" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, January 30, 2009

HAYATI DAN LAKSANA
5 PRINSIP
AMAL JAMAEI
dalam PAS .

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan PAS ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

Aqidah yang sohih ,
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh .
Dakwah yang benar
Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .

Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .

Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !

Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .

Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .

Thursday, January 29, 2009

SYAHID KEBANGGAAN KAMI

Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .

Ketika ditanya mengenai situais getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .

" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .

Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .

Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .

Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .

Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?

Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .

Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .

Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .

Kita ni , sebahagiannya hanya kerana JQAF . Tergamak mereka mengelak diri dari seruan jihad untuk mengaktifkan amal Islami , berdakwah dan memimpin ummah untuk berjuang membebaskan mereka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini .

Bukanlah semua , tapi jumlah mereka ramai .

Tidak tahulah , bagaimana kalau kita ditaqdir duduk di tempat ummat Palastine ? atau apa yang berlaku di Palastine berlaku pula di negara kita ? waliyazubillah .

Patutlah hari ini ramai yang leka dan lalai , hanyut dalam arus hedonisme dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semuanya kerana kegagalan mereka mendekatkan diri kepada Islam dan kegagalan Muslim memperjuangkan Islam agar ia tegak dan hampir kepada masyarakat .

Marilah kita bangkit bersama dengan sebuah keinsafan atas kelalaian kita yang lalu .

BEN JAMIN NETANYAHU @ MENATANG YAHUD

Benjamin Netanyahu sekali lagi bertanding untuk merebut takhta tertinggi kerajaan haram Israel A'laihi Laknatullah . Lebih angkuh dan sadis apabila Benjamin Netanyahu turun berkempen dengan manifestonya yang berasaskan prinsip perluasan sempadan penempatan Yahudi di Israel .

Benjamin juga tidak akan menghiraukan gesaan Amerika pimpinan Barack Obama agar kembali ke meja rundingan dan menamatkan persengketaan dengan penduduk Palestine .

Saya melihat ini adalah wayang terbesar abad ini lakonan Israel dan Amerika yang bukan sahaja telah mendera jasad ummat Islam Palestine bahkan pula mahu terus membuli perasaan mereka termasuklah ummat Islam di seluruh dunia .

Sejak 1948 , Yahudi yang dilihat bertapak kukuh di Palestine berjaya menguasai White House sehingga kini dengan pengaruh lobinya yang bertaraf antarbangsa . Malah kini antara penasihat Barack Obama juga terdiri daripada Yahudi .

Sejurus Obama diumumkan menang , beliau secara drastiknya telah membuat tawaran kepada Rahm Emanuel, seorang ahli kongres Demokrat berketurunan yahudi untuk menjadi ketua staff di “White House” (Rumah Putih). Rahm Emenuel adalah seorang ahli Komuniti Yahudi Ortodox Chicago dan fasih berbahasa Hebrew.

Bapanya pernah terlibat dalam perang menakluki palestin sejak belum perang tahun 1948 lagi. Ia jelas menunjukkan pengaruh yahudi yang bakal mencengkam pentadbiran Obama. Ditambah pula dengan bertambahnya ahli kongres yahudi kepada 45 orang di dalam dewan perwakilan dan senat, pengaruh yahudi sememangnya tidak dapat dielakkan.

Sehari dua ini pula Obama hanya memujuk ummat Islam agar berlembut demi membina hubungan baru antara Amerika dan Dunia Islam . Beliau berkata , jika Iran berlembut , HAMAS berlembut maka hubungan Islam dengan Amerika dapat dipulihkan . Amerika bukan Musuh Islam katanya .

Persoalannya kenapa hanya ummat Islam mesti berlembut . Bagaimana dengan Yahudi dan kenyataan angkuh Benjamin Menatang Yahud itu ?

Sedang ummat Islam entah berapa lama berlembut dan bersabar . Segalanya bermula dari dasar luar Amerika yang zalim dan menindas serta melindungi pengganas Yahudi .

Wednesday, January 28, 2009

PEMUTIHAN INTIMA' [ Penglibatan ]
Parti Islam SeMalaysia ( PAS )

Polemik dan krisis boleh berlaku samaada melibatkan ahli mahupun pimpinan parti . Apa boleh buat , sudah menjadi mehnah yang mesti ditempuh dengan sabar dan tenang oleh semua anggota . Jika tidak , keadaan mungkin sukar dikawal dan masaalah kian membarah .

Kita mungkin tidak terlepas dari keterpaksaan merentasi zon polemik atau krisis tersebut . Maka terpulanglah kepada kita , bagaimana kita menanganinya. Tersilap langkah pastinya mengundang padah . Parti akan bertambah kusut dan anggota semakin susut . Samaada susut pada penyertaannya atau susut pada nilai dan kualitinya .

Justeru itu , parti dan seluruh anggota tanpa mengira di mana posisinya mestilah memiliki kekuatan malah keperkasaan diri dan sanubari , menghadapi detik - detik sukar atau gawat yang mengancam kestabilan parti dan kepimpinannya .

Saya melihat sebahagian dari keperkasaan dan kekuatan itu ialah persoalan INTIMA' . Persoalan yang melibatkan penyertaan dan keterikatan kita bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam .

Ertinya , jika luntur nilai intima' dan salah pula prinsip intima'nya maka hilanglah asas keperkasaan dan kekuatan diri . Akhirnya membuatkan kita gagal menghadapi ancaman , gagal mengatasi halangan dan gagal juga menyerap tekanan .

