" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, May 23, 2008

Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong cadangan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM )

“ Tukar Baju untuk Elak Gangguan Seks “

Cadangan dan gesaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) terhadap Kementerian Pelajaran agar menukar baju putih yang menjadi uniform pelajar sekolah sebelum ini kepada pakaian berwarna agar tidak menarik perhatian mata lelaki yang mengundang jenayah seksual adalah suatu yang sangat baik dan wajar .

Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan mungkar . ( Sadduz Zarai’ )

Peningkatan jenayah dan gangguan seksual dikalangan pelajar sekolah semakin parah dan membarah. Pihak Kementerian tidak sewajarnya memandang sebelah mata dan hanya mengeluh setiap kali kes baru membabitkan jenayah seksual pelajar sekolah dilaporkan. Islam telah menggariskan etika berpakaian dan imej penampilan bagi mengurang dan mengelakkan jenayah seksual ini berlaku secara berleluasa.

Menutup aurat dan berpakaian sopan serta sesuai agar tidak menampakkan bentuk tubuh dan bayang pakaian dalam , adalah suatu yang asas dalam Islam bagi menjamin ketenangan dan keselamatan kaum wanita itu sendiri .

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa apa yang telah dicadangkan oleh PKPIM itu bukan sahaja telah didahului oleh kajian dan penelitian terhadap kes yang berlaku tetapi juga mewakili keresahan dan kegelisahan ibubapa berkait dengan peningkatan kes cabul , zina ,salah laku dan rogol yang melibatkan pelajar sekolah .

Uniform Baju putih sememangnya perlu dinilai semula kerana kini menjadi trend oleh sebahagian pelajar perempuan mengenakan pakaian dalam berwarna dan menyerlahkan bayang pakaian dalam mereka dan ia menarik perhatian lelaki yang rosak akhlak, bahkan terdedah kepada risiko berlakunya jenayah seksual ke atas diri mereka. Perkara seperti tidak boleh dianggap remeh dan dipandang kecil kerana ia boleh mengundang musibah .

Pihak Kementerian Pelajaran digesa membuat kajian semula terhadap uniform pelajar sekolah dengan mengambil kira cadangan dan pandangan dari pelbagai pihak . Malah Dewan Pemuda PAS Pusat mencadangkan agar Kementerian merujuk kepada para mufti atau ulama’ untuk mendapatkan nasihat dalam perkara ini.

Bukan sahaja melibatkan soal pakaian tetapi sebaliknya Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar satu langkah berkesan diambil oleh pihak Kementerian secara menyeluruh bagi menangani peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual dikalangan pelajar sekolah.

Ianya pasti sahaja melibatkan soal pendidikan agama dan penghayatan serius terhadap amal Islami mesti diterapkan kepada pelajar sekolah disamping menyediakan persekitaran yang selamat dan aman dari anasir maksiat dan mungkar dikalangan pelajar .

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

Thursday, May 22, 2008

Kunjungan Hormat Dewan Pemuda PAS Pusat
ke Pejabat Jawatan Kuasa Peguam Muda
Majlis Peguam Malaysia .


Banyak isu yang disentuh dalam perbincangan ini yang berkisar soal keadilan dan pemulihan sistem kehakiman . Turut di bincang ialah bagaimana peranan Peguam Muda di Bar Council terutama dalam menangani isu - isu yang berkait dengan justice di peringkat kebangsaan .


Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS ke
Pejabat Persatuan Wartawan Melayu .



Rombongan kami di sambut oleh Dato' Yazid Othman selaku Presiden Persatuan Wartawan Melayu .

Lawatan Muhibbah dan Kunjung Hormat
Dewan Pemuda PAS ke Pejabat Dato' Seri Tuan Guru Presiden


Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengucapkan " selamat bertugas " kepada Dr. Syamsuri Ahmad selaku Setiausaha Politik Dato' Seri Tuan Guru Presiden yang baru memulakan tugasnya.

Wednesday, May 21, 2008


Percubaan Untuk Sabotaj PAS


Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .


Kalau saya melihat kepada panel yang diundang iaitu Hasan Askari dan Zaini Zainal Abidin sudah cukup memperlihatkan apakah wajah sebenar program tersebut .


Dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program tersebut dan sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab menggunakan pentas PAS untuk tujuan jahat tersebut dengan membawa masuk pengaruh dan idea syiah ke dalam PAS sedang PAS adalah perjuangan yang berasaskan Ahlis sunnah wal Jamaah.


Saya mengharapkan agar pimpinan PAS khasnya sahabat - sahabat pemuda dapat mengambil tindakan sebenar . Saudara Yb. Zaki , Ustaz Nik Abduh , Ustaz Ahmad Baihaqi dan saudara Zuraidin mungkin boleh beri perhatian dengan menyiasat betul duduknya kes atau isu ini kemudian dapat bertindak agar pengaruh syiah tidak dibawa masuk ke dalam PAS melalui mana - mana jua pintu .

Monday, May 19, 2008


Akhi ! Kita kena akui meskipun PASTI telah berada dalam kelasnya yang tersendiri , kita masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu di perbaiki dengan segera . Malah kita juga mesti bersedia untuk mendengar rungutan dan keluhan petugas PASTI yang berada di bawah . Kita mesti lakukan ini . Mesti ya Akhi !


