Justeru itu , saya mewakili seluruh pemuda khasnya pemuda – pemuda PAS yang saya salah seorang dari pemimpin mereka merayu sungguh – sungguh agar 3 pemimpin besar ini akan memimpin gelombang kebangkitan rakyat dan berada di hadapan dalam himpunan di Dataran Merdeka dan Perarakan menuju Istana Negara .

Bahkan Saya mengharap seluruh pemimpin PAS yang terdiri dari pelbagai institusi parti bermula dengan Ahli Majlis Syura , AJK Kerja PAS Pusat , Exco Dewan Ulama' PAS Pusat , Exco Dewan Pemuda PAS Pusat , Exco Dewan Muslimat PAS Pusat , AJK Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri , Exco Dewan – Dewan di Peringkat Negeri dapat berada di saf hadapan himpunan dan perarakan bersejarah ini.

Malah saya menggesa seluruh petugas dan aktivis parti yang bermula dengan staff pejabat yang bertugas di pejabat agung dan pejabat perhubungan negeri – negeri hinggalah kepada ahli biasa yang masih berada di setiap lorong dan jalan kerana giat menampal poster dan mengedar risalah agar turun membanjiri Dataran Merdeka pada 10 Nov.

Jangan pandang saya yang mengeluarkan gesaan ini , kerana nanti kalian akan berkata siapalah dia nih !

Ya ! siapalah saya ?

Tetapi pandanglah kepada kebangkitan rakyat dan gelombang perubahan yang sedang berlaku sekarang , segalanya memerlukan pimpinan yang terancang dan terarah malah apa yang paling penting mereka mahu pimpinan pemimpin yang hebat , bertaqwa dan berwibawa seperti 3 pemimpin besar yang sebutkan tadi .

Kalau dilihat kepada kompenan kebangkitan ini , nescaya jelas ia mewakili rakyat terbanyak dan kuasanya sangat besar sementara saya hanyalah salah seorang dari mereka.

Akhirnya , saya harapkan himpunan ini berjaya dengan dipimpinan oleh 3 pemimpin besar kita .

Turunnya Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kelak , ianya bagaikan asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin meniup semangat perjuangan kepada kami , turunnya Tuan Guru Hj. Abdul Hadi pula , bagaikan Asy Syahid al Imam Hassan al Banna memimpin kebangkitan kami dan turunnya Dato' Seri Anwar Ibrahim bagaikan asy Syahid Abd Aziz Rantisi yang terus menyuntik ketabahan untuk kami melangsungkan perjuangan ini .

..... dan saya percaya 3 pemimpin yang sangat disayangi ummah ini pasti akan turun insyaallah , malah pemuda PAS sendiri telah bersedia dengan mengambil langkah – langkah wajar untuk turun ke perhimpunan tersebut bagaikan pemuda – pemuda Hamas yang kental semangat dan jiwanya .

Hamba yang dhoif
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi

Saturday, October 27, 2007

Demokrasi , Reformasi
atau Revolusi

Written by Herman Samsudeen

Demokrasi ialah suatu sistem berkerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Demokrasi

Perkataan demokrasi ini berasal dari Yunani 'demo' bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan 'krasi' bermaksud "memerintah", dengan kata hubung yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya.

Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi cara Islam pula mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan diri pemimpin. Kekayaan dibahagi samata rata, penindasan hatta terhadap haiwan dan alam sekitar juga tiada. Undang-undangnya juga berasaskan kepada al-quran, sunnah, ijmak, qias dan ijtihad pemimpin.

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa iaitu, eksekutif, perundangan dan kehakiman untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih wakil-wakil rakyat, yang dikelolakan secara bebas dan adil

Rakyat diberi hak mengundi

Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)

Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain

Kebebasan persatuan

Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik

Demokrasi Satu Pihak Di Malaysia

Demokrasi di Malaysia pula agak berbeza dengan apa yang kita biasa fahami. Dinegara ini demokrasi dierti dengan takrifan demokrasi satu pihak dan ditopengkan dengan metafora Demokrasi Berperlembagaan. Dan lembaga itu adalah Barisan Nasional (BN).

Doktrin pengasingan kuasa tidak wujud langsung dalam sistem demokrasi Malaysia. Ketua Negara juga adalah orang yang sama mengepalai badan eksekutif dan perundangan. Dalam badan kehakiman beliau menjadi penasihat malah dalam perlantikan Agung juga beliau mempunyai pengaruh untuk memberikan nasihat.

Penguasaan keseluruhan sistem kerajaan dibawah seorang individu bernama Perdana Menteri menjadikannya lebih berkuasa dari kepala Negara iaitu Yang DiPertuan Agong. Walaupun Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen yang meletakan YDPA sebagai orang yang tertinggi sekali pangkatnya, tetapi dalam segala urusan negara nasihat Perdana Menteri kepada YDPA adalah satu kemestian.

Secara tidak langsung, tanggungjawab berprotokol ini menjadikan Perdana Menteri sebagai mastermind dibalik sistem berkerajaan negara. YDPA hanya menjadi simbolik kepada arca pentadbiran negara.

Pilihanraya yang diadakan di Malaysia juga agak terpencil dari maksud dan tuntutan demokrasi sebenar kerana tidak semua rakyat berhak untuk menjadi calon dan tidak semua orang berhak mengundi.