Intima' yang salah dan tidak menepati piawaian sebuah Gerakan Islam mendedahkan anggota parti samaada ahli atau pimpinan terus terperangkap dalam laluan yang salah malah membawa akibat yang buruk buat masa depan perjuangan .

Semua orang boleh mengaku dirinya adalah anggota Gerakan Islam tetapi tidak semua yang mengaku itu mampu melepasi garisan hitam yang sering melingkari parti dan menjadi ibtila' kepada para pejuangnya . Lantaran Intima' yang salah bermakna tiada keupayaan untuk bertahan menghadapi krisis dan polemik sebaliknya semakin menyumbang ke arah situasi yang lebih tenat .

Masaalah kecil yang sepatutnya boleh selesai dengan berlapang dada dan semangat muzakarah [ berbincang ] , menjadi besar dan sukar dikawal gara - gara Intima' yang salah .

Sedikit salah faham boleh berakhir dengan permusuhan dan sedikit kesilapan boleh mencetus sengketa semata - mata kerana anggota parti salah Intima' .

INTIMA yang salah

Antara Intima' yang salah dan akhirnya menghela ke arah rapuh dan reputnya dahan berpaut atau retak dan pecahnya lantai berpijak ialah :

Intima' Maslahi [ Penglibatan kerana tujuan dan kepentingan tertentu ]

Intima' dan penglibatan seperti ini sememangnya rapuh justeru ia berasaskan kepentingan tertentu yang ingin dicapai dengan menyertai PAS . Maksudnya PAS hanya menjadi batu loncatan untuk mengapai sesuatu tujuan bersifat peribadi . Lebih parah apabila kepentingan yang dicari telah hilang atau gagal dicapai , nescaya ia akan meninggalkan jamaah dan perjuangannya . Inilah pencetus kepada gejala keluar parti atau merajuk lalu menghilangkan diri dari pentas perjuangan .

Intima' Syakhsi [ Penglibatan berasaskan suka atau minat kepada individu tertentu ]

Intima' dan penglibatan seperti ini jelas mudah terlerai atau tidak kejap kerana komitmennya bergantung kepada individu tertentu . Jika individu tersebut meninggalkan jamaah dan perjuangan nescaya ia juga akan turut meninggalkan jamaah dan perjuangan ini . Kes ini banyak kali berlaku dalam PAS . Apabila ia keluar meninggalkan PAS maka ramai juga yang turut keluar mengikut jejak individu terbabit .

Demikian antara contoh Intima' yang salah malah tidak jelas , yang pasti sahaja menjejaskan prestasi keiltizamannya bersama aktiviti amal Islami yang dianjur oleh parti . Dalam perspektif yang lain pula , kita melihat isu Intima' ini berkait rapat dengan soal hati atau keikhlasan kita menyertai perjuangan ini .

Adapun Intima' yang dikehendaki oleh syara' dan mampu pula meletakkan kita iltizam dan istiqamah ialah Intima' al Aqidi .

Iaitu intima' atau penglibatan yang bertunjangkan aqidah yang sohih dan keyakinan yang mendalam berdasarkan petunjuk Allah swt .

Mereka yang berintima' dengan intima' al Aqidi adalah mereka yang pastinya thabat mendepani apa jua cabaran yang mendatang . Sekali - kali tidak meninggalkan perjuangan biar apa yang menghambat . Tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan perjuangannya .

Ringkasnya sebagai muhasabah , setiap anggota [ ahli atau pimpinan ] wajar merenung sejenak persoalan intima' ini . Lakukan pemutihan agar kita tidak terjebak dalam intima' yang kotor dan salah .


Tuesday, January 27, 2009

KEM GUANTANAMO DITUTUP
KEMTA BILA NAK TUTUP ?

Sejurus ditabal menjadi Presiden Amerika ke 44 , Barack Obama telah menandatangani surat perintah agar Kem Guantanamo ditutup menepati slogan kempennya menuju puncak takhta kerajaan Amerika .

Sebuah kem yang penuh dengan rekod kejam dan zalim sebagai pusat tahanan dan penyeksaan manusia tanpa bicara . Hanya demi kepentingan kuasa dan pengaruh Amerika Syarikat .

Ia ditutup kerana bercanggah dengan hak asasi . Ia ditutup kerana bercanggah dengan nilai demokrasi . Ia ditutup kerana ia menafikan hak tertuduh membela diri dan sebagainya yang menjadi wirid Obama sepanjang musim kempennya tempoh lalu . Kini dilaksanakan .

Persoalan yang timbul ialah , bagaimana pula kedudukan Kem Tahanan Kemunting [ KEMTA ] ?

Bukan UMNO dan BN juga pengamal demokrasi sebagaimana di dakwa oleh pemimpin mereka sejak dulu ?

Bukankah UMNO dan BN adalah pemuja Amerika malah akur kepada Amerika ? bukti terbaru , kerajaan Malaysia melalui media rasminya membuat liputan gilang gemilang hari penabalan Barrack Obama sebagai Presiden Amerika ke 44 . Menampilkan pengulas yang habis - habisan memuji dan menaruh harapan baru kepada Obama .

Bukankah KEMTA itu saling tidak tumpah Kem Guantanamo dari segi menafikan hak mempertahankan diri oleh tertuduh dan menahan orang tanpa bicara malah penuh dengan siri penderaan dan penyiksaan .