Macam mana kita nak buat ni ? Memang kita sedar PASTI telah mendapat pengiktirafan dunia terutama bagi Gerakan Islam , tetapi kita mesti memastikan pengiktirafan itu tidak menjadikan kita leka . Bimbang kelak , " hanya khabar indah berbanding rupa "


Kami akui , tugas sebagai guru PASTI ini amat berat dan mencabar . Tetapi kami nekad untuk melakukan yang terbaik agar PASTI terus mengharumkan nama Jamaah kita di pentas perjuangannya. Tinggal lagi , kami juga sangat memerlukan bimbingan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak


Sebenarnya tugas guru PASTI yang mencabar ini sangat tidak sepadan dengan gaji atau imbuhan mereka terima , namun mereka ternyata gigih dan tabah menghadapi realiti ini. Justeru itu , Kita mesti menjaga kebajikan dan hak mereka agar tidak terabai . Mereka adalah aset kepada perjuangan suci yang kita dokong ini .


Muallimah sekelian ! Ayuh bangun , tugas kita masih banyak menanti dihadapan .Tanpa menunggu penghargaan dari sesiapa , kita kena selesaikan tanggungjawab ini dengan ikhlas dan hanya mengharapkan redha Ilahi .


SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA GURU PASTI DI SELURUH NEGARA

Sempena Tamrin Majlis Guru PASTI Pusat yang berlangsung selama 3 hari Pusat Rekreasi Balok , suka saya ucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik di PASTI .

Tentu sahaja pengorbanan mereka tidak terbalas dengan ungkapan mahupun material . Pengorbanan mereka hanya terbalas dengan segala kejayaan yang di tempa oleh anak - anak didik mereka pada suatu masa yang akan datang .

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan secara rasminya rasa berterima kasih kepada semua warga pendidik di PASTI dan betapa kami berbangga dengan apa yang telah kalian lakukan .

Ayuh ! teruskan perjuangan kalian .

Sunday, May 18, 2008

KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG
TIDAK SELARI DENGAN PANDANGAN FUQAHA’ ISLAM.

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Saya percaya ramai orang Islam yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang 7 Mei yang lalu yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Keputusan Mahkamah Syariah ini amat menarik kerana secara jelas Hakim yang membuat keputusan tersebut mendekati kes tersebut dengan pendekatan yang amat berbeza dengan pandangan para fuqaha’ Islam yang mengklasifikasikan perbuatan murtad sebagai satu jenayah ( jarimah ).

Meskipun para fuqaha’ Islam berbeza pandangan sama ada murtad boleh dikategorikan sebagai jenayah hudud atau ta’zir namun mereka tetap berpandangan murtad adalah satu jenayah. Memandangkan Hakim tersebut memutuskan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah keluar daripada agama Islam (murtad) keputusan tersebut boleh ditafsirkan bahawa wanita tersebut dan secara luasnya mana-mana orang Islam di Pulau Pinang mempunyai hak untuk keluar agama ( murtad ) dan Mahkamah Syariah atau Islam melindungi hak tersebut.

Keputusan tersebut membawa kesan yang amat besar dan mendalam . Ia boleh membuka ruang yang besar kepada orang Islam yang tidak begitu komited dengan agamanya untuk memohon kepada Mahkamah Syariah bagi menukar agamanya atas alasan ia tidak lagi berpegang atau beramal dengan ajaran Islam.

Dengan penuh hormat, saya berpandangan keputusan tersebut adalah tidak tepat dan silap. Kesilapannya bermula apabila Hakim tersebut tidak mendekati murtad sebagai satu jenayah sepertimana yang ditentukan oleh fuqaha’ Islam.

Apabila murtad dikategorikan sebagai satu jenayah tidak timbul seorang Islam itu mempunyai hak untuk membuat permohonan untuk murtad, Sebaliknya Negara yang bertanggungjawab membawa pesalah murtad ke Mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan murtad dan jika didapati bersalah si murtad tersebut boleh dihukum .

Bagaimanapun simurtad tidak boleh dihukum tanpa terlebih dahulu diberi peluang untuk bertaubat.Islam mempunyai sebab tersendiri menjadikan murtad sebagai satu kesalahan jenayah. Menjadikan murtad sebagai satu jenayah adalah selari dengan maqasid syariah yang meletakkan agama sebagai satu perkara asas yang amat perlu dilindungi.

Menjaga agama ( hifz al-deen ) bukan hanya melalui pensyariatan segala bentuk “ibadah ( solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ) dan juga jihad tetapi juga melalui pensyariatan hukum ke atas orang yang murtad.

Penjagaan agama ( al -deen ) diletakkan di tempat yang paling atas dari segi aulawiyatnya kemudiannya barulah diikuti oleh penjagaan nyawa ( al-nafs ), akal, keturunan ( nasab ) dan harta benda ( al-mal ).

Al-Qarafi meletakkan penjagaan air muka ( muruah ) sebagai tambahan daripada lima perkara tersebutBagi menjaga nyawa Islam mensyariatkan hukum qisas dan diyyah. Bagi menjaga aqal ada hukuman ke atas peminum arak.

