" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, September 29, 2005

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malm yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlumba-lumbanya kama pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmatAllah di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya). , Al-Mundziri berkata: "Diriwayatkan olehAn-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya ari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya."

3. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu dibevi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' "

(HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya. KEUTAMAAN PUASA

1. Dalil : Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah uadhiallahu 'anhu, bahwa Nabi bersabda: "Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung memba[asnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.' Orangyang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kesturi."

2. Bagaimana ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah? Perlu diketahui, bahwa ber-taqarrub kepada Allah tidak dapat dicapai dengan meninggalkan syahwat ini -yang selain dalam keadaan berpuasa adalah mubah- kecuali setelah ber-taqarrub kepada-Nya dengan meninggalkan apa yang diharamkan Allah dalam segala hal, seperti: dusta, kezhaliman dan pelanggaran terhadap orang lain dalam masalah darah, harta dan kehormatannya. Untuk itu, Nabi bersabda : "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak perlu dengan puasanya dari makan dan minum."

(HR. Al-Bukhari) . Inti pernyataan ini, bahwa tidak sempurna ber-taqawub kepada Allah Ta'ala dengan meninggalkan hal-hal yang mubah kecuali setelah ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya dengan meninggalkan hal-hal yang haram. Dengan demikian, orang yang melakukan hal-hal yang haram kemudian ber-taqarrub kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang mubah, ibaratnya orang yang meninggalkan hal-hal yang wajib dan ber-taqarrub (mendekatkan diri) dengan hal-hal yang sunat.

Jika seseorang dengan makan dan minum berniat agar kuat badannya dalam shalat malam dan puasa maka ia mendapat pahala karenanya. Juga jika dengan tidurnya pada malam dan siang hari berniat agar kuat beramal (bekerja) maka tidurnya itu merupakan ibadah. Jadi orang yang berpuasa senantiasa dalam keadaan ibadah pada siang dan malam harinya.Dikabulkan do'anya ketika berpuasa dan berbuka. Pada siang harinya ia adalah orang yang berpuasa dan sabar, sedang pada malam harinya ia adalah orang yang memberi makan dan bersyukur.

3. Syarat mendapat pahala puasa : Di antara syaratnya, agar berbuka puasa dengan yang halal. Jika berbuka puasa dengan yang haram maka ia termasuk orang yang menahan diri dari yang dihalalkan Allah dan memakan apa yang diharamkan Allah, dan tidak dikabulkan do'anya.

Orang berpuasa yang berjihad :

Perlu diketahui bahwa orang mukmin pada bulan Ramadhan melakukan dua jihad, yaitu :

1. Jihad untuk dirinya pada siang hari dengan puasa. 2. Jihad pada malam hari dengan shalat malam.

Barangsiapa yang memadukan kedua jihad ini, memenuhi segala hak-haknya dan bersabar terhadapnya, niscaya diberikan kepadanya pahala yang tak terhitung.
Lihat Lathaa'iful Ma 'arif, oleh Ibnu Rajab, him. 163,165 dan 183.

REDA RESAH MENANTI MENTARI
Hampir seminggu aku menghuni HTAA Kuantan , menemani isteri yang sedang bertarung nyawa bergelut rasa menanti detik melahirkan anak kami yang keenam. Demi Allah , jiwa ini cukup teruja menyaksikan keadaan isteri menghadapi saat melahirkan anak dalam keadaan berisiko tinggi ekoran kandungan gula yang tinggi sepanjang 8 bulan beliau hamil .
Inilah kali pertama , aku sempat berada di sisi isteri tercinta menghadapi saat genting begini . Kelahiran anak sulong ( Iffatul Hannan 10 th.) aku masih menuntut di Mesir dlm tahun 3 pengajian. Sementara anak kedua hingga kelima ( Iffatul Munirah 8 th. / Afif Syairazi 6 th. / Afif Syaibani 4 th. / Iffatul Widad 2 th. ) semuanya dilahirkan semasa aku berada di dalam program jamaah di serata tempat. ( aku sendiri tidak mengingatinya )
Segalanya bermula apabila keadaan isteriku yang agak tenat , kemudiannya dipapah oleh sahabat ke hospital HTAA kuantan , sedang aku menerima berita tersebut sewaktu berada di Langkawi menghadhiri majlis ceramah yang dianjurkan di sana . Malam tersebut aku terpaksa bergegas pulang dengan bot sahabat di langkawi dan tiba pada jam lewat 3 am.
Meredah lautan luas dalam waktu begitu bukan pengalaman indah bagi aku yang agak asing dengan laut . Namun tawakkal menemani diri sehingga tiba ke Kuala Perlis . Ustaz Yaacob MADI yang menemani ku sepanjang perjalanan menambah semangatku yang berbaur cemas .
Keesokan harinya aku berlepas pulang dengan memandu seorang diri , meredah lebuhraya panjang dari utara menuju selatan negara . Tuan Hj. Mahfuz Omar adalah sahabat yang bertanggungjawab membawa aku pulang semula ke Kuantan walaupun jadual perjuangan dan dakwah masih padat dan belum selesai. Berkali kali Hj. mahfuz meminta aku pulang untuk berada di sisi isteri dalam saat sebegini .
Alhamdulillah . Sejurus tiba di HTAA , isteriku memaklumkan bahawa 26 hb adalah keputusan doktor samaada beliau akan bersalin secara normal atau operation . Jika kandungan melebihi 4 kilogram , maka beliau sendiri nekad untuk meminta doctor menggunakan kaedah operation bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Ini berasaskan pengalaman beliau yang melahirkan anak keempat yang berat kandungannya pada waktu itu 4 kg dan bayi hampir lemas tersangkut bahu dan beliau hampir sahaja kehabisan nyawa bertarung dengan keadaan tersebut.
Pagi tu , Doktor memaklumkan keputusan scan , anggaran berat kandungan hanya sekitar 3.5 kg sahaja . Hati kami sedikit lega , tetapi sehingga jam 2.30 pm 27 hb. keadaan isteriku masih membimbangkan kerana keadaan sakitnya bukan kepalang tetapi belum juga mahu melahirkan kandungan tersebut . Akhirnya , alhamdulillah berkat doa para sahabat , terutamanya Puan Rohaya ( bekas ketua DMP Rompin ) bayi berjaya dilahirkan pada jam 4.00 pm 27 sept 05 bersamaan 23 syaaban 1426 .
Apa yang memeranjatkan kami , bayi yang dilahirkan ini 4.1 kilogram. Sekali lagi pengalaman ini menjadikan isteriku lesu tidak bermaya lagi .
Namun aku bersyukur kerana semuanya selamat dan terima kasih kepada semua sahabat yang turut bersimpati dan menitip doa yang sangat bermakna buat kami sekeluarga . Khas buat Hj. Mahfuz , desakkan beliau agar aku pulang menemani isteri bukan sahaja memberi pengalaman berharga dalam diri ini , tetapi benar benar menginsafkan diri ini , betapa seorang ibu bersabung nyawa untuk melahirkan seorang anak .
Terima kasih isteriku , semoga segala pengorbanan dan kesabaranmu bersama ku mengharungi perjuangan ini , diganjari Allah berkat dan rahmat yang berpanjangan buat kita sekeluarga.

