" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, July 29, 2006

MUNAJAT GOLONGAN TERTINDAS

Doa ini boleh dibaca selepas solat hajat , waktu - waktu mustajab dan juga di dalam qunut ( Nazilah ).

اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا

اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ .

اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ .

اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ .

اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا .

اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ .

اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا .

اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ .

اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ

Kemudian saudara sambung dengan doa rabitah.

TERJEMAHAN MUNAJAT

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.

Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.

Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu. Ya... Allah

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya,sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad.sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibah terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.

Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan.KepadaMulah tempat bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

HARI KESENIAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL IRSYAD
BALOK KUANTAN .

Saya merakamkan kepada semua warga Sekolah Rendah Islam Al Irsyad Balok ( SRAIB ) kerana berjaya menganjurkan Hari Kesenian yang di meriahkan dengan pelbagai acara menarik pada hari ini .

Program ini dijangka berlangsung hingga jam 11 malam ini . Saya yakin , program ini tidak terhenti setakat objektif penganjuran semata - mata tetapi apa yang lebih penting untuk menampilkan keupayaan SRAIB ke persada masyarakat.

Sementelah di saat dunia modern yang sering memandang sinis terhadap keupayaan Sekolah yang berorientasikan agama ( ilmu dan tarbiyyah ) .

SRAIB memerlukan sokongan padu dari setiap ummat Islam yang cintakan agama dan menyedari betapa peri pentingnya pendidikan Islam secara formal tanpa mengenepikan ilmu akademik yang lain .

Tahun ini , adalah tahun pertama SRAIB akan melahirkan produk lepasan UPSRnya . Tentu banyak pihak sedang menanti kejayaan tahap mana yang akan dicapai oleh SRAIB berbanding sekolah - sekolah lain .

Perlu saya utarakan pandangan atau pendapat saya , bukan sahaja untuk SRAIB tetapi juga untuk seluruh Sekolah Agama yang lain , bahawa Masyarakat tidak perlu menganggap SRAIB / SAR sebagai pesaing kepada sekolah - sekolah Kebangsaan yang ada .

Sebaliknya SRAIB / SAR adalah mengisi kelompangan pendidikan yang berteraskan Tarbiyyah Islamiyyah , dengan maksud bukan sahaja memberi ilmu atau maklumat kepada murid tetapi mendidik mereka agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa .

Justeru itu , usahlah tertekan dengan bentuk persaingan yang seolah - olah sengaja diwujudkan agar " kita berasa rendah diri bila tidak mengatasi mereka dan bangga pula apabila berjaya mengatasi mereka " .

Hadhirnya SRAIB / SAR bukan pesaing untuk meraih gelaran dan nilai markah sedemikian , tetapi lebih bermaksud mendidik dan melahirkan pelajar yang sedar tanggungjawab mereka terhadap tuhannya , agama dan diri .

Namun , daya saing yang diwujudkan dari dalam diri pelajar , untuk memburu kejayaan cemerlang dalam pelajaran mereka dan seterusnya menempa dan menjulang nama sekolah adalah suatu yang positif sebagai motivasi diri mereka .

Semoga tahun ini dan tahun - tahun akan datang , SRAIB mencipta kejayaan gemilang demi agama Allah , dengan lahirnya insan yang bijak akademik dan pintar agama .

Friday, July 28, 2006

PEMBERITAHUAN :

Untuk makluman tuan, kes penghakiman Lina Joy seperti yang jadualkan pada Jumaat hari ini (28 Julai 2006) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya tidak akan dilakukan.

Kes tersebut akan disebut pada tarikh lain yang akan dinyatakan kemudian. Justeru, sila maklumkan kepada ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat yang akan turun ke Mahkamah Perskeutuan di Putrajaya, bahawa kes itu tidak akan bersidang pada hari esok.

Makluman yang mengatakan bahawa penghakiman kes Lina Joy pada hari esok (jumaat 28 Julai 2006) adalah tidak tepat dan tidak perlu diterima sebagai maklumat yang betul.

Makluman sebenar tarikh penghakiman kes tersebut akan kami maklumkan secara rasmi melalui email, dan faks .

Sekian, terima kasih.

PEJABAT DPPP

Thursday, July 27, 2006

ISU AQIDAH : ISU KITA BERSAMA

Ummat Islam perlu bersatu untuk selamatkan Aqidah….

Pengalaman berada di Masjid Wilayah Persekutuan hari ni (23/6/2006) amat membara perasaan saya dan beberapa rakan untuk turut sama menyahut seruan untuk mempertahankan aqidah umat Islam Melayu.

Sekiranya sekitar zaman penjajah berlakunya kes murtadnya Natrah dan perampasan Natrah oleh kaum keluarga asalnya dari Belanda daripada tangan suaminya iaitu Mansor Adabi. Ribuan manusia berarak ke mahkamah Singapura dan terlalu ramai yang cedera dan ada yang maut di jalan Allah ini. Terdapat 100 anggota keselamatan yang membuka baju seragam mereka kerana ingin turut mencabar undang-undang British yang menetapkan keislaman Natrah pada umur 14 tahun adalah di bawah had umur Common Law.

Kali ini kes Azlina Jailani atau nama Kristiannya Lina Joy mula menempelak minda umat Melayu yang leka. Kes ini terlalu berat sehingga mampu menimbulkan krisis perkauman sekiranya tidak dijaga dan dibendung daripada membarah.

Pembendungan bukan dalam erti kata menyekat umat Islam bersuara, tetapi bertindak dengan menghalang suara-suara liar-durjana daripada Pertubuhan 'Dana Becket untuk Kebebasan Agama' yang berpangkalan di Amerika dan pelbagai NGO luar negara yang telah memproksikan beberapa NGO dan menteri-menteri Malaysia non-muslim untuk bertindak biadab sehingga mampu membawa memorandum kepada PM kita berkenaan artikel 121(1A).

Amat menyedihkan apabila berita-berita serta kelanjutan perbicaraan kes-kes sebegini tidak berada dalam media mainstream secara adil dan telus. Krisis kekontangan nilai tanggungjawab terhadap aqidah dan keutuhan sistem Islam adalah berpunca daripada krisis kekurangan maklumat. Kekurangan maklumat adalah disebabkan ada yang menyekat.

Kronologi ringkas Kes Lina Joy.

Azlina Jailani(42), berketurunan Jawa telah menafikan didikan agama ibu bapanya sejak kecil. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mempraktikkan nilai Islam sejak kecil. Beliau bertukar agama kepada Kristian pada tahun 1990 dan telah mempunyai sijil Baptis pada 11 Mei 1998.

Pada 2000, beliau telah berkahwin dengan India Kristian dan memohon pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama sejak tahun 1999 lagi.

Permohonan menukar nama diterima, walaubagaimanapun dikekalkan pada kad pengenalan beliau iaitu perkataan Agama Islam. Beliau amat tidak berpuas hati dan meminta Mahkamah Syariah mengesahkan kemurtadannya demi mengesahkan penukaran perkataan agama pada kadnya.

Mahkamah Syariah amat bertegas serta membuat keputusan bahawa tiada Melayu yang dibenarkan untuk menukar agama mereka (berdasarkan undang-undang) berdasarkan kuasa artikel 121(1A) yang sedia ada.

Permohonan di buat di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 seterusnya di Mahkamah Rayuan. Keduanya menyatakan bidang kuasa adalah pada Mahkamah Syariah berasaskan Artikel 121(1A).

Akhirnya kes ini didengarkan di Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato' Alaudin dan Dato' Richard dan mereka cenderung dengan jawapan yang diputuskan oleh ketiga-tiga mahkamah sebelum itu.

Cabaran….mencabar dan tercabar…

Pertama kali dalam sejarah negara ini, peguam-peguam pemerhati telah dibenarkan untuk berhujah. Dengan diketuai oleh Peguam Malik Imtiyaz Sarwar yang sememangnya menyokong Lina Joy, mereka telah bersama-sama untuk memutar belit perhujahan kepada Artikel 11.