Bagi menjaga keturunan Islam bukan sahaja menggalakkan perkahwinan tetapi juga mengenakan hukuman ke atas penzina dan bagi menjaga harta benda bukan sahaja zakat diwajibkan malahan pencuri juga boleh dihukum.

Bagi menjaga air muka ada hukuman ke atas jenayah qazaf. Jadi mengapa pula murtad dibiarkan bebas dan tidak perlu dihukum ?

Untuk berlaku adil kepada Hakim tersebut, beliau mungkin tersepit kerana tiada peruntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Pulau Pinang yang membolehkan murtad didakwa di Mahkamah Syariah di Pulau Pinang.

Enakmen yang sedia ada iaitu Enakmen Aturcara Mal 2004 pula membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah. Jika kita mengambil hujah ini bermakna yang silap bukanlah Hakim tetapi pihak Kerajaan yang menggubal undang-undang tersebut.

Bagi saya hakim tersebut tidak terlepas dari tanggungjawabnya untuk memastikan sebarang keputusannya selari dengan hukum Islam. Saya berpandangan hakim tersebut sepatutnya menggunakan kuasa sedia ada ( inherent power ) untuk mengisytiharkan Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah adalah satu undang-undang yang ultra vires ( bertentangan ) dengan undang-undang Islam yang sebenar.

Oleh itu, bagi saya, Hakim tersebut sepatutnya memutuskan bahawa berdasarkan hukum Islam beliau tidak ada bidang kuasa mendengar kes tersebut kerana undang-undang yang dirujuk oleh peguam wanita tersebut adalah ultra vires perundangan Islam yang sebenarnya. Malangnya peguam MAIPP mahupun peguam wanita tersebut tidak membantu Hakim dalam hal ini.

Seorang hakim Islam di Mahkamah Syariah berbeza dengan seorang hakim di Mahkamah sivil. Hakim Mahkamah sivil hanya memutuskan sesuatu perkara tanpa mengambil kira keputusan tersebut selari dengan Islam atau tidak. Sebaliknya hakim Mahkamah Syariah wajib memutuskan sesuatu perkara selaras dengan hukum Islam yang sebenarnya.

Suatu yang tidak begitu pasti mengapakah hakim tersebut tidak mengarahkan wanita tersebut bertaubat. Sepatutnya wanita tersebut sewajarnya diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk dikaunseling dan disuruh bertaubat. Jika ini boleh dibuat mungkin ‘aqidah wanita tersebut dapat diselamatkan.

Saya berharap Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan pihak MAIPP dapat membuat koreksi terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.

Friday, May 16, 2008

FIKRAH
24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL1429 m -15 MEI 2008

Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi:
Ulama pengasas PAS

Oleh MOHD FADLI GHANI

NAMA Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini,khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an.Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yaag berasal dari Hadhralmaut.

Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura.

Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana.

Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun..

Selepas itu. Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu , kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad din ,Pekan ,Pahang pada 1955.Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf ,singapura selain menjadi Ahli majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor.Pada 1936, beliau mengasakan Madrasah al –Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh road ,singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya ,ustaz Taha Suhaimi.

Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura ,Johor Bharu,Jawa ,Kelantan dan Pahang ;nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi Beliau yang mcndokong fahamanAhli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melóntarkan pemikiran-pcmikiran baru yang dianggap bertentangan dengan kaum tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.

Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidíah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.

Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta mcnterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta.

Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy –syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-syaikh muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya.

Dalam bidang politik,Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik.Antara murid yang terkenal di kelantan ialah ustaz wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.

Di Singapura, beliau juga terlibat dálam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno.

Dalam Pcrsidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sháikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini.

Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh per-sidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dakm meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965.

Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.

harakah...

Thursday, May 15, 2008

Dapatkan Khutbah terkini :
Memperingati 60 Tahun Nakbah di Palestin

Sunday, May 11, 2008

MENZIARAHI MAQAM MUJAHID AGONG
AL MARHUM TUAN GURU HJ. FADHIL MOHD NOOR


Pasca PRU 12 menyaksikan kemenangan besar buat PAKATAN RAKYAT . Memperolehi kuasa dan pengaruh di 5 buah negeri melalui mandat rakyat dalam pilihanraya adalah merupakan kemenangan bergaya dan bersejarah .

Biarpun ada pihak mengatakan bahawa kemenangan tersebut adalah factor undi protes dari masyarakat Tiong Hua dan India . Tetapi persoalan yang ingin saya timbulkan ialah factor tersebut tidak terlepas dari factor asas yang membawa perubahan drastic berskala tsunami ini berlaku .

Mereka sebenarnya boleh menterjemah protes tersebut dengan memilih untuk tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi .

Namun lihatlah bagaimana masyarakat Tiong Hua dan India boleh mengundi PAS dalam PRU 12 yang lalu setelah sekian lama mereka didoktrinasikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kononnya PAS adalah sebuah parti ekstrem , primitive dan sebagainya .