Malah penguasaan Barisan Nasional yang sekian lama menjadikan mereka begitu berpengaruh dalam agensi Kerajaan. Dalam hal ini Suruhanjaya Pilihanraya diletakan sebagai badan tidak bebas, dirantai hidungnya untuk memenuhi segala fikiran pemimpin BN. Peraturan dipinda mengikut kesesuai pemimpin BN.

SPR tidak berhak membubarkan parlimen dan mengistiharkan pilihanraya kerana ia tertakluk dibawah kuasa Perdana Menteri yang mengepalai BN. SPR juga dikunci tangannya untuk membuat sebarang pembaharuan melainkan dengan izin Perdana Menteri. Perlantikan pengerusi dan jawatankuasa malah kakitangan SPR juga dibawah pengaruh Perdana Menteri.

Ini menjadikannya sebagai badan tidak bebas dan berat sebelah. Mereka dilacurkan atas nama demokrasi yang mana mereka perlu menyusun peta parlimen dan DUN mengikut potensi kemenangan pemimpin BN. Prestasi mereka bergantung pada bentuk arahan yang dikeluarkan.

Malah adakalanya ketidakcekapan berlaku hingga menyebabkan peti undi bocor dan kertas undi ditemui ditepian jalan. Pengundi hantu berleluasa, penggundi tempatan dipindahkan jauh dari wilayah asal dan macam-macam lagi.

Hak mengundi rakyat seperti satu permainan. Siapa yang nak berpolitik boleh daftar dengan SPR sebagai pengundi. Siapa yang tak nak tak apa. Seharusnya negara yang telah separuh abad merdeka ini mendaftarkan rakyatnya secara automatik selepas mereka genap 21 tahun tanpa perlu menunggu mereka datang mengadap pegawai SPR.

Data dari Jabatan Pendaftaran Negara boleh dipindah masuk kedalam database SPR dengan mudah dan para pengundi boleh terus memeriksanya tanpa perlu bersusah payah mengisi borang pendaftaran pengundi.

Demokrasi di Malaysia juga dilorongkan dengan pemikiran sempit pemimpin ditaktor BN yang tidak membenarkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berceramah. Surat Khabar dan media dikawal ketat dan tidak dibenarkan memprotes kerajaan secara terbuka. Segala kecurangan pemimpin BN menjadi Rahsia Besar Negara dan sesiapa yang membongkarnya boleh dikenakan OSA dan yang ingkar boleh diugut ISA.

Persatuan-persatuan dan organisasi politik juga tidak bebas kerana diugut dan pemimpin mereka sering di ISA kerana tidak sehaluan dengan BN. Mereka akan dituduh Cauvinis bila menuntut apa-apa yang mereka fikirkan patut bagi kaum mereka atau kumpulan mereka.

Suara mereka disempitkan dan media arus perdana tidak dibenarkan mengambil apa-apa ucapan atau gambar pemimpin yang disifatkan pembangkang untuk disiarkan dalam media mereka tanpa keizinan pemimpin BN.

Hanya berita-berita yang memburukkan pembangkang sahaja dibenarkan untuk disiarkan malah ada yang dituduh sebagai komunis dan perusuh akhir-akhir ini.

Dalam urusan undang-undang, tidak semua rakyat mendapat layanan yang sama. Sekumpulan manusia yang dikategorikan sebagai VVIP terlepas dari bebanan undang-undang negara. Bila mereka buat jenayah, maka orang yang melaporkan akan disiasat, bahan bukti yang yang diberikan akan disiasat, tetapi orang yang dituduh dibiarkan bebas.

Undang-undang juga gagal untuk menjaminkan kesejahteraan rakyat kerana badan eksekutif dan kehakiman yang tidak berkuasa sepenuhnya bagi melaksanakan undang-undang ini. Rakyat semakin takut dengan kadar jenayah yang naik mencanak-canak.

Tiap-tiap tahun ada sahaja rang undang-undang baru diluluskan tetapi negara semakin parah kerana tiada sebarang pelaksanaan yang serius. Undang-undang hanya terpakai bagi mereka-mereka yang mengancam atau tidak sehaluan dengan pemimpin BN.

Rakyat juga dihalang untuk mengetahui hak-hak mereka. Kempen kesdaran sivik yang dilakukan tidak merangkumi keseluruhan informasi yang wajar diketahui rakyat. Pegawai-pegawai Kerajaan BN naik tocang kerana rakyat tidak tahu hak mereka di Hospital, Hak mereka dalam lembaga hasil, hak mereka dibalai polis, hak mereka di semua jabatan-jabatan Kerajaan yang seharusnya membantu mereka dan bukannya menindas mereka.

Hak rakyat untuk mengundi pun tidak ramai yang tahu. Sistem persekolahan juga diseragamkan mengikut kepala otak pemimpin BN. Sekolah-sekolah yang kerap melahirkan pemimpin pembangkang ditutup dan tidak diberikan bantuan.

Jika kita ingin bicara soal kelemahan demokrasi satu pihak (Demokrasi untuk BN) memang banyak. Tiada apa yang tidak kurang kerana setiap yang wujud dan berlaku dinegara ini haruslah dirujuk kepada pemimpin BN. Tetapi bila rakyat merana, tiada rumah, tiada duit, tiada pendidikan, tiada makanan, tiada iman sekalipun, Kerajaan BN tak buat apa-apa.