Mereka membawa mahkamah kepada takrifan Artikel 11 agar lebih liberal dan menguasai serta mendominasi Artikel 121(1A) serta Artikel 160 yang mentakrifan masyarakat melayu sebagai beragama Islam, berbudaya melayu dan berasal dari keluarga melayu. Artikel 11 jika dikupas secara bebas akan lebih menjuruskan kepada hak asasi.

Ya, hak asasi adalah tuhan baru bagi pengikut aliran liberalisme di barat. Liberalisme yang mula memasuki lubuk praktikal para profesional Islam, NGO serta pertubuhan dengan servis sosial mula menampakkan usaha kearah mengintegrasikan antara agama secara homogeneous total sehingga melacur prinsip dan kekukuhan nilai aqidah Islam yang merupakan sesuatu yang pernah dipertahankan oleh Imam Ahmad Hanbal sehingga patah tulang belakangnya di era Abbasiyyah dahulu.

Secara semena nilai aqidah ini mula dilacurkan oleh peguam-peguam Islam sendiri. Malik Imtiyaz Sarwar mewakili Majlis Peguam (bar Council) walaupun sebenarnya bekas-bekas presidennya sendiri tidak merestuinya (seperti Peguam Zainur Zakaria). Bahkan ahli-ahli Majlis Peguam juga tidak bereaksi positif dengan tindakannya.

Mereka cuba mencabar MAIS, Kerajaan Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Malaysia dalam usaha untuk mentarifkan Artikel 11 agar hak kebebasan individu selepas berusia 18 tahun menjadi suatu indikator mutlak kepada kesemua kes yang akan datang. Hal ini pastinya akan menggagalkan peranan Artikel 160 serta 121(1A) sekiranya dibawa ke mahkamah sivil.

Bahaya Liberalisme….

Isu kebebasan mutlak ini akan menafikan peranan ibu bapa dalam mengawal corak moral dan nilai etika anak-anak mereka. Nilai kerangka murni Melayu yang sejak 500 tahun dahulu dipertahankan oleh nenek moyang kita sehingga 'principle exclusiveness' Melayu-Islam ini menjadi begitu signifikan dan erat sekali.

Kini usaha liberal untuk memburai segala ini sekelip mata. Usaha pensekularan akan berlaku dengan lebih pesat lagi kerana takrifan bebas Artikel 11 akan menghasilkan Islam sebagai agama yang hanya pada nama tetapi tidak berfungsi untuk mengawal akhlak penganutnya, memandu kehidupan penganutnya serta tiada amalan ritual yang bermanfaat.

Usaha penghapusan pondok-pondok yang bermula dengan penghapusan bantuan kepada mereka, labelan pembangkang kepada mahasiswa pengajian Islam (UM, UIA dan lain-lain) serta memandang pendokong Islam sebagai suatu polar negatif. Usaha pelacuran nilai Islam yang telah berlangsung antara sedar atau tidak, bermula di kampung sehinggalah ke bandar, bermula di sekolah sehingga ke medan kampus, Islam dinobatkan sebagai sesuatu yang membencikan, orthodoks dan ada usaha pemisahan norma berlaku. Malangnya Melayu.

Kesan Kes ini kepada Islam.

Artikel 3 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

Mengikut perlembagaan Islam adalah terletak di tempat yang tertinggi sebagai contoh di dalam peruntukan Perkara 12(2) kuasa mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (persekutuan dan Negeri) kepada institusi Islam seperti masjid, Sekolah Agama Rakyat, Madrasah dan sebagainya. Status ini akan terhapus sekiranya kes Lina Joy berjaya untuk menjadi rujukan kepada kes-kes yang akan datang. Semestinya NGO di sebalik Lina Joy tidak akan berdiam diri.

Kemenangan di dalam mahkamah bukan sekadar untuk menukar agama dan perkataan Islam pada kad pengenalan, sebaliknya merealisasikan akta dan Artikel 11 yang diperjuangkan serta menafikan hak Perkara 12(2), Artikel 160 serta 121(1A) yang terakhir sekali. Menafikan hak artikel ini dalam mahkamah, perlu juga direalisasikan di peringkat pelaksanaan eksekutif. Inilah matlamat mereka.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana peruntukan Perkara 121(1A) juga akan terhakis kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan melalui Mahkamah Sivil akan menyebabkan lebih ramai yang akan membelakangkan Mahkamah Syariah. Fungsi ini akan mati begitu sahaja.

Perkara 11(4) menyatakan, kerajaan Negeri boleh berusaha menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes ini menang, artikel ini sudah tidak bermakna dan kesemua agama akan berhak menyebarkan agama mereka tanpa sekatan kerana Artikel 11 mendominasi.

Artikel 160 menyatakan Melayu adalah sesiapa yang berasal daripada keluarga Melayu, beragama Islam, serta mengamalkan cara hidup Islam. Lina Joy cuba menafikan pengamalan Islamnya sejak kecil semata-mata untuk menggagalkan takrifan Artikel 160. Cukup teliti perancangan mereka.

Ubah mentaliti.

Kepada golongan yang asyik berwacana membidaahkan golongan lain, mencari kesalahan silam, mengungkit-ungkit perkara furu' yang sebenarnya ada cara penyelesaian jika kita bijak aspirasi sebenar Nabi SAW, silalah sedar bahawa kita adalah antara titik yang menjustifikasikan kepada keberhasilan serangan terhadap aqidah Melayu ini.

Kelekaan kita menghentam perkara yang boleh diketepikan disaat umat tenat (kes menghentam Iran dalam usaha menghapuskan Amerika Syarikat hanya disebabkan mereka Syiah, kes menghentam Ibnu Ishaq serta banyak lagi perkara yang sebenarnya bukan polemik, tetapi dipopular semula oleh golongan 'bijak' ini) adalah suatu yang amat menjelekkan.

Kepada golongan yang pasif terhadap isu umat Islam akibat leka dengan tersingkirnya Amirul daripada AF4, leka dengan saman yang dikenakan kepada Dato' K lebih daripada kes Lina Joy, leka dengan Gaun Cinderella Siti, maka kita adalah agen pemula dan pembina sejarah keterhakisan Melayu sebagai penganut Islam setia sejak era mubaligh Islam era Malikul Salleh.


Sekararang bukan masanya untuk membincangkan pemugaran sistem kehakiman atau sistem yang sedia ada. Sekarang adalah masa untuk menyedarkan belia-beliawanis berkenaan perancangan sempurna golongan liberalis untuk memurtadkan Melayu di Malaysia.

Sekarang adalah masa bagi peguam-peguam Islam menggunakan aspirasi Islam dalam mentakrif Artikel dan Akta-Akta yang sememangnya sedia ada dalam bidang kehakiman negara ini. Undang-undang yang sedia ada perlu diaplikasi menurut aspirasi Islam termasuk mempertahankan peruntukan Artikel 121(1A) disamping mengukuhkan ruang lingkupnya.

Apakah yang boleh kita lakukan wahai penganut Islam semua.

Untuk tindakan awal, silalah menghantar email kosong kepada
forkad-subscribe@yahoogroups.com. Anda akan mendapat maklumat tindakan umat Islam seMalaysia untuk kes-kes aqidah sebegini. Bertindak segera.

Buka web
www.defendersofislam.net anda akan mendapat maklumat berkala kes ini serta perkembangannya.

Buka web
www.myislamnetwork.net, www.abim.org.my serta www.defendersofislam.net untuk memuat turun risalah atau pamplet berkenaan isu murtad ini.

Gandakan sebanyak mungkin dan edarkan di tempat strategik dan bukan sekadar di masjid-masjid kerana golongan yang cenderung kepada kemurtadan bukan berada di masjid !!!