Kiranya mereka mengundi PKR , maka ianya tidaklah menjadi suatu yang menghairankan saya justeru PKR adalah sebuah parti yang pelbagai bangsa dan agama .

Walau ada kawan menyebut bahawa mereka menggunakan prinsip ABU ( iaitu Asal Bukan UMNO ) maka siapa juga yang bertanding menentang UMNO maka akan disokong oleh mereka , ia tidaklah semudah itu untuk mereka mengundi PAS .

Lebih menarik apabila ada calon India yang sanggup bertanding di atas tiket PAS . Ini adalah pengalaman serba baru bagi PAS dalam sejarahnya menyertai pilihanraya .

Apa yang ingin saya kemukakan di sini ialah bagaimana perubahan yang berlaku tidaklah tercetus secara spontan melainkan ianya melalui satu proses perjuangan yang panjang , gigih dan terancang oleh para pemimpin , pejuang dan aktivis parti .

Swing undi protes ini adalah bonus , sementara protes itu sendiri lahir dari maklumat yang sampai kepada mereka melalui saluran alternative. Kejayaan media altenatif memberi penjelasan mengenai penyelewengan dan salah laku kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini berselindung di sebalik OSA , ISA , AUKU dan sebagainya telah berjaya mencetus protes atau bantahan yang berkesan dari rakyat pelbagai kaum setelah sekian lama mereka menderita dan tertindas .

PAS sendiri bukan sahaja telah menggerakkan maklumat alternative sejak lama dulu tetapi juga membawa pelbagai pendekatan baru dengan slogan PAS For All untuk menembusi tembok perkauman melalui penubuhan kelab penyokong PAS dikalangan bukan muslim .

Pengaktifan Unit Amal dan Nisa’ sebagai badan beruniform berjaya turun dan larut di tengah masyarakat untuk menangani isu dan kebajikan mereka . Engagement PAS dengan pelbagai pihak seperti NGO , media , jabatan kerajaan mahu swasta telah membawa PAS lebih dekat dihati masyarakat . Ianya termasuklah juga usaha besar yang dilakukan oleh para ulama , veteran atau muda yang turun ke segenap surau dan masjid untuk menyampaikan risalah perjuangan tanpa henti .

Adunan segala tindakan dan pendekatan tersebut membawa PAS matang meredah zaman dan mampu menyerap tekanan serta Berjaya menarik sokongan dari pelbagai pihak .

Kemenangan hari ini mengingatkan saya kepada seorang yang saya anggap sebagai pencetus idea dan strategi bertindak sehinggalah kejayaan besar ini dilakar dengan bergaya . Individu yang maksudkan itu ialah seorang Mujahid Agong al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor.

BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN

Saya masih ingat nada tegas al MArhum Ustaz Fadhil Mohd Noor sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke 44 pada tahun 1988 yang lalu menggambarkan bahawa kemenangan Islam adalah suatu yang sangat mendesak untuk menyelamatkan ummah yang hanyut dalam arus material , hedonism dan ideology yang asing dari wahyu Ilahi .

Membentangkan kekejaman zionis antarabangsa hinggalah menyenaraikan kebobrokan kerajaan UMNO dan BN yang mengkhianati amanah dan mandate rakyat yang diperolehi melalui pilihanraya umum , al marhum menegaskan agar PAS serta seluruh jentera dan aktivisnya Bertekad Mencapai Kemenangan .
Mbr> MENYANGGAH SERANGAN MENJANA KEMENANGAN .

Masih dengan nada yang penuh bertenaga , menyemarakkan semangat ahli agar terus bangkit mendepani segala tahaddiyyat ( serangan ) yang merintang dipertengahan laluan perjuangan ini , al marhum sekali lagi menerusi ucapan dasar Muktamar tahunan PAS kali ke 47 pada tahun 2001 telah menggesa ulama’ menerajui kepimpinan gerakan ini untuk menyahut segala cabaran dan mendesak pemuda mengemudi sayap gerakan ini untuk membeli segala ancaman .

Menyanggah Serangan dan Menjana Kemenangan menjadi tema kepada gesaan dan desakan tersebut .

Hari ini sebahagian dari kemenangan itu dapat dirasai . Saya hanya mampu berkata , alangkah kalau al marhum masih ada untuk melihat kini Kedah telah jatuh ke tangan PAKATAN .

SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM
DI AKADEMI AR RASYIDIN


Alhamdulillah , Seminar Penghayatan Islam yang berlangsung hari ini di Akademi Ar Rasyidin telah hampir ke penghujungnya . Insyaallah ianya dijangka berakhir pada jam 5.00 petng ini.


Sekarang peserta sedang khusyuk mendengar penjelasan dan kupasan menarik mengenai uslub dakwah kepada golongan non muslim dan bagaimana pendekatan yang berkesan disamping menceritakan pengalamannya yang cukup berharga untuk dikongsi dengan semua peserta .


Sebelah paginya peserta telah didedahkan oleh al Fadhil Ustaz Farhan Abdullah mengenai Panduan Berdakwah di Malaysia .

ZIARAH DAN TAKZIAH
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


Rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis tiba ke perkarangan rumah mangsa bunuh ( Allahyarham Hatib bin Leman ) akibat salah faham di KualaPerlis .