Apa beza KEMTA dengan Kem Guantanamo kecualai lokasi dan namanya sahaja yang berbeza . Tetapi sama dari segi tidak berperikemanusiaan dan menafikan hak asasi .

Atau UMNO dan BN tidak pernah insaf terhadap penolakan rakyat akan kepimpinan mereka kerana masih mempertahankan undang - undang primitif dan barbarian ini ?

Atau UMNO dan BN hanya masih menunggu rakyat benar - benar mengajar mereka dalam pilihanraya umum akan datang dengan pukulan TKO ?

Jenayah dan kezaliman UMNO dan BN sebenarnya tidak terhenti setakat ISA sahaja , bahkan rasuah masih belum selesai , penyelewengan melibatkan harta kerajaan dan rakyat dalam pengurusan pengagihan saham , pembelian eurocopter dsbnya , isu altantunya belum berkeputusan , terbaru kematian tahanan dalam lokap dan banyak lagi . Malas dah nak riwayatkan benda yang sama dan semua orang kampung sudah tahu betapa hanyir dan hancing UMNO dan BN .

Saya menyeru agar rakyat bangkitlah beramai - ramai menentang UMNO dan BN yang kian senja usianya . Apalagi sandaran yang boleh dibuat untuk UMNO dan BN yang masih degil dan enggan insaf atas kesalahan lalu .

Hari ini kita dapat lihat , selepas kekalahan berturut - turut UMNO dan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu , UMNO dan BN masih seenaknya menggunakan media bertubi - tubi menghentam PAKATAN tanpa memberi ruang yang sama kepada PAKATAN menjawab .

Sedang fenomena inilah yang menyebabkan rakyat muak dan meluat . Tapi bila UMNO dan BN mahu belajar . Tengok baru ni , semakin kuat mereka hentam Perak , seorang ADUN BN masuk PAKATAN . Khabarnya masih ada 3 lagi ADUN yang akan berhijrah .

Sepatutnya , kalau benar liputan media dan benar pula apa yang UMNO dan BN kata pada PAKATAN khasnya di Perak tentunya UMNO dan BN kian kukuh bukan kian roboh . Tapi sekarang apa sudah jadi .

Saya percaya lagi kuat dan keterlaluan UMNO dan BN guna media , lagi ramai orang muak dan meluat lalu meninggalkan UMNO dan BN . Tak percaya ? tengok lah ......

Monday, January 26, 2009

SYABAS AHMAD NASIR

Ahmad Nasir Darus seorang Pelajar Madrasah Ad Diniah Al Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh Kelantan kini menjadi wira kerana tegas mempertahankan sunnah amalan Rasulullah saw.

Beliau dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 90 atau penjara 2 hari oleh Majistret Tengku Amalin Aisyah Putri kerana "kesalahan" memakai serban sewaktu memandu motosikal .

Sungguh jahil Majistret sebagaimana jahilnya polis yang menyaman . Tetapi nyata akhi Ahmad Nasir tidak tunduk kepada undang - undang sarang labah - labah ciptaan UMNO dan BN itu .

Beliau memilih untuk merengkok dalam penjara biarpun saya percaya beliau mampu membayar denda hanya sekadar RM 90 . Meski pun penjara jua hanya sekadar 2 hari tetapi cukup sebagai simbolik penentangannya terhadap peraturan dan hukum jahiliyyah modern tersebut .

Saya bangga dengan sikap dan tindakan Akhi Ahmad Nasir dan rakan - rakannya dari Pondok Pasir Tumboh yang pastinya tidak tergugat hanya dengan berdepan peraturan atau undang - undang jahiliyyah yang jelas anti sunnah .

Melihat gambar yang dilakar oleh drnots di atas jelas menceritakan kebingungan sebuah peraturan ciptaan manusia serta penganutnya yang sengal dan bingal .

Syabas Ahmad Nasir . Semoga berjaya dan teruskan perjuangan dari saya .

Sunday, January 25, 2009

MELAKA PERLU CIPTA SEJARAH

Semalam saya diundang untuk memberi pengisian sempena majlis Tafaqquh Fiddin di PASTI Kampung Kesang Tua Jasin Melaka . [ Tidak jauh dari rumah sahabat saya Cikgu Azrin yang juga merupakan Pengarah Jabatan PASTI Pusat ] .

Seperti biasa diwaktu ini , isu yang menarik perhatian umum ialah penderitaan dan kesengsaraan ummah di Gazzah Palestine dan juga sedikit isu tempatan berkait dengan kemenangan PAKATAN dalam pilihanraya kecil p.036 Kuala Terengganu .

Akhir ucapan , saya menumpukan taujihat kepada satu persoalan yang amat penting bagi Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah agar mereka benar - benar mencipta sejarah bersama Islam , bukan sekadar berbangga dengan sejarah alfonso de alburqaqe. [ maaf saya tak reti nak eja nama alfonso yg sebenar ] Juga sejarah Hang Tuah bersaudara yang masih dianggap mitos dalam negara kita .

Sebaliknya saya menggesa agar pejuang - pejuang Islam di Melaka meningkatkan komitmen dan juhud mereka untuk memastikan Islam kembali berupaya bertapak gah di negeri Melaka . Islam dan kerajaannya bukan asing bagi negeri Melaka . Seketika dulu Islam pernah berdaulat di Melaka malah Melaka dianggap sebagai pintu masuk Islam ke Malaysia .