Solat hajat. Anjurkan solat hajat perdana jika kita menguasai NGO, persatuan mahasiswa, kesatuan sekerja atau apa sahaja platform. Sedarkan juga masyarakat melalui kaedah 'mummy jarum'. Ringankan mulut anda bercakap di kedai-kedai makan. Usaha mudah begini hanya Allah yang pandang.

"….Sesungguhnya solatku, Amal Ibadahku, Hidup dan Matiku, hanyalah untuk Allah sahaja, Tuhan sekalian alam…."

Muhammad Nuruddin Bashah
Universiti Malaya
2006.

Tuesday, July 25, 2006

SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN 3

Kenapa Berserban ?

Serban ialah pakaian yang dipakai oleh golongan lelaki dililit diatas kepala sebagaimana dinyatakan dalam mu'jam dibawah:

و فى المصباح المنير والمعجم الوسيط والمخصص لابن سيده تم تعريفهم للعمامة مايلى:العمامة : اللباس الذى يلاث ( يلف ) على الرأس تكويرا ، وتعمم الرجل ، والجمع عمائم

Masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga telah memakai serban dan hal ini telah menjadi kebiasaan dan adat mereka. Apabila datang Islam, pengamalan memakai serban diteruskan memandangkan ianya adalah satu perkara yang baik.

Rasulullah saw juga berserban dan telah menyatakan dalam sabdaan Baginda tentang serban ini bahkan terdapat hadis yang menyuruh agar Sahabat beserban, membuktikan bahawa pemakaian serban ini bukanlah menjadi ikutan dan adat semata-mata, malahan ia adalah Sunnah dan petunjuk (al hadyu) Baginda saw yang agung. Ini kerana sunnah bermaksud:

السنة النبوية هي ما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير، وأضاف بعض أهل العلم أو صفة سواء خَلقِية أو خُلُقية

“ Sunnah An Nabawiyyah ialah apa yang sabit dari nabi saw yang terdiri dari perkataan , perbuatan atau taqrir ( dan telah ( menyandarkan ) menyatakan oleh sebahagian ahli ilmu ) atau sifat samaada Khalqiyyah ( semula jadi ) atau Khuluqiyyah .( perlakuan seharian )

DALIL-DALIL BERKAITAN DENGAN SERBAN

Antara dalil yang disebut bahawa Nabi saw memakai serban ialah:

حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ‏ ‏قَالَا أَخْبَرَنَا ‏ ‏وَكِيعٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مُسَاوِرٍ الْوَرَّاقِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَعْفَرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَطَبَ النَّاسَ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ

Bhw Rasulullah saw. telah berkhutbah dihadapan manusia dan di atasnya serban berwarna hitam.

Riwayat Imam Muslim

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏هَارُونُ بْنُ إِسْحَقَ الْهَمْدَانِيُّ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَدَنِيُّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ مُحَمَّدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نَافِعٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏كَانَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِذَا اعْتَمَّ ‏ ‏سَدَلَ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏‏قَالَ ‏ ‏نَافِعٌ ‏ ‏وَكَانَ ‏ ‏ابْنُ عُمَرَ ‏ ‏يَسْدِلُ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏عُبَيْدُ اللَّهِ ‏ ‏وَرَأَيْتُ ‏ ‏الْقَاسِمَ ‏ ‏وَسَالِمًا ‏ ‏يَفْعَلَانِ ذَلِكَ

Dari Ibnu Umar telah berkata : Adalah Nabi saw apabila berserban , ia telah melabuhkan hujung serbannya kebelakang antara kedua bahunya . Telah berkata Nafi’ dan adalah Ibnu Umar melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara kedua bahunya . Telah berkata Ubaidullah dan aku telah melihat Al Qasim dan Saalim keduanya melakukan sedemikian itu.

Riwayat Imam Muslim

ما ورد عن ابن عمربن حريث قال " كأنى انظر الى الرسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر ، وعليه عمامة سوداء ، وقد ارخى طرفيها ( فى رواية : طرفها ) بين كتفيه "

Apa yang telah datang dari Ibnu Umar bin Harith telah berkata : Bagaikan aku melihat kepada Rasulullah saw di atas mimbar dan diatasnya serban yang berwarna hitam dan sesungguhnya ia telah melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara dua bahunya.

Riwayat Imam Muslim,Nasaie,Abu Daud

Dalam nas di atas dinyatakan bahawa Nabi saw membiarkan ekor serban diantara dua bahunya, bahkan Sahabat dan Tabien mengikut amalan memakai serban yang diamalkan oleh Nabi ini.

Demikian itulah, terdapat perbahasan dalam Feqh Islam tentang kaedah sebenar memakai serban yang menepati Sunnah Baginda saw seumpama dinyatakan dalam Raudhah Tolibin bahawa yang menjadi sunnah ialah serban yang mempunyai perca yang dilepaskan antara dua bahu, setengah Ulamak menyatakan diletak perca serban disebelah bahu yang kanan.

Dalam hadis yang lain dinyatakan:

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي الْحَسَنِ الْعَسْقَلَانِيِّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ رُكَانَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رُكَانَةَ ‏ ‏صَارَعَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَصَرَعَهُ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏رُكَانَةُ ‏ ‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّ فَرْقَ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُشْرِكِينَ الْعَمَائِمُ عَلَى ‏ ‏الْقَلَانِسِ ‏ ‏

Telah berkata : Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis ( jama’ qalanswah ) iaitu seumpama kopiah .

Riwayat Imam Tirmizi

Dalam hadis di atas jelas Nabi saw menyatakan bahawa serban adalah salah satu syiar Islam yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir. Nas di atas walaupun tidak datang dalam bentuk arahan tetapi ia adalah taujih khabari yang seakan-akan menggalakkan memakai serban ( dalam ruang lingkup yang tidak sampai peringkat wajib )

وقد ثبت في الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه عمم عبد الرحمن ابن عوف ، وأرسل العَذَبة بين كتفيه، وقال: هكذا فاعتمَّ يا بن عوف

Dalam hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Nabi saw pernah menyuruh Abdul Rahman ibn Auf agar berserban dan menunjukkan kepadanya cara berserban.Hal ini di jelaskan dalam kitab Raudhah Thalibin Imam Nawawi.

Dalam nas yang lain dinyatakan bahawa Nabi telah memakaikan serban keatas kepala salah seorang sahabat:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدٍ الرَّازِيُّ أَنَّ أَبَاهُ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَجُلًا بِبُخَارَى عَلَى بَغْلَةٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ وَيَقُولُ كَسَانِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menjelaskan kepada kami yahya bin Musa , menjelaskan kepada kami Abdur Rahman bin Abdullah bin Saad Ar Raazi bahawa bapanya telah mengkhabarkannya dari bapanya telah berkata : Aku telah melihat seorang lelaki di Bukhara, di atas tunggangan beliau memakai serban hitam dan beliau berkata: Rasulullah saw telah memakaikan nya kepadaku

Hadis riwayat Tirmizi

Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Nabi saw meyapu air ke serban ketika berwudhuk, menyatakan bahawa Nabi saw dalam banyak keadaan berserban terutama ketika mengerjakan Solat, perca kain serban tersebut dilepaskan diantara dua bahunya, dan Baginda menggalakkan agar Sahabatnya berserban seumpama yang telah dinyatakan kepada Abdul Rahman Ibnu Auf Radhiallahu 'Anhu:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ قَالَ بَكْرٌ وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ وَذَكَرَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى نَاصِيَتِهِ وَعِمَامَتِهِ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ذَكَرَ بَعْضُهُمْ الْمَسْحَ عَلَى النَّاصِيَةِ وَالْعِمَامَةِ وَلَمْ يَذْكُرْ بَعْضُهُمْ النَّاصِيَةَ و سَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ الْحَسَنِ يَقُولُ سَمِعْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يَقُولُ مَا رَأَيْتُ بِعَيْنِي مِثْلَ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقَطَّانِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةِ وَسَلْمَانَ وَثَوْبَانَ وَأَبِي أُمَامَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَأَنَسٌ وَبِهِ يَقُولُ الْأَوْزَاعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ قَالُوا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ و قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ لَا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ إِلَّا بِرَأْسِهِ مَعَ الْعِمَامَةِ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ قَالَ أَبُو عِيسَى و سَمِعْت الْجَارُودَ بْنَ مُعَاذٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعَ بْنَ الْجَرَّاحِ يَقُولُ إِنْ مَسَحَ عَلَى الْعِمَامَةِ يُجْزِئُهُ لِلْأَثَرِ