Bayi ini kami berikan nama AFIF SYAIKHANI BIN NASRUDIN

Friday, September 23, 2005

ENAKMEN HIBURAN ISLAM

abrar menulis - "Situasi2 yang merubah hukum mendengar nyanyian dari harus kepada haram.Al-Ghazali menyebut 5 situasi yang boleh merubah hukum mendengar nyanyian dari harus kepada haram ialah:1.Jika nyanyian itu didengar dari seorang wanita yang diharamkan memandangnya,kerana dibimbangi berlaku fitnah.
Disini bukan nyanyian yang dilarang,sebaliknya kerana timbul kebimbangan akan mendatangkan fitnah,kerana itu nyanyian dilarang dalam situasi ini.Menurut al-Ghazali larangan mendengar nyanyian dengan alasan bimbang berlaku fitnah adalah pendapat yang kuat.
Al-Ghazali menguatkan hujjahnya dngan hadis 2 orang hamba wanita yang menyanyi didalam rumah Aisyah ra,sebagaimana yang diketahui Nabi saw mendengar suara mereka dan tidak menjauhkan diri dari mereka,kerana Baginda tidak bimbang berlaku fitnah terhadap dirinya.Peristiwa ini menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan wanita yang masih muda dan juga yang sudah tua.
Persoalan ini berbeza kerana disebabkan oleh perbezaan keadaan.
1. Kami (al-Ghazali) berpendapat orang tua boleh mencium isterinya,ketika sedang berpuasa,tetapi orang muda tidak boleh berbuat demikian.

2. Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol kepada peminum arak atau simbol bagi anak2 muda yang menyerupai wanita seperti seruling,gitar dan gendang (bab ini ulama masih berselisih tentang status hadis,-pent).Ketiga-tiga alat muzik ini adalah dilarang.Selain alat2 muzik ini hukumnya adalah harus sebagaimana asalnya seperti rebana-walaupun ada loceng padanya-gendering,pemukul gendang dan lain2.
3. Jika senikata nyanyian itu mengndungi kata2 kotor,keji,cercaan dan mendustakan Allah SWT,Rasul dan para sahabat seperti syair golongan rafidhah yang mencela sahabat dan lain2.Mendengar syair sebegini adalah haram,baik dilagukan atau tidak,kerana orang yang mendengar adalah sama orang yang mendengar dari segi memperolehi dosa.Begitu juga nyanyian yang menceritakan keangkuhan kaum wanita,kerana tidak boleh menceritakan keangkuhan kaum wanita dihadapan kaum muda mudi lelaki.Tetapi menyanjung mereka dengan menyifatkan keadaan pipi,perawakkan,bentuk tubuh badan dan seluruh sifat2 kaum wanita,berdasarkan pendapat yang sahih tidaklah diharamkan,baik diolah dalam bentuk lagu atau tidak.Walau bagaimanapun pendengar tidak boleh mengkhayalkan kepada wanita tertentu.Jika ia ingin juga membuat khayalannya itu kepada wanita yang halal dengannya.Jika ia menkhayalkan dengan wanita asing yang sah kahwin dengannya,bererti ia telah melakukan maksiat melalui khayalan dan fikirannya itu.Jika dibimbangi dengan mendengar nyanyian itu,boleh menimbulkan khayalan yang haram itu,adalah lebih baik kepada seseorang itu menghindarkan diri sama sekali mendengar nyanyian tersebut.
4. Jika orang yang mendengar nyanyian itu,lebih mudah diransangi oleh nafsu syawat yang biasanya berlaku diperingkat usia remaja,kerana nafsu syawat pada mereka pada peringkat ini,adalah lebih mudah teransang ,berbanding sifat2 lain,mendengar nyanyian disaat ini pada mereka adalah haram,baik dalam hatinya mengandungi rasa cinta kepada orang tertentu atau tidak.Walau bagaimanapun adalah elok kiranya ia tidak mendengar nyanyian yang menceritakan tentang keadaan pelipis,pipi,menjalinkan hubungan cinta,putus cinta dan lain2,kerana nyanyian akan menimbulkan keghairahan nafsu dan mendorongnya membayangkan bentuk tubuh badan wanita tertentu,kerana syaitan dengan mudah dapat menghembuskan hawa nafsunya kedalam kalbu yang terlibat,sehingga api syawat menyala,manakala pendorong2 kearah kejahatan pula bermaharajalela.
5. Jika pendengar dari golongan masyarakat awam dan tidak dikuasai oleh rasa cinta kepada Allah SWT.Mendengar nyanyian bagi golongan ini adalah harus.Tetapi jika ia mudah dikuasai oleh hawa nafsu,haram bagi mereka mendengar nyanyian.Walau bagaimanapun diharuskan bagi mereka menikmati benda2 yang harus yang lain.Jika mereka membiasakan diri mendengar lagu2 itu,jelas mereka adalah golongan yang bodoh,yang ditolak persaksiannya.Ini kerana terus menerus melakukan perbuatan sia2,adalah satu bentuk kejahatan seperti juga dosa2 kecil yang apabila dilakukan secara terus menerus akan bertukar menjadi dosa besar.Aktiviti yang harus jika dilakukan terus menerus juga akan menjadi dosa kecil.Disini bermain catur adalah harus,namun jika dilakukan terus menerus akan menukarkan hukumnya menjadi makruh yang dibenci.Dari situ tidak semestinya setiap perbuatan yang harus itu,kekal hukumnya sebagai harus apabila ia dilakukan secara berlebihan.Makan roti umpamanya hukumnya adalah harus,tetapi terlalu banyak makan roti,hukumnya menjadi haram seperti perkara2 harus yang lain.
(IHYA' ULUMIDDIN, Bab al-Sama',hlm 1142-1145 ,DAR al-SYA'BI.)SUMBER RUJUKKAN:BUKU 'SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM' oleh Dr Yusuf al-Qardhawi,terbitan JAHABERSA.ELOK BUKU INI DIMILIKI UMAT ISLAM.