Jika negeri - negeri lain seperti Pahang dan Johor yang dulu tebal fahaman sekular yang dipelopori oleh UMNO dan BN kini telah berjaya dipecahkan benteng dan tembok pemisah mereka maka kenapa tidak Melaka . Saya percaya suatu masa kelak Melaka akan mengembalikan semula kedaulatan Islam di negerinya.

Jelas saya lihat kejayaan itu hampir apabila perkembangan di Melaka kian menarik . Aktiviti - aktiviti agama seperti Tafaqquh Fiddin kian marak dan berkembang .

Kebetulan di Melaka terdapat sahabat - sahabat saya yang sepengajian dulu dan kini mereka gigih memimpin perjuangan di Melaka . Antaranya Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail yang lebih popular dengan gelaran Ustaz Zul Akhlaq kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka dan beliau mempunyai Pusat Pengajian beliau sendiri di Sungai Udang Melaka .

Begitu juga Al Fadhil Ustaz Kamarudin Sidek yang kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka . Saya percaya kredebiliti mereka disamping dokongan sahabat - sahabat lain di Melaka , Melaka mampu mencipta sejarah . Barulah benar Melaka Bandaraya Bersejarah .

Selagi Melaka ditadbir oleh bekas Kerani TNB tu , saya tidak tahulah bila Melaka mahu bebas dari sejarah kolotnya .

Thursday, January 22, 2009

GERAKAN AMAL TARBAWI
WAJIB DIPERKASA

Sebagai sebuah Gerakan Islam , Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt .

Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis . Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi .

Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah , fikrah dan syakhsiyyah . Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa , wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap .

Aqidah mereka aqidah yang tulen , fikrah mereka fikrah yang jelas dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh . Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej , kenyataan media , penampilan di tengah - tengah kemelut masyarakat , mengupas dan menjuarai isu , enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya , maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan .

Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah .

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu , usrah di abaikan , tamrin ditinggalkan , qiamulail dilupakan , ziarah diketepikan . Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum , pertemuan - pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain , hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita , mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan .

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar , makan setalam , bertentang mata , bahu membahu , sama - sama mengaminkan doa rabitah dan lain - lain elemen [ disamping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas ,] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam .

Tanpa usrah , tamrin dan lain - lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini . Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan , ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal .

Sementara itu , tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam . Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita , semangat kerja berpasukan , melancarkan orientasi gerakkerja yang dirancang , mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya .

Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah . Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan .

Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah . Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala' , thiqah , dengar dan taat , iltizam atau komitmen , istiqamah atau pro aktif , tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi , yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi .

Kesimpulannya , adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat , cawangan , kawasan , negeri , pusat bahkan dewan - dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini .

Mudah untuk dikesan , saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih , akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam , bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan . Lebih parah , pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut .

Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid . Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen - elemen yang saya sebutkan tadi .

Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan . Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi . Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah .

Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah . Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung . Segala masaalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing .

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi .

Wednesday, January 21, 2009

GAZZAH : NERAKA ISRAEL

Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/
Sebuah laporan yang tidak anda perolehi dari
Media Pro Amerika

Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas.

Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini. Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun.

Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas.

Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam. Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap.

Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء
حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.”

(Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas.

Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Email dari : awe_kmehe@yahoo.com [mygamis] Hamas dan pejuang palestin Boleh juga baca disini: http://akhisalman.blogspot.com/

Tuesday, January 20, 2009

PILIHANRAYA KECIL TERMAHAL
Gagal Tewaskan Pakatan Rakyat

Muqaddimah
Pilihanraya adalah medan untuk memilih pemimpin dan urusan pemilihan itu diserahkan kepada rakyat dengan dikendalikan oleh satu Suruhanjaya Pilihanraya yang diamanah untuk menyelia dan melancarkan perjalanan pengundian .

Namun malang , negara kita sejak sekian lama dididik oleh UMNO dan BN bahawa pilihanraya bermakna jalanraya , wang raya , peruntukan raya bahkan hantu raya pun ada untuk turun mengundi .

Ini adalah pencabulan demokrasi dan pencabulnya ialah UMNO dan BN sendiri yang selama ini mendakwa mereka adalah penganut dan pendiri faham demokrasi di Malaysia . Tiadalah yang lebih jahat berbanding mereka yang membuat peraturan kemudiannya mereka sendiri yang mencabuli peraturan yang mereka cipta . Inilah UMNO dan BN .

PAS menyertai pilihanraya atas sifat mengambil peluang yang ada dan memanafaatkan ruang yang tersedia dalam sistem Demokrasi anutan UMNO dan BN . PAS tidak pernah beriman dengan demokrasi sebaliknya PAS mempunyai manhaj perjuangan tersendiri yang berasaskan Manhaj an Nabawiyah .

Tinggal lagi , dalam semua perkara yang telah dilakukan oleh PAS untuk memasarkan Islam kepada ummah berasaskan petunjuk sunnah , PAS memilih untuk cuba melepaskan diri dari kepongan musuh sejak sekian lama melalui pendekatan ambil peluang dan manafaatkan ruang [ selama mana ia tidak merugikan perjuangan ] yang wujud melalui sistem demokrasi tersebut . [ kaedah ini tercerna dari kaedah asas yang diguna pakai oleh PAS iaitu Muwajahah bis silmi ]

PAS menghadapi pilihanraya saban musim dan PAS telah melewati 12 musim pilihanraya sejak lama dulu termasuklah menyertai pilihanraya kecil yang entah berapa kali berlaku sejak merdeka . Namun PAS bukan parti pilihanraya sebagaimana PAS tidaklah beriman dengan demokrasi sebaliknya PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang telah dan sedang melaksanakan amanah Amal Islaminya tanpa henti .