Sayu hati kami melihat keadaan dan tahap kehidupan mereka sekeluarga . Sungguh malang apa yang berlaku . Semoga Allah memberi ketabahan buat keluarga ( isteri dan anak ) Allahyarham



Fazilah Muhammad, 31, isteri kepada Hatib Leman yang mati dibelasah sekumpulan lelaki


“Mereka mengheret suami saya keluar dari rumah ketika kami anak-beranak sedang asyik menonton televisyen dan memukulnya bertalu-talu sehingga dia tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia."

Fazilah berkata, suaminya dipukul selepas dituduh memanjat rumah jiran untuk mengintai dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sehari sebelum itu. Tapi, dakwaan itu tidak benar kerana suami saya berada di rumah bersama dia dan anak-anak pada masa dia dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Saya turut mendengar perbualan kumpulan lelaki yang memukulnya bahawa mereka tersalah orang.“Malah, budak perempuan yang dibawa untuk membuat pengecaman selepas kejadian itu juga mengaku Hatib bukan orangnya dan mengakui mereka sudah tersilap memukul suami saya,” katanya.

Fazilah yang tidak bekerja dan baru dua bulan menyewa rumah di situ hilang tempat bergantung dan sumber pendapatan untuk membesarkan lima anaknya berusia sebulan hingga 18 tahun berikutan kematian Hatib.

Kepada siapa yang ingin membantu meringan nasib mereka sekeluarga , bolehlah menghulurkan bantuan kepada Dewan Pemuda PAS Perlis atau terus ke Keluarga allahyarham di Kuala Perlis.

Perhatian buat semua sahabat

Kepada Sahabat - sahabat khasnya penceramah yang ingin mengulas isu Mahkamah Syariah dan Siti Fatimah Tan Abdullah yang dilaporkan oleh media bahawa beliau telah dibenarkan murtad dan disokong oleh seorang peguam melayu iaitu Ustaz Ahamad Jailani diharapkan terlebih dahulu mendengar wawancara Ustaz Ahmad Jailani dalam isu ini .

Wawancara tersebut boleh dicapai melalui link berikut :

Thursday, May 08, 2008


Tok Guru al Mursyidul Am PAS dan Yb. Ketua Pemuda PAS Pusat di Restoran Cheng Ho Milik Amy Search .


Amy dan isteri ( Norish ) sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci .

Negara rugi RM140 bilion
dalam tempoh dua bulan
- Salahuddin Ayub

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kejatuhan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) semenjak awal tahun ini sehingga mencecah kemerosotan melebihi 200 mata.

Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily berpendapat faktor utama kejatuhan saham di BSKL ini adalah berpunca daripada ketidakyakinan para pelabur ekoran kedudukan kerajaan yang tidak stabil selepas pilihan raya umum ke-12.

"Selain faktor kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga, isu yang lebih besar daripada itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli Umno terhadap kepemimpinan Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Menurutnya, semenjak 9 Mac lalu ahli-ahli Umno di pelbagai peringkat mengkritik secara terbuka kepemimpinan Abdullah malah sebahagian besar daripadanya mendesak supaya Presiden Umno itu berundur daripada jawatan Perdana Menteri yang sedang disandang.

"Pergolakan ini kemudian memberi kesan yang lebih teruk kepada keyakinan pelabur apabila dasar-dasar kerajaan BN yang tidak demokratik dikenakan ke atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

"Pada masa yang sama rakyat dan pelabur sudah berasa jelek dengan kegagalan kerajaan BN dalam mewujudkan integriti dan kebebasan apabila peningkatan indeks rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sudah menyamai peningkatan inflasi yang sedang melanda hari ini," katanya lagi.

Tegasnya,implikasi hal tersebut mengakibatkan indeks BSKL telah menerima kesan yang parah dan mula mengalami kejatuhan mendadak dan besar dalam tempoh yang singkat.

Januari lalu, BSKL mencatat 1,445 mata, tetapi telah merosot kepada 1,227 mata pada April lalu.

Para penganalisis saham mengatakan nilai bagi satu mata di BSKL mewakili kira-kira RM770 juta. "Ini bermakna, dalam tempoh dua bulan, negara telah kerugian besar sekitar RM140 bilion," ujarnya.

Pemuda PAS ujarnya, melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan BN cuba menyembunyikan fakta mengenai kejatuhan saham ini dengan menggunakan dana-dana awam yang dipaksa untuk menyuntik semula dana bagi memulihkan BSKL.

"Ketika negara mengalami kegawatan ekonomi pada 1998 dahulu, berbilion wang rakyat telah disalahgunakan untuk membail-out syarikat-syarikat kroni bagi mengelakkan mereka bankrap.

"Dan tidak mustahil jika dana-dana awam seperti KWSP, LUTH, KWSG, PNB dan sebagainya akan dipaksa untuk 'menjaga imej' BN dengan menyuntik berbilion wang ke BSKL," jelasnya lagi.

Tambahnya, Pemuda PAS tidak melihat cara yang paling efektif untuk memulihkan BSKL melainkan kerajaan BN mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.