UNDANG MAWI : LAGI SOKONGAN UNTUK TUAN GURU

Oleh : Suhaimi Md Saad
Terimbau kembali zaman ketika berada dibangku pengajian. Ketika itu lahirnya golongan mendakwa berjuang Islam tetapi menolak demokrasi. Mereka menganggap demokrasi adalah bertentangan dengan Islam. Dalam Demokrasi suara majoriti mengatasi segala-galanya. Halal dan haram, baik dan buruk bukan ditentukan mengikut Al-Quran tetapi mengikut suara ramai. Sedangkan apa yang Allah perintahkan tidak perlu sokongan dan mandat manusia kata golongan yang menolak demokrasi ini. Demokarsi sendiri adalah sistem jahiliyyah yang menyimpang dari agama. Jadi kata mereka PAS adalah produk yang lahir dari demokrasi. Dan Sebarang produk yang lahir dari sistem jahiliyyah mesti ditolak, tambah mereka lagi.
Pemimpin PAS semua peringkat menyanggah hujah tersebut terutama dalam siri-siri tamrin dan penerangan dalaman. Kita tak beriman dengan demokrasi. Kita gunakan demokrasi untuk kepentingan Islam. Dengan demokrasi kita boleh menyampaikan dakwah. Berbagai hujah dan Qias yang digunakan. Kaedah Usul Fiqh dan rujukan sirah menjadi dalil menyokong. Kita lega dan menerima segala hujah tersebut.
Berbalik pada soal Mawi, nampak gayanya gendang lama (PAS produk Demokrasi) yang dahulu dinafikan bermati-matian, lain pula hujahnya bila meyentuh soal Mawi yang dianggap produk Akademi Fantasia, semua produk Akademi Fantasi mesti ditolak.
Saya jadi keliru dengan keadaan ini. Kalau kita menganggap produk yang lahir dari Akademi Fantasia tak boleh dimanfaatkan untuk Islam kerana Akademi Fantasi itu sendiri menyimpang dari landasan agama bagaimana kita PAS yang merupakan produk demokrasi. Kenapa dalam hal menerima demokrasi kita boleh kata untuk tujuan dakwah dan menyampaikan Islam dibolehkan tetapi dalam hal Mawi lain pula helah kita.
Dalam Isu Mawi ini golongan yang menolak demokrasi ini pasti tersenyum lebar kerana hujah mereka dulu (semua produk yang lahir dari sistem jahiliyyah mesti ditolak) diguna pakai oleh sesetengah pimpinan dan ahli PAS sekarang.
Tindakan kerajaan Kelantan menganjurkan hiburan alternatif dengan menjemput Mawi mengadakan persembahan mesti disokong kerana golongan artis selama ini terbiar tanpa arah terutama dari sudut didikan agama.
Golongan artis adalah golongan yang langsung tidak didekati selama ini. Kita hanya menerima mereka setelah mereka meninggalkan pentas yang dianggap kotor. Mereka tak layak ‘berjabat tangan’ dengan kita selagi mereka belum meninggalkan dunia mereka. Kita adalah golongan yang suci dan maksum. Inilah sikap kita selama ini. Sukar untuk berlapang dada, memandang negatif setiap yang tak kena dengan selera kita.
Sikap seumpama ini perlu dikikis, dan sudah nyata keberhasilannya. Musuh yang pernah berdosa menjatuhkan kerajaan Kelantan ( Tengku Razaliegh ) boleh kita terima, walaupun akhirnya beliau berpaling. Dato Seri Anwar kita sambut walaupun dulunya dari kapal yang berbeza. Yang pasti setiap kali perkara baru yang dicetuskan dan perkenalkan walaupun ada yang tak bersetuju, tetapi bersandarkan niat yang ikhlas dan tujuan dakwah pasti nampak hasilnya. Maka dalam hal Mawi ini kenapa kita tak boleh berlapang dada.
Justeru, Kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat harus diberi peluang untuk mendidik masyarakat di negara ini bagaimana membimbing golongan artis dengan betul agar kegiatan mereka tidak bercanggah dengan nilai moral sebagaimana yang dikehendaki Islam.
Apakah kita terus membiarkan golongan artis sering dipergunakan oleh penganjur yang hanya mahu mementingkan diri di atas salah laku moral artis-artis yang dibentuk mereka?
Atau, kita memulakan langkah mengadakan suatu bentuk penganjuran hiburan yang boleh menyelamatkan golongan artis dan masyarakat. Inilah yang mahu dilaksanakan kerajaan Kelantan yang kena disokong oleh semua pihak. Kerajaan Kelantan harus diberikan peluang !!
Salah satu cabaran yang diketengahkan dalam muktamar Pemuda PAS adalah untuk menjadi ‘duta penyelamat dan kasih sayang’ kepada semua golongan masyarakat dan artis tidak terkecuali.
Kita mahu artis tidak terus dieksploitasi golongan penganjur yang hanya mahukan keuntungan dan populariti tanpa memikirkan nilai akhlak artis dan masyarakat yang rosak.
Sebaliknya kita mahu artis berkemampuan membantu pembentukan nilai moral yang baik untuk diri mereka sendiri, untuk keluarga dan warga penonton. Maka proses mendekati artis mesti dilakukan.
Sekian. Wasalam Suhaimi Md Saad Kuantan, Pahang