……katanya: telah berwudhuk Rasulullah saw dan kemudiannya disapukan air ke atas dua khuf dan serban baginda. Berkata Bakr: sesungguhnya aku mendengarnya dari ibn Mughirah. Telah menyebut Mohd ibn Basyyar dlm hadis ini pada tempat lain bahawasanya Rasulullah menyapu diatas ubun-ubunnya dan serban Baginda. Sesungguhnya diriwayatkan hadis ini selain dari riwayat Mughirah ibn syu'bah, sesetengah rawi menyebut di atas ubun-ubunya dan serbannya dan tidak disebut dalam setengah riwayat yg lain akan ubun ubun

Hadis riwayat Tirmizi

Pandangan Ulamak:

Ibnul Qayyim telah menyifatkan perihal serban Nabi saw sebagaimana dalam nasnya:

قال ابن القيم: لم تكن عمامته صلى الله عليه وسلم كبيرة يؤذي الرأس حملها و لا صغيرة تقصر عن وقاية الرأس بل كانت وسطاً بين ذلك وخير الأمور الوسط. وكان الرسول صلى الله عليه وسلم يعتم بعمامة بيضاء وأحياناً خضراء أو غير ذلك

“Telah berkata Ibnu Qayyim : Tidaklah serban Rasulullah saw itu besar yang menyakitkan kepala untuk menanggungnya dan tidak kecil sampai tidak memelihara kepala , malah ia sederhana . Sebaik – baik perkara ialah pertengahan/sederhana . dan adalah Rasulullah saw memakai serban berwarna putih dan terkadang hijau atau selainnya.”

Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

Antara Ulamak Salafi, Syeikh Muhammad ibn Soleh Usaimin ( rujukan ulamak salafi kini ) juga telah menyebut tentang pemakaian serban, bahawa serban adalah pakaian malaikat, Nabi melihat malaikat memakainya pada perang badar lalu Baginda iqtida' dengan amalan tersebut. ( tetapi kenapa ramai anak buah salafi yang kata serban adalah adat masyarakat arab dan sunnah jibiliyah sahaja ?? )

ولقد اعتم صلى الله عليه وسلم بعد بدر حيث رأى الملائكة تلبسها. وصحة لبس المصطفى للسواد ونزول الملائكة يوم بدر بعمائم صُفر لا يعارض عموم الخبر الصحيح الآمر بالبياض

Dan sesungguhnya Nabi saw telah memakai serban selepas Ghazwah Al Badar sekira – kira baginda telah melihat ( bagaimana ) Malaikat memakainya.

Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

Sebenarnya kenyataan tersebut,yang menyatakan bahawa Malaikat Jibril berserban, bukan sahaja dalam perang badar tetapi pada waktu selain peperangan sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis Aishah Radhiallahu 'Anha , Bahawa Jibril as telah mendatangi Nabi saw sedang Jibril memakai serban yang percanya dihulurkan antara dua bahunya :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَخِيهِ عَنِ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بِرْذَوْنٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ طَرَفُهَا بَيْنَ كَتِفَيْهِ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَأَيْتِيهِ ذَاكَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام

Hadis riwayat Imam Ahmad

Sementara Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi ) dalam risalahnya At Thawabit al Asasiah fil Islam telah menyatakan:

وكل أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم هي في مجال التأسي والقدوة فإن خير الهدى هدى محمد صلى الله عليه وسلم فجميع ما فعله الرسول صلى الله عليه وسلم في طعامه وشرابه ولباسه، ونومه وقيامه، وصحبته، ومعاشرته، وطرائق حياته ومعيشته كل ذلك كان على أتم الهدى وأسمى ما يتأدب به المتأدبون، ويفعله الحكماء العالمون... والخلاصة أنه ليس شيءٌ من أفعال الرسـول صلى الله عليه وسلم يخرج عن التأسي والاقتداء حتى في أموره الجبلية الحياتية.. وأما في أعماله التشريعية فإن يجب الأخذ بسنته لأنها تشريع من الله سبحانه وتعالى.

“..dan setiap perbuatan Rasulullah saw adalah menjadi pedoman dan ikutan . Maka sesungguhnya sebaik – baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Justeru itu , semua yang telah dilakukan oleh rasulullah saw , makan , minum , berpakaian , tidur , berdiri , persahabatan , berkeluarga , cara hidup seharian dan bermasyarakat , semuanya adalah semulia – mulia petunjuk dan setinggi – tinggi adab yang dimiliki oleh orang yang beradab dan melaksanakannya oleh para hukama’ yang berilmu .

Kesimpulan : Sesungguhnya tiada suatu pun daripada perbuatan Rasulullah saw terkeluar dari pedoman dan ikutan , sekalipun dalam perkara Al Jibiliyyah Al Hayaatiyyah .

Adapun pada amalan – amalan baginda saw. yang disyariatkan , maka sesungguhnya wajib dilaksanakan sunnahnya , kerana ia disyariatkan daripada Allah swt.”

Kenyataan Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ini menyatakan bahawa sunnah jibiliyah , biarpun ia adalah sunnah adat biasa , namun guru - guru yang bermanhaj salafi tegas menyatakan bahawa , mengamalkan walaupun sunnah jibiliyah adalah mengikut petunjuk Nabi saw.

قال حسان بن ثابت رضي الله عنه يصف أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم من المهاجرين والأنصار: إن الذوائب من فهر وإخوتهم قد بيَّنوا سُنَناً للناس تُتَّبَعُ يرضى بها كلُّ من كانت سريرته تقوى الإله وبالأمر الذي شرعوا

Telah berkata Hasan bin Thabit : sesungguhnya serban yang mempunyai percanya ( ekornya ke belakang ) dari puak-puak Fihr dan saudara-saudara mereka (muhajirin dan ansar) telah menerangkan (dengan pemakaian mereka) kepada manusia seluruhnya sunnah supaya di ikuti, diredhai (oleh Allah) setiap apa yang yang diikuti pada jalannya, sebagai sifat taqwa kepada Allah dan mengikut arahan yang disyariatkan .

Sunday, July 23, 2006

SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN 2

Sejurus selesai saya menyampaikan ceramah di Segamat malam tadi , saya di aju beberapa soalan melalui sms bahawa : hadis yang saya guna adalah dhoif dalam isu serban dan kenapa saya beriya - iya benar mempertahankan serban ? Para Mujahidin di Palestine dengan segala kehebatannya berjihad menentang yahudi , mereka tidak berserban pun ?

Eloklah jawapannya saya kongsikan bersama dengan sahabat - sahabat sekelian agar tidak timbul kekeliruan yang sama secara berulang .

Satu Penegasan semula . ( Persoalannya simple dan mudah .)

Pertama :

Saya telah jelaskan dalam artikel "Sikap Kita Terhadap Isu Serban ( SKTIS )" bahawa : Biarpun hadis mengenai serban terdedah kepada khilaf ulama' samaada ianya sebagai sunnah atau tidak , tetapi tidak bermakna pemakaian serban boleh diperlekeh sehingga menyamakan pula tindakan Rasulullah saw yang memakai serban dan berjanggut sebagaimana Abu Jahal memakai serban dan berjanggut.