Tidak mengira musim pilihanraya atau tidak bahkan pilihanraya itu wujud atau pun tidak , PAS telah memiliki silibus Amal Islaminya yang tersendiri untuk melahirkan pimpinan dan pejuang - pejuang Islam yang gigih , aktif dan istiqamah .

Melalui manhaj dan silibus ini PAS mendidik saf pimpinannya agar tidak cintakan jawatan atau tamakkan pangkat . Malah membentuk pimpinan dan para pejuang Islam yang jelas tasawwur Amal Islaminya , berakhlak dan memiliki aqidah perjuangan bertunjangkan ajaran tauhid .

Dalam masa yang sama , mereka juga dibekalkan pengalaman bernilai untuk mengasah bakat kepimpinan dan kelicikan siasah berdepan musuh yang semua pihak menyedari betapa lincah dan liciknya helah intelligent mereka .

Terkadang , sebahagian muslim yang tidak larut di medan perjuangan menyimpan sangsi terhadap perjuangan ini justeru ia kaya dengan kelicikan siasah yang tidak berupaya dibaca oleh mereka yang hanya melihat melalui amalan feqh biasa .

Sebagaimana ada pihak yang mula sangsi terhadap HAMAS yang menerima pelan gencatan senjata baru - baru ni lalu dianggap mengkhianati perjuangan . Apa mereka tahu dan mahu ialah HAMAS mesti berjuang sehingga mati dan mati itu adalah mati syahid . Sedang syahid adalah kematian yang terbaik . Tanpa mereka memahami kenapa HAMAS menerima pelan gencatan senjata .

Perjuangan Islam adalah sebuah perjuangan yang sangat unik . Yang tidak terhenti di atas perang dan syahid atau ceramah dan khilafah tetapi Islam dan perjuangannya nyata luas dan lebar medannya yang pastinya gagal dijangka oleh mereka yang berfikiran dangkal .

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu : Termahal

Pengalaman PAS menyertai pilihanraya dirasakan inilah antara pilihanraya termahal dan terlampau yang pernah dihadapi .

Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya ( NIEI ) En. Yunus Ali telah membuat kenyataan hasil kajian dan pemantauan mereka sebagai sebuah badan bebas sejak 6 January hinggalah hari pembuangan undi pada 17 January baru - baru ini .

Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam , Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Antara kos yang didakwa oleh En. Yunus ialah :

a.] Wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

b.] Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina

c.] Penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.
d.] Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

e.] Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

f.] Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

g.] Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

h.] Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

i.] Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

j.] Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

k.] Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

l.] Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

m.] Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

n.] Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

o.] Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

p.] Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

q.] Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Senarai tersebut perlu ditambah dengan kos membawa lebih 10 ribu anggota polis yang siap dengan khemah martel dan khemah yang aircondition sebagai penempatan sementara pihak polis selama mereka mengepong Kuala Terengganu .

Begitu juga kos yang melibatkan menteri - menteri kabinet , menteri besar dan ketua menteri yang turut turun berkempen . Apakah mereka menggunakan kenderaan peribadi dan wang poket hasil gaji mereka atau peruntukan wang kerajaan atau wang rakyat .

Termasuklah penglibatan Kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti .

Bayangkan betapa besar wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan UMNO dan BN hanya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang saya kira nak cari 100 ribu pun payah nak dapat .

Saya melihat , andai sebesar itu kos yang dibelanjakan oleh BN dan UMNO pun gagal untuk menewaskan PAS , ertinya tanpa memiliki kos sebesar itu kemungkinan besar UMNO dan BN terdedah kepada risiko hilang deposit sebagaimana BEBAS yang turun bertanding tanpa kos yang setanding dengan UMNO dan BN .

Apakah UMNO akan Tunai Janji

Pilihanraya telah selesai dan janji telah dimeterai . Apakah selepas ini UMNO dan BN akan tunaikan janji yang telah dihamburkan selama ini ? sedang mereka masih kerajaan yang memerintah . Berdasarkan pengalaman lalu , tentu sahaja janji itu akan terus terlipat dalam memori harapan rakyat .

Cuma terlebih malang , masih ada mereka yang tergamak memberi sokongan kepada UMNO dan BN walaupun secara terang - terangan UMNO dan BN menipu mereka malah menggula - gulakan mereka .

Saya berharap sangat agar rakyat segera insaf dan sedar . Mereka juga mesti mengajar kerajaan UMNO dan BN yang tidak sudah - sudah memperdayakan rakyat hanya semata - mata kerana mahu mengekalkan survival kuasa politik mereka . Jom lah kita melakukan perubahan besar terutamanya rakyat Pahang . Moh kite !

TIADA ISU SELAIN GAZA

Apa lagi yang lebih penting selain derita dan sengsara ummat Islam di Genting Gaza yang kini menjadi mangsa kekejaman dan kedurjanaan Yahudi Alaihi Laknatullah .