Mereka malas nak dengar sebab mereka yakin, tiap kali pilihanraya mereka akan menang kerana Kerajaan itu milik mereka selamanya, SPR itu kuli mereka selamanya, badan eksekutif, perundangan dan kehakiman semua milik mereka.

Reformasi atau Revolusi

Mengenangkan semua kepayahan dalam demokrasi dalam negara pelbagai pandangan cuba di caknakan agar setiap detik keperitan rakyat dapat dikongsikan.

Negara pernah melalui gelombang reformasi, namun apa yang kita lihat ia hanya berlaku pada peringkat rakyat marhaien dan tidak terkesan sedikit pun kepada sistem berkerajaan. Mereka pula yang diREFORMASIKAN oleh kerajaan BN. Harga minyak naik, harga barangan naik, mereka dihalau dari rumah mereka kerana pembangunan, mereka ditembak kerana dituduh merusuh, mereka dizalimi tiap masa.

Kali ini, kita mahu satu reformasi yang lebih ke atas untuk Kerajaan. Kita mahu sistem tadbir negara diperbaiki dan setiap kakitangan awam berkerja dengan sendirinya untuk rakyat tanpa perlu merujuk kepada pemimpin BN. Kehadiran ahli politik di kebanyakan Kementerian begitu merimaskan organisasi kerajaan kerana mereka tidak buat apa-apa pun.

Segala kajian dan struktur tadbiran negara diuruskan oleh kakitangan awam dengan baik. Pemimpin politik hanya menyemak sahaja kerana mereka terlalu banyak karenah dan segala isi perut mereka perlu diisi dan rakyat terus kelaparan.

Seharusnya mereka menjadi model dan pakar dan dalam menguruskan tiap kementerian dan jabatan. Mereka disitu untuk bekerja bukan berpolitik. Bekerja untuk rakyat keseluruhannya bukan untuk kroni mereka sahaja.

Reformasi dalam sistem-sistem tadbir negara perlu dimulai dengan reformasi sistem demokrasi, dimana SPR haruslah menjadi badan bebas yang diuruskan oleh YDPA dan bukannya Kerajaan yang dipengaruhi oleh BN. SPR harus diberikan kuasa untuk memimpin proses demokrasi negara dengan lebih telus dan adil tanpa campurtangan mana-mana parti politik dan kuasa mutlaknya haruslah dibawah YDPA.

Setiap rakyat juga haruslah dibenarkan bertanding tanpa ada halangan, dan mereka juga boleh mengundi secara automatik setelah genap usia 21 tahu. Pasukan polis dan tentera serta BPR juga haruslah dikelolakan dibawah kuasa YDPA agar mereka tidak dipergunakan untuk kepentingan pemimpin BN.

Setiap wakil-wakil rakyat yang terpilih selepas pilihanraya tidak boleh terlibat dalam urusan perundangan dan eksekutif atau kehakiman dalam satu masa. Pengasing kuasa sebenar harus dilakukan bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan telus.

Seandainya reformasi ini gagal atau tidak dilaksanakan maka lama kelamaan rakyat akan beralih fikiran kepada revolusi. Mereka akan belajar dan memahami revolusi, mereka akan pelajari coup d'etat atau kudeta dan ini akan meributkan negara dan seluruh dunia.

Rakyat yang laparkan demokrasi tulen akan mencari jalan untuk menghilangkan kelaparan itu. mereka akan menyabung nyawa ditengah lautan kolonialisme moden negara dan mereka akan bangkit menyanggah tiap yang menghalang. Dengan tangan-tangan kudus dan kaki-kaki yang berdebu hangit, mereka akan membakar patung-patung agung pemerintah diktator.

Merah menyala dendam yang telah lama dipasungkan akan membakar istana-istana dan singahsana para kronisma aparat-aparat yang menzalimi mereka.

Hujan darah dan air mata akan membanjiri keramat perjuangan mereka. Waktu itu, akan bergelimpanganlah anak-anak pemusafir menuntut pembelaan dan akan terkesimalah pemimpin-pemimpin zalim ini dinisan-nisan batu yang terakhir untuk mereka.

Sebagai warga yang cintakan kedamaian, kita berdoa agar segala itu dijauhkan dari negara kita. Cukuplah dengan reformasi dan kembalikanlah kuasa YDPA pada tempatnya. Perkasakan sistem demokrasi agar negara dapat diurus diatas pundak rakyat dengan tenteram.

lawati laman web rasmi Himpunan Rakyat Aman Bersih di http://10nov.himpunan.info

* Herman Samsudeen
adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

KETELUSAN MEDIA
DAN
SIFAT GENTLEMEN BARAT

Akhbar Daily Mirror telah pun meminta maaf kepada YAB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan pernyataan palsu mereka berhubung isu terrorist di London. Dalam laporan 1 Mei 2007 Daily Mirror telah mengaitkan Presiden PAS sebagai salah satu anggota berbahaya Al Qaeda yang dikehendaki oleh pihak Britain . Lebih buruk lagi beliau dikatakan sedang di penjara di Guantanamo Bay .

Selepas diwakili oleh firma Carter Ruck di London, Presiden PAS berjaya mendapat ‘keadilan’ dalam undang-undang tort yang dikelaskan dalam akta ‘defamation’ (fitnah) dan Daily Mirror sanggup membayar setengah juta kepada pihak Presiden PAS walaupun isu bayaran masih dalam tahap perbincangan.