Mesejnya mudah agar tidak disalah erti , di mana saya tidak memperjuangkan pemakaian serban yang hukumnya menjadi khilaf ulama' tetapi apa yang saya pertegaskan ialah tindakan mempersenda dan memperlekeh dengan nada sinis terhadap pakaian Nabi saw sehingga disamakan dengan pakaian Abu Jahal adalah satu sikap biadab dan tidak wajar disokong .

Abu Jahal tu siapa untuk disama bandingkan dengan Nabi saw. ?!

Saya menyedari ada ulama' yang mendhoifkan hadis tersebut sebagaimana ada ulama' yang menshohihkan hadis tersebut ( khilaf ) , namun suatu yang pasti dan sohih ialah nabi saw. pernah memakai serban dan serban adalah pakaian Nabi saw.

Maka kita tidak berhak mempersenda pakaian yang dipakai oleh Nabi saw.

Seperti contoh : kita tahu bagaimana Nabi saw. suka memakan bahagian bahu kambing dan Nabi juga suka makan labu , maka biarpun ia tidak menjadi sunnah yang diperintah atau digalakkan kepada ummatnya , kita sekali - kali TIDAK boleh mempersenda makanan Nabi saw. semata - mata kita tidak suka dan berselera pada bahagian yang disukai oleh nabi saw.

Sebab ia tetap menjadi makanan Nabi saw. yang digemari oleh baginda saw. Demikianlah halnya dengan serban . Hujjah utama yang saya mahu ketengahkan ialah JANGAN persenda pakaian Nabi saw. Kelak jahat adab kita dengan Nabi saw.

Inilah yang telah dilakukan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang saya maksudkan dalam artikel saya ( SKTIS ) . Bersikap prejudis dan sinis terhadap amalan Nabi saw. Dari sini saya melahirkan sikap tidak bersetuju pula dengan sokongan yang diberikan kepada keputusan hakim tersebut .

Kedua :

Saya tiada masaalah dengan mereka yang tidak berserban .Bukankah telah saya tegaskan di dalam artikel saya yang lalu ( SKTIS ) bahawa : sekali - kali saya tidak menafikan keilmuan dan ketaqwaan mereka yang berilmu dan hidup menghayati syariat dan sunnah semata – mata kerana ia tidak berserban dan berjanggut .

Apa yang saya timbulkan ialah penghinaan terhadap amalan Nabi saw. sehingga disamakan Nabi saw. dengan Abu Jahal alaihi Laknatullah .

Soal Mujahidin Palestine tidak memakai serban , itu tidak menjadi masaalah kepada saya dan apa yang pasti ialah mereka TIDAK mempersenda atau menghina serban @ Imamah yang menjadi pakaian Nabi saw. Sementara Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut adalah jelas mempersenda pakaian ( serban & janggut ) Nabi saw. dengan menyamakan apa yang dipakai oleh Nabi saw, sebagaimana yang dipakai oleh Abu Jahal .

Saturday, July 22, 2006

SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN .

Latar belakang kes ( ringkas )

Isu ini berbangkit ekoran tindakan tegas Pihak Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir Jempol Negeri Sembilan ( 1997 ) memecat 3 orang pelajarnya yang memakai serban ke sekolah. ( Meor Atiqulrahman bin Ishak , Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari dan Syed Ahmad Syakur Dihya bin Syed Ahmad Johari . )

Kes ini pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban ( dikenali sebagai kes Meor Atiqurrahman & Ors vs Fatimah Sihi Abdullah & Ors ) dan dimenangi oleh pihak pelajar ( plaintif ) . Rayuan dibuat dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan ( Bidang Kuasa Rayuan ) dengan permohonan sivil No. 01 – 3 – 2005 (N) . Mahkamah Persekutuan ( 3 panel hakim : Tan Sri Abdul malek Ahmad , Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Dato' Abdul Hamid bin Hj. Mohamad ) baru – baru ini ( 12 Julai 06 ) telah memutuskan kes ini dimenangi oleh pihak Fatimah Sihi dan Kerajaan Malaysia . ( Perayu )

Sikap dan Pandangan Kita .

Sikap 1 .

Hakim Dato' Abdul Hamid bin Hj. Mohamad telah membuat kenyataan menghina Islam dalam kes serban ini sewaktu mengemukakan keputusan penghakimannya.

Hakim Dato' Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar mahkamah Persekutuan , Kamarudin Kamsun berkata :

" daripada apa yang dapat saya pastikan , al Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban . Saya tahu bahawa rasulullah saw memakai serban , tetapi baginda juga menunggang unta , membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi ."

" Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda ?

‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut.
Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu , berbuat demikian .

Kenyataan hakim tersebut tidak boleh dilihat sebagai kenyataan jujur apatah lagi menepati roh Islam . Biarpun hadis mengenai serban terdedah kepada khilaf ulama' samaada ianya sebagai sunnah atau tidak , tetapi tidak bermakna pemakaian serban boleh diperlekeh sehingga menyamakan pula tindakan Rasulullah saw memakai serban dan berjanggut sebagaimana Abu Jahal memakai serban dan berjanggut.

Kenyataan itu adalah berasaskan kejahilan dan sikap yang prejudis terhadap amalan sunnah . Sedang Rasulullah saw. bersabda :

عن أبي المليح بن أسامة عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إعتموا تزدادوا حلما .

Maksudnya :

Dari Abil Maliih bin Usaamah dari ayahnya telah berkata : Rasulullah saw telah bersabda : Berserbanlah kamu nescaya bertambah sifat Hilman ( tenang penyabar. )

Diriwayatkan oleh : Imam At Tabrani , Al Hakim dan Ibnu Abbas Di dalam kitab Al Jaamiu's Soghiir. Jilid 1 . M/s 74

Sabda Rasulullah saw :

عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عشر من الفطرة : قص الشارب و إعفاء اللحية و السواك و استنشاق الماء و قص الأظفار و غسل البراجم و نتف الإبط و حلق العانة و انتقاص الماء .
قال زكرياء : قال مصعب : و نسيت العاشرة إلا أن تكون المضمضة . زاد قتيبة قال وكيع: انتقاص الماء يعنى الإستنجاء .

Maksudnya :

Dari Aisyah Rha. telah berkata : Rasulullah saw telah bersabda : Sepuluh perkara yang terdiri dari fitrah .Mengandam misai , menyimpan janggut , bersugi , memasukkan sedikit air ke dalam hidung ( membersihkan hidung ) memotong kuku , membasuh celahan jari , mencabut bulu ketiak , mencukur bulu ari – ari dan Istinja' .

Riwayat Imam Muslim dalam sohihnya. 491 , Kitaabut Tohaarah . bab 16 .

Kita bersetuju bahawa Islam bukan semata – mata terhenti di atas serban dan janggut , tetapi perbuatan mempersenda dan memandang sinis terhadap sunnah nabi ( serban dan janggut ) adalah suatu yang tercela di sisi syara' .

Soal kita tidak mahu melaksanakannya ( selama mana sunnah itu tidak bertaraf wajib laksana ) maka terpulanglah kepada diri kita sendiri , namun sekali – kali kita tidak boleh menidakkan pihak lain yang mahu beramal dengannya.

Pakaian Orang Bertaqwa

Secara umumnya , pemakaian serban dan berjanggut ini adalah pemakaian orang – orang yang beriman dan bertaqwa . Justeru itu para ulama' muktabar sebagai golongan yang disebut oleh Allah swt sebagai golongan yang paling takut atau bertaqwa kepada Allah swt
[1] ( samaada daripada Negara Arab atau pun bukan Arab ) kebanyakkan mereka berserban dan berjanggut .

Maksudnya :

Wahai anak Adam , Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ( bahan – bahan untuk ) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik – baiknya . yang demikian itu adalah dari tanda – tanda ( limpa kurnia ) Allah dan ( rahmatNya kepada hamba – hambaNya ) supaya mereka mengenangnya ( dan bersyukur ) .

Al a'araf : 26

Mungkin di sana ada pihak yang akan berhujjah bahawa ramai yang berserban dan berjanggut , tetapi masih melakukan maksiat malah ada juga yang menganut fahaman sesat .