Wednesday, September 21, 2005

NASIB PELACUR LEBIH BAIK DARI PAS DALAM NEGARA DEMOKRASI ALA UMNO

Umum menyedari bagaimana PAS saban waktu terpaksa berhadapan dengan FRU dan anggota polis apabila hendak menganjurkan ceramah . Segalanya angkara UMNO yang terlalu takut dan bimbang untuk menghadapi PAS dengan " parti lawan parti ."
Mereka menggunakan polis untuk menghalang dan menganggu ceramah PAS serta menakutkan orang ramai untuk hadhir ke ceramah PAS . Sedang PAS adalah parti yang berdaftar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi . Pendaftarannya diluluskan . Bergerak pula secara terbuka .
Malangnya Malaysia dengan UMNO dan BN sebagai pentadbirnya telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara diktator.
Julai lalu , ceramah PAS di kampung Mak Chili Kemaman , kebetulan saya sebagai salah seorang penceramah malam itu bersama Naib Presiden tuan Hj. Mohd Sabu telah diserang oleh pengganas beruniform . Tanpa mengenalkan diri , majlis ceramah PAS malam itu telah diserang dengan gas pemedih mata serta air kimia ( water cannon ) .
Saya difahamkan FRU dan angota PGA malam itu sebahagian nya datang dari Kuala Terengganu yang jaraknya sangat jauh dari bandar Kemaman.
Berbeza dengan satu lagi keadaan dimana pusat industri pelacuran yang terkenal di negara ini , iaitu Petaling Street terletak antara dua balai polis . Salah satunya hanya berada pada jarak 150 meter iaitu balai Polis Lalu Lintas jalan bandar dan satu lagi berada pada jarak 200 meter iaitu Ibu pejabat Polis Dang Wangi ( berhampiran stadium Merdeka )
Tetapi tidak pernah kedengaran bagaimana industri pelacuran itu di serang gas pemedih mata atau air water cannon .
Inilah nasib aku berjuang ditanahair ku sendiri

Thursday, September 15, 2005

SEDIH DAN TERHINA DENGAN SIKAP SEBAHAGIAN MUFTI

Seketika , negara kita memaparkan berita bagaimana Raja Abdullah dari Saudi Arabia bertitah agar rakyat jangan mencium tangannya .Justeru perbuatan itu menunjukkan sikap yang tidak selayaknya sebagai muslim . Tunduk dan patuh hanya kepada Allah . Sementara orang layak dicium tangannya hanyalah ibubapa apabila dicium tangan oleh anaknya .

Tak semena - mena keesokkan harinya , pelbagai pihak termasuk sebahagian mufti memberi respon bahawa tidak mengapa mencium tangan dengan niat menghormati .Nampak sibuk sebahagian mufti dan intelektual islam mempertahankan hukum cium tangan ini .

Persoalannya : kenapa sebahagian mufti ini diam sejuta bahasa sewaktu berita bagaimana Rafidah Aziz berdakapan dengan Tun Dr. Mahathir di khalayak ramai pada 31 ogos yang lalu ? ( bukan setakat berita , malah gambar mereka berdakapan penuh mesra dan intim terpampang di dada akhbar )

Inikah Mufti akhir zaman ? :)