Pihak Pemuda PAS memandang serius hal ketelusan media dan sikap gentlemen yang ditonjolkan oleh rakyat dan mahkamah Britain yang suatu ketika dahulu pernah menjajah tanahair kita. Bagaimana pula sikap ‘anak didik’ British yang kini memegang kuat tampuk pemerintahan Negara? Adakah sikap gentlemen dan keadilan juga didokongi oleh mereka?

Menjelang pilihanraya kini kita melihat bagaimana sikap media tajaan kerajaan yang saban masa mencipta isu palsu menuduh, menfitnah pembangkang seperti kes Batu Buruk (bakar bendera) dan sebagaimnya. Kenyataan akhbar dan kenyataan umum pemimpin pembangkang diberi konotasi palsu dan salah sehingga kelihatan ruang demokrasi warisan British telah lebih buruk apabila pemimpin melayu sendiri yang mengotorinya.

Pemuda menilai isu ruang demokrasi dalam artikel 11 sewajarnya diletakkan pada pentas yang wajar, bukannya sekadar diguna untuk merosak ketenteraman awam melalui isu kebebasan agama. Artikel ini perlu dibahaskan dari segi ruang demokrasi media yang semakin mencengkam. Penghinaan yang dilakukan dalam media segera diperbetulkan apabila kesalahan ditegur, apabila senseviti sesetengah pihak tercalar. Inilah demokrasi dalam media.

Akan tetapi DPPP tetap menganggap bahawa kebebasan media jangan sehingga bebas menghina pihak lain, menulis kontroversi yang memudaratkan serta biadab. Jika prinsip kemanusiaan ini dipatuhi, PAS yakin keamanan sosial boleh tercapai.

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at-Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda DPPP.

Friday, October 26, 2007

HIMPUNAN 10 NOVEMBER :
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DAN
TOK GURU NIK AZIZ PERLU NYATAKAN KOMITMEN.

Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum tiba detik 10 November yang bakal menyaksikan berlangsungnya Himpunan Aman Rakyat Malaysia bagi menuntut Pilihanraya yang bersih dan adil.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada BERSIH dan Jawatankuasa Induk himpunan tersebut yang bekerja keras bagi menjayakan perhimpunan tersebut. Hingga sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bermesyuarat dan mengadakan pertemuan-pertemuan, disamping turun menjelajah ke seluruh negara untuk memobilisasi rakyat untuk turun berama-ramai pada hari tersebut.

Namun, selaku pemimpin parti di peringkat akar umbi, saya semacam merasakan bahawa keghairahan dan mood untuk turun ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut masih berada pada tahap yang rendah. Jangan sebut pada tahap ini untuk mengembeleng kehadiran rakyat terbanyak, sedangkan di kalangan ahli-ahli parti yang tegar sekalipun (baik PAS, PKR atau DAP) semangat untuk turun berhimpun pun masih tidak terasa. Inilah realiti yang berlaku di peringkat bawah.

Saya gusar kalau akhirnya perhimpunan ini, yang telah diwarwarkan sejak setahun yang lalu akan berdepan dengan kegagalan. Penanda arasnya adalah sebanyak mana rakyat yang berjaya kita kumpulkan.

Saya amat sedih bila bertemu dengan seorang pimpinan PAS di peringkat kawasan dimana bila saya mengajukan pertanyaan apakah persiapan yang telah dibuat oleh kawasannya untuk menggerakkan ahli-ahli PAS untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 10 November, dia dengan muka selamba mengatakan bahawa kita tidak perlu bersusah payah kerana himpunan tersebut adalah anjuran BERSIH, bukannya anjuran PAS!!

Mungkin bagi hamba Allah ini nilai dan ganjaran di sisi Allah untuk turun berdemo di Kuala Lumpur 11 November ini tidak sama dengan ganjaran apabila kita berhimpun mengutuk kekejaman Israel atau mengecam karikatur menghina Rasulullah. Saya yakin sentimen sebegini juga turut dikongsi oleh ramai ahli PAS diseluruh negara.

Antara faktor yang saya rasa menyumbang atas kelesuan ini adalah disebabkan hingga ke saat ini tidak ada kenyataan terbuka dari pimpinan tertinggi parti-parti alternatif bagi mereka menyatakan komitmen untuk turun mengetuai himpunan tersebut.

Sepanjang yang saya ingat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke saat ini tidak pernah memberi penegasan (dari mulutnya sendiri, bukan melalui orang lain) bahawa beliau akan mengepalai sendiri himpunan tersebut. Bahkan ada khabar-khabar angin yang menyatakan pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar tidak berada Malaysia kerana terbang ke Eropah dan Timur Tengah. Kalau perkhabaran ini tidak benar, silakan Datuk Seri untuk menafikannya secara terbuka.

Begitu juga dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga belum memberikan komitmen sedemikian untuk beliau sendiri turun ke Kuala Lumpur pada 11 November, jauh sekali dari mengarahkan ahli-ahli PAS seluruh negara untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Sebahagian besar ahli PAS menganggap kata-kata Datuk Nik Aziz sebagai keramat. Beliau adalah lambang semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara. Kalau Datuk Nik Aziz selaku seorang Tuan Guru, mengeluarkan satu kenyataan terbuka bahawa beliau akan mengepalai rakyat Kelantan ke Kuala Lumpur dan mengarahkan ahli-ahli PAS seluruh negara keluar beramai-ramai, maka saya yakin angka 100 ribu peserta amat mudah untuk dicapai.