Fenomena itu tidak dapat saya nafikan . Tetapi maksiat dan sesatnya mereka bukan kerana serban dan janggut mereka . Faktor yang menyumbang kepada fenomena demikian adalah kejahilan dan tiada penghayatan . Mereka memakai serban dan menyimpan janggut dalam keadaan mereka jahil tentang agama dan tiada penghayatan hidup berasaskan syariat dan sunnah .

Ianya sama lah seperti solat . Biarpun Allah swt telah menegaskan di dalam Al Quran bahawa Solat
[2] menegah mereka daripada melakukan kekejian dan mungkar . Namun di sana ramai mereka yang mengerjakan solat tetapi masih lagi melakukan maksiat .

Fenomena tersebut berlaku bukan kerana penegasan Ilahi itu tidak betul , tetapi , mereka yang mengerjakan solat itu masih jahil tentang agama dan kalaupun mereka berilmu , tiada pula pengahayatan terhadap syariat dan sunnah .

Malah pandangan umum turut melihat bahawa mereka yang berserban dan berjanggut adalah mereka yang terdiri dari orang – orang yang baik dan wara' . Kecuali mutaakhir ini , kelihatan wujud segolongan yang cuba untuk menghakis pandangan ini .

Berserban dan berjanggut juga dilihat sebagai bentuk pemakaian yang membezakan antara mereka yang mutadayyin ( beragama dengan segala penghayatannya ) berbanding mereka yang culas akhlak dan runtuh moralnya.

( saya tidak menafikan di sana ada orang – orang kafir yang memakai turban dan berjanggut , tetapi tidaklah boleh kita menyamakan prinsip perlaksanaan dan penghayatannya . Seperti kita memiliki dan menaiki kereta VIOS , tidaklah boleh kita samakan dengan orang kafir yang bukan sahaja memiliki dan menaikinya , bahkan menciptanya . Justeru di sana terdapat jurang perlaksanaan dan penghayatan yang teramat jauh bezanya antara Islam dan kufur )

Demikian juga , sekali - kali saya tidak menafikan keilmuan dan ketaqwaan mereka yang berilmu dan hidup menghayati syariat dan sunnah semata – mata kerana ia tidak berserban dan berjanggut .

Sebagaimana perkembangan yang dapat kita lihat hari ini . Ada ilmuan Islam yang bersongkok ( "sunnah jibiliyyah" melayu ) dan ada juga yang tidak meletakkan sebarang penutup di kepalanya .

Cuma apa yang saya ingin tegaskan disini , jika songkok kita boleh menerima dan memakainya dengan selesa walhal ia hanyalah adat melayu , kenapa kita harus prejudis terhadap pemakaian serban dan berjanggut , walhal itu adalah nyata sebagai pakaian Rasulullah saw.

Bagaimana berinteraksi dengan Sunnah.

Kalaupun kita tidak menerima hadis mengenai serban sebagai hadis sohih dan menganggap bahawa serban hanyalah merupakan sunnah adat yang diterima dan dipraktis oleh Rasulullah saw. , bukankah ianya menjadi mulia apabila ia dipakai oleh Rasulullah saw. ? Bukankah mempertahankan suatu yang diamal oleh Rasulullah saw. itu pula , adalah suatu yang mulia ?

Terdapat sang hakim yang prejudis mengatakan Rasulullah saw. naik unta , maka apakah mulia kita naik unta berbanding naik kapal terbang ? Rasulullah saw. buat rumah dengan tanah liat , apakah mulia kita buat rumah dengan tanah liat sedang kini semua orang berumah batu ?

Tempelakan sedemikian sekali lagi membuktikan dirinya yang jahil terhadap bagaimana berurusan atau interaksi dengan sunnah Rasulullah saw.

Dalam kes ini , yang menjadi sunnah Rasulullah saw. ialah kenderaan yang baik dan rumah yang baik . Unta adalah kenderaan yang terbaik di zaman itu dan pastinya kapal terbang menjadi kenderaan yang baik pula di zaman ini . ( Maksudnya : andai kapal terbang sudah wujud di zaman itu sebagai kenderaan yang baik , nescaya Rasulullah saw. tidak menolak penggunaan kapal terbang . )

Satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan disohihkan oleh Ibnu Hibban dan Al Haakim dari hadis Saad marfuua'n :

من سعادة ابن آدم ثلاثة : المرأة الصالحة و المسكن الصالح و المركب الصالح و من شقاوة ابن آدم ثلاثة : المرأة السوء و المسكن السوء و المركب السوء و في رواية لإبن حبان : المركب الهنى و المسكن الواسع .

Maksudnya :

Sebahagian dari kebahagiaan hidup anak Adam ialah 3 perkara : Isteri yang solehah, tempat tinggal ( rumah ) yang baik dan kenderaan yang baik . Sementara sebahagian dari penderitaan ( kesengsaraan ) hidup anak Adam ialah 3 perkara : Isteri yang jahat , tempat tinggal ( rumah ) yang buruk dan kenderaan yang buruk . Dalam satu riwayat bagi Ibnu Hibban : Kenderaan yang hebat/selesa dan tempat tinggal ( rumah ) yang luas .

Fathul Baari : Bagi syarah Sohih Bukhari. 4095 Kitaabun Nikaah . Bab 18

Termasuklah makanan sebagai contoh . Sunnah Rasulullah saw. ialah memakan makanan yang baik dan halal . ( bukan dilihat kepada jenis makanan yang dimakan oleh Rasulullah saw . kecuali datang nas secara khusus dari Nabi saw. yang menggalakkan kita memakannya seperti buah tamar , madu lebah dan sebagainya .)

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا أيها الناس إن الله طيب لا يقبل إلا طيبا و إن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال : ( يا أيها الرسل كلوا من الطيبات و اعملوا صالحا ) و قال : يا أيها الذين آمنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم )

Dari Abi Hurairah Rha. telah berkata : Rasulullah saw. telah bersabda : Wahai Manusia , sesungguhnya Allah baik , ( lantas ) ia tidak menerima kecuali kebaikan dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang – orang yang beriman sebagaimana Ia ( Allah ) memerintah para Rasul as. Lalu baginda saw. membaca firman Allah ( yang bermaksud ) : Wahai para Rasul , makanlah kalian dari perkara – perkara yang baik ( halal ) dan beramallah ( dengan amalan yang ) soleh . dan baginda saw. membaca lagi firman Allah swt. ( Yang bermaksud ) : Wahai orang – orang yang beriman , makanlah olehmu dari perkara – perkara yang baik ( halal ) yang telah kami ( Allah ) rezekikan kepada kamu .

Diriwayatkan oleh Imam Muslim .

Sikap 2.

Setelah dipertegaskan sikap kita yang pertama berhubung kedudukan serban dan janggut , maka sokongan yang diberi kepada hakim tersebut atas keputusan penghakimannya adalah suatu yang tidak wajar dan memberi pulangan negative kepada Islam dan perjuangannya di tanahair kita dewasa kini .

Apatah lagi sokongan padu dengan tanggapan bahawa hakim tersebut membuat keputusan yang bertepatan dengan ruh Islam dan menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi saw . dalam topic berkenaan secara ilmiah .

Saya tidak nampak di mana ilmiahnya dan bagaimana pula tepatnya kenyataan hakim tersebut dengan ruh Islam , ( berkaitan dengan serban dan janggut ) melainkan kedangkalan yang menjengkelkan , terutamanya apabila hakim tersebut membariskan nabi besar kita Muhammad saw. dengan Abu Jahal a'laihi laknatullah yang juga berserban dan berjanggut.

Sokongan yang memberi advantage kepada Musuh Islam.