PENEGASAN YANG PERLU DIINSAFI

Jelas melalui perbahasan para ulamak terhadap dalil dan nas yang wujud membentuk sikap yang perlu diambil . Hiburan , samaada dalam kategori muzik dan nyanyian ataupun permainan dan sukan tidaklah diharamkan oleh syariat . Sebaliknya nas yang mengharamkannya adalah berkait dengan kelalaian , kealpaan , penyelewengan dan kemaksiatan yang bersadur hiburan tersebut. Berasaskan kesimpulan ini , penganjur hiburan , penghibur dan orang yang berhibur mestilah membebaskan diri sepenuhnya ( tanpa kompromi ) daripada unsur yang mempalit noda dan dosa seperti : Hiburan yang melekakan diri sehingga meninggalkan tanggungjawab agama seperti solat dan seumpamanya. Hiburan yang melampaui batas akhlak , moral dan syakhsiah mulia seperti berpakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata serta aksi porno dengan gerak badan yang merangsang nafsu dan syahwah . Hiburan yang tidak menyediakan peluang maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta menyediakan arak serta dadah / pil ectasy dll sehingga akhirnya berlaku muqaddimah zina ataupun zina. Hiburan yang tidak menggunakan muzik hingar bingar atau mempunyai unsur pemujaan , demikian juga tidak menggunakan lirik yang memuja nafsu , arak, wanita dan seumpamanya. Hiburan yang tidak menjadikan diri hilang ingatan/identity diri dan batasan normal sebagai manusia yang beriman dan beragama seperti sebahagian dari gaya hiburan barat , black metal dan seumpamanya .

HUJJAH YANG MENGHARAMKAN :

Firman Allah Ta'ala: "Dan di antara manusia ada yang membeli (menukar) lahwal hadits untuk menyesatkan orang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekan, bagi mereka siksa yang menghinakan." (Luqman: 6).
Al-Wahidi dalam tafsirnya menyatakan bahwa kebanyakan para mufassir mengartikan "lahwal Hadits" dengan" nyanyian". Penafsiran ini disebutkan oleh Ibnu Abbas radliyallahu 'anhu dan kata Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya (Jami' Ahkamul Qu'ran), penafsiran demikian lebih tinggi dan utama kedudukannya. Hal itu ditegaskan pula oleh Imam Ahmad Al-Qurthubi[1] bahwa di samping diriwayatkan oleh banyak ahli hadits, penafsiran itu disampaikan pula oleh orang-orang yang telah dijamin oleh Rasulullah saw. dengan doa beliau: "Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini, dan ajarkanlah dia ta'wil (penafsiran Al-Quran)." (HSR. Bukhari 4/10 dan Muslim 2477 dan Ahmad 1/266, 314, 328, 335).

Dengan adanya doa ini para ulama dari kalangan shahabat memberikan gelar kepada Ibnu Abbas dengan Turjumanul Qur'an (Penafsir Al-Qur'an).

Juga pernyataan Rasulullah tentang Ibnu Mas'ud: "Sesungguhnya ia pentalkin yang mudah dipahami."[2] Ibnu Mas'ud menerangkan bahwa, "lahwal hadits" itu adalah al-ghina'. Demi Allah, yang tiada sembahan yang haq selain Dia, diulang-ulangnya tiga kali." [3] Al-Wahidi dalam Tafsirnya (Al-Wasith 3/441) menambahkan: "Ahli ilmu Ma'ani menyatakan: ini termasuk semua orang yang cenderung memilih permainan dan al-ghina' (nyanyian), seruling-seruling atau alat-alat musik daripada Al-Qur'an, meskipun lafadhnya dengan kata al-isytira', sebab lafadh ini banyak dipakai dalam menerangkan adanya penggantian atau pemilihan." (Lihat Tahrim Alat Ath-Tharb hal. 144-145)

Ibnu Abbas mengatakan bahwa "suaramu" dalam ayat ini artinya adalah segala perkara yang mengajak kepada kemaksiatan. Ibnul Qayyim menambahkan bahwa al-ghina' adalah da'i yang paling besar pengaruhnya dalam mengajak manusia kepada kemaksiatan[4] Mujahid --dalam kitab yang sama-- menyatakan "suaramu" di sini artinya al-ghina' (nyanyian) dan al-bathil (kebathilan). Ibnul Qayyim menyebutkan pula keterangan Al-Hasan Bashri bahwa "suara" dalam ayat ini artinya duff (rebana), wallahu a'lam. Firman AllahTa'ala: "Maka apakah terhadap berita ini kamu merasa heran. Kamu tertawa-tawa dan tidak menangis? Dan kamu bernyanyi-nyanyi?" (An-Najm 59-61). Kata 'Ikrimah --dari Ibnu Abbas--, as-sumud artinya al-ghina' menurut dialek Himyar. Dia menambahkan: "Jika mendengar Al-Qur'an dibacakan, mereka bernyanyi-nyanyi, maka turunlah ayat ini." Ibnul Qayyim menerangkan bahwa penafsiran ini tidak bertentangan dengan pernyataan bahwa as-sumud artinya "lalai dan lupa". Dan tidak pula menyimpang dari pendapat yang mengatakan bahwa arti kamu bernyanyi-nyanyi di sini adalah kamu menyombongkan diri, bermain-main, lalai dan berpaling. Karena semua perbuatan tersebut terkumpul dalam al-ghina' (nyanyian), bahkan ia merupakan pemicu munculnya sikap tersebut. (Mawaridul Aman hal 325). Imam Ahmad Al-Qurthubi menyimpulkan keterangan para mufassir ini dan menyatakan bahwa segi pendalilan diharamkannya al-ghina' adalah karena posisinya disebutkan oleh Allah sebagai sesuatu yang tercela dan hina (Kasyful Qina' hal 59). · Dari Abi 'Amir Abu Malik Al-Asy'ari, dari Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam beliau bersabda : "Sungguh akan ada di kalangan ummatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr dan alat-alat musik...." (HSR. Bukhari 10/51/5590 -Fath).