Kalau Tok Guru Nik Aziz berkerusi roda sekalipun, kami Pemuda PAS akan menolak kerusi tersebut laksana Pemuda HAMAS menolak kerusi roda As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin bagi memimpin Intifadhah!

Saya juga hingga kini masih belum mendengar walau sepatah pun kata dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat untuk mengembelengkan para ulamak. Kalau Dewan Ulamak berterusan lesu begini, maka para ulamak wajar berasa malu dengan sami-sami Buddha di Myanmar yang mengepalai barisan hadapan dalam siri himpunan menentang junta tentera Myanmar hingga ada yang terkorban.

Bagi saya yang dhaif ini, seluruh pimpinan dan ahli PAS yang mendang remeh atau merasa diri terlalu 'mulia' untuk turun bersama kami dalam himpunan 10 November itu nanti, kalian wajar berasa berdosa. Kepimpinan PAS di seluruh peringkat telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan himpunan menuntut pilihanraya yang adil ini sewaktu usul berkaitan dengannya dibentangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu Muktamar PAS di Kota Bharu bulan Jun yang lepas. Apakah kalian telah lupa?

Jangan kita nanti tergolong di dalam kelompok yang dimurkai Allah kerana hanya pandai bercakap, tetapi tidak melaksanakannya. Ayuh kita turun beramai-ramai 10 November ini!!!

Yang benar,

ABDULLAH A. KARIM
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Merangkap
Ahli Jawatankuasa Mobilisasi Himpunan 10 November PAS Pusat.

Thursday, October 25, 2007

Adil Kepada Diri , Adil Jua Kepada Yang Lain .

Keadilan merupakan tuntutan yang bersifat prinsipal dalam sosial ummat manusia. Tiada siapa yang mahu diri mereka dizalimi , difitnah dan dicabul hak serta harga diri mereka. Apa pun keadaan , setiap individu insan mahu dirinya diadili seadil – adilnya.

Ironisnya , berbicara soal keadilan sering difahami oleh kebanyakkan bahawa ia membawa maksud keputusan dan penilaian yang baik dan positif . Namun mestilah diinsafi bahawa penilaian secara adil juga boleh membawa keputusan yang buruk dan negatif.

Memaksa sesuatu penilaian agar berakhir dengan keputusan yang positif di atas nama "keadilan" adalah suatu yang tidak adil .

Menilai secara adil terhadap seorang yang baik agama dan syakhsiyyahnya pastilah akan berakhir dengan nilaian yang baik dan positif ( itulah keadilannya ) , demikian pula menilai secara adil terhadap seorang yang buruk agama dan syakhsiyyahnya pastilah akan berakhir dengan nilaian yang buruk dan negatif ( itulah keadilannya ).

Sangat Tidak Adil .

Juga malang , terlalu ramai yang menuntut keadilan tetapi gagal dalam memberi keadilan kepada pihak yang lain. Fenomena ini meletakkan sebahagian dikalangan kita tidak berlaku adil sekalipun disaat mereka menuntut keadilan .

Kita sering meminta agar diri dinilai dengan adil oleh orang lain , tetapi kita sendiri tidak mampu berlaku adil terhadap orang lain . Malah kita bijak berhujjah agar orang berlaku adil terhadap kita serta menilai secara positif apa yang kita lakukan , sedang kita pula secara sedar dan sengaja meletakkan diri dalam suasana yang mengundang fitnah dan pra sangka buruk.

Firman Allah swt :

أتأمرون الناس بالبر و تنسون أنفسكم و أنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون

44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

( al Baqarah : 44 )

Sangat tidak adil apabila kita meminta orang menilai kita dengan adil tetapi kita sendiri hanya menilai orang lain termasuk pihak yang menilai diri kita dengan sebelah mata bahkan dipengaruhi pula oleh sentimen peribadi .

Demikian jua sangat tidak adil apabila kita berhujjah dengan pelbagai dalil dan nas agar orang menilai kita dengan seadilnya lalu memberi keputusan dan nilaian yang positif tetapi kita tidak berjaya meletakkan diri kita dalam satu kedudukan yang layak untuk diadili secara positif.

Apabila nilaian negatif dilemparkan , kita pantas menganggap kita tidak diadili dengan adil .

Fakta dan Andaian ( kemungkinan )

Dua perkara yang sering menjadi stigma dalam menilai . Malah kedua – duanya mempunyai pengaruh besar dalam membuat keputusan dan penilaian . Selain fakta , terlalu banyak perkara yang hanya dinilai serta diputuskan melalui "kemungkinan" dan kadangkala ianya diiktiraf .

Namun apa yang pasti , suatu yang dinilai dan diputuskan secara "kemungkinan" terdedah kepada pertikaian dan perdebatan yang panjang . ( sekalipun penilaian terhadapnya telah diputuskan.)

Kita mungkin tidak menghadapi banyak masaalah dan persoalan dalam perkara yang dinilai dan diputus berasaskan fakta yang kukuh dan sohih . Sebaliknya yang memberi kesan besar dalam sistem nilai apabila ia hanya berasaskan andaian atau kemungkinan .