Perasaan terhiris dan tersinggung ummat Islam di Negara ini dengan beberapa insiden
[3] yang menghina Islam dan Rasul saw. belum pun reda , kenyataan hakim ini dilihat sebagai satu lagi percubaan berterusan untuk terus menguji sensitivity ummat Islam terhadap agama suci ini , dengan mempersendakan serban dan janggut Rasulullah saw. apabila secara sinis , hakim tersebut menegaskan bahawa Nabi berserban dan berjanggut kerana nabi orang arab sama dengan Abu Jahal yang juga Arab dan berserban serta berjanggut .

Lebih parah apabila kelihatan ada tokoh ilmuan Islam bertindak songsang menyokong dan membenarkan kenyataan hakim tersebut yang disifatkan sebagai menepati ruh Islam .

Sudah cukup keputusan penghakiman itu sebagai satu keputusan yang legal dan kelak dijadikan satu authority untuk diguna pakai dalam tindakan mereka yang cuba menghalang perlaksanaan dan penghayatan sunnah dikalangan ummat Islam di Negara ini.

Sebagai contoh , ( saya difahamkan bahawa seorang peguam bela kepada Lina Joey ( Azlina Jelani ) telah mengeluarkan kenyataan, sejurus kes murtad ini berpihak kepada Lina Joey . )

"…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country …."

"…..Ini masanya , kita mesti ketuk kepala orang melayu di Malaysia , supaya dia tahu bahawa Malaysia tidak pernah menjadi Negara Islam…."

Jika kenyataan ini benar , jelas inilah sikap musuh Islam . Mereka menanti peluang dan ruang untuk menyerang Islam dan ummatnya di Negara ini . Maka keputusan mahkamah seperti ini akan diguna pakai dalam mengendali kes – kes serupa di masa – masa akan datang . Ia menjadi senjata musuh untuk menyerang Islam .

Tambah pula sokongan yang tidak berhati – hati oleh ilmuan Islam terhadap kenyataan hakim Mahkamah Persekutuan ( dalam isu serban dan janggut ) tempohari , bagai membekalkan peluru kepada senjata musuh yang telah tersedia untuk menyerang Islam .

Siapa Angkuh ?

Tanggapan bahawa bapa pelajar ( plaintif ) tersebut bersikap angkuh kerana membawa kes pemecatan anaknya ke mahkamah adalah satu tanggapan yang tidak wajar .

Saya telah menghubungi peguam Hanifa Maidin dan jelas bahawa permulaan kes ini ke mahkamah bukan atas isu mempertahankan serban yang hukumnya hanyalah sunat ( bukan wajib ) . Tetapi kes ini dibawa ke mahkamah atas asas anak mereka dipecat dari sekolah sedang puncanya sangat kecil iaitu memakai serban ke sekolah , berbanding kes – kes social yang berat tetapi tidak pun sampai dipecat dari sekolah .

Sebenarnya siapa yang angkuh ? bapa yang anaknya dipecat dari sekolah hanya kerana memakai serban ? atau pihak sekolah yang system mereka tidak boleh menerima pelajar yang memakai serban lantas memecatnya ? , sedang tidak pula dipecat kalau pelajarnya tidak bertudung , tidak mendirikan solat dan tidak mengapa pula memakai turban bagi kaum sikh sedang turban itu juga tidak wajib bagi kaum sikh .
Mereka bukan berbalah di Mahkamah kerana isu serban yang hukumnya sunat , tetapi mereka mempertahankan hak mereka untuk belajar di sekolah dan kenapa mereka dipecat dengan hanya kerana mereka memakai serban ?

Kalau serban itu adalah adat orang arab lalu tidak sesuai dipraktik di dalam system sekolah kita di Malaysia , maka tali leher itu pula tidak pernah dikenali dalam adat orang melayu kecuali ia adalah tinggalan "orang putih" , soalnya kenapa pula tali leher pada setengah sekolah di"wajib"kan pakai .

Tidak pula ilmuan Islam modern kita hari ini menghukum angkuh tindakan mewajibkan pakai tali leher bagi pelajar sekolah , yang pastinya tiada hadis khusus bagi pemakaian tali leher kecuali ia hanyalah "sunnah jibiliyyah" bagi orang putih yang datang menjajah Negara kita dulu .

[1] إنما يخشى الله من عباده العلمؤا إن الله عزيز غفور ./ سورة فاطر : 28 [2] Surah Al Ankabut : Ayat 45 [3] Lakaran karikatur nabi oleh beberapa majalah dan akhbar tempatan serta tindakan IFC dan kumpulan Article 11 yang mencabar survival ummat Islam dan agamanya di tanahair Malaysia . Tambah pula penglibatan aktif faham Islam Liberal dan fahaman Pluralisme yang menyelewengkan fakta Islam dan mengelirukan ummah dengan desakan mereka yang mencabar status quo institusi Islam dalam negara ini .

Wednesday, July 19, 2006

HIMPUNAN
MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL .

PADA HARI JUMAAT ( 21 JULY 2006 )

ATURCARA :
JAM : 4.00 PAGI :
MUNAJAT PERDANA
DI MASJID AL FATAH BT. 3 KUANTAN.

JAM : 2.00 PETANG ( LEPAS SOLAT JUMAAT )
DEMONSTRASI AMAN
DI MASJID NEGERI . KUANTAN

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIKERAHKAN HADHIR
SEBARKAN MAKLUMAT INI.

Tuesday, July 18, 2006

Kertas kerja ( 024 / siri akhir )
AQIDAH TAUHID
TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH.

5. ILAH – Pemberi Rezeki

Kalimah Syahadah menerangkan bahawa Allah sahajalah yang memberi rezeki, manakala makluk pula hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja dan bukannya sumber yang boleh menambah atau menguranginya walau sebesar zarah. Ini adalah hakikat yang nyata, tetapi manusia selalu terlupa terutamanya apabila mereka hilang pertimbangan ketika mengharungi pancaroba dan cabaran hidup.

“Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki dari langit dan bumi? Tiada ILAH selain Dia. Maka di manakah akalmu?

(Al-Fatir : 3)

“Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaranmu, dan penglihatan serta menutup qalbumu? Apakah ada ILAH selain Allah yang berkuasa mengembalikan (itu semua) kepadamu?

(Al-An’am : 46)

Menerima Allah sebagai ILAH yang satu-satunya memberikan rezeki, akan mendatangkan kesedaran bahawa memilih jalan yang tidak diredhai Allah tidak akan menambah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita walaupun seberat zarah. Begitu juga, dengan mentaati perintah Allah tidak sekali-kali akan mengurangkan rezeki kita walaupun sekecil mana pun ia. Maka betapa sia-sianya usaha dan ikhtiar yang durhaka kepada Allah.

6. ILAH – Sumber Perundangan

ILAH juga membawa pengertian sebagai Zat yang kepadanya kita rujuk untuk mendapatkan ketentuan baik dan buruk, untuk mendapatkan hukum dan keputusan yang akan dipatuhi. Ia adalah aqidah yang terhasil daripada kefahaman bahawa Allah adalah satu-satunya ILAH yang Maka Perkasa, mempunyai kekuasaan yang mutlak, keagungan yang tidak terbanding. Kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu itu tidak mungkin boleh dibahagi-bahagi.

Ulamak bersepakat bahawa, seseorang itu menjadi kafir jika dia beriktiqad bahawa ada hukum yang lebih baik, adil dan praktikal berbanding dengan hukum Allah, atau ada sistem yang lebih baik atau setanding dengan syariatNya.

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”

(Al-Maidah : 44)

Suatu ketika, seorang sahabat yang dahulunya beragama Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim RA telah mendengar Nabi SAW membacakan sepotong firman Allah :

“… Mereka (Ahli Kitab) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sdebagai Rab selain Allah, dan (juga mereka melakukan hal yang sama kepada) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah ILAH yang Maha Esa. Tiada ILAH selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”

(At-Taubah : 31)

Lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, bahawa kami (yakni orang Nasrani) tidak pernah menyembah mereka!. Jawab Rasulullah SAW, “Tetapi mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan kemudian kamu patuh kepadanya. Dengan demikian itu kamu menyembah mereka.” –

Maksud hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir.