· Dari 'Abdur Rahman bin 'Auf ia berkata: Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya saya tidak melarang (kamu) menangis, tapi saya melarangmu dari dua suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan yaitu suara ketika gembira yaitu bernyanyi-nyanyi, bermain-main dan seruling-seruling syethan; dan suara ketika mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju dan ratapan-ratapan syaithan."[5]

HUJJAH YANG MENGHARUSKAN

Nyanyian dan muzik antara hiburan yang boleh menyenangkan jiwa dan menusuk qalbu . Justeru itu tidaklah ia diharamkan selama mana nyanyian dan muzik tersebut tidak mempunyai unsur maksiat dan dosa seperti lirik yang lucah , cabul , memuja nafsu dan mengarah kepada perkara yang diharamkan oleh agama . Tidak salah juga kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu dan merangsang syahwat. Malah disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama berpisah, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi. "Dari Aisyah r.ha, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya : Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan ? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan pula: "Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengawinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Bahkan ! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah) "Dari Aisyah r.ha. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Imam Ghazali dalam Ihya'nya setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainan orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang disokong oleh Nabi dengan kata-katanya : karena kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini . dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, menjelaskan bahwa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan, bukanlah haram dan ini juga menunjukkan bahawa islam membenarkan bermacam-macam permainan yang tidak menyalahi peraturan dan ketetapan syara’. [1] Kasyful Qina’ hal . 62 [2] Kasyful Qina’ hal . 62 [3] Riwayat ini shohih dan telah dijelaskan oleh Syaikh Nasirudin Albani dalam Tahrim Alat Ath Tharb hal 143 . [4] Mawaridul Aman hal . 325 [5] Dikeluarkan oleh Al hakim , Al Baihaqi , Ibnu Abidunya , Al Jurri dan lain lain lihat Tahrim Alat At Tharb hal 52 - 53

bersambung

TA’ARIF NYANYIAN MENURUT PANDANGAN ULAMA’

Pengertian Al-Ghina' dan Al-Ma'azif : Imam Ahmad Al-Qurthubi menyatakan dalam Kasyful Qina' hal 47; Al-ghina' secara bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang seumpama dengannya (seperti rajaz secarak husus). Di dalam Al-Qamus (hal 1187), al-ghina' dikatakan sebagai suara yang diperindah. Imam Ahmad Al-Qurthubi melanjutkan bahwa sebahagian dari imam-imam kita ada yang menceritakan tentang nyanyian orang Arab, berupa suara yang teratur tinggi rendah atau panjang pendeknya, seperti al-hida' yaitu nyanyian pengiring unta dan dinamakan juga dengan an-nashab (lebih halus dari al-hida'). [1]

Al-Ma'azif adalah jamak dari mi'zaf. Dalam Al-Muhieth (hal 753) kata ini diartikan sebagai al-malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan) contohnya al-'ud (sejenis kecapi), at-thanbur (gitar atau rebab). Sementara dalam An-Nihayah diartikan dengan duf-duf. Disebut pula al-'azif artinya al-mughanni (penyanyi) dan al-la'ibu biha (yang memainkannya). (Tahrim Alat Ath-Tharb, Syaikh Al-Albani hal 79).

Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman (hal 330) menyatakan bahwa al-ma'azif adalah seluruh alat muzik atau permainan. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa. Imam Adz-Dzahabi dalam As-Siyar (21/158) dan At-Tadzkirah (2/1337) menjelaskan definisi ini dengan mengatakan bahwa al-ma'azif mencakup seluruh alat muzik mahupun permainan yang digunakan untuk mengiringi sebuah lagu atau syair. Contohnya seruling, rebab, simbal, terompet dan lain-lain. [2] Definisi yang telah disebutkan para ulama ini membahagi al-ghina' menjadi dua kelompok: Nyanyian yang pertama : Seperti yang sering kita temui dalam berbagai aktiviti manusia sehari-hari , dalam perjalanan , pekerjaan berat dan sebagainya. Sebahagian di antara mereka ada yang menghibur dirinya dengan "bernyanyi" untuk menambah kesungguhan dan semangat (kerajinan), menghilangkan kejenuhan dan rasa sepi. Contoh yang pertama ini di antaranya al-hida', lagu yang dinyanyikan oleh sebagian kaum wanita untuk menenangkan tangis dan rengekan buah hati mereka atau nyanyian gadis-gadis kecil dalam senda gurau dan permainan mereka, wallahu a'lam. [3] Disebutkan pula oleh sebagian ulama bahwa termasuk yang pertama ini adalah selamat atau bersih dari penyebutan kata-kata yang keji, hal-hal yang diharamkan seperti menggambarkan keindahan bentuk atau rupa seorang wanita, menyebut sifat atau nama benda-benda yang memabukkan. Bahkan sebagian ulama ada pula yang menganggapnya sebagai sesuatu yang dianjurkan (mustahab) apabila nyanyian itu mendorong semangat untuk giat beramal, menumbuhkan hasrat untuk memperoleh kebaikan seperti syair-syair ahli zuhud (ahli ibadah) atau yang dilakukan sebagian sahabat seperti yang terjadi dalam peristiwa Khandaq: Ya Allah, jika bukan karena engkau tidaklah kami terbimbingDan tidak pula bersedekah dan menegakkan shalat Maka turunkanlah ketenangan kepada kami Dan kukuhkan kaki kami ketika menghadapi musuh. Imam Ahmad Al-Qurthubi dalam Kasyful Qina' (hal 48) yang menyebutkan bahwa yang seperti ini termasuk nasehat yang berguna dan besar ganjarannya.