"Abdullah mesti meletakkan jawatan dengan segera untuk membolehkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan berintegriti ditubuhkan bagi membina semula keyakinan rakyat dan pelabur," demikian ujarnya.

Dengan keyakinan ini, beliau percaya indeks BSKL dapat dipertingkatkan semula dan kerugian tersebut dapat diatasi dengan segera. - mks.

Wednesday, May 07, 2008

Notis :

Dapatkan Khutbah Jumaat ( 9 Mei 08' ) di :

CYCLONE TROPIKAL NARGIS
TANDA KUASA ILAHI.



Mengikut berita terkini CNN dan New Zealand radio , 22,000 maut dan 41,000 masih hilang akibat Ribut Taufan Nagis yang dashat yang melanda Burma. Ribut Nagis kategori 4 mengikut scale Saffir-Simpson telah menyebabkan kematian dan kerosakan. Kebanyakan kematian adalah akibat dari OMBAK LAUT secondary akibat dari kekuatan angin yang memutar air laut.

Ada kampung yang hancur terus dan kesan akibat ribut ini yang terburuk selepas Tsunami Aceh. Sudah pastI ramai yang mati di timpa pokok , bangunan dan lemas akibat dari ribut yang dashat ini. Makanan sudah mula berkurangan begitu juga air bersih. Penyakit berjangkit telah merebak.

Menjadi tugas Ummat Islam malaysia dan juga rakyat malaysia untuk sama sama menolong rakyat Burma mengurangkan penderitaan mereka atas nama kemanusiaan. Untuk pengetahuan anda , Burma mempunya jumlah penduduk yang ramai di kawasan Arakan dan kawasan yang teruk di landa lembah irrawady dan Yangoon bandar kedua besar di Burma

Kematian akibat Cyclone Tropikal Nargis pada hujung minggu telah membunuh lebih kurang22, 000 ( terkini) penduduk Burma. Beribu lagi masih hilang dan terdapat sebuah kampung yang hancur lebur akibat angin yang kuat. Kematian mungkin yang paling besar semenjak tsunami melanda Aceh pada Dec 2004.

TV Burma melaporkan 22000 maut dan 42000 masih hilang . Ribut taufan Nargis telah menghancurkan banguna di bandar dan menyapu bersih kampung padada hari Sabtu lalu.

Tuesday, May 06, 2008


KANAK - KANAK INI MEMAHAMI ERTI PERI KEMANUSIAAN . APAKAH TAHANAN ISA LEBH HINA DARI SEEKOR ANJING ? NAMPAKNYA BARISAN NASIONAL BELUM BELAJAR DARI KEKALAHAN MEREKA BARU - BARU INI .

BARISAN NASIONAL
TIDAK BERHATI PERUT !!


Sunday, May 04, 2008

TEGAKKAN KETUANAN ISLAM

Ironisnya situasi pasca PRU 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu Perpaduan Melayu . Kononnya melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis . Keputusan pilihanraya umum baru - baru ini dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini .

Kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang kini dikuasai oleh PAKATAN dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa melayu .

Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian , sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha UMNO dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU 12 tempoh lalu . Menyembunyikan kegagalan mereka ( sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka ) lalu menganggap melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta , gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan . Pada mereka apabila UMNO kalah maka melayu kalah . Walhal UMNO tidak lagi dilihat mewakili orang melayu sebaliknya perjuangan UMNO lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah .

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU 12 lalu dengan menjadikan isu Ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa melayu , saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi melayu . Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal melayu apalagi untuk bercakap soal ketuanan melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini , UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri .

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" UMNO menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya , generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

UMNO mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka , dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti melayu seperti Kedah , Perlis , Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

Samalah sebagaimana UMNO "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah UMNO terhadap bangsa melayu .

Bertambah parah apabila UMNO kelihatan nekad membantai dan membelasah orang melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

UMNO juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Tiada siapa yang dapat memaafkan UMNO apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang UMNO dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

Pemimpin UMNO mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa melayu terus melarat sehingga masih ada kampung melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

Bila UMNO menjaga melayu ? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya . Sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti melayu . Mereka dera Kelantan lebih 17 tahun hanya kerana semata - mata Kelantan menolak kepimpinan UMNO . Sedang mereka tidak peduli nasib orang melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura .

Melayu mana yang UMNO jaga ? Melayu mana yang UMNO peduli ?

Apalagi melayu yang tinggal pada UMNO melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu ummat Islam biarpun UMNO melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

Paling ringan "azab" yang bakal UMNO terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris . Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris . Bila UMNO pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda ?

Entahlah , saya naik jelak apabila UMNO cuba bercakap soal melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati . UMNO menikam melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal melayu .

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis UMNO ini tetapi tidak pada kali ini . Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas.

Pada saya UMNO hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk UMNO bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha , UMNO terlebih dahulu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal melayu .

KETUANAN ISLAM.

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .

Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain . Justeru itu , Ketuanan Islam wajar diperjuangkan . Islam selamat maka bangsa akan selamat .