Ketentuan untuk memutuskan halal atau haram, sah atau tidak, baik atau buruk, adalah hak Allah semata-mata.. Segala sesuatu yang berkaitan dengan hal ini mestilah tunduk dan patut kepada wahyu Allah.. Undang-undang yang kita iktiraf hanyalah undang-undang Allah, atau sesuatu yang bersumber daripada undang-undang Allah, dan pastinya tidak bertentangan dengan ketetapanNya.

“Menetapkan hukum itu adalah hak Allah.”

(Al-An’am : 57)

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka Ad-Din yang tidak diizinkan Allah?”

(Asy-Syura :21)

Syahadah kita menuntut supaya kita menentang dan membenci segala perundangan yang durhaka kepada Allah, dan inilah tanda keimanan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu maka hendaklah merubahnya dengan lisannya dan jika tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Riwayat Muslim

Ketaatan kita adalah kepada Allah, maka tiadalah kita terikat kepada undang-undang dan akta-akta ciptaan manusia sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah. FirmanNya:

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah, bagi orang-orang yang yakin?”

(Al-Maidah : 50)

Sifat senang dan suka kepada hukum yang selain daripada hukum Allah, adalah sifat munafiq dan dilaknat oleh Allah. FirmanNya:

“Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari taghut itu. Dan syaitan itu bertujuan mahu menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya kamu lihat orang-orang munafiq akan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya daripada (mendekati) kamu”

(An-Nisa’ : 60-61)

TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT

Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan.

Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar-Rahman . Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya:

“Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)”

(Ar-Ra’d : 30)

Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenar, begitu juga dengan sifat-sifat Allah. Bahkan mereka mengada-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.

PENUTUP

Perlu dijelaskan di sini bahawa enam bahagian pengertian dan pengolahan maksud serta implikasi perkataan ILAH diketengahkan di sini adalah dalam rangka untuk memudahkan pengupasan tajuk dan bukannya untuk membataskan maksud-maksud serta implikasi yang terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna. Bahkan nama-nama dan sifat Allah yang mulia itu adalah kesimpulan kepada semua intipati Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu sebenarnya.

Bertafakurlah terhadap Al-Asma’ ul Husna nescaya ia akan membukakan hati kita kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap Uluhiyah dan Rububiyyah Allah SWT secara multak, tanpa sekutu dan tanpa bandingan.

Di dalam persoalan fiqh, pada keadaan-keadaan tertentu, kita dibolehkan bertaqlid kepada imam yang mujtahid. Tetapi di dalam masalah aqidah, ia tidak mungkin berlaku sedemikian rupa bahkan setiap individu wajiblah meyakinkan diri terhadap akidah yang dipegangnya secara ikhlas. Wallahu A’lam Bis Sawâb!

Diadaptasikan daripada:

1. Beriman Kepada Allah, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan dan Cetakan GG Edar, Cetakan Pertama, 1992.

2. Risalah Usrah Jilid 1 (Versi Asal Dengan Pendahuluan Oleh Haji Abdul Hadi Awang), Abu ‘Urwah, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 1986.

Monday, July 17, 2006

MEMAHAMI ERTI SEPI
TANPA ISTERI DISISI

Tidaklah mudah untuk melepasi pelbagai rintangan dan badai , seiringi usia perkahwinan saya yang kini melewati sempadan tahun ke 12 . Tentu sahaja terlalu banyak asam garam malah juga pahit maung yang telah dilalui dalam usia perkahwinan kami .

Biarpun usia perkongsian hidup ini masih terlalu muda , namun kami berharap agar masa depan perkongsian ini menatijahkan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kami .

Sebagaimana tingginya harapan Siti Nurhaliza bersama pasangannya Datuk Khalid Mohd Jiwa yang disiar secara langsung di TV3 tengahari tadi , demikianlah jua tingginya harapan kami sekeluarga untuk melihat kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga terus menjadi milik kami .

Pastinya jua ia menjadi harapan semua keluarga dan rumahtangga . Semoga Allah swt. merestui kami semua.

Saya sering berada di luar rumah berbanding di dalam rumah sepanjang tempoh perkahwinan kami , ekoran hambatan sebuah perjuangan yang kerananya lah kami bertemu dan bersatu .

Saat berpisah begitu ,( biarpun seketika ) sebagai manusia yang punya perasaan adalah merupakan saat sukar dan payah untuk dihadapi malah pahit pula untuk ditelan oleh isteri dan anak - anak.

Keluar 3 atau 4 hari malah terkadang membawa kepada 7 hingga 10 hari adalah situasi biasa yang kami alami dalam perkongsian hidup ini. Sungguhpun berat untuk diharungi oleh isteri dan anak – anak , begitu berat bagi saya dengan perasaan yang terbeban antara tugas perjuangan dan belaian kasih sayang .

Bahkan kami pernah diuji oleh Allah dengan berpisah selama 2 tahun , dipisahkan oleh lautan luas dengan saya di bumi Mesir sementara isteri dan anak di tanahair.

Saya selalu memujuk isteri dan anak – anak agar bersabar dengan situasi seperti ini dengan mengambil contoh pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat – sahabat seperjuangan yang lain . Dimana mereka jauh lebih berat dan hebat ujian yang terpaksa dirempuh .

Seringkali pujukan itu menjadi penawar kasih yang berjauhan . Sedar tak sedar , kini rumahtangga kami telah berusia 12 tahun dengan dikurniakan cahaya mata seramai 6 orang . Alhamdulillah , cahaya mata bukan sahaja menjadi penyeri rumahtangga kami bahkan penyambung hayat kasih kami suami isteri.

Saat saya menatah coretan ini , saya masih terlantar dan tersadai dirumah setelah 3 hari berlarutan demikian tanpa isteri disisi . Malah anak – anak jua turut diserang demam yang membuatkan keadaan semakin sulit dan sukar.

Isteri saya terpaksa menghadhiri kursus rutin untuk confirm jawatan beliau sebagai seorang guru lepasan ijazah di Temerloh selama 2 minggu .

Pendek kata , kini giliran saya ditinggalkan dalam tempoh yang saya rasakan bagai 2 tahun lamanya , bukan lagi 2 minggu .

Manakan tidak . Kepala sakit , lepas tu , nak seliakan prosuder biasa anak – anak di pagi hari yang akan bersiap ke sekolah , mengemas rumah , memasak , membasuh dan macam – macam lagi ……..

Ya Allah , hilang kudrat saya dibuatnya . Barulah kini saya terfikir , bagaimanalah tubuh lemah gemalai seorang perempuan bergelar isteri mampu selama ini membesarkan anak 6 orang dengan segala tanggungjawab rumahtangga , di tambah pula dengan profesionnya sebagai guru di sekolah dan pula tugasnya sebagai seorang pejuang yang mempunyai tugas penting di medan sedang saya sering tiada di sisinya.

Hebat ! kemampuan luar biasa ! itulah saja yang boleh saya keluhkan .

Kini , perasaan kasih dan cinta saya buat isteri kian menebal . Rasa rindu mula membuak sedang baru 3 hari beliau tiada di rumah . bagaimanalah saya nak tunggu 11 hari lagi . Tiada tertahan rasanya .

Ya , saya mula memahami erti “terpenjara dalam sangkar sepi” , yang sering dialami oleh isteri saya selama ini .

Buat isteriku , terimalah Monolog ini !

MONOLOG
BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG

Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu

Isteriku…
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya

Isteriku…
Saban waktu , dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku

Isteriku…
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga

Isteriku…
Di senjakala , ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir Cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja

Isteriku…
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari - hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu , sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku , dirimulah penanti setia
Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan

Isteriku…
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu

Isteriku…
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah

Isteriku…
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu

Isteriku…
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu

Sayang isteriku…
sayang isteriku