Setelah kita berjaya mencipta kemenangan di P.036 Kuala Terengganu , kini tentu sahaja perhatian kita terarah ke Genting Gaza bagi memastikan kita berjaya pula membebaskan belenggu derita Ummat Gaza khasnya dan Palestine amnya .

Bagai tiada erti dan makna kemenangan kita di sini andai ummat seaqidah dan seqiblat masih dirundung malang berduka . Melainkan setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhirat , segera bangkit membulat tekad mengutuh solidariti untuk mengambil satu langkah yang efektif bagi memastikan derita Gaza segera berakhir dan Israel Laknat itu pula dihukum setimpalnya.

Inilah masa kita menghentikan segala sengketa , menamatkan episod permusuhan , mengurai sebarang kekusutan , merapatkan jurang perbezaan dan mendamaikan polemik persaingan antara kita sesama Islam . Justeru isu yang sedang kita hadapi ini melangkaui segala kepentingan diri dan kelompok melainkan isu ini adalah milik mutlak ummat seluruhnya untuk ditangani dengan penuh tanggungjawab .

Tiada siapa dikalangan kita yang boleh dimaafkan untuk mengelak diri dari mengambil bahagian, biar pun sekadar menitipkan doa tulus agar Allah swt menyingkap tabir derita Gaza seterusnya memancarkan sinar mentari harapan dan kebahagiaan buat mereka yang telah sekian lama terpasung di bumi sendiri .

Insyaallah , 23 hb. January 2009 [ Jumaat ] , sekali lagi kita akan berhimpun dengan jumlah yang lebih ramai dengan dipimpin oleh Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap AJK Majlis Pembebasan Al Quds Antarabangsa di Taman Melewar .

Pada saya kini tiada bezanya antara syaithan putih [ Bush ] dengan syaithan hitam [ Obama ] dalam menghadapi kemelut di Asia Barat ini. Bagai dunia kuffar sedang bersatu untuk menghancurkan bumi qiblat pertama ummat Islam iaitu Bait al Muqaddas . Biarpun Yahudi yang menganyang Palestine tetapi kuffar lainnya membatu diri malah membekalkan senjata dan sokongan moral kononnya Yahudi wajar bertindak menentang pengganas [ Hamas ] .

Sejak 1948 malah berpuluh tahun sebelumnya , ummat Palestine tidak pernah tidur nyenyak dihambat kekejaman Yahudi yang sadis dan gila . Hampir mereka tidak lagi mengenal erti bahagia dan aman . Mereka meneruskan sisa hidup di bawah desiran peluru yang datang entah dari mana dan bila - bila masa sahaja mampu meragut nyawa insan tersayang .

Ummatku , marilah kita dokongi bersama derita mereka setelah kita pula hampir tidak mengenal erti derita dan sengsara lantaran kita hidup di bawah desir angin bayu yang melenakan kita .

Hari ini hari mereka ! entah kan esok entahkan lusa , mungkin kelak hari kita pula . Wali'yazubillah . Kenapa tidak kita rengut sebahagian dari kebahagiaan kita yang telah kita nikmati sejak sekian lama untuk turut bersama mengharungi derita dahsyat yang dialami oleh mereka .

Kita sedang merancang untuk menghantar misi kemanusiaan ke Genting Gaza . Sebelum masanya tiba , saya harapkan agar semua pihak dapat segerakan pengumpulan dana guna membantu mangsa penghapusan etnik Yahudi durjana ini dan kemudiannya serahkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat atau terus ke Pejabat Agong PAS Pusat .

Selain itu , doa munajat dan solat hajat janganlah dihentikan . lakukannya setiap hari bersama qunut nazilah memohon pertolongan Allah Azza wa Jalla .

Pemuda - pemuda Islam bersiap sedialah untuk menghadapi apa jua keadaan dan arahan Gerakan Islam Antarabangsa untuk turun menjejak setiap inci Yahudi Keparat sekaligus membebaskan Baitul Muqaddas dan membuka pintu Masjidil Aqsa .

Monday, January 19, 2009

Kemenangan di sambut dengan kalimah Allah

MENANG MENYEMARAK PERJUANGAN

Alhamdulillah kemudian Alhamdulillah . Sejuta syukur saya lafazkan kehadhrat Allah Jalla wa A'la . Sungguh besar nilai dan dalam makna kemenangan ini buat seluruh pencinta Islam . Biarpun kemenangan PAS yang mewakili PAKATAN dalam pilihanraya kecil P. 036 Kuala Terengganu baru - baru ini tidaklah merubah teraju pemerintahan negara .

Namun kemenangan tersebut membibit bunga - bunga perubahan yang semakin mekar dan matang . Tidak mudah untuk memenangi pilihanraya kecil yang menyaksikan seluruh jentera kerajaan digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN untuk mempertahankan kemenangan mereka di Parlimen Kuala Terengganu .

Lebih 10 ribu polis dikerah membanjiri segenap ruang Kuala Terengganu , ratusan juta dicurah untuk membeli sokongan rakyat , habis segala menteri turun berkampung di Kuala Terengganu , media massa bergilir peranan rela dilacur untuk menyerang habis - habisan PAKATAN dan pelbagai makar atau penipuan cuba dilakukan berhadapan hanya dengan doa dan munajat rakyat mewakili pembangkang yang bersengkang mata dan bergalang jasad menebus maruah .