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya , tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' ( dari Jabir bin Abdullah rha. ) Nabi saw. pernah bersabda :

يأيها الناس ألا إن ربكم واحد ألا إن أباكم واحد ألا لا فضل لعربي على أعجمي و لا لعجمي على عربي و لا لأسود على أحمر و لا أحمر على أسود إلا بالتقوى إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya : Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada ( kelebihan ) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada ( kelebihan ) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu .

Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama , Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal ( berinteraksi dan bekerjasama ) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan - tuhan mereka .

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah , perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang - kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita . Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka . Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India .

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya . Lantaran itu , Islam andai diberi peluang , mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat . Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam , sebagai contoh saya perlihatkan :

Pertama kenyataan Saidina Abu Bakar as - Siddiq pada hari baginda dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

إني وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق الأمانة و الكذب الخيانة القوي فيكم ضعيف عندي حتى آخذ حق منه و الضعيف فيكم قوي عندي حتى آخذ حق له

Sesungguhnya akhu dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu . Justeru itu , jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku . Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat . Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :

من آذى ذميا فقد آذاني

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam ( zimmi ) maka ia telah menyakiti diriku .

Saturday, May 03, 2008

MABRUK
BUAT SOHIBUS SAMAHAH
DR. ASRI ZAINAL ABIDIN
Mutaakhir ini saya dapati kenyataan dan pandangan Dr. Asri dalam pelbagai isu bukan sahaja menarik perhatian umum tetapi dilihat lebih berani dan tegas . Malah kenyataan atau tulisannya semakin jelas tanpa selindung dan berkias.

Kenyataan dan ulasan isu semasa diatas kapasitinya sebagai Mufti kerajaan negeri pasti sahaja besar nilai dan tinggi harganya kepada masyarakat khasnya ummat Islam .

Suatu yang membuatkan saya gembira ialah apabila muncul mufti yang berani bersuara sedang negara kita sejak sekian lama agak sepi dari kelantangan suara mufti sebagai sebuah institusi besar dalam hal ehwal Islam dan ummatnya.

Dr. Asri kini berada di posisinya yang tepat setelah ia bersuara dalam usaha menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran .

Saya masih ingat , beberapa ketika sebelum beliau menerima jawatan mufti dengan meninggalkan tugas asal beliau sebagai pensyarah di USM , beberapa kali saya cuba menasihati beliau agar tidak menerima jawatan mufti tersebut. Peringkat awal saya dapati beliau juga agak sukar untuk menerima jawatan tersebut namun akhir beliau tetap menerima jawatan tersebut dan mendapat sokongan yang agak kuat terutama dari warga ahkam.net .

Saya tidak bersetuju bukanlah kerana faktor peribadi tetapi bimbang beliau terperangkap dalam jawatan yang hanya membawa beliau menjadi ulama' upahan atau ulama' bisu yang jaamid .

Kebimbangan saya berasaskan realiti yang menimpa institusi agama dalam negara kita sejak sekian lama. Sungguh saya tidak mahu melihat sahabat saya seperti Dr. Asri turut terjebak dalam musibah tersebut .

Sepanjang penggal yang lalu dikala Dr. Asri menjawat jawatan mufti ini, memanglah meresahkan saya malah sebahagian daripada ummat Islam . Kehadhiran beliau , kenyataan dan tulisannya sering menimbulkan kontraversi . Bahkan saya beberapa kali turut memberi respon samaada tidak setuju atau sebaliknya terhadap kenyataan dan tulisan beliau .


Sikap cenderung kepada kerajaan membuatkan saya jauh hati dengan Dr. Asri yang satu ketika dulu pernah menjadi sahabat baik saya . Namun saya terus mendoakan beliau agar senantiasa mendapat bimbingan Ilahi.


Pertikaian dan perbezaan pendapat antara saya dengan beliau dalam beberapa isu hanyalah berasaskan perbahasan ilmi bukan pertelingkahan peribadi .


Perkembangan mutaakhir ini membuatkan saya gembira biarpun rasa bimbang masih menyelubungi diri kerana saya tidak pernah percaya kepada kerajaan yang namanya Barisan Nasional termasuklah seluruh institusi di bawahnya selagi Barisan Nasional tidak meletakkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan , kepimpinan dan pemerintahannya.


Sekali lagi saya ucapkan mabruk buat Dr. Asri agar terus konsisten dengan semangat beliau berasaskan ilmu untuk memperjuangkan yang hak sekali gus menentang kebathilan biarpun ia dipihak kerajaan yang memerintah .

Friday, May 02, 2008

RANCAKKAN TEMPO PERJUANGAN
Mengharungi cabaran dan meredah rintangan bukanlah suatu yang mudah bagi seorang pejuang . Terlalu banyak pengorbanan yang ditagih , tenaga yang dikerah , masa yang diperlu , harta yang dituntut dan tanggungjawab yang digalas .

Sikap bersahaja , sambil lewa , tidak prihatin , malas , lesu , tidak peduli , tidak ambil kisah , suka bertangguh dan banyak dalih adalah antara 1001 istilah yang tidak layak dimiliki oleh seorang pejuang.