Prinsip umum bagi proses nilaian adil dalam perkara yang berkait dengan andaian atau kemungkinan ialah sebagaimana yang diputuskan oleh syara' ( surah al Hujurat : 6 ) :

يا ايها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإٍ فتبينوا
أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Tabayyun ( penyelidikkan ) adalah suatu yang diwajibkan oleh syara' terhadap berita dan maklumat yang diperolehi dari manusia yang fasik iaitu manusia yang mengekali dosa dan sering menipu dalam perkhabaran dan penyebaran maklumatnya .

Sekalipun maklumat tersebut dilihat secara zahirnya benar , penyelidikkan ( tabayyun ) mesti dilakukan kerana status kredebiliti penyampai maklumat yang fasik sangat dipertikai oleh syara' . Setelah ianya didapati benar selepas tabayyun , barulah maklumat itu diangkat sebagai satu nilaian .

Sementara maklumat yang diperolehi dari manusia yang adil iaitu manusia yang soleh dan bertaqwa kepada Allah , ianya diizinkan oleh syara' untuk diterima meskipun maklumat tersebut masih mempunyai kebarangkalian tidak benar . Ini adalah kerana status kredebiliti penyampai maklumat sangat dipercayai .

Kredebiliti Pembekal Maklumat dan Kualiti Maklumat .

Maka isu di sini yang ingin saya ketengahkan selepas menyetuh mengenai sistem nilai ialah status kredebiliti penyampai dan pembekal maklumat sebelum ia memasuki makmal penilai .

Status kredebiliti penyampai atau pembekal maklumat menentukan gred fakta dan andaian dalam sistematika penilaian adil . Pun begitu , kualiti maklumat tetap menjadi asas utama penilaian sebagaimana yang diajar oleh Saidina Ali karramallahuwajhah :

أنظر إلى ما قال و لا تنظر إلى من قال .

Lihatlah kepada apa yang diucapkan dan jangan kamu lihat kepada siapa yang berucap.

( Konsep ini berasaskan sikap yang diambil oleh nabi saw yang membenarkan kelebihan dan keutamaan ayat kursi yang diajar oleh jin Ifrit kepada seorang sahabat Rha. )

Pembekal maklumat yang berkredebiliti dan maklumat yang berkualiti pula menjadi sendi kepada nilaian bahkan keputusan yang adil .

Thursday, October 11, 2007

Memaknai Hari Raya Aidil Fitri

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Dari Anas bin Malik ra berkata bahwasanya Rasulullah SAW datang ke Madinah sedangkan mereka (penduduk Madinah) memiliki dua hari untuk bermain dan bergembira ria. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Ada apakah dengan dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bermain dan bergembira ria pada masa jahiliyah di dua hari tersebut.’

Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Iedul Adha dan Iedul Fitri.’ (HR. Nasa’i)

MuqadimahSeiring dengan cepatnya waktu berlalu, ternyata tanpa terasa ramadhan begitu cepatnya berjalan meninggalkan kita. Padahal kita belum maksimal membaca Al-Qur’an, belum maksimal shalat malam, belum maksimal melaksanakan shiyam dan juga belum optimal untuk melaksanakan ibadah-ibadah lainnya.

Setetes air mata mengalir dari ujung mata, perasaan sedih bergemuruh dalam kalbu, Ya Allah, akankah Ramadhan tahun depan, kami masih dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan?

Dahulu para salafuna shaleh, air mata mereka meleleh membasahi pipi dan lihyah lantaran Ramadhan pergi meninggalkan mereka. Terkadang dari lisan mereka terucap sebuah doa, sebagai ungkapan kerinduan akan datangnya ramadhan dan ramadhan:

:اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

Ya Allah SWT, anugerahkanlah lagi kepada kami bulan Ramadhan, anugerahkanlah lagi kepada kami bulan Ramadhan, dan bulan Ramadhan, dan bulan Ramadhan…

Suasana seperti ini bahkan berlarut hingga muncul ‘keheningan’ yang demikian heningnya pada malam hari raya Iedul Fitri. Bahkan suasana seperti ini masih begitu terasa, minimal ketika penulis mengalaminya di Mesir, selama studi di sana. Betapa malam Iedul Fitri sangat sepi dan hening, seolah mereka meratapi kepergian ‘tamu istimewa’ mereka, yaitu bulan Ramadhan.

Tidak heran jika beberapa mahasiswa Indonesia yang pada malam tersebut sembab matanya, lantaran rindu dan teringat dengan suasana malam Iedul Fitri di tanah air, yang suasananya 180 derajat berbeda dengan suasana di Mesir.

Namun akankah kesedihan itu terus berlarut-larut, sementara ajal kita ditentukan oleh Allah SWT. Dan haruskan kita bersedih, sedangkan Iedul Fitri merupakan hari raya seluruh kaum muslimin, yang kita dianjurkan untuk bergembira pada hari tersebut?

Lantas, amalan apakah yang seharusnya kita laksanakan menjelang maupun pada saat Iedul Fitri. Berikut penulis kutipkan beberapa hadits mengenai Iedul Fitri, semoga ada manfaatnya bagi kita semua.