Aqal mungkin meneka bahawa kekalahan teruk akan dialami oleh pihak PAKATAN yang hanya berbekalkan semangat inginkan perubahan , bersenjatakan gigi dan lidah melaung pidato bertentangan dengan arus deras angin laut Bandaraya Pesisir Air berbanding BARISAN yang mempunyai segalanya .

Ertinya kemenangan ini adalah sebuah kemenangan yang bernilai tinggi dan bertaraf dunia mewakili inspirasi rakyat yang masih segar mendambakan perubahan total melibatkan pertukaran pemerintah dan pemulihan sistem pentadbiran .

Pilihanraya umum yang lalu membawa tsunami politik yang memusnahkan sebahagian besar keangkuhan UMNO dan BN malah meragut majoriti 2/3 kebanggaan mereka sejak sekian lama . Malah tsunami politik yang melanda telah membunuh banyak karektor dan karier politik pemimpin negara yang gah bertakhta sebelumnya.

Tapi tsunami tersebut hanya melanda di negeri - negeri pantai barat kecuali Kelantan yang mampu mempertahankan kejuaraan yang dimiliki sejak 18 tahun yang lalu . Terengganu dan Pahang nyata berputih mata untuk melihat kesan tsunami sebagaimana yang dialami oleh negeri - negeri pantai barat .

Ramai pula dikalangan penganalisis politik yang membuat telahan bahawa Terengganu dan Pahang akan selamanya begini . Tak mungkin tsunami politik akan sampai kecuali berlaku satu keajaiban . Telahan ini menimbulkan rasa sebal yang mendalam di jiwa aktivis PAKATAN amnya dan pejuang - pejuang Islam khasnya .

Alhamdulillah keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menafikan telahan yang dibuat atau keajaiban yang diharapkan kini berlaku mengiringi kerja keras para pejuang untuk mencetus gelombang kebangkitan rakyat. Jelas kemenangan pilihanraya kini mampu ditempa bila dan di mana ia berlangsung . Lebih mudah lagi , UMNO dan BN kini mudah ditumpaskan oleh siapa sahaja dan di mana jua gelanggang dibuka .

Inilah bibit perubahan besar yang membunga dan mekar insyaallah . Membuka ruang lebar buat dakwah dan perjuangan suci ini . Rakyat nyata sudah lembut hati untuk memberi masa secukupnya bagi menilai dan meneliti risalah perjuangan dan mesej perubahan yang dibawa dan digerakkan oleh PAS dan PAKATAN .

Setelah sekian lama risalah suci yang diperjuangkan ini tersangkar dalam tohmahan dan fitnah besar angkara UMNO dan BN.

Kemenangan PAS baru - baru ini adalah isyarat yang jelas bahawa rakyat masih di posisinya dan perjuangan masih dilandasannya malah semakin tepat dan dekat dengan destinasi .

Lebih pasti ialah kemenangan tersebut membina sebuah keyakinan bahawa matlamat perjuangan ini mampu dicapai asal sahaja semua pihak bekerja keras tanpa jemu dan bosan menggerakkan amal islami dan aktiviti dakwah lebih luas dan lebar .

Justeru itu saya pesan kepada diri saya dan semua sahabat seperjuangan agar kemenangan ini jangan membuatkan kita leka dan lalai . Teruja dengan kemenangan dan akhirnya melengahkan kerja - kerja perjuangan yang pastinya masih banyak belum selesai .

Jadikanlah kemenangan baru baru ni sebagai penyemarak perjuangan kita .

Saturday, January 17, 2009

KEPUTUSAN TERKINI
P.036 KUALA TERENGGANU

Di Umumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya
P. 036 Kuala Terengganu

Hj. Mohamad Abdul Wahid Endut .
PAS : 32,883

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
BN : 30,252

Azharudin bin Mamat @ Adam :
BEBAS : 193

Majoriti :2631
Undi Rosak :665
Jumlah Keluar Mengundi : 79.9%

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa syukur kepada Allah swt di atas kemenangan PAS yang mewakili PAKATAN dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu . Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan kini segala penat lelah menampakkan hasil . Namun begitu perjuangan kita pastinya masih jauh dan banyak perkara yang wajib diselesaikan .

Tahniah kepada Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden . Ucapan saya untuk Ayahanda Tuan Guru ialah dengan mengulang semula kenyataan beliau yang membacakan hadis nabi :

ما خاب من استخار و ما ندم من استشار

[ Jilid ke dua : m/surat : 175 ] المعجم الصغير الروض الداني

Takziah kepada sahabat saya Yb. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut di atas beban amanah yang kian bertambah di atas pundaknya . Semoga dapat ditunai dengan sebaik mungkin .

Tahniah kepada seluruh jentera PAKATAN yang gigih berjuang dan berkorban meredah segala keperitan dan kesukaran .

Tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan yang bertungkus lumus menjayakan segala gerakkerja memenangkan PAKATAN .

Tahniah kepada seluruh anggota Kelab Penyokong PAS yang turut turun padang tanpa peduli risiko dan implikasi perjuangan .

Tahniah kepada semua NGO dan orang perorangan yang membantu perjuangan ini sekaligus membawa kejayaan kepada PAKATAN dalam pilihanraya kecil ini .

Tahniah kepada SEMUA , walau mungkin mereka tidak turun bersama tetapi doa dan wang mereka mengiringi mereka yang berjuang di medan .