Demikian pula yang dikatakan Imam Al-Mawardi bahwa syair-syair yang diungkapkan oleh orang-orang Arab lebih disukai apabila syair itu mampu menumbuhkan rasa waspada terhadap tipuan atau rayuan dunia, cinta kepada akhirat dan mendorong kepada akhlak yang mulia. Kesimpulannya, syair dan nyanyian seperti ini dibolehkan jika selamat atau bebas dari kekejian dan pembohongan [4] Nyanyian di kalangan orang Arab waktu itu seperti al-hida', an-nashbu dan sebagainya yang biasa mereka lakukan tidak mengandung sesuatu yang mendorong keluar dari batas-batas yang telah ditentukan.[5]

Nyanyian yang kedua : Seperti yang dilakukan oleh mereka yang mengenal seluk beluk gubahan (nada dan irama) suatu lagu, dari rangkaian syair atau nyanyian, kemudian mereka dendangkan dengan nada atau irama yang teratur, halus, lembut dan menyentuh hati, membangkitkan gejolak nafsu serta mengghairahkannya.

Nyanyian seperti ( yang kedua ) inilah yang sesungguhnya diperselisihkan para ulama, sehingga mereka terbahagi dalam tiga kelompok yaitu: Yang mengharamkan, memakruhkan dan yang membolehkan [6].

[1] Lihat Kasyful Qina’ oleh : Imam Ahmad Al Qurtubi 47 . Al Qamus hal 127 [2] Lihat Tahrim Alat Ath Tharb oleh Syaikh Albani hal . 79 [3] Kaffur Ri’a hal 59 – 60 , Kasyful Qina’ hal : 47 - 49 [4] Kaffur Ri’a’ hal : 50 [5] Muntaqa Nafis min Talbis Iblis Oleh Syaikh Ali Hassan. Hal 290 [6] Kasyful Qina’ hal . 50

bersambung

HIBURAN : KETULUSAN SENI DALAM KETEGASAN SYARIAT

MUQADDIMAH 01 :
Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sempurna untuk mengatur kehidupan manusia di mukabumi . Justeru itu , kehadhiran Islam adalah untuk menyelamatkan ummat manusia daripada menjadi korban nafsu dan syahwat serta membebaskannya pula daripada menjadi mangsa ideology dangkal yang dicipta oleh manusia .
Malah Islam sebagai agama ciptaan tuhan yang sama dengan tuhan yang mencipta manusia , maka modus operandinya tidak bertentangan dengan fitrah manusia, sebaliknya mendidik dan membimbing laluan fitrah manusia agar tidak terpesong dari landasan syara’ termasuklah mengawal dan memelihara fitrah ini agar tidak diperdaya oleh syaithan alaihilaknatullah yang sememangnya menjadi musuh tradisi kepada anak adam .
Sikap prejudis terhadap Islam sebenarnya sering didorong oleh dua unsur negative yang perlu dihindarkan .
Kejahilan dan slaah faham mengenai dasar syariat serta konsep perlaksanaan hukumnya .
Dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap Islam .
Mengatasi sikap ini , sangat wajar kepada semua pihak agar kembali mendalami serta menghayati prinsip dan orientasi agama suci yang diturunkan oleh Allah swt. dengan mengkaji sumber asas bagi ambilan segala hukum syariat , iaitu Al Quran dan Sunnah .
Juga meneliti khazanah – khazanah Islam yang muktabar hasil karya ulama’ yang soleh dan memperjuangkan agamanya .
Tindakan mengambil maklumat dan membentuk sikap melalui pandangan rambang dan karya picisan dalam apa jua perkara , menjadikan kita prejudis terhadap Islam dan pesimis terhadap syariat .
Saya mengharapkan semua pihak dapat berlapang dada dan bersikap positif dalam menilai kesucian agama jua berjiwa besar bagi menghadapi gaya pendekatan dan cara keterampilan contemporary yang diizinkan oleh Islam bagi memecah kejumudan aqal milik sebahagian ummat manusia .
Wajar diinsafi , bahawa kejumudan ini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana kelak ia akan membentuk persepsi umum yang negative terhadap Islam, kononnya Islam tidak mempunyai formula bagi menangani persoalan semasa , apatah lagi disaat dunia menghadapi konflik dan krisis moral yang sangat teruk pada hari ini .
Pun begitu kita tegas agar sikap keterbukaan kita dalam mengemukakan pendekatan contemporary , tidak membentuk aliran liberalis dalam kelompok ummat Islam .

MUQADDIMAH 02 :
Sila rujuk Kesenian dan Hiburan Sebagai Method Dakwah Ulama Melayu Silam
Oleh : Fadli Ghani Akademi Kajian Kota.
Perkembangan industri hiburan yang semakin pesat dengan disokong oleh revolusi teknologi maklumat telah memberikan cabaran yang besar kepada proses dakwah Islamiyyah di Negara ini .
Golongan remaja dan muda – mudi menjadi sasaran utama industri hiburan sehingga banyak pihak melihat bahawa masa depan golongan ini begitu kabur akibat terjerumus dalam kancah hiburan yang melalaikan .
Bagi sebahagian ulama dan pemimpin gerakan Islam sendiri , mereka melihat perkembangan ini dari aspek yang agak negative iaitu hiburan sebagai satu aktiviti yang haram di sisi Islam .
Sekiranya para ulama bertindak lebih bijaksana , hiburan yang dianggap haram ini boleh dibangunkan semula untuk memenuhi keperluan nurani golongan muda , tetapi dalam pendekatan yang dibenarkan oleh syara’ , sekali gus meningkat keluasan metodologi dakwah kepada masyarakat .
Sebenarnya hiburan bukanlah satu aktiviti yang haram dalam Islam , sebaliknya beberapa unsur yang terkandung dalam hiburan tersebut telah menukar status hiburan daripada halal kepada haram .
Perkembangan terkini dalam industri hiburan seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan , wujudnya unsur perjudian , aktiviti hiliran seperti lumba haram , seks bebas , meminum minuman keras , mengambil dadah dan lain lain telah menjadikan hiburan bukan sahaja haram di sisi Islam tetapi memberi kesan buruk kepada system social masyarakat .
Namun begitu untuk menolak hiburan secara total adalah tidak bijak , kerana ia menjadi keperluan bagi sebahagian besar manusia . Oleh itu , hiburan mesti dilihat secara positif dalam konteks dakwah supaya ia bermanafaat untuk semua .
bersambung

Sunday, September 04, 2005

NO HUGGING PLEASE !! WE ARE MUSLIM .