Makna Iedul Fitri Terdapat beberapa pendapat dalam memaknai Iedul Fitri, yang merupakan hari raya umat Islam di seluruh alam. Jika dilihat dari segi bahasanya, Iedul Fitri terdiri dari dua kata yaitu ( عيد ) dan ( فطر ). Dan masing-masing dari kata ini memiliki maknanya tersendiri :·

( عيد ) Ada yang mengatakan bahwa Ied berasal dari kata ( عاد - يعود ) yang berarti kembali. Namun ada juga yang menterjemahkan Ied ini sebagai hari raya, atau hari berbuka. Pendapat yang kedua ini menyandarkan pada hadits :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَاْلأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ (رواه ابن ماجه)

Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Idul Fitri adalah hari dimana kalian berbuka, dan Idul Adha adalah hari dimana kalian berkurban.” (HR. Ibnu Majah)·

( الفطر ) Ada yang menerjemahkan fitri dengan “berbuka” karena ia berasal dari kata ( أفطر ) yang memang secara bahasa artinya berbuka setelah berpuasa.

Namun disamping itu, ada juga yang menerjemahkan fitri dengan “fitrah”, yang berarti suci dan bersih. Pendapat kedua ini menyandarkan pendapatnya pada hadits Rasulullah SAW :

:قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلاَّ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ (رواه البخاري)

Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidaklah seorang anak dilahirkan, melainkan ia dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih/ suci). Orangtuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi (HR. Bukhari)

Dari maknanya secara harfiah ini, dapat disimpulkan adanya dua makna dalam menerjemahkan Iedul Fitri, yaitu :

1. Iedul Fitri diterjemahkan dengan kembali kepada fitrah atau kesucian, karena telah ditempa dengan ibadah sebulan penuh di bulan ramadhan. Dan karenanya ia mendapatkan ampunan dan maghfirah dari Allah SWT.

2. Iedul Fitri diterjemahkan dengan hari raya berbuka, dimana setelah sebulan penuh ia berpuasa, menjalan ibadah puasa karena Allah SWT, pada hari Idul Fitri ia berbuka dan tidak berpuasa sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT.

Penulis melihat bahwa kedua makna Iedul Fitri di atas adalah benar dan tepat. Dan kedua makna tersebut saling melengkapi dan tidak bertentangan sama sekali. Sehingga Iedul Fitri adalah hari raya umat Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT di mana insan dikembalikan pada fitrahnya dengan mendapatkan ampunan dari Allah SWT, sekaligus sebagai hari bergembiranya kaum muslimin dimana diperintahkan untuk makan dan minum (baca; berbuka) sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT.

Oleh karena itulah, terdapat doa yang sering dibacakan sesama kaum muslimin ketika berjabat tangan dan saling memaafkan, yaitu :

:جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ الْعَائِدِيْنَ الْفَائِزِيْنَ، وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita semua.[1]Hanya terkadang, masyarakat kita lebih suka “menyunat” doa di atas, sehingga yang diucapkan hanya kalimat, ‘Minal Aidin Wal Fa’izin” saja.

Bahkan lebih parah lagi ketika Minal Aidin Wal Faidzin ini diterjemahkan dengan mohon maaf lahir dan batin. Tetapi bisa kita maklumi karena keterbatasan masyarakat kita pada umumnya, asalkan masih dilandasi dengan niatan yang ikhlas hanya mengharap ridha Allah SWT, semoga tetap Allah catat sebagai amal ibadah di sisi-Nya.

Menghidupkan Iedul FitriBagi kita semua saat ini, bagaimana kita dapat menghidupkan Iedul Fitri, atau dengan kata lain memaknai Iedul Fitri sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dari beberapa riwayat, terdapat beberapa hal yang disunnahkan untuk dilakukan pada malam Ied atau pada hari raya Iedul Fitri. Diantaranya adalah :

1. Disunnahkan untuk Qiyamul Lail, pada malam hari raya Idul Fitri. Dalam sebuah riwayat digambarkan :

:عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ (رواه ابن ماجه)

Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melaksanakan qiyamullail pada dua malam Ied (Idul Fitri dan Adha), dengan ikhlas karena Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. (HR. Ibnu Majah).

2. Disunnahkan pada pagi hari raya Idul Fitri, untuk mandi, menggunakan minyak wangi dan berpakaian yang rapi. Dalam sebuah hadits diriwayatkan

:عَنِ الْفَاكِهِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ قَالَ وَكَانَ الْفَاكِهُ بْنُ سَعْدٍ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالْغُسْلِ فِي هَذِهِ اْلأَيَّامِ

Dari Fakih bin Sa’d bahwasanya Rasulullah SAW senantiasa mandi pada hari jum’at, hari Arafah, hari Idul Fitri dan hari Idul Adha. Dan Fakih (Perawi hadits ini) senantiasa memerintahkan keluarganya untuk mandi pada hari-hari tersebut. (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain juga digambarkan :

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى (رواه مالك)

Dari Nafi’, bahwasanya Abdullah bin Umar senantiasa mandi pada hari raya Idul Fitri, sebelum berangkat ke tempat shalat. (HR. Malik)

3. Mendatangi tempat-tempat dilaksanakannya shalat Ied. Dalam sebuah hadits diriwayatkan :

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُ بَنَاتَهُ وَنِسَاءَهُ أَنْ يَخْرُجْنَ فِي الْعِيدَيْنِ (رواه أحمد)