Semoga dengan kemenangan ini akan lebih menyemarakkan perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat , memartabatkan ummah dan menobatkan keadilan serta kesaksamaan . Pastikan kita semua tidak terleka dengan ujian kemenangan yang sedikit ini .

Yakinlah bahawa perjuangan kita masih banyak perkara yang perlu kita selesaikan . Menuntut kesungguhan , pengorbanan dan kesediaan kita semua untuk turun ke medan bagi membawa risalah perjuangan Islam ini sehinggalah Islam dapat didaulatkan . Insyaallah .

Selamat Berjuang .

SUASANA PILIHANRAYA KECIL
P. 036 KUALA TERENGGANU

Semangat berkobar para Muslimat PAS merayu undi sambil mereka melafazkan doa yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Ulama' PAS Pahang .

اللهم كما ألنت الحديد لداود ألن قلوبهم لطاعتك و لمعاونة حزبك و جماعة المسلمين

Alhamdulillah , suasana pilihanraya kecil berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergadhan besar kecuali beberapa insiden kecil yang mampu dikawal oleh petugas - petgas pilihanraya . Contohnya Pihak BN membawa sepanduk hampir ke pint pagar tempat mengundi sedang ia bercanggah dengan peratran SPR . Lalu ia mencetuskan ketegangan.
Puteri UMNO dengan lagak dan aksi "menggoda"nya cuba untuk menarik perhatian pengundi dan sekaligus menjawab slogan yang dilancarkan oleh perayu undi PAS . BN dengan jenteranya tetap tidak kalah dalam percubaan mempengaruhi pengundi biarpun rata-ratanya saya lihat mereka agak tenggelam dalam slogan dan jentera Pakatan Rakyat .
Dimana ada BN disitu ada PAS
Munajat tanpa henti . Suatu yang sunggh menakjubkan dari muslimat ini . Mereka munajat dan solat hajat sejak jam 9 am hinggalah jam 12 tengahari tanpa henti . setiap kali batal wudhu' mereka akan segera mengambil wudhu' dan kemudiannya sambung munajat . Mohon kejayaan dan kemenangan dari Allah azzawajalla setelah segala usaha dilakukan .
Melawat peti undi sambil memberi motivasi kepada petgas dan jentera perayu undi Pakatan Rakyat . Alhamdulillah , suasana cukup positif bagi masa depan Pakatan Rakyat .
Ustaz Fadhil Noor Abdul Karim sebagai ketua jentera perayu undi bagi peti undi Pasir Panjang bersama kontijen PAS pahang yang lain . Memimpin suasana merayu undi dengan selawat , zikir , tasbih dan munajat . Alfun Mabruk .
Petugas muslimat dan Nisa' sunggh tekun dan sabar melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa memperduli cuaca yang panas dan perut yang lapar .
Sehari sebelum berlansungnya pengundian , Dewan Pemuda PAS menggempur Dataran ShahBandar di tengah - tengah Bandaraya Kuala Terengganu . Hilux terus menjadi pentas mobile untuk Pakatan Rakyat dan ia menarik perhatian umum .
Selain Azhan Atan , juara Akademi Nasyid 09' dan Nazrey Johani bekas penyanyi Kumpulan Raihan . Yasin penyanyi yang terkenal dengan lagunya Hadhari - Hadhari - Hadhari juga kini turun berkempen bersama dengan Angkatan Muda Keadilan bagi memenangkan Pakatan Rakyat .
Lori yang sarat membawa Tar terhumban ke dalam parit dan gagal untuk terus menperdayakan rakyat dengan pembangunan jalanraya mee segera mereka . Tar terpaksa dicurahkan ke dalam parit tersebut .
Turut turun padang ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang Balasubramaniam . Beliau cukup yakin PAS boleh menang dalam pilihanraya kecil ini setelah dilihat senjata utama UMNO - BN iaitu Hudud gagal menakutkan non muslim .
Team Pakatan Rakyat turun padang bersama Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berkempen . Dato' Seri Anwar menjadi tetamu istemewa di Markaz Besar Pemuda PAS Pusat .
Kini tiba masanya Rakyat Terengganu meneruskan gelombang perubahan setelah tsunami politik dalam pilihanraya umum hanya dikatakan melanda negeri pantai barat . Pastinya Terengganu tidak boleh ketinggalan .

Wednesday, January 14, 2009

SOLAT HAJAT PERDANA
DAN
PENTAS PIDATO PEMUDA

Harap semua pihak dapat ambil perhatian dan sebarkan kepada semua .

Tarikh :

15 - January - 2009

Hari dan Masa :

Jam 8 .00 malam [ Khamis ]

Agenda :

8.30 pm : Solat Isyak Berjamaah ( sila bawa sejadah )
8.45 pm : Solat Hajat dan Munajat ( sila bawa surah Yassin )
9.30 pm : Pentas Pidato Pemuda :

Bersama :

Yb. Salahuddin Ayub . Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akil . Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat
Ketua DAP Pusat
Nasrudin bin Hj. Hassan . Timbalan Ketua DPP Pusat
Sdr. Faris Musa . Timbalan AMK Pusat
Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani
Sdr. Khairil Faizi . Exco DPPP

Solat hajat dan munajat untuk memohon keselatan dan kemenangan ummat Islam di Palestine [ Gaza ] dan kemenangan PAS mewakili PAKATAN dalam PRK P.036 Kuala Terengganu .