
" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "
[1] Surah Yusuf . Ayat : 108
Beberapa individu ahli dan pemuda PAS telah dikenal pasti memiliki motor berkuasa tinggi di negeri Pahang . Insyaallah Unit Motor Berkuasa Tinggi akan dilancarkan beberapa bulan lagi dan ianya berdaftar dibawah Alternatif Racing Club ( ARC ) sebagai sebuah badan induk yang diasaskan di bawah Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pusat .
Kini kita sedang mengesan dan mencari anggota Unit untuk dilancarkan selewat - lewat pada bulan Mac 09' kelak . Kita juga menjemput sesiapa dikalangan ahli dan pemuda PAS yang berminat dan memiliki motor berkuasa tinggi agar dapat mendaftarkan diri kepada pengerusi penaja Unit Motor Berkuasa Tinggi Negeri Pahang Saudara Lailan di talian : 019 986 0171.
Unit Motor Berkuasa Tinggi ( MBT ) negeri Pahang insyaallah akan mengadakan bengkel sehari bersama jawatankuasa penajanya untuk membincangkan majlis pelancaran dan jadual aktiviti sepanjang tahun selepas ianya dilancarkan kelak .
Sahabat ! Luasnya laut terbentang tidak terjangkau biarpun hanya dengan pandangan mata . Demikianlah luasnya medan dakwah yang terpaksa kita tempuh demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah swt kepada kita sebagai daei Ilallah . Lantaran itu , jangan kita lengah dan mengemukakan pelbagai alasan kerana kelak banyak tugas dan tanggungjawab akan terabai . Kita tidak punya banyak masa !
Sahabat ! Laut ini bukan sahaja luas tetapi bergelombang dan bergelora . Tidak pernah tenang kerana itulah sifat laut . Menjadi cabaran kepada nelayan dan para pelayarnya. Hanya nelayan yang cekap dan pelayar yang mahir mampu mengharungi gelombang . Demikianlah dakwah yang sedang kita galas segala amanahnya ini , terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang tidak sedikit kerana itulah sifat perjuangan . Ilmu , yakin , sabar , tabah , istiqamah dan tenang akan menjadikan kita berjaya melaksanakan tugas berat ini .
Sahabat ! Terkadang kita rasa jalan dakwah ini sukar dan suram . Bagai dihalang gunung yang pejal namun kita lupa janji Allah bahawa fajar kemenangan tetap akan menyingsing asal sahaja kita tidak berhenti berjuang dan berdakwah . Percayalah , sunnatullah menjamin Islam pasti menang .
Sahabat ! Tatkala fajar kemenangan Islam menyingsing , tiada halangan lagi yang mampu menghalangnya dari terus menerangi bumi . kala itu , kita mesti siap untuk memimpin kemenangan agar kemenangan tidak pula menjadi fitnah kepada kita . Ingatlah ..... berjuang mencari kemenangan itu mudah tetapi berjuang mengisi kemenangan itu yang lebih payah dan sukar.
Sahabat ! Allah telah menjanjikan sinar kemenangannya kepada kita . Namun itu bukan tiket untuk kita leka dan lengah . Usaha dan kerja gigih untuk menyebarkan agama Allah swt tetap menjadi tugas dan kewajipan yang mesti dilaksanakan penuh disiplin dan bertanggungjawab . Mengabaikannya adalah satu dosa yang mengundang murka Allah swt kepada kita .
Sahabat ! sementara kita berjuang , harus diingat bahawa musuh juga tidak tinggal diam mengatur strategi untuk menggagalkan segala perancangan kita . justeru itu , berwaspadalah kerana setiap langkah kita diperhati oleh musuh dan mereka yang hasad . Apa yang penting sabar dan senantiasa bertawakkal kepada Allah swt .
Sahabat ! sebesar inikah halangan yang terpaksa kita tempuh ? Sebesar mana pun halangan yang terpaksa kita hadapi , bukankah besar lagi jiwa seorang pejuang ? Lalu , kenapa kita mesti mengalah ? kenapa kita mesti kita mengeluh ? Bukankah peta dunia ini ditemui setelah mereka melayari lautan luas dan meredah gunung tinggi ? ertinya , tidakkah kita yakin bahawa kecekalan seorang pejuang dan ketabahan seorang daei mampu menyelamatkan ummah ?
Sahabat ! silap langkah kita mengorak , jalan perjuangan ini kian suram dan sukar . justeru itu berwaspadalah ! jangan sambil lewa dan bermain dengan perjuangan . Perjuangan ini penuh dengan ujian dan cabaran yang menanti tanpa kita duga .
Sahabat ! Pun begitu , usahlah risau . Sinar hidayah tetap memandu kita asal kita terus ikhlas dengan perjuangan dan tidak bermaksud mengkhianatinya . Manafaatkan setiap detik waktu yang hadhir dalam hidup kita sebagai seorang pejuang untuk terus membina hubungan dengan Allah azza wa jalla . Insyaallah , segala dugaan hidup berjuang akan menjadi mudah dan positif buat kita .
Sahabat ! Pulau hentian ? berjuang tiada nokhtahnya . Hanya darah dan nyawa menjadi taruhan akhir sehinggalah Allah menentu keputusannya. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu Islam akan diperjuang ! Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung !
Sahabat ! yakinlah , dihujung segala penderitaan dan kesengsaraan yang kita alami justeru perjuangan yang kita dokong ini terdapat sinar hidayah yang akan membimbing kita mendapatkan nusrah dan ma'unah daripada Allah swt . Maka usahlah kecewa dan putus asa menghadapi apa jua kesusahan hidup sebagai seorang pejuang , kerana itulah sunnah orang berjuang !
Sahabat ! kini kita telah namak penghujungnya . namun jangan teruja dan tersilau . bukan bermakna perjuangan kita tamat dihujung sana . Yang dicari ialah hidayah , yang diburu ialah maghfirah , yang dikejar ialah mardhatillah , so .... jangan berhenti disini . Sebagaimana perjuangan ini tidak bermula di sini maka jangan kita berhenti di sini . teruskan sehinggalah Allah menentukan ! samaada syahid atau menang !
Sahabat ! Tunggu apa lagi ? Ayuh kita bersama , sehayun tangan selangkah kaki meredah samudera perjuangan ini . Tegakkan syariat dan basmi kemungkaran . Bersihkan bumi Allah dari segala mungkar dan maksiat sebagaimana laut tanpa jemu membuang segala sampah sarap ke pantai demi memelihara kejernihan dan kesuciannya.