Malangnya masih ada individu yang mahu dirinya bergelar pejuang tetapi tidak meletakkan dirinya pada landasan yang tepat dan tidak pula meningkatkan prestasi diri agar menepati piawaian seorang pejuang .

Lebih malang apabila ia turun ke medan juang tanpa sebarang persediaan dan tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan tanggungjawab atau amanah perjuangannya .

Fenomena ini hanya memulangkan fitnah kepada perjuangan suci dan menimbulkan salah faham yang berpanjangan terhadap kebenaran yang diperjuangkan.

Dewasa kini , fenomena yang saya maksudkan semakin merebak dalam jamaah yang kita dokong ini dan jika ia dibiarkan , pasti sahaja ia akan membarah .

Barah ini mampu melumpuhkan segala saraf dan urat tunjang jamaah kita dalam tempoh yang singkat . Bahkan membawa kemungkinan besar , bahawa jamaah yang dibina sekian lama berteraskan Amal Tarbawi tersasar dan keluar dari nilai dan identitinya sebagai sebuah jamaah atau Gerakan Islam yang tulen , waliyazubillah .

Justeru itu , janganlah dipandang remeh kebimbangan yang saya ketengahkan ini. Harapnya setiap anggota jamaah segera menyedari dan menginsafi perkara ini lantas mengambil langkah wajar dan berkesan untuk kembali merancakkan tempo perjuangan kita yang masih terlalu jauh dari destinasinya.

( Bermula dengan pemimpinnya dari semua peringkat , hinggalah kepada ahli biasa yang baru mengenali erti perjuangan . )

Hidupkanlah kembali semangat berjamaah ( yang jauh dari rasa ego diri dek teruja dengan pencapaian dalam pilihanraya umum ) dengan memelihara prinsip dan asasnya seperti syura , ukhuwwah , tadhiyyah ( pengorbanan ), komitmen terhadap aktiviti jamaei dan sebagainya.

Ceriakan kembali jamaah kita dengan tamrin , mukhayyam , usrah , liqa' fikri , muzakarah dan segala pengisian fikrah , aqidah serta ruhiyyah yang membangkitkan kesedaran dan meningkatkan penghayatan terhadap perjuangan yang didokong.

Janganlah biarkan jamaah ini mendekap telinga ditengah - tengah kebingitan slogan politik para politikus yang tidak berketentuan sehingga menjadikan jamaah ini bagaikan panik berhadapan dengan musuh tradisi yang tidak pernah tinggal diam merancang untuk memusnahkannya.

Saya percaya bahawa saat begini ( pasca PRU 12 ) tidak mudah untuk dihadapi oleh pimpinan terutama yang terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri . Tentu sahaja mereka sangat sibuk mengurus tugas dan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat . Memelihara dan mengisi kemenangan nyata jauh lebih sukar dari sebelumnya.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka agar mampu melaksana tugas dengan baik dan cemerlang sekaligus tidak melupakan jamaah yang sangat memerlukan sentuhan fizikal dan spiritual mereka sebagai pimpinan .

Saya melihat apa yang sedang dialui oleh para pejuang Islam hari ini adalah satu tempoh ujian yang tidak boleh dipandang ringan . Kegagalan dalam mengambil dan mengatasi ujian tersebut akan menyukarkan perjuangan ini untuk langkahannya yang berikut.

Pastikan kita tidak tewas menghadapi ujian ini . Berhati - hati dan berwaspadalah menghadapinya. Kita mungkin sudah biasa dengan ujian kalah dan susah maka kita tahu bagaimana menghadapinya malah kita telah berjaya melalui beberapa siri ujian kalah dan susah .

Sementara ujian menang dan senang , inilah buat pertama kali kita mengharunginya. Tidak dapat disembunyikan , ada yang teruja dengan menang dan senang sehingga membuatkan ia hampir lupa asal usul perjuangannya .

Terdapat jua mereka yang menghadapi ujian menang dan senang ini tanpa persediaan yang cukup lalu panik dan terpinga , bagaimana mahu menghadapi dan mengurusnya .

Saya cukup objektif dalam hal sepertinya . Nyata mereka perlukan masa untuk membiasakan diri dan memastikan mereka mampu mengatasi ujian tersebut. Mereka juga perlukan nasihat dan ingatan agar tidak terbuai dan terleka sehingga hampir mereka terlupa jalan ke pintu markas .

Apa yang paling membimbangkan semua pihak bahkan menimbulkan rasa resah dan gelisah dikalangan ahli jamaah yang ikhlas dan tekun berjuang ialah apabila ada dikalangan mereka yang sengaja tidak mahu dinasihati dan tidak boleh ditegur kerana berasa diri telah hebat dan berjaya.

Teguran dan nasihat dianggap ingin mengajar dan mencabar.

Andai masih ada sekelumit ikhlas dalam hati mereka , saya yakin mereka akan insaf dan sedar dari kesilapan mereka dan tidak mungkin mereka berpaling jauh dari tempo perjuangan suci ini.

Nampaknya saya dan seluruh ahli jamaah ini juga memerlukan masa untuk melihat jamaah kita terus rancak dengan para pejuangnya yang faham dan ikhlas serta tinggi pula semangat pengorbanannya.