Dari Ibnu Abbas ra, bahwasanya Rasulullah SAW memerintahkan anak-anak wanitanya dan istri-istrinya untuk kelur (mendatangi tempat shalat Ied) pada hari raya Idul Fitri dan Idul Adha. (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain dijelaskan :

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ (رواه البخاري)

Dari Ummu Athiyah ra berkata, kami diperintahkan untuk mendatangi tempat shalat, bahkan perawan di pingitannya dan wanita yang haid diperintahkan untuk mendatangi tempat shalat Ied. Hanya mereka berposisi di belakang shaf kaum muslimin. Mereka bertakbir dengan takbir kaum muslimin, dan berdoa dengan doa kaum muslimin, dengan berharap keberkahan dan kesucian hari tersebut. (HR. Bukhari)

Mendatangi tempat dilaksanakannya shalat Ied dengan berjalan kaki [1] Dalam hal ini juga perlu diperhatikan situasi dan kondisinya. Jika tempat shalatnya cukup jauh dan justru menyulitkan dengan berjalan kaki, maka tidak boleh dipaksakan. Demikian juga dengan orang yang udzur dan sakit. dan memakan sesuatu sebelum berangkat melaksanakan shalat Ied.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan :

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ مِنْ السُّنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ (رواه الترمذي)

Dari Ali bin Abi Thalib ra berkata, termasuk sunnah jika kamu keluar mendatangi tempat shalat Ied dengan berjalan kaki dan memakan sesuatu sebelum pergi ke tempat shalat Ied.” (HR. Turmudzi)

4. Bertakbir mengagungkan Asma Allah SWT, dalam sebuah riwayat digambarkan :

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ (رواه البخاري)

Dari Ummu Athiyah ra berkata, kami diperintahkan untuk mendatangi tempat shalat, bahkan perawan di pingitannya dan wanita yang haid diperintahkan untuk mendatangi tempat shalat Ied. Hanya mereka berposisi di belakang shaf kaum muslimin. Mereka bertakbir dengan takbir kaum muslimin, dan berdoa dengan doa kaum muslimin, dengan berharap keberkahan dan kesucian hari tersebut. (HR. Bukhari)

5. Melalui jalan yang berbeda ketika berangkan dan pulang dari tempat dilaksanakannya shalat Ied. Dalam sebuah hadits diriwayatkan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ فِي طَرِيقٍ رَجَعَ فِي (رواه الترمذي)

Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah SAW apabila pergi (ke tempat shalat Ied) pada hari Ied melalui satu jalan, maka beliau kembali dari tempat tersebut melalui jalan yang berbeda.”

6. Saling bermaaf-maafan seraya mendoakan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita. Dalam sebuah hadits diriwayatkan :

عَنْ خَالِدٍ بْنِ مَعْدَانٍ قَالَ لَقَيْتُ وَاثِلَةَ بْنَ اْلأَسْقَعِ فِيْ يَوْمِ عِيْدٍ فَقُلْتُ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ نَعَمْ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ قَالَ وَاثِلَةٌ لَقَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَيْدٍ فَقُلْتُ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ قَالَ نَعَمْ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ (رواه البيهقي في الكبري)

Dari Khalid bin Ma’dan ra, berkata, Aku menemui Watsilah bin Al-Asqo’ pada hari Ied, lalu aku mengatakan, ‘Taqabbalallah Minna Wa Minka”. Lalu ia menjawab, ‘Iya, Taqabbalallah Minna Wa Minka,’. Kemudian Watsilah berkata, ‘Aku menemui Rasulullah SAW pada hari Ied lalu aku mengucapkan ‘Taqabbalallah Minna Wa Minka’, kemudian Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya, Taqabbalallah Minna Wa Minka’ (HR. Baihaqi Dalam Sunan Kubra).

7. Boleh mengadakan hiburan pada hari raya Ied, dalam sebuah riwayat digambarkan bahwa Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar yang pada waktu itu (Hari Ied) menghardik dua hamba sahaya perempuan yang mendendangkan syair di ruma Aisyah :

يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيْدًا وَإِنَّ الْيَوْمَ عِيْدُنَا

Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya, dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita.” (HR. Nasa’I)

___Catatan Kaki:[1] Namun yang perlu digaris bawahi adalah bahwa ungkapan atau doa ini bukan merupakan ‘hadits’ yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kecuali pada kalimat ( تقبل الله منا ومنكم ) masih terdapat riwayat, yaitu dari Khalid bin Ma’dan (seorang Tabi’in) ketika hari raya Ied menemui Watsilah bin Al-Asqo’, ia mengucapkan ( تقبل الله منا ومنك ) kemudian Watsilah menjawab ( نعم تقبل الله منا ومنك ).

Kemudian Watsilah berkata, Aku menemui Rasulullah SAW pada hari raya Ied, lalu aku mengatakan ‘Taqabbalallah Minna Wa Minka” kemudian Rasulullah SAW mejawab, ( نعم تقبل الله منا ومنك ) Ya Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita. (Sunan Baihaqi Al-Kubra, Juz III, hal 319).

Namun menurut Ibnu Hajar pada sanad hadits ini terdapat Muhammad bin Ibrahim Asyami, dan ia dha’if (lemah). Jadi hadits ini merupakan hadits dha’if.