"Najib beri peringatan supaya para remaja terutama para peserta realiti TV menjaga moral Melayu (akhlak Islam?) supaya tidak berpelukan di atas pentas sesama bukan mahram. Katanya: “No hugging please! We are Muslim.”

Ayat itu benar dan begitulah sebenarnya hukum Islam. Tapi bukan peluk saja yang salah. Banyak lagi sebenarnya yang salah. Cuma mungkin ia agak ketara di program realiti TV. Sama ada Najib menyebut dengan hati atau dengan mulut, itu terserahlah kepadanya. Tapi nasihat itu baik pada zahirnya.

Fenomena peluk dan lebih dari peluk adalah fenomena generasi baru remaja yang dihasilkan oleh pemerintahan UMNO/BN yang menjadikan hiburan sebagai ‘pusat tarbiyyah’ remaja. Kisah ‘remaja terlampau’, ‘pelajar IPT menjadi pelacur’ dan seribu satu tajuk yang meloyakan adalah produk-produk dari kilang UMNO/BN selama 48 tahun beroperasi.

Lihat saja jawapan Kak Fati, guru AF tentang anaknya yang bermesra dengan pakwenya: ‘memupuk budaya kasih-sayang!’ Episod terbaru adegan peluk ialah apabila Rafidah Aziz memeluk Mahathir sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 48. Ini bukan fitnah. Gambar boleh dilihat.

Biasanya ustaz-ustaz UMNO akan berkata: ‘Inilah orang PAS, suka memfitnah orang lain.’ Sekali lagi, ini bukan fitnah. Ini realiti. Bukan realiti TV, tapi realiti kehidupan pimpinan UMNO. Seorang bertaraf nenek boleh saja memeluk erat seorang bertaraf moyang yang bukan mahramnya. Darah dan kerabat pun tak sama. Yang sama mungkin hanya darah sesama UMNO. Tapi boleh berpeluk erat di pentas pemimpin kerajaan sempena kemerdekaan. Merdeka? Jiwa nenek dan moyang ini belum merdeka dari belenggu dan penjajahan pemikiran. Belum bebas sepenuhnya. Merdeka penuh ialah apabila taat mutlak kepada perintah Allah.

Agaknya Rafidah darurat memeluk Dr M kerana isu APnya. Dalam keadaan darurat, mungkin dibenarkan. Itu kena tanya Dr Mashitah pula. Yang jelas, peringatan Najib kepada remaja supaya jangan memeluk di pentas realiti TV dan di bawah pentas dipandang sinis oleh para remaja sendiri kerana pimpinan kerajaan ‘Islam Hadhari’ sendiri menjadi ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ melalui pelukan ‘budaya kasih-sayang’ antara Rafidah dan Dr M. Ingat sikit pesanan Najib tu: ‘No hugging please! We are Muslim!’

KORBAN MERDEKA DAN MANGSA PATRIOTISME

Baru - baru ini ( 30 Ogos 05 ) , Kami DPP Negeri Pahang turun melaksanakan XPDC Dakwah ke Padang MPK 2 Kuantan di saat puluhan ribu rakyat berhimpun untuk menanti detik 12 tgh malam yang diraikan dengan pelbagai sajian hiburan dan bunga api .

Sambutan bulan kemerdekaan negara pada tahun ini telah dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 50 Juta bermula 17 ogos hingga 17 september nanti .

Lebih 70% yang hadhir bukanlah untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan negara apatah lagi membawa semangat kemerdekaan dan patriotisme yang tinggi . Sebaliknya kehadhiran mereka sekadar untuk berhibur dan melampiaskan nafsu syahwat yang meluap. Realiti ini di terjemah oleh kebanjiran muda - mudi yang datang berpasangan dan berpeluk pelukan pula menampilkan pakaian yang menjolok mata .

Saya meninjau perkembangan ini sehingga jam 3 pagi , ternyata mereka tidak selesai di Padang MPK 2 tetapi mereka terus pula menuju ke destinasi yang lebih privacy buat mereka . Antara lokasi popular ialah Telok Cempedak , taman Gelora dan Taman Esplanet .

Ntahlah...apabila saya melihat mereka berpelukan dan bercumbuan malah ada yang tidur berpelukan lelaki dan perempuan dihentian bas dan kaki lima premis perniagaan di Telok Cempedak , saya hanya mampu berkata ...inilah korban merdeka .

Lebih menimbulkan rasa sebal didalam jiwa ini ialah , di manakah ibu bapa mereka dan apakah mereka sekadar tidak ambil peduli dimana anak - anak mereka dalam waktu sebegini ? Apakah mereka juga menjadi mangsa patriotisme ?

Kalau puluhan ribu rakyat menjadi korban dan mangsa sudah tentunya , kerajaan selaku penganjur menjadi pemangsa yang sangat rakus dengan agenda mereka merosakkan jatidiri anak bangsa dan melekakan mereka dengan hiburan tanpa tepi .

Apakah kita hanya akan membungkam sejuta bahasa menyaksikan fenomena ini ?